Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Showing posts with label Tema - Mac 2012. Show all posts
Showing posts with label Tema - Mac 2012. Show all posts

Sunday, March 18, 2012

Mari Belajar Memanah Dengan Abang Pro

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips

1) Stance
Sudut badan serenjang dengan sasaran. Kekuda dipasang untuk memastikan kestabilan badan. 

2) Nock 
Anak panah dipasang kemas pada Bow string. Buatan gentian karbon, inilah jenis arrow paling ringan. Tujuannya ialah supaya arrow akan terbang laju, dan sukar dipengaruhi angin tatkala terbang. 

3) Raise and Draw 
Jari telunjuk, hantu dan manis kanannya diletak pada tali. Recurve Bow buatan kayu itu diangkat lantas tali ditarik ke anchor point, iaitu bawah dagu. Sementara itu, tangan kiri memegang kemas bow. 

4) Aim 
Pernafasan diperlahankan. Perhatian penuh diberikan pada postur badan, dan Dia memastikan sasaran selari dengan bow sightnya. Tak perlu lama untuk aiming. 3 saat sudah mencukupi bagi pemanah professional seperti dia untuk membidik sasaran. Lagipun jika proses aiming ini dibuat terlalu lama, tangan kirinya akan cepat lenguh. Ini harus dielakkan kerana sasarannya tidak habis di situ. 

5) Releasing the arrow 
Arrow dilepaskan. Laju ia terbang menuju ke dada seorang gadis bernama Aisyah. Berpusing ligat di udara, hanya rebut mampu memesongkan hala tuju anak panah itu. 

THUD!! 

Tepat pada sasaran. 

Proses sama diulang. Kali ini pada insan bernama Ahmad yang sedang asyik bermain DOTA di Cyber CafĂ© Orange Wangsa Maju. Sekali lagi, mengena. 

Sasarannya tidak tersasar. Tidak pernah tersasar, dan tak akan tersasar. 

*** 

Shah terkesima. Dia tak percaya apabila terserempak dengan Aisyah sedang berduaan dengan jantan yang dia kenal sangat-sangat, menghirup kopi overpriced di Starbucks KLCC. Menyedari kehadiran Shah, Aisyah buat-buat tak kenal Shah. Aishah pegang dagu Ahmad, dan menghadiahkan satu ciuman basah perisa kopi caramel macchiato kepada Ahmad. 

“Celaka. Celaka. Jadah apa ni? Jadah APA NI, BABI!! ” Jerit Shah. 

Marah benar si Shah ni. 
Heh. Siapa tak marah? 
Tunangan dikebas orang. 
Rupanya sasaran si Cupid ni memang tak pernah tersasar, tapi sasarannya selalu tersalah. 
Cupid, Kau bedebah. 

-Tamat-

----------------------------------------
Kispen mereka juga terhasil daripada gambar yang sama seperti di atas.
Thanks a lots...
Terjah mereka juga....


Bella

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips


Bella cantik. Baru 5 tahun masa mula-mula saya kenal dia. Bella rambut warna oren. Bella suka pakai riben dekat rambut. Saya suka Bella pakai riben warna biru.Pipi bela tembam. Macam kuih pau kegemaran saya. Bila Bella pandang tempat lain saya cepat-cepat cuit pipi Bella. Hee~ bestnye. Comel sangat. Lepas tu mesti Bella senyum-senyum. Saya rasa saya dah suka sangat dekat Bella. Lagi-lagi bila dia selalu ajak saya main kahwin-kahwin. Saya tak kisah pun bila budak-budak lain ejek saya pondan. Asalkan saya dapat bersama Bella. Paling buat saya tak kisah sebab saya selalu dapat ciuman dari Bella. Dekat mulut tau. Bukan pipi.

          Masa saya umur 12 tahun, semua dah berubah. Bella dah tak cantik. Bella dah makin gemuk. Muka banyak jerawat pulak tu. Malah dia semakin pengotor dan tak terurus. Kawan saya cakap Bella jadi macam tu sejak mak dia berkahwin dengan ayah tirinya. Ayah tiri dia selalu dera dia. Tumbuk sana sini. Paksa Bella makan makanan anjing. Makanan basi pun dia suruh makan sampai gigi Bella dah kotor sebab kuman. Saya geli tengok dia. Kalau ingat-ingat balik masa Bella cium saya dulu terasa jijik sangat. Malunya kalau orang lain tau. Sekarang saya selalu mengelak dari Bella. Sebab saya terlampau geli sangat dengan dia. Pernah sekali saya dah tak tahan dengan Bella, saya ludah dekat muka dia. Lepas tu saya campak makanan dekat dia. Tak cukup dengan tu saya tumbuk muka dia kuat-kuat sampai patah gigi depan dia. Hidung dia pun berdarah. Kawan-kawan saya semua gelakkan dia. Puas hati saya. Padan muka dia. Bodoh punya babi gemuk.

            Saya tak sedar sekarang dah hampir 30 tahun selepas peristiwa itu berlaku. Pantasnya masa berlalu. Manakan sedar. Selama 10 tahun saya terlantar di sini. Di atas katil buruk ini. Cadar biru ini dah hampir pudar warnanya. Apa boleh saya buat, kudrat ini sudah habis. Langsung habis. Kalau ada pun, macam mana saya nak gerak ? Saya dah putus asa. Sebelum hidup saya lebih merana, ada baiknya saya berserah. Haih, cakap seorang diri buat saya rasa nak terkencing pula tiba-tiba. Terpaksa tahan 3 jam. Kena tunggu isteri saya balik. Kalau terkencing nanti anu saya pula yang dipotong. Cukuplah tangan dan kaki saya ni dikerat-kerat dalam keadaan sedar. Saya dah rasa azabnya ketika dan selepas kaki tangan saya dipotong gara-gara cubaan lari dari tawanannya. Oh, lupa beritahu. Saya dah berkahwin dengan Bella.

            

Saturday, March 17, 2012

Rahsia Janji Kita

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips
Oleh Nong Andy


“Satu.. Dua.. Tiga.. Empat…” Owin terus mengira. Ujie, Jojo, Ben dan Wani berkeliaran mencari tempat sembunyi. Ben tarik tangan Wani. Mereka berlari-lari anak ke tepi sungai.Owin hanya pura-pura menutup mata. Dia curi-curi pandang arah tuju lari Ben dan Wani.

“Shu… Owin pasti tidak jumpa kita di sini” Kata Ben pada Wani. Wani mengangguk. Mereka diam menunggu.

“Wani…” Ben mendekat dan mencium Wani.
“Wani cantik.. besar nanti Ben nak kawin dengan Wani” Kata Ben pada Wani yang terkejut. Tapi kemudiannya Wani tersenyum dan mengangguk. Wani mendekat dan mencium Ben pula.

“Janji?” Kata Wani. 
“Janji..” Ben mengangguk.
“Hei.. jumpa kamu!” Sergah Owin yang muncul tiba-tiba. 
“Oh.. tak sangka kau boleh cari kami” Kata Ben. 
“Sudah tentu.. Sebab saya pasti boleh cari Wani” Kata Owin dan tersenyum pada Wani.
“Ah.. cantiknya air sungai, Jom kita main pancing-pancing.. Wani pergi panggil Ujie dan Jojo. Saya dan Ben cari ambil kayu pancing”Kata Owin dan mereka bersetuju.

“Wani.. ingat janji kita tau!” Kata Ben pada Wani sebelum Wani pergi memanggil Ujie dan Jojo. Wani mengangguk dan tersenyum. Owin berkerut.

“Janji apa Wani?” Tanya Owin tak puas hati.
“Ah.. Rahsia” Kata Wani sambil berlalu. Owin bengang. Ben senyum lebar.
“Ben.. Kau suka Wani?” Tanya Owin bila Wani sudah pergi. Ben tersengih.
“Aku nampak kau cium dia tadi..” Kata Owin marah.
“Ah.. kau dah nampak? Tolong jangan hebohkan dengan kawan sekelas..” Pinta Ben.

“Eh.. Ben! Tengok.. ada sesuatu di dalam sungai..” Ben segera mendekat air sungai. Mencari sesuatu yang dikatakan Owin. Tak sedar Owin sedang mengangkat sebilah kayu tinggi-tinggi di belakangnya dan dengan sekuat hati memukul kepala Ben.

“Ahhh….” Darah memercik dan Owin tersenyum puas.
“Tak boleh.. kau tak boleh rampas Wani” Kata Owin sambil tertawa.

Agus terpekik. Mimpi itu berulang lagi, sejak dia berusia 7 tahun. Mimpi yang sama setiap kali menjelang harijadinya. Mimpi ngeri yang sama dan seolah-olah benar. Mimpi tentang dirinya sebagai budak lelaki bernama Ben yang dibunuh di tepi sungai. Dia dibunuh sekali lagi oleh budak bernama Owin itu. Setiap tahun menjelang harijadinya dia bermimpi dibunuh oleh budak itu. Malam itu harijadinya yang ke 12 tahun dan mimpi itu masih sama.

“Agus..? Kau kenapa?” Suara ibunya bertanya dari luar. Setiap tahun menjelang harijadinya. Agus pasti akan menjerit dalam tidur. Ibunya risau juga.

“Tak ada apa bu..” Sahut Agus sambil mengesat peluh di dahinya. Dan kerana mimpi itu Agus amat ambil hati terhadap budak perempuan bernama Wani. Jika ada budak perempuan bernama Wani. Agus akan menjauhinya. Membencinya. Kerana budak bernama Wani itulah punca dia dibunuh di dalam mimpi. Walaupun dia ingat dengan jelas muka Wani didalam mimpinya tapi Agus tetap membenci budak lain bernama Wani sekalipun rupa mereka tidak sama.

Ketika harijadi Agus yang ke 18 tahun.
“Ah.. Owin! Hari ini saya ada dating dengan Faris” Wani menolak ajakan Owin menonton wayang. Owin Hampa.

“Tak apalah..” Owin pergi. Wani gembira bila Faris datang menjemputnya. Mereka keluar makan. Habis makan dan jalan-jalan Faris hantar Wani pulang.

“Bye.. jumpa nanti!” Wani melambai dan kemudian masuk ke dalam rumah.
“Faris…tunggu!” Owin menahan langkah Faris yang baru saja menghantar Wani.
“Ah.. Owin. Ada apa?” 
“Saya ada sesuatu nak berbincang dengan Kamu, tentang Wani!” Owin mengajaknya ke sebuah taman tidak jauh dari situ.

“Ya Owin.. kau kata tadi tentang Wani?” tanya Faris sebaik sampai ke taman itu.
“Ya.. saya tak mahu kamu ganggu Wani lagi..” Kata Owin serius.
“Apa? Tapi Wani kekasih saya..” Kata Faris marah. Sebelum sempat Faris meneruskan marahnya kepalanya sudah di hentak dengan satu objek.

“Tidak lagi Faris.. Dia bukan kekasih kamu lagi sebab kamu sudah mati!!” 

Agus terjaga sambil terpekik. Kali ini mimpinya berbeza. Kali ini dia bermimpi Owin membunuh kekasih Wani. Dan 3 hari kemudian Agus terbaca kisah seorang pemuda mati di sebuah taman. Kononnya di rompak dan bunuh. Gambar lelaki yang dibunuh benar-benar sama seperti lelaki dalam mimpinya.

Ketika harijadi Agus yang ke 21 tahun.
“Wani.. hari ini Wani akan jadi isteri saya yang sah” Owin memandang wajah cantik Wani dengan kagum. Wani hanya senyum nipis. Dia memakai baju pengantin putih yang sangat indah.

“Owin.. saya pembawa malang. Betulkah kau mahu kawin dengan saya? Kau tidak takut? Semua bekas teman lelaki saya mendapat malang bila bersama saya.. nanti kamu juga..” Owin menutup mulut Wani.

“Shu.. itu tidak akan berlaku! Saya tidak bernasib malang seperti mereka..” Kata Owin dan mengesat airmata Wani. 

“Sekarang bersiaplah. Hari ini hari bahagia kita.. jadi jangan menangis” Kata Owin lagi. Dia kemudiannya keluar…

...dan Agus terjaga dari mimpinya.

“Ah.. Wani akan berkahwin dengan lelaki keparat itu?” Kata Agus sendirian. Walaupun itu hanya mimpi tapi Agus merasa sungguh marah. Tapi apakan dayanya menghalang perkahwinan Wani dan Owin. Sebab mereka berdua itu hanya ada dalam mimpinya saja.

“Agus. Tolong aku hari ni? Aku tak larat nak hantar..” Agus kasihan melihat Dany yang demam. Mereka berdua pelajar universiti yang buat kerja sambilan.

“Baik.. hari ni kau hantar barang di mana?” Danny menyerahkan alamat tempat barang yang perlu dihantar olehnya.

“Butik pengantin?” Danny mengangguk. Agus pergi ke alamat itu.
“Ting Tong..” butang di tekan. Agus Masuk membawa kotak yang perlu diserahkan.
“Letak di situ..”Kata gadis yang sedang memandang cermin dengan baju pengantinnya. Agus terpaku. Si Cantik yang bagai Bidadari itu tersenyum nipis padanya dan menyerahkan duit tip kepadanya. Wajah Bidadari cantik itu amat dikenalinya. Bidadari cantik yang merupakan mimpi buruknya. Bidadari yang membuatnya dibunuh berkali-kali dalam mimpinya. 

“Wani…?” Kata Agus tanpa sedar. Dadanya berdebar. Entah kenapa dia teringin menerkam memeluk gadis secantik bidadari itu. Entah kenapa dia merasa rindu yang teramat pada si mimpi buruknya itu.

“Apa? Kamu panggil saya?” Kata Bidadari cantik itu.
“Cik Wani?” Bidadari itu mengangguk.
“Ya?”
“Cik akan berkahwin dengan encik Owin?” Tanya Agus lagi.
“Macam mana kamu tahu?” Tanya gadis cantik itu dengan hairan.
“Saya bermimpi setiap tahun tentang cik.. setiap malam menjelang harijadi saya!” Kata Agus serius. Gadis itu kelihatan kebingungan dengan kata-kata Agus.

“Kamu mimpi saya?”
“Ya.. saya mimpi Cik Wani. Saya juga mimpi saya di bunuh oleh budak bernama Owin ketika saya berumur 7 tahun di tepi sungai “ Kata Agus lagi. Wajah Wani pucat mendengar kata-kata Agus.
“Kamu merepek!” Kata Wani tidak percaya.

“Tidak.. saya yang dalam mimpi itu bernama Ben. Telah berjanji akan kahwin dengan kamu bila dewasa kelak. Dan kamu telah cium saya dan berjanji pada saya sebelum budak lelaki bernama Owin itu membunuh saya di tepi sebatang sungai” kata Agus menceritakan mimpinya. Mimpi yang menghantuinya setiap tahun menjelang hari lahirnya. Wani terpegun. Tidak ada sesiapa pun yang tahu rahsia itu kecuali dia dan Ben. Ciuman dua budak hingusan dan janji itu.

“Hei budak.. apa kau buat di sini!” seorang lelaki tiba-tiba membentak Agus. 
“Ah.. Owin! Budak ni penghantar barang. Dia hantarkan pesanan kita itu” Kata Wani pantas. Memberi isyarat supaya Agus keluar.

“Cik.. sila jangan berkahwin dengan dia..” Kata Agus tanpa memperdulikan Owin yang kelihatan garang.
“Hei budak! Apa kamu kata? Kau.. Kau! Melampau..!” Owin naik berang.
“Betul Cik Wani. Dia yang bunuh Ben. Dia juga yang bunuh Faris!” Kata Agus lantang. Owin menerkam menumbuk pipi Agus dan menarik bajunya.

“Budak sial! Kenapa kau cari pasal dengan aku. Kau jangan nak buat cerita.. Kau siapa hah! Apa bukti kau?” Owin mahu menghadiahkannya sebuah tumbukan lagi.

“Sudah.. Sudah Win. Lepaskan dia..” Jerit Wani. Dia meleraikan Agus dari tangan Owin.
“Pergi.. kamu cepat beredar!” Kata Wani dengan pandangan memohon. Agus pergi.

****

“Kamu lahir sama pada tarikh Ben ditemui mati di tepi sungai.. kononnya dia tergelincir dan kepalanya terhantuk batu sungai. Rupanya bukan begitu..” Kata Wani sambil berlinangan airmata. Agus ditatapnya penuh kasih sayang.

“Tidak ada sesiapa pun yang tahu rahsia hari itu. Janji saya dan Ben. Ciuman cinta pertama” Kata Wani sambil mengesat matanya. Tangan Agus digengamnya. Agus senyap. Tidak membalas. Tidak bersuara. Membiarkan Wani meluahkan rasa.

“Terima kasih kerana memberitahu saya mimpi kamu. Akhirnya saya tahu Owinlah dalang yang menyebabkan saya jadi gadis pembawa malang. Dialah yang menyusahkan semua bekas teman lelaki saya selama ini. Dia yang bunuh Ben. Bunuh Faris. Hampir saja saya berkahwin dengan dia” Wani kecup tangan Agus.

“Saya akan tunggu kamu Agus.. atau kamu sebenarnya Ben?” Tanya Wani sambil mengusap rambut Agus. Wani terus bersabar menunggu Agus sedar dari komanya setelah diserang hendap oleh Owin. Sudah 3 bulan Agus terlantar koma. 

“Agus.. Agus Salim. Jangan lupa Ben janji nak kawin dengan Wani. Kalau Ben ada dalam diri kamu.. tolonglah tepati janji itu..” Kata Wani untuk sekian kalinya. Dahi Agus dikecupnya lembut sebelum dia bangun menuju ke bilik air. Dan… perlahan-lahan mata Agus terbuka. Bibirnya bergetar perlahan menyebut satu nama.

“Wani…..”

----------------------------------------
Kispen mereka juga terhasil daripada gambar yang sama seperti di atas.
Thanks a lots...
Terjah mereka juga....

1.http://gula-gulapelangi.blogspot.com/2012/03/cerpen-hadirnya-pelangi.html
2.http://reenapple.blogspot.com/2012/03/sweet-kiss.html


Airmatanya Sudah Lama Kering

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips



Dia Momoe Yamaguchi. Dia di lahirkan tidak seperti kanak kanak lain...Dia istimewa...Dia cuba menjadi sehabis baik namun dia tetap istimewa dan sangat istimewa.

Ibu bapanya mengambil keputusan untuk meninggalkan Momoe di rumah neneknya di pekan kecil Osaka. Di situ dia belajar berdikari dan membantu menanam sayur dari neneknya.

"Nek..kenapa awan tu bergerak ? Ke mana mereka nak pergi..."

"Oowhhh...mereka tak pergi mana mana ...bukan kah setiap ciptaan tuhan tu ada tugas masing masing ...Awan tu bawa hujan untuk tanaman tanaman kita...Sekarang ni mungkin pergi ke ladang atau kebun orang lain untuk menabur hujan bagi tanaman mereka... "

"Kalau macam tu..saya akan tanam sayur banyak banyak nek...biar awan tu datang siram hujan kat tanaman kita dan kumpul duit banyak banyak...nanti bila kita sudah cukup duit kita boleh pergi rumah ayah dan ibu di kota nek?"

Neneknya mengangguk anggukkan kepalanya dan tersenyum. Sudah banyak perubahan pada diri Momoe. Walaupun di segi perubatan Momoe di kesan sebagai kanak kanak yang mengalami masalah Autisme namun hari demi hari Momoe semakin banyak berkomunikasi dengan neneknya. Berbeza pada saat awal ia di beri di bawah jagaan neneknya. Begitu pendiam dan menyendiri.Dia hanya tahu menangis dan menangis kerana sebagai ganti percakapan dengan neneknya.

"Nek apa bezanya tanam sendiri dan beli di kedai?"

"Sama saja ..cumanya kalau beli di kedai kita ada orang yang kita gajikan untuk membuat kerja kita...macam pekedai akan membeli dari kita...pembeli pula akan membeli dari pekedai..."

"Jadi kita yang mula mula lah nek.."

"Iya..dan kita harus berbangga dengan peranan kita..kerana tanpa kita tak bermakna gelaran gelaran mereka itu"

Satu hari neneknya dikhabarkan akan datang ayah dan ibu nya ke kampung untuk memberi wang perbelanjaan. Mereka datang menaiki kereta. Mereka melintasi kebun Momoe dan neneknya. Namun hari itu hanya Momoe sahaja yang berada di kebun kerana neneknya menunggu akan kehadiran mereka di rumah. Momoe berhenti kerja dan berehat di depan kebun yang mengadap jalan. Banyak sungguh pula kereta yang lalu lalang pagi itu. Dan dia terlihat akan nombor plate kereta. Dia tahu siapa mereka...dia mengejar kereta itu...

"Abang..itu dia..."si isteri menyuruh si suami memberhentikan kereta untuk mengambil dia yang berlari lari mengejar dari belakang.

"Aahhh biarkan saja..." bunyi nada suara si suami yang begitu tidak acuh sahaja kerana anak itu hanyalah anak tirinya.

Dia terus mengejar kereta itu hingga ke rumah neneknya. Sampai sahaja kereta itu di perkarangan rumah dia memanggil neneknya dari jauh.

"Nenek...nenek...ayah dan ibu datang!!!Cepat nenek..cepat.." tanpa melihat kiri kanan dia melintas masuk ke arah rumah . Entah bagaimana satu kereta datang dari arah berlainan dengan agak laju juga . Siapa pun tak menduga apa yang terjadi sehingga kereta tadi telah menekan brek secara tiba tiba dan melanggar dia...Dan dia tercampak ke tepi. Kereta itu berhenti dan dia terbaring di jalan.

Dia tahu dia akan pergi di hari yang indah itu...Dia melihat awan yang begitu cantik berkepul kepul bergerak di atas langit. Dia tak menangis. Airmatanya sudah lama kering....

Friday, March 16, 2012

Asmara

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips


Alia melentokkan kepalanya ke bahu suaminya Izman yang fokus menonton series House di televisyen. Izman menoleh sekilas ke arah isterinya. "Sihat tak ni sayang?" tanya Izman. Alia hanya tersenyum. "Kenapa nampak lemah semacam je ni.?" Izman memegang dahi isterinya. Kemudian di usap-usap lembut pipi isterinya. Alia masih tersenyum. Alia seronok diperlakukan sebegitu. "Alia sihat." Alia mengangkat kepalanya. Kali ini Alia merangkul leher suaminya dengan kedua-dua belah tangannya. Kali ini Izman pula yang tersenyum. Senyum nakal!

"Alia bahagia sangat sekarang" Alia merapatkan wajahnya ke wajah Izman. Hidung berlaga. "Abang pun bahagia dengan sayang" bisik Izman ke cuping telinga Alia. Alia senyum manja. Alia meleraikan pelukan. Kali ini mereka berpandangan. Sama-sama bersila di atas sofa. Izman capai tangan kanan Alia. Dicumbuinya manja. Berkali-kali. 

"Sayang ingat tak masa mula-mula kita kenal dulu? Cinta jarak jauh kita tu"
"Alia ingat. Semuanya hanya di depan skrin."
"Abang berharap sangat masa tu kita dapat rasai momen tu secara sah."
"Kan dah sah sekarang. Dah jadi kekasih halal abang pun"
"Tahu. Cuma abang takut abang tak mampu bahagiakan sayang. Tak mampu jadi superman sayang" 
Alia ketawa kecil mendengar nama superman yang terpacul dari mulut suaminya. Izman memicit manja hidung Alia.


"Abang superman, dan Alia heroinnya. Macam tu kan?"
"Ya sayang. abang superman yang tak boleh terbang. Sayang pulak heroin yang melemaskan abang."
"Eeeiii jahat. Mana ada melemaskan abang. Alia hanya lemaskan abang dengan kasih sayang, tapi abang masih lagi boleh bernafas."
"Ya sayang. Abang gurau je."

Izman menarik tangan Alia. Diletakkan tangan itu ke dadanya.

"Sayang, rasa tak degupan tu?"
"Rasa..apa makna degupan tu?"
"Abang haus."
Izman tersengih.
"Abang nak air apa? Alia buat sekarang."
Izman mengusap-usap janggut sejemputnya.
"Eem. Tak kisah. Apa-apa je"

Alia bangkit dan menuju ke dapur. Izman tersenyum lagi melihat isterinya, seorang wanita yang sederhana yang mampu mengetarkan jiwanya tanpa melihat wajah sebenarnya ketika itu.. Seorang wanita yang pada Izman cukup sempurna dalam kesederhanaannya. Alia muncul dengan minuman yang diminta Izman.

"Nah milo panas heroin abang" Alia menghulurkan cawan berisi milo panas kepada Izman. Izman sambut dengan senyuman manja.


"Tak panas sangat. Saja bagi nama milo panas heroin abang. Alia tak campur heroin dalam tu. Alia campur dengan kasih sayang je."

Izman meneguk sedikit. Wajah Izman mengerut. Alia rasa pelik melihat tingkah suaminya.
"Kenapa? Tak sedap ke?" tanya Alia.
"Sayang rasa ni.." arah Izman.

Alia meneguk sedikit.
"Ermm. Ok je sayang. Apa yang tak kena?"

Izman senyum. Alia meletakkan cawan di atas meja tamu. Paha Izman dicubitnya geram.
"Abang saja nak share minum dengan sayang. Minum dalam cawan yang sama"
"Eeiiii.. Alia ingat air Alia buat tak sedap.jahat!"

Kali ini satu lagi cubitan hinggap di paha Izman. Izman hanya mengaduh kecil. Tangan Alia dicapainya.


"Jari ni nakal sangat kenapa?Asyik cubit abang je?"
"Mana ada nakal. Siapa suruh abang nakal?"


Alia tiba-tiba memicit kepala dengan tangan kirinya.
"Kenapa ni sayang?" Izman panik. Alia masih diam. Masih lagi memicit kepalanya.
"Sayang ok tak??" Izman makin panik. Alia senyap. Kepala Alia mula lentok ke sofa. Mata Alia tertutup rapat. Izman meletakkan kepala Alia ke atas ribanya.


"Sayang bangun la. Jangan buat abang macam ni."

Mata Alia terbuka perlahan. Senyum. Terus di kucup pipi suaminya.


"Ohhhh.. nak kenakan abang ya.sayang jangan buat macam ni. Abang gelabah betul tadi tau" Alia masih senyum. Masih di riba suaminya. Alia merapatkan bibirnya ke cuping telinga Izman "Alia sangat sayangkan abang"

Izman bahagia mendengar ungkapan itu. Lafaz syukur dipanjatnya di dalam hati atas aturan Allah yang menyatukan mereka dengan ikatan yang mulia ini. Dikucupnya penuh kasih dahi Alia.

Izman merasa sejuta ketenangan yang tersirat dalam jiwa kerana menyakini janji Allah sebagaimana yang tertera indah dalam Surah Ar-Rum ayat 21, "Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya"

Wednesday, March 14, 2012

Terukir Di Bintang

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayang kan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milikku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti kan kamu
Sayangku jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

**************************

Nazmi : “Kau suka lagu ni?”.
Didie : “Suka. Suka sangat. Kau suka?”
Nazmi : “Aku hanya suka lagu ni bila aku dengan kau sahaja”.
Didie : “Maksud kau? Kau sukakan aku?”
Nazmi : “Ishhh…Aku sukakan lagu ni la. Kau jangan nak perasan sangat ya”.
Didie : “Hihihi…Marah? Aku baru nak bergurau. Jangan lah mengelabah”.
Nazmi : “Bila masa pula aku gelabah. Jangan nak kenakan aku ya, Die”.
Didie : “Hurm...Gurau sikit pun nak sentap tau kau ni. Nyampah aku”.
Senyap...
Didie : “Kalau aku mahu kahwin dengan kau, kau mahu tak?”
Nazmi : “Aku terima saja kalau sememangnya kau jodoh aku. Sudah lah, mari pulang”.

Nazmi menghulurkan tangan. Cuba membantu Didie untuk bangkit. Bukan kerana Didie tidak mampu untuk bangkit sendirian, tetapi ianya bagaikan sudah menjadi satu tabiat. Hanya dengan cara sebegitu sahaja dia dapat menyentuh kelembutan kulit mulus Didie. Dan dengan cara sebegitu jualah dia dapat menggenggam jari-jemari runcing milik Didie. Genggam erat, genggam kemas. Bagai tidak mahu lepas.

**************************


29 September…

Nazmi : “Die, lepas ni mungkin kita tak dapat sebegini lagi”.
Didie : “Kenapa pula?”.
Nazmi : “Kau sendiri sudah maklum bukan ayahku askar”.
Didie : “Jadi apa masalahnya?”.
Senyap…
Didie : “Mahu pindah kemana pula kali ni?”. Mula mengerti.
Nazmi : “Sabah”.
Didie : “Kau mahu?”.
Nazmi : “Ikutkan hati, sungguh aku tidak mahu. Tetapi, aku juga tidak mampu untuk membangkang”.
Didie : “Boleh aku tahu bila?”
Nazmi : “Paling lewat, hujung minggu depan”.
Didie : “Dan baru sekarang kau mahu beritahu aku?”.
Nazmi : “Aku juga baru dikhabarkan tadi”.
Didie : “Aku disini bagaimana?”
Senyap…
Didie : “Siapa aku dimata kau Nazmi?”.
Masih senyap… Bungkam…
Nazmi : “Maaf, aku penat. Mari kita pulang”.

Seperti kebiasaan, tangan dihulurkan. Menanti sambutan agar tangan yang menggapai kelak bisa saja digenggam erat. Biar dia dapat menyalurkan perasaan sayangnya terhadap gadis itu melalui garis-garis yang berada di telapak tangan saat genggaman bersatu.

Didie : “Sekurang-kurangnya, tunggulah selepas tamat peperiksaan SPM. Boleh lah yaa…”. Cuba memujuk.
Nazmi : “Akan aku cuba pujuk ayahku”. Menggangguk bagai memberi harapan. Atau mungkin lebih tepat, menenangkan hati si gadis yang kian resah untuk menghadapi perpisahan. Tangan yang bersatu semakin diperkukuhkan genggamannya.

**************************


05 October

Nazmi : “Die…”.
Didie : “Ermmm…”.
Nazmi : “Esok aku sudah mahu berangkat”.
Sunyi…
Nazmi : “Kau ok?”.
Sepi…
Nazmi : “Jangan macam ni Die… Sampai bila kau mahu terus berdiam. Aku tetap kena pergi”.
Didie : “Kau sayang aku?”.
Nazmi : “Die, please…”.
Didie : “Answer me”.
Nazmi : “Kau ni kenapa Die? Esok aku dah berangkat dan hanya soalan tu yang kau mahu  perkatakan dengan aku?”.
Didie : “Aku cuma mahukan kepastian”.
Nazmi : “Kepastian apa?”.
Didie : “Kepastian tentang perasaan aku ni, Mi.Aku tahu yang kau sedar aku sayangkan kau lebih dari seorang kawan bukan?”.
Nazmi : “Jadi? Kau mahu aku balas perasaan kau? Begitu?”.
Didie : “Aku sama seperti teman-teman kau yang lain ya?”.
Nazmi : “Sudah lah Die. Tolong jangan persoalkan tentang perasaan. Aku tak mahu calarkan hubungan kita yang sedia ada ni. Ni ada hadiah buat kau. Mungkin pemberian pertama dan terakhir dari aku. Tapi kau kena janji dengan aku satu perkara”.
Didie : “Apa dia?”.
Nazmi : “Buka bila saja aku sudah berangkat ke Sabah. Boleh bukan?”.

Dan Didie hanya mengangguk. Lesu. 

**************************


08 October

Ternyate sejak pemergian Nazmi, Didie berubah menjadi gadis yang pasif. Gelak tawanya yang riang semakin hilang bagai turut dibawa terbang ke Sabah. Tiada lagi kelibat dirinya dan Nazmi duduk bersantai di taman seperti hari-hari kelmarin. Dan pemberian Nazmi kepadanya beberapa hari yang lalu masih terletak cantik di atas meja soleknya. Tidak terusik, tidak tercuit. Akhirnya…

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani…
Assalamualaikum buat gadis yang sentiasa bertakhta di hati ini…

Didie… Aku harap kau baik-baik saja selepas ketiadaan aku. Usah terkejut dengan pemberian aku ni. Niat aku cuma satu… merungkai sesuatu yang tak pernah aku sendiri rungkaikan. Atau mungkin lebih tepat lagi, aku tidak punya kekuatan untuk cuba merungkainya. Maaf… Barangkali sudah terlambat untuk aku berterus terang dengan kau tentang perasaan aku selama ni. Kau mahukan kepastian bukan? Dengan cara ini sahaja aku mampu untuk meluahkan segala rasa yang terbuku di hati.

 Die… Kau kawan aku… Kau teman aku… Aku sayangkan kau… Bukan sekadar sayang sebagai seorang kawan… Malah lebih dari itu… Ya Die.. Aku sayangkan kau lebih dari mereka, kawan-kawanku yang lain… tapi aku cuba kawal perasaan aku dari terusan bercambah… Kerana aku takut. Aku takut untuk berpisah dengan orang yang aku sayang saat aku tak bersedia untuk kehilangannya. Kau mengerti bukan…?

Arghhh…Aku tak tahu mahu tulis apa lagi. Aku harap kau faham apa yang aku cuba sampaikan. Semoga kebahagiaan sentiasa berada di sampingmu. Jujur, aku sayangkan kau, Die.

>Nazmi Farhan<

Mata digenangi mutiara jernih yang menanti detik membasahi pipi. Seulas senyuman terukir. Didie sendiri tidak pasti akan perasaannya kala itu. Sedih dengan pemergian Nazmi ataupun gembira kerana segala persoalan telah terjawab. Apa yang pasti, rindunya kepada Nazmi kian mencengkam. Dan perasaannya terhadap Nazmi kian mendalam. Malam itu, Didie hanyut dibuai kenangan indah bersama Nazmi ditemani alunan lagu Terukir Di Bintang nyanyian Yuna.


Tuesday, March 13, 2012

Yang Tertinggalkan .

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips


"Kau dah nak pergi ya?"

*angguk perlahan*

"Tapi kenapa?"

Kenapa apa?

"Kenapa Kau mesti pergi? Kenapa Kau tak boleh tinggal sini?"

 Aku kena ikut keluarga Aku pindah.

"Kau tak sayang Aku?"

*tidak menjawab*

"Dulu, Ibu tinggal Aku. Kau pujuk Aku. Kalau Kau tinggal Aku, siapa yang mahu pujuk?"

Kau percayakan Aku?

"Dulu, Ibu kata Ibu akan pulang. Jadi, Aku tak tahu apa pula dengan Kau kali ini,"

Aku pasti pulang. Aku pasti akan ketemu Kau. Itu janji Aku pada Kau.

"Sementara Aku menunggu Kau pulang, siapa yang mahu berada di sisi Aku bila Aku kerinduan? Siapa yang mahu berada di sisi Aku bila Aku perlukan tempat bersandar? Siapa mahu ceritakan semua kisah bulan dan bintang pada aku lagi?"

*tidak menjawab*

"Jangan pergi... Tolong! Aku rayu pada Kau, jangan pergi!"

*tidak menjawab*

"Atau, bawa Aku bersama!"

Jaga diri ya? Jaga diri Kau baik-baik, untuk Aku. Aku mohon.


.END.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...