Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Monday, July 16, 2012

Laut Kejam...!

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips


Dia memandang laut yang terbentang luas.. di situlah Ayahnya mencari rezeki. Di laut itulah rezeki untuk mengisi perut sekeluarga di cari.. Ya. Di laut yang terbentang luas itu.

Dia melangkah perlahan, bunyi keriuk-keriuk jeti kayu yang semakin usang sudah biasa di dengarnya. ya.hampir setiap hari bila dia menanti ayahnya pulang. Pulang dari laut dengan hasil tangkapan. Dia sentiasa yakin ayahnya akan pulang tak kira sehebat mana pun hujan dan taufan.. ayahnya selalu akan pulang dengan senyuman sekalipun tiada hasil tangkapan.

Dulu dia mengkagumi keindahan lautan. Biru terbentang bagai hamparan lantai marmar yang indah sekali. Ada ketikanya gelombangnya yang dasyat bagaikan gergasi... menghempas sang pantai tanpa belas kasihan Tapi itulah lagu kehidupan mereka.. anak nelayan. 

Tapi kini lautan yang membekalkan rezeki itu membuatnya menangis pilu.. Dia bencikan laut itu tetapi tetap saban hari menatap laut yang luas terbentang. Ayah yang di nanti pulangnya tak kunjung datang.. Dan laut di depannya begitu tenang seakan-akan tidak bersalah atas kehilangan ayahnya. Laut itu kejam!!!

" Laut.. kembalikan ayahku!" bisiknya sambil mengesat airmata.

Hak Cipta: Nong Andy


7 comments

Anonymous
July 16, 2012 at 10:08 PM

sudah baca ini di ruangan komen. teringat iklan raya yang dulu. siapa ada tonton? =)

-HEROICzero

July 16, 2012 at 11:05 PM

aku seperti lihat filem pendek 2 minit... bagus... terasa kejamnya laut yang sememangnya aku selalu tefikir *masuk kaki dalam air, mesti ikan jos gigit*

ps: aku tak sangka kau boleh buat kistot... selalunya kau main cerita panjang aja....

July 16, 2012 at 11:16 PM

laut tak pernah kejam.

Anonymous
July 17, 2012 at 3:27 AM

Sampai sekarang saya cuma bermain di tepi pantai kerana takut di gigit jaws. ternyata laut tidak kejam. mat salleh yang kejam sebab buat aniaya kat laut.

July 17, 2012 at 8:36 AM

betul kata boss BS...tak pernahnyer nak buat kisah yang camni selalunyer ambik masa nak baca hehe...
tapi terkesan sebab menulis dari hati...agaknyer...

July 17, 2012 at 3:31 PM

thanks Nond Andy :)

terkesan terus ni..huhuuuu

July 17, 2012 at 10:00 PM

HeroicZero,

haha.. dah baca ye :D

er.. iklan yg mana satu tu eh..? yang abang dgn adik tu ke??

*******

Cik Bidadari,
haha.. dulu rumah aku di tepi pantai. hari-hari tgk laut. pastu bila berendam kat laut teringat movie jaws ahahaha.. takut!

*ekeke.. jarangkan kan buat Kistot. selalu berjela :p

******

ana,
ya.. laut tak pernah kejap. itu semestinya.

*****

sparrow,
omputih buat naya ke kat laut?? hurm.. ya laut tak kejam. tapi bila kehilangan org kesayangan di laut.. memang akan pernah timbul perasaan yang laut itu kejam.

******

Abg Bro El,
haha.. aku pon baru perasan yg ia memang kistot. tapi yelah idea spontan :D sebab tu pendek. agaknya memang sebahagiannya tu dari hati :D

*******

Khairul Antasha

:D ya.. terima kasih juga KA :D
cantik pic tu..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...