gambar hiasan google
Entah bila pula ibuku menjadi guru dan rumahku sudah menjadi tempat untuk budak budak kecil mahupun orang dewasa untuk mentelaah dan mengaji. Aku yang selama ini duduk di asrama hanya tahu bila aku pulang ke rumah pada hujung minggu.
Surah itu juga menjadi pembuka ...surah itu juga menjadikan pintu hati aku bagai di ketuk ketuk...Aku yang mendengar kelembutan suara nya dan sedapnya suara orang yang mengaji tu...Puji hati aku selepas aku kecilkan volume radio ke minimum..Aku yang sebelum ini hanya release tension berkhayal dengan lagu Pearl Jam aku sahaja dalam bilik aku...
Sebagaimana orang yang akan mengambil peperiksaan memang berada dalam keadaan pressure . Aku rasa sakit kepala kerana berjaga malam untuk mengulangkaji pelajaran. Dan juga aku selalu rasa tidak cukup tidur. Namun segala rasa runsing aku hilang dengan alunan suara merdu tersebut..Perasaan bengang tadi hilang . Betul juga cakap orang tua tua..Kalau kita baca surah al Fatihah ini tujuh kali tentu Insyallah segala penyakit dapat di tawarnya.
Mulanya aku tak mengendahkan sahaja semuanya...Apa sangatlah bacaan surah tersebut.Tetapi bila sudah lima hari terlantar di asrama aku tidak mendengar kelembutan suara tu aku jadi tidak tentu arah dan tidak keruan. Jadi kerap kali aku berjaga hingga ke di inihari pun aku hanya terjegil jegil menunggu pagi dan aku pasangkan radio . Dan aku terpana juga bila mendengar suara orang membacakan doa tersebut hampir sama macam yang aku dengar ..Yang lembut merdu dan mendamaikan hati itu....
Tak boleh jadi..aku lantas menelefon dan bertanya pada ibu aku siapa yang selalu mengaji surah al Fatihah semasa mak aku mengajar mengaji. Dengan selamba ibu aku menjawap .
"Esok kau balik kau jumpalah tuan punya suara tu..." lantas ibuku memberi salam dan meletakkan telefon.
Hatiku berdebar debar menunggu akan esok menjelma untuk pulang ke kampung seperti biasa selepas solat Jumaat tengaharinya...Lantaran hanya suaranya aku pernah dengar macam mana pulak dengan orangnya. Terus aku pun terlena hingga ke pagi...Dalam pada awal pagi itu aku terkejut juga kerana aku bermimpi pula bertemu orang yang aku ingin jumpa tersebut.
Dan pada pagi hari minggu setelah aku berada di rumah tanpa mungkir janji maka sampai dalam dua tiga murid ibuku..Semuanya budak kecil...mana pula juga orang yang bersuara lembut tu..Dia tak datang ke..Ahhhh... ibuku mahu aku berteka teki pula...
"Dia datang...tapi lambat sikit mungkin selepas dia menyediakan sarapan lah tu..."kata ibuku lantas mengakhiri pertanyaaan dan persoalan dalam kepala aku.
Aku pun tanpa di minta membawa sejug air ke tempat ibuku dan duduk membaca suratkhabar menanti dan menanti...
"Assalamualaikummmm..."suara itu memberi salam.
"Waalaikumsalam Fateha..." ibuku menjawap salam.
"Alhamdulillahhh...." lafazku bila aku berpeluang melihat orang yang bersuara sama seperti dalam mimpiku....Rehal kayu itu hati aku dan al quran itu engkau wahai Fateha.
13 comments
Ooooh. 'Rehal kayu itu hati aku dan al quran itu engkau wahai fateh'... Quote yg sgt sweet...
Ps: baru panas enjin ya? Huhuhu....
salam bos...macam tu punya sweet pun lastnya rehal kayu tu terkopak juga...hehehe...
p/s - idea tetiba mari...
kenapa sweet sangat? :)
KA - tu namanya sweet tetibe jeee..hehehe...
salam, ok kisah ini sangat sweet..saya suka!
tq baca Cik Sri Siantan...
abg bro
kemain sweet ni
ai loike
sweet ke?tq baca Iffah...
percaya atau tidak , saya Nur Fatihah. unfortunately , saya belum bertemu "rehal" saya. salam perkenalan. hehee.
salam perkenalan cik tia...
sweet sangat.
This is bro.. :)
:D
Ada sambungan x bro