Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Sunday, October 14, 2012

Manis Lagi?

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips



Bas Ekspres yang ditunggu dah sampai. Arjuna yang menunggu dengan penuh segak bergaya di tepi Satria Neo hitam miliknya tersenyum. Tak sabar bertemu buah hati yang tersayang barangkali. 

Gadis berkerudung Lcyra kelabu air turun seorang, dan kemudian bas berlalu. Untung ada bas yang mahu berhenti sekejap-sekejap begini. Tidak susah untuk si penunggu seperti Arjuna mahu ke penghujung destinasi perjalanan bagi mengambil isi hatinya. 

Gadis itu manis tersenyum, memperkemaskan pipi sawo matangnya yang tampak berisi itu. Memang comel. Cantik berhias dengan bibir yang berselimut merah jambu semula jadi. Dalam perlahan dan tidak dia menyusun derap langkah penuh kemas agar tak gelincir sandal. 

“Maaf lambat sampai” dan gapai tangan yang tersua. Dikucup perlahan. Diusap kepala gadis itu semula oleh Arjuna, sebelum diletakkan bibirnya selembut mampu pada pelipis mata gadis itu. Manis. 

“Tak ada beg?” dan gadis itu hanya menggeleng. Masih dengan bibir seulas limaunya yang berlekuk senyum manis. Wah, indah dunia andai senyum bisa semanis ini. 

Kaki mula melangkah, menyusun atur menuju kereta yang sedia menanti. Mahu mencari makan katanya, sebelum pulang ke kediaman melenyapkan lelah dan penat yang berbaki. 

Radio dipasang perlahan, entah apa siarannya pun tiada siapa yang dengar, kerana Arjuna dan sang gadis hanya lebih gemar menganyam jari-jari mereka sambil berbicara dalam diam. 

Kemudian. 

“Tak telefon mak? Bagi tahu dah sampai?” dan sang gadis senyum. Dibetulkan duduknya dan dilarikan jemari-jemarinya ke kocek jean biru gelapnya. 

“Eh” dan meraba lagi. Poket depan tiada, belakang pun tiada. Raba lagi. Kali ini pucat. Nafas dah mula turun naik. Ah, sudah. 

“Tak ada!” tangan masih meraba. Blaus lengan panjang hitam yang tidak berpoket juga diraba. Memang tak ada. Wajah sang gadis dah makin merah. Makin risau wajah manis tuh. 

“Sayang tengok betul-betul dulu” Arjuna mula risau sama. Dia turut meraba paha sang gadis, mana tahu kalau-kalau terlepas dari sedar sang gadis dalam kalut. Juga tak ada. Ah, sudah. 

Kereta dipandu ke tepi. Ke sisi jalan, dan berhenti. 

“Cuba tengok betul-betul” 

“Tak ada bang. Memang tak ada. Aduh. Semua dalam tu!” Arjuna juga kian risau. Digapai telefon bimbitnya pula, dan dail. Ada dering! 

*** 

“Hang bawak la sampai sudah. Malam karang aku nak naik lagi” Ramli betulkan duduk. Dia bertukar tempat dengan Ajis ketika turunkan budak manis tadi. Penat dah memandu dari tadi, harus bertukar tempat dengan Ajis, sebab Ajis pemandu simpanan dia pun. Cuma Ramli untung, dia boleh duduk di kerusi bas yang empuk, sebab budak comel yang dia asyik jeling dari cermin bas tadi dah turun. Ajis sebelum itu hanya boleh berehat di kerusi pemandu simpanan. Kerusi kecil di tepi pintu keluar. 

Dan duduk di kerusi yang masih panas dek di duduk budak tadi pun cukup teruja. Tak dapat orangnya, dapat duduk bahang dia pun jadilah. 

“Cantik duh budak tadi. Hehe, dapat buat bini best tuh. Sanggup aku berhenti bawak bas seminggu dua kalau dapat budak sopan macam tuh. Manis jer” sengaja mengajak Ajis bersembang. Hilang bosan. 

“Dia turun tadi pun laki dia dah tunggu kot?” 

“Entah-entah boperen jer tadi tuh” 

“Aku tengok siap bercium tangan macam laki bini takkan la boyfriend dia saja. Budak baik macam tuh kalau aku dapat pun aku suka” Ajis tersengih saja. Nak tambah apa lagi la si Ajis, dia sendiri dah ada tiga orang isteri, dan cantik-cantik juga semua isterinya. Memang tak pernah cukup dengan seorang. 

Trut Trut! Trut Trut! 

“Eh, empon budak tadi la. Fiance tepon” terkejut Ramli. Rupanya telefon bimbit itu tercicir di sisi kerusinya. Nasib baik tak jatuh ke bawah, mahu bercalar telefon tu nanti. Ajis hanya pandang sekilas dan berisyarat suruh Ramli mengangkat panggilan itu. Panggilan tunang budak perempuan tu la kot. Rupanya bukan laki dia. 

“Ni dekat mana nih?” amboi, belum bersalamualaikum sudah melenting bising. 

“Tuan empon tertinggal di dalam bas ni” jawab Ramli. 

“Saya datang ambik. Tunggu dekat stesen ya. Tunggu. Jangan curi. Nanti saya report syarikat tau. Jangan main-main ya. Saya betul-betul ni” 

“Ya, saya simpan. Jumpa di stesen ya. Kami sampai sana lagi 15 minit” dan menggeleng. Budak muda. Tahu mahu marah saja. Nasib baik nak simpan elok, kalau kebas je buat bodoh bukan dia tahu kan? 

“Dan jangan bukak apa-apa. Kalau tidak, jagalah” dan terus letak telefon. 

Ah pelik. Marah sesaja. Tapi kenapa? 

{jangan bukak apa-apa tau} 

{jangan BUKAK} 

Kenapa tak boleh buka? Waktu itu Ramli mula rasa seram sejuk. Dia tak tahu kenapa, tapi jari dia mula menggodek telefon berkenaan. Menggeletar. Bukan kerana sejuk penyaman udara, tapi dia bersaing dengan fitrah dirinya untuk terus beramanah dengan harta orang. 

“Ah dia marah-marah sangat, biar aku tengok apa yang dia cuba sorok” dan jari menyelusur masuk galeri, kemudian gambar, dan click. 

Oh. Ok. Budak tadi. 

“Ha, kenapa?” Ajis mula bertanya. 

“Tak dak apa. Sat lagi dia ambik tepon” menjawab perlahan. Tangan masih laju menggodek. Dari sekeping gambar ke kepingan gambar yang lain. Dari bertudung kepada tidak. Ramli makin seram melihat wajah manis galak gadis itu dalam foto telefonnya. Biasalah, bergaya penuh muncung dan menyelerakan. Dan tidak berbaju. 

Tidak berbaju? 

Ramli jeling Ajis. Ajis masih memandu, tekun. Diam saja. Kemudian digagau telefonnya dan mula aktifkan mode bluetooth. Tangan masih menggeletar. Takut. Tapi, bila lagi! 

Satu. Dua. Ah, ada lagi! Beratus gambar ini semua tidak rugi! 

Dup dap! Dup dap! Rasa bersalah belum hilang, tapi tak boleh lepas peluang. Siapa yang bisik nih! 

Tinggal 10 minit lagi dah nak sampai! 

“Hang perlahan pun tak apa Ajis. Bagi aku berehat” ucap Ramli. Sedangkan dia cuba membeli masa untuk dia salin semua yang dia mahu; dalam takut. 

Dan kemudian, ke mode video. 

Video happy birthday. Video di kampung. Video untuk sayang. Berhenti. Click. Main. 

Oh, ho! 

Bluetooth, cepat bluetooth!!




*** 



“Semua skali?” marah bunyi Arjuna. 

“Mana tau nak jadi macam ni” gadis itu mula menangis. Semua gelak tawa yang dirakam tanda kasih dah sayang bakal menjadi titik hitam andai terbongkar. 

“Abang dah sound dah, dia tak bukak tuh” dan kereta makin laju. Menggila. Masa kian suntuk. Manis senyum tadi dah mula mencuka. Tertekan. Masa kian laju berlari. Waktu itu, siapa yang tertawa manis, barangkali?

14 comments

Anonymous
October 14, 2012 at 9:03 AM

The recommendations you discussed here are really useful. It absolutely was such a fun surprise to have that awaiting me after i woke up to find this event. Thank you very much for the tip!

October 14, 2012 at 10:48 AM

yeayhh.
haha. kelaka.
tiada siapa pon boleh jangka kelembutan dan keayuan seorang perawan menghanyutkan sampai ke lembah kehinaan.

October 14, 2012 at 11:40 AM

habislah...

October 14, 2012 at 1:05 PM

yeay!! Suka ini!

October 14, 2012 at 3:26 PM

manusia hipokrit.

October 14, 2012 at 3:33 PM

tq tulis citer ni..ye aku puas ngan citer ni...meh bluetooth kat aku gak...

Anonymous
October 14, 2012 at 4:08 PM

Aduhai...

*senyum nakal*


-HZ-

October 14, 2012 at 4:15 PM

like. mereka merakam kenangan, untuk mereka dan untuk semua. :)

October 14, 2012 at 9:30 PM

astaga.... tulah... dah kawinpun jgnlah buat mcm ni gak... selekeh tul...

ps: pengisian dan olahan yg bagus.versi segar

October 15, 2012 at 12:02 AM

semua gila..dunia dunia!

October 15, 2012 at 4:14 AM

bahaya ini.. heeee

unEdited
October 15, 2012 at 9:15 AM

stalker hebat
yang diukur manusia bukan asal pakai kita, tapi duduk diri kita.
tapi, sekali jatuh terjunam, kalau pandai usaha bangkit, masih bisa mengharum pada bau syurga; insya'Allah

Nong Andy
kalau sudah tahu ia memalukan pada manusia, kenapa tidak ia juga memalukan kepada Tuhan Maha Esa, kan?

Khairul Antasha
*senyum*

suha
hipokrit itu makna lainnya munafik.
manusia barangkali berpura-pura, tapi itu tanda kita masih mencari pada mana yang benar dan mana makna diri, kan?
maka, doakan saja pada dia yang tersungkur, jumpa jalan pulang.
mana tahu, kita yang barangkali selesa tampak semuanya baik, rupanya bisa terleka dan hilang dalam lalai.
kan?
*senyum*

EL MARIACHI
maaf.
bluetooth anda masih gagal dicari. lupa enable 'hide' mode barangkali.
*senyum*
BLUEtooth sungguh.

HZ
it is happen, and really happen.
sad.
but, true.
sighh

Sepa
cinta sejati tak perlu bukti seperti itu.
malah.
tak sejatilah kalau nafsu serakah jadi kemudi.
itu cinta body.
cinta pada kenikmatan sementara; yang sebenarnya sehina-hina kemampuan.

Bidadari syurga
harus diingat, handphone itu barang terbuka. mana tahu, kita bisa tercicir juga. mana tahu, terlupa delete masa melelong jualnya. maka, sebaiknya jagalah aib mu; biarpun dalam sunyi sepi. kerana Allah maha nampak semuanya.
kan?
terima kasih untuk gemaran kamu dalam olahan ini. Insya'Allah, ada lagi.
*senyum*

Fauzan Zain
itu benarnya, duga.
dan dunia memang lapangan duga-Nya.
cuma.
hari ini hari mereka; esok duga-Nya pada kita.
harus menyimpan aib orang, sebelum aib kita pula hanyut berterbangan pada mata manusia.
kan?
*senyum*

reenapple
dan harus tahu sebelum laku, kan?
semuanya pasti ada natijah, maka berelak sebelum terjebak. harus. oh, wajib.
*senyum*

October 16, 2012 at 12:02 PM

setiap cerita adanya kelebihannya..saya dah jumpanya disini =)

unEdited
October 16, 2012 at 1:44 PM

farid omar
maka, selongkarilah lagi khutub khanah kami di s7w, sebab mereka lebih gah hebat dari penulisan saya yang ini.
mana tahu, sini bisa jadi laman liburan kamu bila berkesempatan.
kan?
apapun, terima kasih.

*senyum*

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...