Misi Mencari Cinta [ #1 - #Akhir ]
Arina termenung di hadapan komputer riba miliknya. Hampir sebulan lamanya Hazwan tidak mengutus khabar berita. Risau dan rindu bercampur menjadi satu. Gambar terakhir yang dikirim Hazwan ditatap lama. Wajah itu begitu ceria. Arina mengukir senyum. Melihatkan wajah tunangnya itu sahaja sudah membuatkan hati Arina berbunga bahagia.
BUZZZ!!
Arina terkejut. Ikon di Yahoo Messeger berkelip tanda ada pesanan baru. Arina menguntum senyum. Arina membalas pesanan itu.
Putra Haz : Assalamualaikum.
Pu3 Arina : Waalaikummusalam.Lamanya x on9. Sy risau tau. :’(
Putra Haz : risau ke rindu? Hehe…. Maaf3… saya busy final exam. Sorry awak.
Pu3 Arina : erm… its ok. So how ur exam? Boleh buat?
Putra Haz: Alhamdulillah. Semua paper sy blh buat. Sy dh usaha, skrang berdoa n pray 4 the result jelah.
Pu3 Arina : Insya Allah. Awk kan pandai.
Putra Haz : hehe.. thanks. Ats doa awak n parents kita jgak. Awk, saya balik dua minggu lagi. X sabar nak jumpa awk. Miss you. Hehe…
Pu3 Arina : eleyh. Tak rindu dia pun. Wekks. =P . urm, awk balik tu brape hari bulan?
Putra Haz : ceh. Takpelah tk rindu. Erm, 17 haribulan. Knp?
Pu3 Arina : oh. 18 haribulan ada reunion, budak kelas kita dulu. Nk pergi x?
Putra Haz : Yup, iknow. Afiq ada beritahu. And that day bufday awak kan. Ada alasan lah saya nak ajak awak keluar.. hehehe… kite celeb sama2 k….
Pu3 Arina : hehe.. awk ingat jgk bufday saya. Ingat lupa. Erm…. Celeb? Its ok. Pergi reunion tu pn dah ckup happy utk saya.
Putra Haz : erm, yelah. Awk saya x blh lama ni. Bnyk brang belum packing. Tunggu saya balik k. Jgn nakal2. Bye Assalamualaikum.
Belum sempat Arina membalas chat, Hazwan sudah offline. Arina mengeluh perlahan. Namun seketika kemudian dia tersenyum. Kalendar dipandang. Berdebar menunggu kepulangan tunangnya.
Hazwan tersenyum memandang Arina yang baru keluar dari rumah. Tunangnya itu sungguh anggun dengan busana muslimah berona sedondon dengan kemeja yang dipakai Hazwan. Bagai berjanji-janji pula.
“Assalamualaikum” Arina bersuara perlahan. Malu saat Hazwan asyik merenung wajahnya sedari tadi. Hari ini mereka pertama kali bertemu setelah Hazwan tiba di Malaysia semalam.
Waalaikummusalam. Shall we?” soal Hazwan. Arina mengangguk perlahan. Dia menapak masuk ke dalam kereta tatkala Hazwan sudah membuka pintu untuknya. Romantik! Hehhe….
“Awak sangat cantik malam ni tau. Tengok tu, ramai classmate kita jeling-jeling awak. Jeles saya” Hazwan berbisik perlahan ketika mereka bersantai di sebuah meja. Arina tersenyum malu dan menjeling tunangnya.
“Awak ni, ke situ pulak. Dieorang kan tahu, saya tunang awak. Mengada tau nak jeles-jeles”
Hazwan ketawa perlahan. Andai sahaja dia dan Arina sudah halal bersentuhan, pasti dia akan mencuit pipi Arina. Comel sungguh muka tunangnya itu saat marah.
“Awak tahu tak, saya bersyukur kita berjauhan sepanjang tempoh bertunang ni. Rasa rindu, sabar , kesetiaan dan kejujuran. Semua tu menguji kita bersama. Kalau kita berada dekat, mesti kita tak akan bahagia macam ni kan? Yelah hadap muka hari-hari, mesti bosan. Lepas tu mesti selalu bergaduh, cemburu. Macam-macam lah”
Arina mengangguk. Setuju dengan kata-kata Hazwan itu. Dugaan sepanjang bertunang walau agak berat, namun dia bersyukur mereka dipelihara hubungan. Arina menguntum senyum . Begitu juga Hazwan.
“Awak tunggu sekejap ea. Saya nak ke sana” Hazwan bangkit dan menuju ke arah pentas. Dia berbicara sesuatu pada Afiq yang menjaga bahagian sound system. Kemudian Hazwan naik ke atas pentas. Ditangannya terdapat sebuah gitar. Arina berkerut dahi pelik.
“Ehem… testing.. testing… one two three…. “ Hazwan mencuba mike, dan selebihnya mahu menarik rakan lain agar memandangnya. Arina menumpukan perhatian ke arah pentas. Saat itu juga mata dia dan Hazwan bersatu. Mereka saling berbalas senyuman.
“Assalamualaikum. Ehem… ok, hari ni aku nak buat special performance. As semua orang tahu, hari ni, merupakan hari lahir Arina, my fiancĂ©e. So, ada hadiah yang tak seberapa dari tunang awak ni. Hope you like and enjoy it” Hazwan bersuara tenang walau kala itu seluruh dewan sudah gamat dengan tepukan dan sorakan dari rakan yang lain. Arina mengetap bibir menahan malu.
Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to Arina
Happy birthday to you
Arina tersenyum. Walau hanya lagu seringkas itu, dia sudah terharu. Lagu itu menjadi lebih istimewa kerana di nyanyikan HAzwan dengan petikan gitar akustik. Usai menyanyikannya dalam 3 versi, Hazwan berhenti. Tepukan gamat berbunyi. Arina fikir itu pengakhirannya. Namun Hazwan masih tidak berganjak. Sebaliknya dia menggamit Arina agar naik pentas bersamanya.
“Eishh.. tak naklah” Arina pantas menggeleng. Malu! Namun Zalika sudah terlebih dahulu menolak tubuhnya disertai sorakan dari teman yang lain. Arina mengetap bibir malu.
“Awak ni….” Arina merungut saat dia melabuhkan diri di kerusi yang disediakan untuknya. Hazwan hanya tersenyum dan mengenyitkan mata. Dia kembali memetik gitar. Perlahan. Suasana begitu sepi. Lampu utama dipadam, dan hanya spotlight yang menerangi mereka berdua. Hati Arina berdebar.
Kasihku, ku amat mencintai kamu
Kerna kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta
Sedetik lebih
Selepas selamanya………
Terdiam Arina mendengar suara Hazwan yang begitu lembut dan perlahan mendayu halwa telinganya. Dia tersenyum bahagia. Keikhlasan Hazwan menyanyi menjentik tangkai hati Arina. Dia benar-benar terharu. Hazwan mengakhiri lagu dengan senyuman. Gitar diletakkan di sisi. Sebentuk kotak baldu merah dikeluarkan dari kocek seluarnya dan dia melutut di hadapan Arina.
“Awak.. apa ni? Bangunlah” bisik Arina perlahan. Hazwan hanya mempamer riak selamba. Kotak kecil itu dibuka perlahan dan diunjuk pada Arina.
“Dengan lafaz bismillahirrahmannirahim. Nurul Arina Sayuthi, sudikah awak menerima saya Hazwan Amirrudin, sebagai teman hidup awak dan menjadi yang halal buat saya” sekali lafaz Hazwan mengutarakan hasratnya. Arina tergamam. Airmatanya mengalir tanpa dapat dibendung. Bukan schawal jek yang romentik macam ni, Hazwan pun sama . Huhuhu….
"Saya….." Arina takut untuk menjawab. Rakan lain sudah bersorak supaya dia menerima. Arina jadi serba salah. Kena terima ke ni? Hukhuk….
“Awak…. Kaki saya dah sakit ni” Hazwan bersuara sambil tersengih. Arina mengetap bibirnya geram. Kasihan pula melihat tunangnya yang melutut begitu. Perlahan Arina mengangguk dan mengambil kotak cincin dari tangan Hazwan.
“Alhamdulillah….” Hazwan mengucap syukur dan bangkit. Arina hanya diam dan berkecamuk dengan perasaannya kala ini.
“Kenapa diam je ni. Macam tak happy je” Hazwan bersuara saat mereka dalam perjalanan pulang. Arina hanya melempar senyuman hambar.
“Urm. Saya happy. Gembira sangat dengan surprise tu. Cuma… erm.. kalau saya cakap awak jangan marah ok?” Hazwan hanya mengangguk.
“Erm… apa yang awak buat tadi tu.. ermm.. maksud saya.. kita kan orang islam, orang melayu.. cara awak propose saya.. “
Hazwan ketawa kecil. Faham dengan apa yang bermain di fikiran tunangnya itu.
“Ok saya faham. Sebenarnya, tadi tu bukan official pun. Itu Cuma kejutan dan hadiah buat hari lahir awak. Saya masih waras Arina, masih ingat hukum dan adat. Saya dah pun minta persetujuan mak dan ayah awak untuk buat surprise tadi. Parents awak dah izinkan, tarikh nikah kita pun dah ditetapkan”
Arina tercengang.
“Hah? Bila awak jumpa parents saya??”
“Erm… petang tadi. Parents awak datang rumah”
Arina mengetap bibirnya. Patutlah seharian mak dan ayahnya menghilang, ada agenda rupanya! Huh,, jahatnyeeeeee~
“So, saya minta maaf kalau buat awak tak senang. Saya tak sangka pulak awak tak suka. Maaf ok? “
Arina tersenyum dan mengangguk. Dia bahagia sebenarnya. Hazwan seorang yang romantik dan memahami. Cintanya pada Hazwan semakin mekar dan utuh.
Arina mengelap airmata yang sudah gugur kali keberapa, entah dia tidak tahu. Sudah tidak sanggup mengangkat wajah lagi, memandang wajah sesiapa. Hatinya benar-benar terluka.
“Arina, sumpah saya tak buat semua ni. Saya teraniaya. Maafkan saya Arina. Tolong percaya pada saya” Hazwan masih berusaha memujuk Arina. Namun gadis dihadapannya itu seperti sudah nekad dengan keputusan yang dibuat.
“Saya minta maaf. Saya memilih untuk tidak mahu mendengar lagi sama ada kebenaran atau pendustaan. Bagi saya , penangkapan itu sudah membuktikan segalanya. Mungkin awak memang melakukan perbuatan keji itu, dan mungkin awak mangsa aniaya. Antara titik benar ataupun tidak, saya dah pun buat keputusan. Mungkin memang tiada jodoh antara kita. Jadi saya mohon , pertunangan kita diputuskan dan perkahwinan serta merta batal. Mak, ayah. Arina minta maaf dah kecewakan mak dan ayah. Tapi Arina dah bulat hati. Harap semua faham” Arina mengakhiri kata-katanya dan berlalu ke bilik. Wajah Hazwan langsung tidak dipandang.
Wajahnya disembamkan ke atas katil. Arina melepaskan tangisan semahunya. Melepaskan seseorang yang amat dicintai sepenuh hati merupakan satu penyiksaan. Hatinya disayat pilu. Walau berkali-kali Hazwan menidakkan kebenaran, Arina tetap mengeraskan hatinya. Hazwan ditangkap basah bersama perempuan lain di dalam rumah sewanya, dalam keadaan masing-masing tidak berbaju. Apakah itu satu penganiayaan bila bukti jelas-jelas di depan mata?
“Ya Allah, tabahkan hati hambaMu menerima ujian yang engkau berikan. Sesungguhnya aku hambaMu yang lemah Ya Allah. Redhailah hatiku agar tidak tenggelam dalam kesedihan dan terikut-ikut dengan perasaan Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin”
Arina memandang hairan tempat itu yang sunyi tanpa pengunjung. Walaupun hari itu adalah waktu bekerja , namun selalunya masih penuh dengan pengunjung dari negara luar. Arina berkerut dahi hairan.
“Asal kau ni, berkerut seribu dahi tu?” Zalika bertanya pelik. Arina tersengih memandang sahabatnya itu. Zalika sememangnya sahabat yang baik. Sanggup mengikut Arina berhijrah ke kota ini , semata-mata mahu membantu Arina mencari semangat baru setelah peristiwa pahit yang berlaku dalam hidupnya. Mereka sama-sama menyambung pelajaran di negara sonata musim salju ini. Korea menjadi pilihan kerana dari kecil mereka menyimpan impian untuk berada di sini.
“Ni apasal kosong semacam ni? Pelik gak. Yang kau ajak aku datang buat apa? Buang tebiat?” soal Arina. Giliran Zalika pula tersengih. Benar N Seoul Tower Observatory hari ini kosong, tiada seorang pun pengunjung kecuali mereka berdua.
“Entah ek. Maybe adalah ni function kot. Sebab tu ditutup pada pengunjung luar. Aku nak ambil gambar , ada budak ukm mintak. Nak buat proposal katanya untuk minta kelulusan pihak U untuk buat lawatan ke sini”
“Aik, kalau ada function, macam mana kita boleh lepas masuk?” soal Arina, bertambah pelik.
“Eh, aku kan orang penting dekat Korea ni, kau tak tahu ke? Berani dia tak bagi aku masuk, nak kena karate dengan aku??” Zalika berseloroh. Arina hanya mencebik. Dia bergerak ke deretan padlock yang terdapat di situ. Tempat yang dikatakan romantik buat pasangan bercinta. ‘kunci cintamu di seoul tower’ . Kepercayaan masyarakat Korea yang mengatakan dengan memasang padlock di sini, dan kuncinya dibuang jauh, maka cinta mereka akan berkekalan. Huhu , tahyul-tahyul.
“Kau tunggu kejap boleh? Bateri aku habis lah. Aku try pinjam camera kat bawah. Kejap je”
Arina hanya mengangguk. Dia juga malas untuk turun. Lebih selesa berada di sini menikmati keindahan dari puncak menara.
“Assalamualaikum” Arina berpaling. Terkejut melihat insan yang berdiri dihadapannya kini. Insan yang dirindui bertahun-tahun lamanya.
“Waalaikummusalam” jawab Arina perlahan. Segera sahaja dia ingin berlalu dari situ , namun Hazwan menghalang laluannya.
“Awak……”
“Awak nak apa lagi Wan. Cukuplah. Saya dah lupakan awak. Tolong jangan buat saya macam ni. Awak buat saya serba salah. Saya tak nak .. saya tak nak jumpa awak lagi. Kenapa perlu awak datang? Tolonglah pergi. Tolong….” Arina sudah tersedu. Airmatanya mengalir laju. Memang dia bersalah kerana memutuskan pertunangan mereka dan lari ke sini. Dia sudah tahu semuanya. Semua kebenaran bahawa Hazwan sememangnya mangsa yang dianiaya. Tapi semua itu tiada ertinya lagi. Arina sendiri yang ego dengan perasaan sendiri.
“Jangan tipu diri awak Arina. Saya tahu dihati awak cuma ada saya. Cukuplah kita terseksa dengan perpisahan bertahun-tahun ini. Saya masih cintakan awak Arina. Cinta saya tak pernah padam. Saya sayangkan awak”
“Jangan Wan. Saya tak layak, tak layak untuk lelaki sebaik awak. Saya bodoh.. terlalu ikut perasaan dan menuduh awak dengan tuduhan melulu. Saya jahat Wan….”
“Tak awak. Saya tak pernah salahkan awak. Saya tahu awak juga tersiksa dengan perpisahan kita. Kita lupakan semuanya Arina, kita sambung semula apa yang terputus. Saya ikhlas awak. Saya tak berbohong dengan cinta dan perasaan saya”
“Tapi saya….. “ kata-kata Arina terhenti tatkala melihat ahli keluarga yang lain sudah berada di situ, termasuk Zalika. Mereka tersenyum dan mengangguk agar Arina menerima Hazwan kembali. Arina berperang dengan perasaannya sendiri. Antara mahu dan tidak.
“Nurul Arina Sayuthi, bersaksi keluarga kita , saya Hazwan Amirrudin, sekali lagi ingin melamar awak untuk menjadi suri di hati saya dan isteri yang halal buat selama-lamanya. Sudikah awak menerima saya sebagai bakal suami dan imammu?” Hazwan bersuara tenang dan mengeluarkan cincin. Cincin yang pernah dipulangkan dahulu.
Arina perlahan mengangguk.
“Dengan lafaz bismillah, saya Nurul Arina Sayuthi menerima lamaran Hazwan Amiruddin untuk mengambil saya sebagai isteri dan menjadikan saya yang halal buatnya, Insya Allah”
Seiring dengan kata-kata itu, airmata gembira dan syukur menitis di pipi Hazwan. Dia tunduk mengucap syukur pada Allah. Doanya agar perhubungan kali ini dan niat baiknya untuk mendirikan masjid bersama bakal isterinya akan terlaksana dengan izin dan rahmat Allah. Begitu juga dengan Arina, menara cinta ini menjadi saksi keihkhlasan dua hati dalam mengungkap cinta. Doanya seiring melewati perjalanan hati, agar semuanya dijalani dengan barakah .
‘Atas restu Allah, aku mencintaimu, jadikan aku yang halal buatmu, agar kita dapat bersama meniti bahagia sepanjang jalan menuju syurga. Amin Ya Rabbal alamin’
Hak Cipta: Fatiah Yadz
- Tamat -
1 comment
erhh kejap.kejap.
apsal kat tengah-tengah cite nie macam ade yg tertinggal je erh?