Aku kini sudah pun melupakan Yati...Aku tak mahu ingat lagi pasal dia. Remuk hati aku dan perasaan aku koyak rabak sebab dia .Aku sudah anggap gadis yang bernama Yati yang mempunyai sinar mata yang redup itu sudah tidak
mahu ada apa apa hubungan dengan aku lagi dan aku membuat keputusan untuk memutuskan
sahaja hubungan kami dalam surat yang lepas ...
"Mizi...Mizi kejap...ada surat kau ni macha.."panggil Arul terkocoh kocoh bila aku melintas bilik pejabat sekolah untuk memasuki dewan peperiksaan pagi itu.
"Ada surat?bila kau dapat?minggu lepas?Sabtu?" Aku sendiri tanya aku sendiri jawap...aku terkejut bila
menerima surat Yati di pagi sebelum aku masuk ke dewan peperiksaan
SRP...mujurlah mata pelajaran peperiksan hari itu senang untuk di jawap
semudah ABC...
"Macha...aku dah kata..it aint over till its over..." Arul tersenyum lantas menggeleng gelengkan kepalanya dan bersiul siul lagu tamil sambil beredar...
"Bila masa kau kata camtu kat aku...takde pun..."hatiku mula berbunga bunga...berseri seri macam pokok bunga kena siram air lepas kering kontang layu.
surat Yati pada ku...
Mizi yang disayangi,
betapa hancurnya hati Yati bila menerima surat Mizi baru baru ini...
untuk
pengetahuan Mizi ,mengapa Yati tak menghantarkan surat pada Mizi ialah
kerana sejak sebulan lalu Yati berpindah asrama lain kerana asrama Yati
sudah terbakar...semua alamat Mizi dan surat surat Mizi yang di simpan
di dalam locker tidak dapat di selamatkan...separuh dari blok asrama
hangus di dalam kebakaran itu...semua penghuni terpaksa berpindah asrama
yang jauh dari sekolah sementara menunggu asrama lama di baik
pulihkan...
Mizi..sampai hati Mizi ingin memutuskan dan
mengakhirkan hubungan kita...Yati amat merindui Mizi setiap saat..dan
Yati dapat rasakan Mizi pun serupa juga di sana...Mizi mesti merasakan
seperti yang Yati rasakan...hampir sebulan selepas pindah semula ke
asrama lama setiap hari Yati menunggu kehadiran surat Mizi kerana Yati
tak ada menyimpan alamat Mizi untuk Yati kirimkan surat...Yati sedih
kerana tidak dapat memaklumkan pada Mizi keadaan Yati...Yati selalu
berdoa agar suatu hari Yati akan dapat juga surat dari Mizi.
memang
Yati menunggu selama ini surat dari Mizi sampai ke pangkuan
Yati...namun apa boleh buat...sebahagian dari sekolah dan asrama hangus
di jilat api...Namun bila Yati
terima surat dari Mizi tempoh hari...alangkah sedihnya hati Yati kerana
Mizi ingin memutuskan hubungan yang telah kita jalinkan sekian
lama...usahkan nak memutuskan hubungan ini...untuk melupakan Mizi walau
sedetik pun tak mampu Yati lakukan...
Mizi yang Yati
sayangi...maafkan lah Yati...Yati tidak sanggup untuk memutuskan
hubungan kita...marilah kita sambung kembali ikatan suci kita...jika
selama ini Mizi menantikan kata kata ini...dalam surat ini Yati katakan
dengan sejujur jujur hati Yati bahawa...Yati sayangkan Mizi, Yati
kasihkan Mizi dan Yati cintakan Mizi...
Yati harap hubungan kita
kembali seperti dulu kerana Yati tahu Mizi juga amat menyayangi
Yati...Mizi..jika ada kesempatan Mizi datanglah ke asrama Yati ini dan
lihatlah sendiri keadaan asrama sekolah Yati jika Mizi tak percaya pada
kata kata Yati dan di samping itu kita boleh bertemu menghilangkan rindu
kita berdua...
Yang menyintaimu...
Yati
*************************************************************************
baru
sahaja 30 minit masa peperiksan berjalan aku sudahpun menyerahkan
kertas jawapan dan memohon untuk balik dari pegawai pemeriksaan kerana aku mahu ke bandar bertemu Yati hari itu juga...setelah ku baca surat Yati aku tidak sabar lagi untuk menemui Yati...Aku tahu
waktu itu Yati masih berada di sekolah dan aku ingin bertemu dengan
Yati...perjalanan mengambil masa dalam 20 minit menaiki bas dan akhirnya aku
sampai di hadapan sekolah Yati dan meminta izin untuk bertemu Yati dari
pengawal di pagar sekolah...seorang pengawal masuk ke perkarangan
sekolah dan ke asrama perempuan mencari Yati...dalam masa 10 minit Yati
keluar bersama pengawal tersebut...
"Yati..."
menitis
airmataku melihatkan senyuman Yati yang melambaiku dari
jauh...seorang gadis yang menyayangiku,mengasihiku dan menyintaiku...
6 comments
akhirnyaaaaaaaaa... :)
khairul antasha - akhirnya untuk orang yang setia mengikuti siri ini...tq baca
ok, tunggu musim ke-3 la pulak...
tq aifa kerana sudi datang baca dan komen...
yeah... ending LDR yang menggembirakan... :)
- gorie -
i love happy ending.... :D
-nong Andy-