Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Sunday, December 23, 2012

Luna dan Xylophone

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips

Hari ini 5 Julai. Hari ini genaplah umur Luna 17 tahun. Seperti yang dijanjikan oleh ibunya semasa dia berusia 9 tahun, pada ulang tahun kelahirannya yang ke 17 tahun, ibunya akan berikan hadiah yang paling istimewa untuk Luna. Ibunya berkata begitu untuk membuang rasa sedih Luna yang menyaksikan ayahnya pergi pada ulang tahun kelahirannya yang ke 9 tahun. Ibunya tahu Luna sangat suka pada muzik. Biliknya penuh dengan alatan muzik. Sebut sahaja instumen apa, hampir semuanya ada. Piano, gitar, biola, drum, semua ada. Bahkan "cow bell" pun ada, kalau lah dia ingin main lagu yang berentak country. 

Bangun sahaja dari tidur, Luna terus mendapatkan ibunya di kamar ibunya. Dia terus memberikan kucupan mesra di pipi ibunya. Ya, Luna memang seorang gadis yang manja. Mungkin dengan ibunya sahaja. Ibunya tersenyum melihat anaknya yang gembira hari ini. Ibunya mengambil sesuatu di balik katil dan memberinya kepada Luna. Ia nya sebuah kotak hitam yang besar yang disertakan dengan reben merah dan putih. Mata Luna bersinar-sinar melihat kotak hitam itu. Tanpa disuruh, Luna rakus membuka kotak hitam itu. Isinya adalah sebuah Xylophone yang berwarna-warni. Terlihat ada air mata yang bergenang di mata galak Luna. "Yes, wishlist aku sudah selesai. Aku kini miliki sebuah xylophone warna-warni." kata Luna di dalam hati. 

Ibunya memberitahu Luna yang ini bukan Xylophone biasa. Ia nya sebuah alat muzik yang sangat hebat. Ia adalah alat muzik rahsia yang dimiliki oleh seorang ahli muzik di raja semasa zaman dulu. Ia telah pun disumpah oleh seorang ahli sihir untuk digunakan sebagai alat membunuh raja yang kejam ketika itu. Ia mampu membekukan sesiapa sahaja dengan perlahan-lahan apabila mendengar alunan muzik dari xylophone ini. 

Luna mendengarnya dengan penuh khusyuk. Luna terus mengambil pengetuk yang disertakan dengan xylophone itu dan mula memainkan sebuah lagu. Dia membayangkan yang dia sebagai Fabienne Débarre, seorang gadis comel yang yang bermain xylophone untuk kugiran We Were Evergreen. Secara tiba-tiba ibunya terdiam. Luna masih rancak bermain xylophone barunya itu. Dia melihat ibunya terdiam dan melihat mata ibunya seperti menjerit supaya dia berhenti. Luna berhenti kerana terkejut dengan tindakan ibunya. 

Ibunya menggigil kesejukan kerana terdengar alunan xylophone itu. Luna hanya tersenyum sebagai tanda suka dengan hadiahnya itu. Ibu nya beritahu yang Luna tidak perlu ke sekolah hari ini dan membiarkan anak gadisnya itu pergi bermain dengan xylophone barunya itu. Luna terus bersiap dan keluar ke bandar. Selepas seharian bermain di bandar, di ingin pulang ke rumahnya. Hari pun sudah lewat malam. Di stesen LRT Masjid Jamek itu cuma ada beberapa orang sahaja. Dari jauh, dia terlihat ada seorang lelaki berkacamata tebal, berkemeja biru kotak-kotak, berseluar jeans dan berkasut Vans biru pekat. Ada lah juga rupanya seperti Rivers Cuomo, vokalist utama Weezer. Lelaki itu asyik melihatnya dari tadi. Dia hanya tersenyum dan membetulkan beg yang digalasnya. Dia membuka pembalut lolipop perisa strawberry yang dibelinya di seveneleven sebelum ke stesen LRT. 

LRT pun sampai. Luna berjalan perlahan masuk ke dalam LRT. Di pilih gerabak hujung sekali. Lelaki itu pun masuk dengan pantas sebelum pintu LRT tertutup. Lelaki itu hampir tertinggal kerana leka melihat Luna. Luna duduk di sudut hujung gerabak dan menikmati lolipop nya sambil melihat papan iklan yang bergerak-gerak di dinding LRT. Luna perasan yang lelaki itu melihatnya dari tadi. Dia membawa keluar xylophone barunya itu dan mula memainkan lagu yang dimainkan di rumah pagi tadi. Lelaki terikut-ikut menggoyangkan badan mengikut irama lagu itu. Dia semakin mendekati Luna yang sedang gembira di sudut hujung gerabak ini. 

Luna hanya tersenyum dan terus bermain. Tiba-tiba lelaki itu berhenti. Kaku. Luna semakin rancak bermain. Semakin rancak sehingga lolipop di mulutnya itu dia campak ke dinding LRT itu kerana mengganggunya untuk bermain dengan penuh focus. Luna melihat lelaki itu yang dia percaya kini sudah mula membeku. Dia melemparkan satu senyuman yang paling manis dalam masa yang sama paling jahat miliknya. 

Luna semakin galak bermain. Dia suka melihat lelaki itu membeku perlahan-lahan. Luna ketawa kecil melihat keadaan lelaki itu yang menggigil kesejukan. Tiba-tiba pemandu LRT membuat pengumuman. "Stesen berikutnya, Pandan Indah. Pandan Indah." Luna berhenti bermain dan mula mengemas barang-barangnya. "Ah, dah sampai ke. Tak puas lagi kacau lelaki tu...." Luna mengeluh. Sebelum Luna keluar, dia melihat lelaki itu dan melemparkan satu senyuman yang manis dan satu kucupan terbang pada aku. Luna mengenyit matanya. Lelaki itu membalas senyumannya walau pun tubuhnya masih sakit dan menggigil. 

Luna keluar dari gerabak LRT itu dan pergi mendapatkan ibunya yang menunggun di kawasan parkir. Luna tersenyum sendirian. Dia ada cerita menarik untuk ibunya. 



Hak Cipta: Ariff Masrom
Twitter: @ariffmasrom

2 comments

December 23, 2012 at 10:20 AM

errr... ada sambungan kan???

December 23, 2012 at 5:16 PM

Ada...ada....

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...