Entah bagaimana aku mahu memulakan cerita aku ini. Segalanya bermula pada hari-hari yang suram dan kelam. Aku sama sekali tidak menyangka mesyuarat pada pagi tersebut mengubah segala galanya dalam hidupku.
"Encik Farreal...awak didapati menggelapkan wang syarikat. Segala peruntukan syarikat telah pun awak gunakan atas nama awak sendiri. Pihak syarikat telah kerugian sebanyak satu juta. Kami terpaksa memanggil pihak berkuasa untuk menyiasat kes ini. "
"Kenapa pula perlu awak memusuhi saya?" soalku pada kekasih hatiku.
"Itu tidak lagi penting, sekarang apa yang penting... saya mesti jaga nama baik saya dan status. Sekarang awak di dapati bersalah dan akan dihukum selama 3 tahun... kita putus."
Konspirasi antara para pegawai tersebut telah menjatuhkan aku. Bagai mimpi ngeri aku telah dijatuhkan hukuman penjara. Dan walaupun bukan salah aku, aku telah didapati menggunakan wang syarikat untuk kepentingan peribadi membeli dan menjual saham kepada saingan pihak syarikat.
Tiga Tahun Kemudian...
"Encik Farreal Dubeus... dari Malaysia? Tapi wajah awak tak macam orang Melayu.." soal seorang pegawai di lapangan terbang Heathrow, London yang mahir berbahasa Melayu.
"Mungkin... kebetulan saya perlukan kelebihan itu untuk mengembara ke seluruh pelusuk dunia ini"
"Untuk apa encik..?"
"Untuk mentauhidkan Allah..."
Ya... Allah telah mengeluarkan aku dari dunia yang penuh kemaksiatan dan kekejian. Allah beri aku masa berfikir. Kini aku mahu kembali ke jalan Allah. Aku tak akan berpaling lagi. Untuk merasa kemanisan iman itu kelak, haruslah merasai kepahitan hidup terlebih dahulu. Segala harta apa aku miliki, telah aku jual ke semuanya untuk dijadikan perbelanjaan serta keperluan dalam perjalanan mencari keredhaan Allah.
"Ini sahajakah barang barang encik...?" soal seorang anggota keselamatan yang memeriksa aku di lapangan terbang tersebut.
"Iya.. itu sahaja... sepersalinan baju dan sebuah gitar kapok usang..."
"El Mariachi?" ujar pegawai tatkala melihat pada gitar yang tertera tulisan dengan nama tersebut.
"Bisa panggil aku El sahaja..." Aku mungkin akan lama juga di lapangan terbang ini sebelum aku meneruskan perjalanan aku ke UAE. Dan selepas itu aku mungkin akan berlegar-legar di bumi Arab itu untuk kesekian lamanya.
8 comments
lepas tu apa terjadi pada dia???
sis NA ...aaaa episod akan datang...haha
lembutnya hati si farreal ni... kalau aku aku tumbuk muka awek dia...(itu kalau akulah) ekeh ekeh ekeh
sabar betul.......kalau aku dah lama dah aku lesing
tu dia..abg bro sudah muncul dengan Dubeusnya yang bakal menjadi legenda neh...
boss - bukan lelaki namanya memukul perempuan ..ahhh klisenye haha...
chootz axoera - ye tak mendatangkan apa jika di paksa...
lady windsor - legenda tu takle... hahaha...tapi dia akan mengembara ke segenap kispen saya haha...