1) Stance
Sudut badan serenjang dengan sasaran. Kekuda dipasang untuk memastikan kestabilan badan.
2) Nock
Anak panah dipasang kemas pada Bow string. Buatan gentian karbon, inilah jenis arrow paling ringan. Tujuannya ialah supaya arrow akan terbang laju, dan sukar dipengaruhi angin tatkala terbang.
3) Raise and Draw
Jari telunjuk, hantu dan manis kanannya diletak pada tali. Recurve Bow buatan kayu itu diangkat lantas tali ditarik ke anchor point, iaitu bawah dagu. Sementara itu, tangan kiri memegang kemas bow.
4) Aim
Pernafasan diperlahankan. Perhatian penuh diberikan pada postur badan, dan Dia memastikan sasaran selari dengan bow sightnya. Tak perlu lama untuk aiming. 3 saat sudah mencukupi bagi pemanah professional seperti dia untuk membidik sasaran. Lagipun jika proses aiming ini dibuat terlalu lama, tangan kirinya akan cepat lenguh. Ini harus dielakkan kerana sasarannya tidak habis di situ.
5) Releasing the arrow
Arrow dilepaskan. Laju ia terbang menuju ke dada seorang gadis bernama Aisyah. Berpusing ligat di udara, hanya rebut mampu memesongkan hala tuju anak panah itu.
THUD!!
Tepat pada sasaran.
Proses sama diulang. Kali ini pada insan bernama Ahmad yang sedang asyik bermain DOTA di Cyber Café Orange Wangsa Maju. Sekali lagi, mengena.
Sasarannya tidak tersasar. Tidak pernah tersasar, dan tak akan tersasar.
***
Shah terkesima. Dia tak percaya apabila terserempak dengan Aisyah sedang berduaan dengan jantan yang dia kenal sangat-sangat, menghirup kopi overpriced di Starbucks KLCC. Menyedari kehadiran Shah, Aisyah buat-buat tak kenal Shah. Aishah pegang dagu Ahmad, dan menghadiahkan satu ciuman basah perisa kopi caramel macchiato kepada Ahmad.
“Celaka. Celaka. Jadah apa ni? Jadah APA NI, BABI!! ” Jerit Shah.
Marah benar si Shah ni.
Heh. Siapa tak marah?
Tunangan dikebas orang.
Rupanya sasaran si Cupid ni memang tak pernah tersasar, tapi sasarannya selalu tersalah.
Cupid, Kau bedebah.
-Tamat-
----------------------------------------
Kispen mereka juga terhasil daripada gambar yang sama seperti di atas.
Thanks a lots...
Terjah mereka juga....

Mari Belajar Memanah Dengan Abang Pro

