Jika kamu pinta aku figurkan diriku ini dengan apa apa sekeliling yang boleh ku iyakan itu persisku, ulas bibirku mulai menguntum senyum. Sambil pandang rupa mulusmu yang bertahi lalat jelas di sebelah kiri dagu dengan penuh kaseh aku ertikan diriku ini bak satu dari jutaan ruap buih yang bersepahan di muka air biru masin yang tiada pernah kenal erti tenang. Dan kamu tanyakan mengapa perlu buih?. Dan aku balas soalan kamu itu dengan soalan kembali.
Bagaimana kata pikiranmu bilamana kamu saksikan buih-buih kosong itu di dada laut yang bidang itu?
Apa kata benakmu, itulah diriku. Pasti itu diriku.
Hak Cipta: Ana
4 comments
3 kali aku baca... baru aku faham... tanpa buih, laut tidak sempurna kerana DIA menciptakan sebahagian lain saling melengkapi antara satu sama lain... duduknya ikan di dalam air... dan duduknya buih itu di lautan kerana kepekatan kondisi si air...
ps: ok cikgu... itu jawapan saya... ;p. gud job Ana... i like...
khai baca empat kali. kenapa perlu buih? sekali lagi soalan yg sama..ehehe
thanks Ana sebab join tema bulan ini..hehe
Bagaimana kata pikiranmu bilamana kamu saksikan buih-buih kosong itu di dada laut yang bidang itu?
cantik tapi fragile, terkandas.hilang jua di hempas ke pantai.pecah menjadi serpihan dan saki baki...
bagusnyaa tulisan niee...
terima kaseh sebab sudi baca penulisan saya yang daif ini.
salam ramadhan semua:)