Gadis itu berjalan tanpa memandang kanan kiri. Laju. Hanya memandang depan. Pandangan hanya terfokus pada satu arah.
Toilet!. Perutnya memulas mulas. Serentak, dia pegang perutnya. "Sabarlah duhai perut," gumam gadis itu sendiri.
Tiba di depan toilet awam itu, tangannya mencapai beg sandangnya. Tangannya menggapai udara. Oh dia lupa. Beg sandangnya ditinggalkan bersama ibunya yang sedang sibut 'berperang' di butik kegemarannya yang sekarang sedang mengadakan jualan murah. Dia meraba poket seluarnya. Kosong. Poket baju kemejanya, yang hampir sembilan puluh sembilan perpuluhan sembilan sembilan peratus dipastikan kosong juga, dirabanya. Tepat seperti jangkaanya, kosong.
"Wow, hebat. Syabasy mere bete," katanya pada dirinya sendiri. Penjaga kaunter bayaran masuk ke toilet memandangnya aneh.
Dengan kecepatan berfikir seperti kelajuan cahaya, cepat sahaja dia memutuskan agar merayu lelaki separuh baya yang dapat dipastikan berdasarkan bentuk hidung dan ketebalan bulu kening, berketurunan Bangla agar membiarkan dia masuk secara percuma.
Dia tiada pilihan lain. Ini darurat. Lambat lima saat sahaja lagi, bom dalam perutnya akan meletup. Dia maju. "Uncle, kasi saya..."
"Ini 20 sen untuk minachi ini okey?" kata seorang pemuda. Memintasnya tanpa sempat dia habiskan ayat. Dia berpusing sembilan puluh darjah memandang pemuda, yang baginya bagai malaikat penyelamat. Pemuda itu tersenyum padanya, menggunakan mulutnya dan matanya.
Gadis itu serentak tersentak. Dia kenal senyum itu. Dia kenal mata itu. Dia kenal wajah itu. Lambat-lambat, dia tahu dia juga kenal suara tadi itu. Dia kenal--
Celaka, sudah lima saat terlambat. Gadis itu segera berlari ke dalam toilet, meninggalkan pemuda itu terpinga-pinga. Meninggalkan Bangla itu tergamam. Tapi Bangla itu bukan watak penting, jadi lupakan dia.
Hajatnya sudah dilaksanakan. Tapi perutnya masih memulas. Dia pandang cermin. Dia betulkan baju kemejanya. Dia tarik-tarik seluarnya agar berada di kedudukan sebenar. Dia betulkan rambutnya. Dia pandang wajahnya.
Bagus, tiada jerawat. Aduh, aduh. Perutnya tetap memulas. Bukan, bukan. Bukan kerana dia cirit-birit. Tapi kerana rama-rama yang berada di dalam perutnya sedang aktif.
"Dia tunggu aku ke?" tanyanya pada cermin. Cermin itu diam. Tentulah, cermin mana ada mulut.
Akhirnya, dia sedar dia perlu keluar. Dia perlu keluar sebelum cermin itu bercakap kembali padanya.
Dia tidak mencari seperti orang bodoh. Dia tidak perlu menunggu. Pemuda itu yang menunggunya. Bersandar pada dinding, dengan tangan kanan dalam poket seluarnya dan sebelah lagi sedang membetulkan rambutnya. Pemuda itu melihatnya, dan tersenyum. Secerah matahari pagi, semanis madu.
Rama rama dalam perutnya terbang. Melupakan fakta dia sudah 1 tahun 3 bulan 8 hari 7 jam 45 minit tidak bertemu dengan pemuda itu, dengan kekok dia bertanya "Lama tunggu?"
"Tak jugak," jawab pemuda itu, masih dengan senyumannya.
Suara itu. Ya Tuhan, dia sungguh sudah lupa bagaimana menggodanya suara itu. Dan senyuman itu, kalau pemuda itu tidak berhenti tersenyum dua minit lagi, dia akan melebur seperti ais.
"Jom duduk dekat bangku sana," ajak pemuda itu. Dan tanpa sedar, kakinya sudah mula melangkah ke bangku itu sebelum sempat pemuda itu habis bicara.
Seperti dulu, pemuda itu masih mempunyai magik yang mampu mengawalnya. Dia seolah terpukau, terhipnotis. Dia--
"You datang dengan siapa?" pertanyaan pemuda itu mengganggu fikirannya.
"Hm? Ibu. I datang dengan ibu. You?" gagap.
"Oh. I datang dengan kakak I. Dia pergi beli barang. Dia kata kejap je. Tapi dah nak dekat 45 minit dia tak muncul muncul juga," dan dia ketawa.
Aduh, aduh, aduh. Tolonglah jangan ketawa, dia merayu dalam hati. Dia boleh sesak nafas mendengarnya.
"You sakit perut sangat ke tadi?" tanyanya.
"Hah? Eh, yelah. I tak tahan tadi. Sorry. By the way, thanks, I terlupa duit I, I tinggal kat ibu I,"
"Nahh, its okay."
Dan mereka diam. Walaupun kawasan kompleks membeli belah itu bisingnya MasyAllah, tapi rasanya sangat sepi. Seperti mereka duduk di kawasan perkuburan. Diam yang lama, buat gadis itu rasa sangat tak selesa.
"So, macam mana hidup sekarang?" Pertanyaannya buat gadis itu ketawa. Menarik perhatian si pemuda. Pemuda itu mengangkat sebelah keningnya.
"Bunyi soalan you kelakar. Macam seorang suami tanya bekas isteri dia lepas dia orang bercerai," dia tertawa lagi.
Tapi gadis itu mula tersedar sesuatu. Mereka memang pasangan yang telah berpisah, seperti yang dia katakan tadi. Cuma bezanya, mereka bukan suami isteri.
Gadis itu gigit bibir.
"Bad joke, right?"
"Kinda," pemuda itu tersenyum.
Gadis itu mengeluh.
"You tak jawab soalan I," kata si pemuda.
"You macam mana?" serius bunyi gadis.
"Well, I busy dengan study. Balik sini pun, spend time dengan famili. Keluar dengan kawan, jarang sangat," katanya.
"I pun sama je," mudah jawapannya.
"No boyfriend?"
Pemuda itu merenung gadis itu. Gadis itu mengangkat muka dan membalas renungannya. Mata bertentang mata. Hati saling berdetak.
Gadis itu alih muka. Mata itu, tidak pernah hilang kuasa memukaunya. Namun, pemuda itu masih merenungnya.
"Well... Adalah seorang," jawabnya perlahan.
"After you left, dia banyak hiburkan I," sambung si gadis.
"So, you bahagia?"
"Dia tahu macam mana nak buat I gembira. Dan, dia sayang I,"
Pemuda itu membetulkan duduknya dan rambutnya dengan tangan kanannya.
"You sayang dia?" tanya pemuda itu.
Gadis itu yang sememangnya diam, terdiam. Dia memandang ke arah manusia manusia yang lalu lalang di hadapan. Fikir cara macam mana cara terbaik untuk jawab soalan si pemuda.
Dia pusing kepalanya, memandang pemuda itu. Pemuda itu membalas renungannya. Mata bertentang mata. Hati saling berdetak.
Akhirnya dia berkata... "I gotta go. Ibu mesti tengah risau cari I," gadis itu bangkit dari bangku.
Pemuda itu kelihatan terkejut. Gadis itu pula mundur dua langkah, mahu melangkah pergi. Dia kelihatan berat hati. Pemuda itu merenung gadis itu. Gadis itu mengangkat sebelah tangannya dan melambai sedikit.
"Bye," katanya.
"Hm bye," balas pemuda itu sedikit terlambat. Dia tahu gadis itu tidak mendengarnya. Dia memandang gadis itu dari kejauhan. Merenung setiap langkah yang gadis itu ambil dan semakin lama semakin jauh daripada dia.
Pemuda itu duduk di bangku, mentafsir renungan mata terakhir yang diberikan gadis saat pertanyaan itu dia lontarkan.
Dia tahu, renungan itu menyalahkannya. Dia tahu, dia tidak patut bertanya soalan seperti itu. Kerana dia dan gadis itu sama sama tahu, sayang gadis itu masih ada padanya. Gadis itu hilang dari pandangan. Hilang dari hidupnya. Tapi tidak dalam hatinya.
7 comments
nice..tapi ala2 anti-klimaks gak..kan kak bidadari?hehe
letak semua peduli pada orang yang hiburkan kita, sayangkan kita. =)
-HEROICzero
teringat aku baca novel KELABU... dalam novel tu ada byk ayat penyata yang menceritakan tersiratnya lelaki bila bebel dalam hati berkaitan dengan wanita...
ps: aku suka ending dia... tersangat suka jalan ceritanya. ada kesal dalam keluhan lelaki itu selepas perempuan itu minta izin terus pergi
@suha
anti klimaks? rasanya ya. oooo penulis ni boleh segeng dengan HERO... club anti-klimaks... itulah bestnya kisah pendek ni. ada mcm2 cerita yang tak seindah dalam novel... *Happily ever after memanjang... dah kuar duit beli buku ya dak? mestilah nak happy endingkan? keh keh keh...*
after a year something...if by fate we met...i want him to feel that way too.
after a year something...if by fate we met...i want him to feel that way too.
Masa buat cerita ni, rasa rindu dekat 'dia' membuak-buak. Tapi sayang, rasanya dia tak kesal tinggalkan saya.
p/s : terima kasih kepada semua yang komen :)