Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Monday, September 17, 2012

Daerah Bernama Sepi

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips
"Cinta memang tak selalu berimu kebahagiaan, tapi tanpa cinta hidupmu pasti penuh dengan kesedihan..."


Bau kuat rokok kretek menusuk hidungku yang melekat pada baju di kamar itu menandakan wak Mangil ada di dalam rumah itu. Dan baju security guard kugantung sebelah menyebelah. Menghuni di rumah sewa bangsa India itu setelah berpindah dari rumah kongsi. Bagus juga aku dapat berpindah dekat sini daripada asyik kena bagi darah kat nyamuk setiap malam. Silap haribulan aku boleh kena sakit demam denggi. Mahu berminggu aku menghuni di hospital.

Di kamar berbau rokok kretek itulah aku melepaskan lelah setelah kerja shift malam di kilang sarung tangan berhampiran. Aku tetap bersyukur walau hanya hidup sebatang kara di daerah yang sama sekali tidak pernah aku mimpikan itu. Aku hanya berulang alik menggunakan motor yang juga motor syarikat. Berkongsi dengan sepuluh orang lagi pengawal yang bertugas jauh di kilang yang hanya balik dan tak pernah selalu bertemu. Walau balik jika cuti pun mereka terus ke kampung bercuti menemui anak bini. Sedangkan aku? Akulah penghuni setia di rumah sewaan syarikat itu. Sudah hampir tiga bulan dan aku rasa selesa hidup begitu. Lantaran tak ada yang mahu bekerja shift malam al maklumlah semua sudah berkeluarga sedang hanya aku masih bujang.

"Wak ..kenapa kau tidur sini apa kau gaduh dengan bini lagi ke?" tegurku memulakan bicara dengan wak Mangil. Muka wak Mangil agak serius namun seserius manalah wak Mangil tu. Kerja wak Mangil sebagai pemandu van dan dia akan ke hostel itu bermalam jika ada pengawal yang mahu di hantar ke post yang agak jauh.

"Untung kau wak...ada dua bini aku seorang pun takde..." kataku lagi bila ku lihat wak Mangil masih diam.

"Sama aje satu ke dua masalahnya berganda kau tau..." wak Mangil bersuara.

"Lapar aku wak ...jom ke gerai janda tu..ngeteh dan sarapan?"

---------------------------------------------------------------

"Kau ada kelulusan Jamian..kenapa kau pilih kerja ni.."tanya wak Mangil sejurus menghirup kopi di kedai kak Mas.

"Ahhh..aku dah bosan wak..biarlah..asalkan hati aku senang...lagipun padaku kerja ini jujur tulus ikhlas dan tak pernah menyusahkan orang..."jawapku. Aku memang sudah bosan dengan hidup kepura puraan di kota. Aku sudah bosan asyik berlakon sandiwara sedangkan hatiku meronta ronta. Menjawat kerja di institusi bank di kota menemukan aku dengan Wak Mangil ini. Dan akhirnya aku bebas dari jadi pegawai kerani songlap duit kontrak seorang pelanggan yang berpangkat Dato. Kerja pengawal keselamatan yang ku sandang kini memang menuntut kesabaran. Manakala ramai yang memandang rendah dengan kerja kami...namun kami tetap menjalankan tugas dengan penuh tanggung jawab hari ini dan esok dan mungkin selamanya. Mungkin aku ingin mensucikan jiwa aku di sini. Di pekan kecil daerah sepi ini.

"Kalau kau fikir macam tu baguslah...rezeki ni Allah yang bagi...mana mana pun ada...Insyallah.."

-------------------------------------------------------------

"Asyik makan maggi sahaja tak elok Jamian.." tegur kak Mas yang masih menawan walaupun berstatus janda dalam umur 30' an. Suaminya terkorban semasa bertugas sebagai tentera di Mogadishu tak lama dulu. Aku hanya senyum. Membiarkan segala telahan kak Mas. Aku termenung menatap suratkhabar dan sambil mendengar deruan kereta dan kenderaan yang lalu yang hanya ada sebuah dalam setengah jam. Aku damai dan tenang di daerah itu yang tiada hiruk pikuk seperti di kota.

"Kau berjambang dan berjanggut ni akak teringat kat seorang pelakon tu Aman Graseka namanya..hahaha.." lontar suara kak Mas lantas masuk ke dalam kedai meninggalkan aku terpinga pinga. Ku sapa janggut di dagu. Owwhhh... dah panjang benar..hehehe...berapa lama aku tak tengok cermin lantaran kerja malam dan tidur siang.

Dalam hidup ini tak banyak yang kita boleh ubahkan kerana bagaikan roda..orang yang kita temui itu... itulah juga. Sikap manusia yang tamak haloba tak pernah mengenal tempat dan masa. Sikap manusia yang hanya mementingkan harta yang Allah bagi sedangkan semuanya tak di jalankan ke atas keredhaan Allah. Aku akan hanyut dan terus hanyut jika aku tak menemui jalan pulang...

"Ambik lah abang...mak kasi..." Farhana anak tunggal kak Mas yang comel menghantar tupperware berisi nasi dan lauk tengahari itu.

"Kau ni dah macam kena loteri ni Jamian..hahahaha..." ketawa wak Mangil terbahak bahak memecah sepi dan sunyi rumah sewaan itu.


9 comments

September 17, 2012 at 11:01 AM

daerah yang bername sepi

patutla abg bro komen ritu
gune tajuk cerpen rupenye

#loteri di daerah y sepi itu bagus kadangkala =P

September 17, 2012 at 11:07 AM

Iffah - idea citer ni datang masa lepak ngeteh ngan abang security...hehehe...

September 17, 2012 at 9:44 PM

datang jenguk :)

September 17, 2012 at 10:06 PM

BSF - Tq datang jenguk...

September 18, 2012 at 10:34 PM

hurmmm... aku suka kispen ni...! innocent... yg cool... rezeki allah ada kat memana... kita hanya watak... jadi watak yg terbaik...

September 19, 2012 at 1:23 AM

tq boss...penat saya fikir cara nak menghappy endingkan kispen ni hahaha...akhirnya ...

September 19, 2012 at 10:52 AM

:)
daerah bernama sepi...
(suka tajuk kispen ni) :)

September 19, 2012 at 11:56 AM

tq dear...daerah bernama sepi...pernah jadi tajuk blog abang bro yang dah deacivated kan...

September 22, 2012 at 1:14 AM

Tajuk itu sangat familar.. aku ingat cerita yang sama. tapi bukan..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...