Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Tuesday, July 3, 2012

Sarah?

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
"Macam mana kat tempat kerja hari ni?" sapa si isteri dengan senyum, sambil mencium tangan suami yang baru pulang dari kerja.

Si suami senyum. melonggarkan tali leher, sambil menghulur beg bimbit warna hitamnya kepada si isteri.

"Okay je. macam biasa. awak?"
"Okay jugak. jom makan, saya dah siapkan dinner."

Kedua-duanya melangkah sama-sama ke dapur. Si suami berjalan di depan. kemudian mereka duduk menghadap di meja makan. Tudung saji diangkat lalu terdedah lah semangkuk besar nasi putih dengan sejenis lauk berasaskan binatang dan satu lagi juadah berasaskan tumbuhan hijau.

"Kata tak sihat hari ni?"
"Aah. sebab tu saya balik awal sikit."
"Habis, susah-susah je masak ni? Kenapa tak rehat je"
"Ala takpelah. Tanggungjawab saya."
"Tanggungjawab awak layan suami jelah," jawab si suami sambil ketawa kecil.

Si isteri senyum sikit. Mukanya nampak tak seceria selalu. Tapi si suami tak perasan. Terus makan. Lapar sangat gamoknya seharian tak makan masakan isteri.

"Abang, pernah terfikir nak kahwin lagi tak?"
"Eh awak ni. kita baru kahwin lah. Ada ke tanya macam tu."
"Saya tanya je. Abang sayang saya?"
"Mestilah. Haih. Kalau tak sayang, saya tak kahwin lah. Awak ni.."
"Abang akan tetap dengan saya walaupun apa-apa jadi?"
"Mestilah."
"Tapi bang, saya ada jumpa something..."
"Apa?"
"Hmm.. saya tak tahu apa hubungan abang dengan perempuan tu pun..."
"Apa awak cakap ni?"
"Abang, kalau saya mati, abang nak kahwin dengan dia?"
"Siapa ni? Siapa? Awak jangan macam-macam."
"Sarah?" Muka si suami pucat lesi. Terdiam tanpa kata.

Tiba-tiba si isteri rebah. di belakangnya ada sebilah pisau tertusuk dan darah membuak-buak keluar. Dari jauh, si suami nampak kelibat manusia berambut panjang separas hampir pinggang. Kurus, tinggi. tersenyum, manis.

"Sarah?" 
Hak Cipta: run aziluz

8 comments

July 3, 2012 at 9:30 PM

sarah?
kenapa kau mesti datang time aku tengah bahagia.kau adalah masa silam aku.

**haha^^ lol.

July 3, 2012 at 11:11 PM

ah.. anti klimax la ni...

ingatkan tadi makanan berasaskan binatang tu ada apa-apa haha..

July 4, 2012 at 12:30 AM

serius psiko gile cite ni

July 4, 2012 at 9:52 AM

knp ttbe srh tu ader? isk3x... kejam tul srh tu..

Anonymous
July 4, 2012 at 4:20 PM

wow ! baru nak panas , terus habis ! haha nice

-HEROICzero

July 4, 2012 at 5:16 PM

ah.. kejamnya Sarah.. tidakakkkkkkk

July 7, 2012 at 1:51 PM

aku rasa suami dia taklah serius bila cakap nak kahwin dengan sarah... saja nak bagi isteri dia bengang tak? cerita penulis ni selalu tak mengecewakan aku. segar otak aku baca... hahahahaha... *kekadang aku terfikir... apa ada dalam otak youth2 yang sebaya dengan dia dalam mempelopori genre sebegini... macam sparrow n kontrol histeria... aku suka aja baca cerita kat situ. nak tulis mcm tu memang tak retilahkan...*...

ps: yg gilanya sarah ni memang serius daha jatuh cinta pada suami orang. Haish... lelaki... dah namanya lelaki... ayat power tu kan kelebihan dorang?

July 7, 2012 at 4:56 PM

sarah is a ghost. hehe...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...