Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Sunday, March 18, 2012

Mari Belajar Memanah Dengan Abang Pro

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips

1) Stance
Sudut badan serenjang dengan sasaran. Kekuda dipasang untuk memastikan kestabilan badan. 

2) Nock 
Anak panah dipasang kemas pada Bow string. Buatan gentian karbon, inilah jenis arrow paling ringan. Tujuannya ialah supaya arrow akan terbang laju, dan sukar dipengaruhi angin tatkala terbang. 

3) Raise and Draw 
Jari telunjuk, hantu dan manis kanannya diletak pada tali. Recurve Bow buatan kayu itu diangkat lantas tali ditarik ke anchor point, iaitu bawah dagu. Sementara itu, tangan kiri memegang kemas bow. 

4) Aim 
Pernafasan diperlahankan. Perhatian penuh diberikan pada postur badan, dan Dia memastikan sasaran selari dengan bow sightnya. Tak perlu lama untuk aiming. 3 saat sudah mencukupi bagi pemanah professional seperti dia untuk membidik sasaran. Lagipun jika proses aiming ini dibuat terlalu lama, tangan kirinya akan cepat lenguh. Ini harus dielakkan kerana sasarannya tidak habis di situ. 

5) Releasing the arrow 
Arrow dilepaskan. Laju ia terbang menuju ke dada seorang gadis bernama Aisyah. Berpusing ligat di udara, hanya rebut mampu memesongkan hala tuju anak panah itu. 

THUD!! 

Tepat pada sasaran. 

Proses sama diulang. Kali ini pada insan bernama Ahmad yang sedang asyik bermain DOTA di Cyber Café Orange Wangsa Maju. Sekali lagi, mengena. 

Sasarannya tidak tersasar. Tidak pernah tersasar, dan tak akan tersasar. 

*** 

Shah terkesima. Dia tak percaya apabila terserempak dengan Aisyah sedang berduaan dengan jantan yang dia kenal sangat-sangat, menghirup kopi overpriced di Starbucks KLCC. Menyedari kehadiran Shah, Aisyah buat-buat tak kenal Shah. Aishah pegang dagu Ahmad, dan menghadiahkan satu ciuman basah perisa kopi caramel macchiato kepada Ahmad. 

“Celaka. Celaka. Jadah apa ni? Jadah APA NI, BABI!! ” Jerit Shah. 

Marah benar si Shah ni. 
Heh. Siapa tak marah? 
Tunangan dikebas orang. 
Rupanya sasaran si Cupid ni memang tak pernah tersasar, tapi sasarannya selalu tersalah. 
Cupid, Kau bedebah. 

-Tamat-

----------------------------------------
Kispen mereka juga terhasil daripada gambar yang sama seperti di atas.
Thanks a lots...
Terjah mereka juga....


13 comments

March 18, 2012 at 10:00 PM

aku mcm syak shah dengan cupid tu ada skandal...

March 18, 2012 at 10:05 PM

salahkan cupid la pula...

er.. kenapa aku x nampak siapa penulisnya?

March 18, 2012 at 10:14 PM

oh... ada nama aku di situ.. hahaha.

aku rasa Cupid tu tak boleh jadi CUPid... heh. =.=

March 18, 2012 at 10:38 PM

huu takut2..skrg suma org buat cite,kalau curang kena bunuh O.o

March 19, 2012 at 1:22 AM

Cupid kena belajar lagi ni. Belajar kenal orang haha

Anonymous
March 19, 2012 at 8:31 AM

Cupid juga buat silap jika dilihat dari kegagalannya memakai baju yang lebih bergaya dari ditutupi daun. haha

March 19, 2012 at 1:50 PM

hahah marah bebenor... :D

March 19, 2012 at 2:49 PM

ya..


panah lagi.. :)

March 19, 2012 at 4:15 PM

Hello beb, tak payah suruh Cupid, roger aku kalau nak pakai service 'delete' tu...org curang ni aku pantang sikit..

March 20, 2012 at 11:06 AM

I like coffee ...I like coffee Machiato tuuu...

March 20, 2012 at 2:16 PM

aik. mot rasa mot dah komen asal tak de kat sini pon

"ntah2 si cupid dah padam komen kita kot" otak mot pk

"tak baik buruk sangka cam si shah tu. ni semua rezki. mungkin masa kita post network down ke" hati mot pujuk

"ye la. ye la. mungkin jiwa network masa tu tak tenteram cam sicupid tu. cupid tak lulus ujian memanah gamaknya" otak mot pk lagi

"untung jadi ahmad" hati mot balas balik

March 20, 2012 at 8:22 PM

tetiba teringat cerita pasal cupid...hoho

March 22, 2012 at 4:03 PM

bese main tembak2 je..ni pakai pemanah lg..ada style :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...