Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Thursday, March 29, 2012

Cahaya Cinta

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips


Ke hadapan isteriku yang tersayang,
Selamat ulang tahun perkahwinan abang ucapkan buat sayang…
Sayang tahukan abang tak pandai berpuisi dan tulis ayat-ayat berbunga…
Abang hanya nak sayang tahu yang abang sayangkan sayang sangat2…
Semoga perkahwinan kita kekal hingga ke anak cucu cicit piut piun…
Abang tak tau sayang suka ke tak hadiah yang abang bagi tu..
Almaklumlah abang ni orang laki mana pandai menilai perhiasan2 wanita ni…
Akhir kata,sayang awak sangat2..hehehehe..

Yang ikhlas menyayangimu,
Adam

Surat berwarna merah jambu itu ditatapnya lama,tulisan yang dulunya kemas kini kelihatan comot dek dakwat yang berkembang gara-gara air mata yang jatuh.
Setitik
Setitik
Setitik… Dadanya menahan sebak. Tangannya menggigil. Air matanya terus mengalir dengan deras.

“Ya Allah,jika ini takdir mu ya Allah.Aku terimanya dengan redha. Kau cekalkanlah hatiku ini ya Allah.” Wanita itu berkata di dalam sedan sedu tangisannya. Hatinya tidak mendengar kata mulutnya. Pedih. Kepedihan yang wujud di dalam hatinya sungguh pedih.

Bayangan kenangan manis mereka bersama mula bermain di minda. Dari saat mereka berkenalan hingga ke alam perkahwinan. Satu per satu memenuhi ruang mindanya. Menghantui kembali dirinya.

“Kau tu dahlah tak boleh beranak! Pandai-pandai pulak kau nak buat keputusan hah??”
“Nak carik duit konon! Ntah-ntah keluar dengan jantan. Engkau ingat aku bodoh?”
“Tak payah berdrama! Aku benci perempuan macam kau!. Menyesal aku kahwin dengan kau.”
“Aku ceraikan kau talak tiga!!!”

Ayat-ayat ini kembali bermain di telinga. Berdosakah dia? Salahkan dia?. Berdosa ke menjadi perempuan mandul? Hina sangat ke dia?

“Sayang ,nantikan kalau kita ada anak, abang nak namakan anak lelaki kita boleh? Awak namakan anak perempuan.” Wanita itu mengangguk tanda persetujuannya.
“Maafkan saya tuan, puan…tapi nampaknya tuan dengan puan ada masalah sedikit untuk mendapatkan anak. Rahim puan yang mengeluarkan ovum nampaknya sebelah tersumbat manakala lagi satu ovum yang dihasilkan tidak begitu subur. Kami minta maaf tapi peluang untuk anda berdua dapatkan anak adalah tipis.”

Semakin deras air mata yang mengalir keluar. Sebak di hatinya tidak dapat tertahan lagi. Di mana lelaki yang pernah berjanji dengannya untuk sehidup semati? Yang berjanji sentiasa di sisi walau dalam apa jua keadaan.

“Abang tipu saya!!!” Wanita itu menjerit dengan sekuat hati. Bantal yang berada di kirinya di lempar ke dinding. Surat di tangannya itu dikoyakkan dengan sekuat hati lantas sampahnya di lemparkan ke atas. Bertaburan jatuh cebisan-cebisan kertas itu. Tetapi kenapa hatinya tidak berasa puas lagi? Syaitan apakah yang merasuki dirinya? Wanita itu terbaring lemah di atas katil. Tangannya memeluk lututnya seakan-akan kesejukan. Air matanya lancing mengalir. Tidak menunjukkan tanda-tanda akan berhenti.

“Walaupun Adam anak mak, tapi mak malu dengan tindakan dia. Mak minta maaf bagi pihak dia. Ini semua salah mak sebab tak pandai besarkan anak. Maafkan mak.”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Abang! Saya betul-betul nak bekerja carik duit bukannya cari lelaki.”
“Huh! Mulut cakap lain,hati cakap lain. Mana aku nak tau yang kau bukan carik jantan lain? Kau bukannya boleh mengandung pun!”
“Abang!” Satu tamparan hinggap di pipi lelaki itu. Menggigil tangan si isterinya. Dia tidak sengaja. Dia pun punya hati dan perasaan.
“Tengok mak! Dah pandai nak pukul laki dia. Perempuan macam kau ni tak layak jadi isteri!”
“Minta maaf bang, saya tak sengaja.” Perempuan itu melutut di hadapan suaminya. Memohon keampunan.
“Tak payah berdrama! Aku benci perempuan macam kau!. Menyesal aku kahwin dengan kau.”
“Abang” Perempuan itu memanggil suaminya dengan lemah. Suaranya kedengaran sayu.
“Aku ceraikan kau talak tiga!”

Dalam sekelip mata, status isterinya musnah dalam sekelip mata. Wanita itu akui kesilapannya menampar suaminya sendiri. Tetapi salahkah jika dia tidak mampu melahir zuriat untuk suaminya sendiri?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~Untungnya mereka yang tidak dikurniakan anak ialah sekiranya mereka(pasangan suami isteri itu) adalah dari kalangan orang-orang yang soleh dan solehah apabila dihitung amalannya di padang masyar nanti dan pahala mereka lebih daripada dosa mereka maka mereka sudah pasti menjadi penghuni syurga kerana tidak anak mereka yang akan mengheret kaki mereka walau setapak pun ke arah nereka~

Nota Penulis:- Ayat kat atas ni diberitahu oleh ustaz saya ketika saya bergelar pelajar. Saya olahkan sedikit ayat ni. Maaf kerana tak tahu ayat ini sumbernya daripada mana. Cerita ini adalah rekaan semata-mata,  persamaan hanya kebetulan. Ilham tiba-tiba datang menyinggah ketika mendengar lagu dan cerita ini ditulis terus. Maaf di atas segala kekurangan.

7 comments

March 29, 2012 at 10:07 PM

Saya tidak pernah tersua pula dgn maksud ayat yg diperturunkan..kalau penulis boleh mencari sumber ayat ke berapa dan daripada surah mana, saya sangat berbesar hati..sarat maksud tersirat..

March 29, 2012 at 10:15 PM

ye setuju jugak dengan LW.

**nway cite nie cerita kehidupan. good trial.

March 29, 2012 at 10:50 PM

Sedih... =.=

Tapi bukan salah perempuan itu pun jika tidak boleh mengandung. Tuhan itu sudah tetapkan kisah mereka sebegitu. Tidak harus menyalahkan perempuan sahaja. Seolah-olah menidakkan takdir yang Allah tetapkan.

March 30, 2012 at 12:14 AM

aahhh. giler kentang.

"kalau kite dapat laki tu. kite siat2 kulit dia. kalau tak suka pisah la cara baik" hati mot geram

"ntah nya. nanti dia balik yg giler talak" otak mot sokong.

"cerita ni pulak pendek je. kalau kite jadi penulis kite buat cerita yg dia giler talak balik" hati mot geram

"ye. ye. kita pon sama" otak mot sokong lagi.

"wah.. lagi sekali kita sependapat la." hati mot cakap lagi

"ye ye. kita pon rasa camtu juga" otak mot balas nak polok hati mot kuat2

March 30, 2012 at 6:53 PM

sokong mamot ..hehehe

March 31, 2012 at 1:39 AM

"yang ikhlas menyayangimu"

Ikhlas tang mana pun aku tak nampak. Beza sebelum dengan selepas tu,hmm tak boleh nak kata apa.

April 1, 2012 at 3:54 AM

yg last tu paling menarik perhatian. Kalau x ajar anak baik-baik boleh2 mak bapak x masuk surga adus!!! risau aku...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...