Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Monday, July 2, 2012

Misi Mencari Cinta #Episod 1

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips
Misi Mencari Cinta [ #1 - #To Date ]



Arina menarik nafas perlahan. Hatinya resah dan tidak keruan. Perasaan takut menyelubungi dirinya. ‘Macam mana kalau selamanya aku akan berada di sini? Nanti orang akan jumpa mayat aku, tinggal tengkorak, berulat, busuk……..’

“Ah, tanakk!!!!!!!!!!!!!!!” 

KUKKKK! 

Arina memegang kepalanya. Terasa pedih . Dia memandang ke sisi. Bulat matanya memandang lelaki itu. Oh, terlupa! Dia tidak berseorangan di sini. Mereka sama-sama tersesat. Eh, tersesat ke sengaja menyesatkan diri? Entah lah labu~ 

“What the hell is wrong with you? Nak menjerit mintak tolong sekalipun, bagi signal dulu boleh tak? Kalau aku ada sakit jantung tadi macam mana? Sia-sia mampos dalam hutan ni!” 

Hazwan Amirrudin bersuara geram. Arina Sayuthi dihadapannya itu terlihat kecil dimatanya. Mahu saja dia picit-picit macam semut. Arina mengetap bibirnya. 

“Err.. ss..sory… aku lupa.. kau… ada sini.. “ 

“Lupa? Kau dah buat aku tercampak dekat sini, kau boleh cakap kau lupa? LOL, very funny. Ohsem!” Hazwan bertepuk tangan kuat sambil ketawa yang jelas dibuat-buat. Arina hanya menunduk wajahnya. Terasa bersalah. 

Memang salah dia sebab tak ikut arahan yang diberikan ketua pasukan. Dia jalan ikut suka hati sebab sibuk nak snap gambar sana sini. Disebabkan kedegilan itu, kaki Arina tersangkut pada akar dan hampir terjunam ke jurang. Mujur ada Hazwan yang merupakan ahli terakhir bergerak di belakang. Namun disebabkan hilang imbangan dan keadaan tanah yang licin, mereka sama-sama jatuh dan menggelongsor ke bawah. 

“Errr.. kaki kau… ok ke?” soal Arina. Dia melirik kaki Hazwan yang sudah berbalut dengan jaket milik lelaki itu. Sebatang kayu diikat sama pada kakinya, bagi menampung kaki yang patah. Hazwan hanya menjungkit bahu tanda dia tidak tahu. 

“Patah je pun, belum nak mati lagi” 

Terdiam Arina mendengar kata-kata lelaki itu. Tidak semena airmatanya mengalir. Salah dia, semua salah dia. Kalau bukan kerana hendak melindungi dirinya dari cedera, Hazwan pasti tidak akan patah kaki. 

“Dah, kau menangis ni kenapa? Ada luka ke? Sini aku tengok” Hazwan bersuara. Arina hanya menggeleng. Airmata yang berjuraian diseka perlahan. Dia bermohon dalam hati agar ada rakan lain yang akan menjumpai mereka. 

“Aku takut tak ada orang jumpa kita… aku tak nak mati dekat sini.. kau cedera.. nanti kalau….” Arina tersedu-sedu menahan tangis , hampir tidak kedengaran butir bicaranya. Hazwan mengeluh perlahan. Dia mengengsot dan bersandar di pokok bersebelahan Arina. 

“Kita tak akan mati. Sekarang ni dah hampir 2 jam kita hilang. Diaorang akan cari kita. Jangan risau. Kaki aku ni terseliuh sikit je. Kau nak takut apa, Allah kan ada. Sekarang lebih baik kau doa, daripada nangis macam ni, apa kau dapat?” Hazwan sekadar memujuk dan menenangkan Arina walau kala ini kakinya benar-benar sakit. 

“Aku minta maaf….” Arina menundukkan wajah. 

“Its ok Arina. Nothing to worried ok” Arina mengangguk perlahan. Hatinya tidak putus berdoa agar bantuan segera sampai.

3 hari sudah mereka terperangkap dalam hutan tebal itu. Bekalan makanan yang ada pun sudah habis. Arina kematian akal. Keadaan Hazwan yang semakin lemah membuatkan hatinya bertambah risau. 

“Wan, kau ok ke ni? Jangan buat aku risau” bisik Arina perlahan melihat Hazwan yang bersandar lemah di pokok. Wajahnya basah dengan peluh dan pucat lesi. Airmata Arina mengalir lagi. Teragak-agak Arina meletakkan tangan di dahi lelaki itu. Ini darurat, dia bukan sengaja mahu bersentuh dengan bukan muhrimnya. Tudung yang dipakai dijadikan lapik sebelum tangan didaratkan di dahi Hazwan. 

“Ya Allah, panasnya. Kau demam ni Wan. Apa aku nak buat ni. Ya Allah” tangisan Arina semakin menjadi-jadi. Hazwan mendesah lemah dan perlahan membuka matanya. 

“Aku ok….” Suaranya begitu lemah. Namun seiring dengan itu dahinya berkerut menahan sakit yang sudah menyengat seluruh badannya. Hendak bergerak sedikit pun dia tak terdaya. 

“No! kau tak ok! Kau sakit Wan. Aku tahu. Ya Allah, bantulah aku Ya Allah. Aku tak nak buat apa Wan. Aku tak ada ubat nak bagi kau. Air pun dah habis, makanan tak ada. Ya Allah…..” Arina terus-terusan menangis. Hazwan menyentuh perlahan bahu Arina. 

“Kau pergi cari jalan keluar. Tinggalkan aku dekat sini. Hanya kau yang boleh cari jalannya….” 

“Aku? Aku takut Wan. Aku tak berani” 

“Insya Allah kau boleh. Pergilah” 

“Tapi… takkan aku nak tinggalkan kau kat sini? Kau tengah sakit Wan” 

“Pergi. Insya Allah aku boleh bertahan. Aku tunggu kau dekat sini” ucap Hazwan. Dia mencapai beg sandang miliknya dan mengeluarkan sehelai kain. Dengan tenaga yang masih bersisa, kain itu direntap kuat dan dikoyak kepada beberapa bahagian. 

“Ambil kain ni, ikat pada pokok sebagai checkpoint , untuk pastikan kau tak akan sesat dan dapat patah balik ke sini semula pada aku. Pisau ni… gunakan sebagai senjata, kalau-kalau ada gangguan” Arina mengangguk faham walau hatinya berdebar dan takut. 

“Bila kau rasa takut, rasa gelisah dan putus asa nak bergerak, kau baca ayat ni. Insya Allah, Allah akan tunjuk jalan keluar pada kau” Hazwan membaca sepotong ayat berkali-kali agar Arina dapat menghafalnya. Arina mengulang baca. Setelah yakin dapat mengingati ayat itu sepenuhnya, Arina bangkit. 

“Aku pergi dulu. Kau janji dengan aku, kau akan bertahan. Aku akan datang balik selamatkan kau. Janji dengan aku” Arina menuntut janji. Hazwan mengukir senyum lemah. 

“Insya Allah, dengan izin Allah. Kita akan jumpa lagi”

Nurul Arina mengetap-ngetap bibirnya. Dia menjeling Hazwan dan rakan-rakannya dari jauh. Sejak peristiwa sesat beberapa bulan yang lalu, dia dan Hazwan sudah jarang bertegur sapa. Kalau sebelum peristiwa itu dulu, sering sahaja Hazwan dan rakannya mengusik dia. 

“Kenapa kau suka sangat usik aku dekat sekolah, Wan? Setiap hari. Ada je kau nak kenakan aku. Aku malu tau, rasa loser gila” Arina memulakan perbualan saat masing-masing bersetuju untuk berjaga sahaja pada malam pertama mereka sesat. Mereka tiada keinginan untuk tidur, memikirkan nasib esok yang entah bagaimana. 

“Kau tak loser, tapi kau comel” ucap Hazwan sambil tersenyum. Arina membuntangkan mata , namun dalam hatinya berdebar dan bercampur malu. 

“Mengarut lah kau” 

“Seriuslah. Kau comel, sebab tu aku suka usik kau. Kau adalah makhluk ciptaan Allah yang tersangat comel bila marah” 

“Masa marah je? Masa biasa tak comel lah?” Arina bertanya berani. Hazwan tersenyum lagi. Arina menyimpan debar. Sebetulnya sejak dari hari pertama mereka ditempatkan sekelas, Arina sudah jatuh cinta dengan senyuman itu. Hensem! 

“Tak. Masa biasa bukan comel, tapi cantik” Arina terdiam. Wajahnya diserbu malu. Hazwan ketawa kuat melihat perubahan wajah Arina. 

“Start lah tu perasan? Perempuan ni kan, memang pantang kena puji. Patutlah senang jadi mangsa lelaki mulut manis” selamba Hazwan melemparkan kata. Arina menggigit bibir geram. Ciss, saja nak kenakan aku rupanya! 

“Woi!! Berangan!!” Arina tersentak saat bahunya ditepuk kuat teman sekelas, Zalika. Arina mengurut dadanya. Zalika dijeling sekilas. 

“Kau ni, terkejut aku tau. Buatnya sakit jantung tadi….” 

“Eleh… kau sakit jantung, bukan sebab kena sergah, tapi jantung tu berdegup .. dup dap dup dap…. Hah~ kau usha Hazwan ek? Eiii, tak malu…tak malu” Zalika galak menyakat Arina. Arina sudah mencerlungkan mata. Bibir Zalika ditekup kuat, bimbang didengari orang lain. Lengan Zalika dicubit.

“Kau ni volume tu boleh perlahan sikit? Orang dengarlah!” 

Zalika tersengih. Dia menarik kerusi dan duduk di sebelah Arina. Matanya turut sama dihala pada Hazwan dihujung dewan.

“Kenyataan kan. Apa kau nak malu? Rina, aku rasa baik jujur dengan diri sendiri. Pergi beritahu dia tentang perasaan kau tu. Make a confession” 

“Hah? Kau gila ke? Nak suruh perigi cari timba? Tak nak aku!” 

“Hello kawan. Sekarang zaman moden. Tak ada istilah perigi cari timba lagi. Ni soal hati dan perasaan. Faham? Hari ni last tau kita semua jumpa. Lepas ni tak ada dah. Nanti masing-masing dah bawa diri, kau ke mana, dia kemana. Hah, yang merana sapa? Kau jugak!” 

“Ah, malulah!” Arina sudah menyembamkan mukanya di meja. Namun seketika kemudian dia mengangkat wajah. Wajah Hazwan ditenung lama. Yes, betul. Aku kena berani. Lepas ni tak jumpa lagi dah. Try jelah. Kalau dia tak suka takpe. At least aku cuba. 

“Aku pergi ea?” Arina menyoal Zalika. Temannya mengangguk laju walau tidak percaya Arina secepat itu nekad. Dia hanya memandang Arina yang sudah bergerak ke Hazwan. 

“Ehem….” Arina berdehem perlahan. Hazwan dan kawan-kawannya berpaling.

“Yes Arina?” Afiq yang berdiri berhampiran Arina bertanya. Arina tersenyum. Matanya tidak lepas memandang Hazwan yang masih leka berbual. 

“Err.. aku nak cakap dengan Hazwan sekejap… boleh?” 

Hazwan berpaling. Keningnya sedikit terangkat. 

“Oh, boleh sangat. Maklumlah, best student, semua orang nak cakap dengan kau ea Wan. Sila-sila. Jom guys” Afiq bersuara dan memberi laluan pada Arina dan Hazwan. 

“Ada apa? “ Hazwan bersuara namun matanya memandang iphone. 

“Boleh tak pandang aku kejap. Focus, aku nak cakap ni” Arina bersuara geram. Hazwan mengeluh dan menyimpan iphone nya dalam poket. Bersedia memberikan sepenuh perhatian pada Arina. 

“Ok….” Arina menarik nafas perlahan dan berselawat dalam hati. 

“Aku tau apa yang aku buat ni satu kerja gila. Tapi aku tak kisah. Aku nak buat satu pengakuan. Ehem…. Ermm… aku.. “ tiba-tiba terasa ada sesuatu yang tersekat dikerongkong, sukar pula untuk meluahkan kata.

“Nak cakap apa sebenarnya. Aku dah lambat ni” Hazwan bersuara bosan.

“Ok. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh rasa macam ni. Tapi sejak dari hari pertama kita kenal, kau selalu usik aku. Mulanya aku rasa macam annoying gila, benci! Tapi lama-lama baru perasan yang sebenarnya aku suka kau usik aku. Aku happy sangat. And sepanjang kita sesat di hutan. Aku semakin mengenali kau. Kau sangat caring, baik, kau special. Kau sangat istimewa buat aku. What I want to say is, aku…. aku dah jatuh cinta dengan kau.Aku sayang kau” 

Arina terasa mukanya diserbu malu saat mengucap kata-kata itu. Dia mengetap bibir menahan malu. Wajahnya ditundukkan. Tidak mahu memandang wajah Hazwan dan melihat reaksi lelaki itu. Lama menanti akhirnya Hazwan bersuara. 

“So?” seringkas itu jawapannya. Arina mengangkat wajah. 

“So? Apa maksud kau ‘so’? Punyalah panjang lebar aku cakap tadi, jawapan kau macam tu je??” Arina bertanya geram. Terasa mahu menangis pon ada. Macam diperbodohkan pulak. 

Hazwan ketawa sinis. 

“Then, what did you expect for me to say, cik Nurul Arina Sayuthi? Kau nak aku cakap, yes I love you too? Or kau harap aku akan cakap, will you marry me? “ Hazwan bertanya sinis. 

Arina terlopong tidak percaya. Terasa maruah dirinya diinjak-injak. Airmatanya tidak semena gugur. Arina menahan perasaan. 

“Aku tak sangka kau macam ni sekali Hazwan. Selama ni…. Aku…. its ok. Aku tau aku tak layak. Tapi aku juga ada harga diri, dan hari ni aku buang ego aku, aku buang malu aku, untuk confess depan kau tentang perasaan aku. Aku cuba untuk jujur. Tapi… ini yang aku dapat, tak lebih dari sebuah penghinaan. Thanks a lot. Its was such a great gift for me. Aku harap aku perempuan terakhir yang akan kau sakiti. Hati kami begitu lembut dan cepat terluka, Wan. Aku minta maaf kalau pengakuan aku tadi keterlaluan. Aku harap kau lupakan dan anggap ia tak pernah kau dengar. Assalamualaikum” 

Arina berlalu dan tidak berpaling lagi. Airmata yang laju membasahi pipi diseka perlahan. Hatinya luka parah bagai dihiris sembilu. Zalika yang mengejarnya dari belakang langsung tidak dihirau. Dia hanya mahu pulang, lari dari sebuah kenyataan yang begitu menyakitkan.

Arina terpana dimuka pintu rumahnya. Kakinya kaku tidak bergerak melihat gerangan tetamu yang datang. Hatinya dihurung debar dan waktu yang sama, ada rasa marah yang bertandang. 

“Ina, siapa yang datang tu? Kenapa tak jemput masuk?” ibu Arina menyahut dari dapur. Tidak lama kemudian ibu dan ayahnya turut sama menjenguk dimuka pintu. 

“Assalamualaikum” tetamu itu menyapa. 
“Waalaikummusalam. Ye cari siapa?” ayah Arina bertanya. Hazwan tersenyum dan memperkenalkan diri. 

“Kau baliklah! Buat apa datang sini? Aku tak suka” Arina bersuara perlahan, bimbang didengari kedua orang tua Hazwan yang berdiri tidak jauh dibelakang. 

“Ina! Apa cakap macam tu, tak baik menghalau tetamu tau tak? Apa buat perangai ni, ibu tak pernah ajar Ina macam ni tau! Dah, pergi masuk!” ibu Arina bersuara keras. Arina menarik muka masam dan berlalu ke dapur. Ayah Arina menjemput tetamu masuk. 

“Abah, izinkan Wan cakap dulu, boleh?” Hazwan bertanya pada abahnya. Lelaki itu mengangguk dan tersenyum. Hazwan memandang Arina yang diam dihujung kerusi. Wajah itu langsung tidak menguntum senyum. 

“Pakcik, makcik. Saya sebenarnya datang berhajat. Sebenarnya, saya dah lama simpan perasaan pada Arina. Sebetulnya, dari kami tingkatan 6 bawah lagi. Cuma waktu tu, saya fikirkan yang kami masih lagi bergelar pelajar, pelajaran tu lebih penting. Jadi saya pendamkan dulu hasrat saya” Hazwan bersuara tenang. Arina mengangkat wajah mendengar pengakuan lelaki itu. Hazwan memandangnya sambil tersenyum. Dia menarik nafas sebelum menyambung bicara. 

“Selama beberapa bulan ni, saya cuba mencari diri saya. Fikirkan masa depan, apakah layak saya untuk anak pakcik, Arina. Saya bermuhasabah diri, tunggu hingga keputusan biasiswa keluar. Alhamdulillah, saya berjaya dan Insya Allah akan sambung study ke luar negara bulan depan. Setelah saya fikirkan, minta pendapat mak dan abah saya, serta istikharah 3 malam berturut-turut , saya dapat jawapannya”

Hazwan sekali lagi berhenti bicara. Dia mengucap selawat dalam hati.

“Bismillahirrahmannirahim. Saya Hazwan Amiruddin ingin menjadikan Nurul Arina sebagai bakal teman hidup saya. Insya Allah jika pakcik dan makcik memberi keizinan pada saya dan semestinya jika dizinkan Allah” begitu tenang Hazwan mengucapkannya. Kemudian dia melepaskan keluhan lega, bagai hilang beban di bahu. 

Arina tergamam. Terasa panas wajahnya dengan airmata yang gugur tanpa dipinta. Dia dapat merasai ketulusan bicara Hazwan. Keikhlasannya menyentuh tangkai hati Arina. Ayah dan ibu Arina serentak memandang puterinya. Melihatkan airmata Arina, mereka sama-sama mengangguk dan tersenyum. 

“Kami tiada halangan , jika tuan punya badan sendiri setuju. Rasanya, Arina memang dah setuju dah tu kan?” Arina tersipu malu memandang ayahnya. Wajahnya ditunduk menahan malu. Masing-masing ketawa melihat Arina. 

“Insya Allah, niat murni begini, baik untuk laksanakan. Kami cadang untuk mereka bertunang dahulu untuk suatu tempoh hingga Hazwan tamat pengajian di luar negara. Bukan apa, cuma takut budak-budak ni tak dapat nak beri komitmen kalau kita terus langsung perkahwinan. Maklum mereka masih muda” ayah Hazwan pula bersuara. Kedua ibu bapa Arina mengangguk setuju. 

“Saya setuju juga macam tu. Kita pun tak perlu nak risau. Sepanjang bertunang, masing-masing jauh. Dugaannya itu mungkin cuba rindu, tapi mereka terpelihara dari perkara tak sepatutnya. Takut juga budak sekarang, jiwa muda katakan” kata-kata ayah Arina disambut ketawa yang lain. Hazwan mencuri pandang Arina dan kemudian mereka berbalas senyum. Ada bahagia dalam diri mereka. ‘akan ku jadikan kau yang halal buatku'

Hak Cipta: Fatiah Yadz
- bersambung -

1 comment

July 3, 2012 at 10:54 AM

masing-masing nak, tapi...

:D

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...