Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Showing posts with label Hanyut. Show all posts
Showing posts with label Hanyut. Show all posts

Tuesday, January 17, 2012

Hanyut : Tamat

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips
Sambungan dari kispen Hanyut : Satu .

++++++++++++++++++++++++++++++++

Aizam

“Awak suka musik?”

“Tidak. Tapi Hakimi suka,” kata Aizam.

“Awak! Mustahil tau kalau orang tak suka musik! Tak kisah apa jua genre, tapi musik itu mendamaikan. Musik itu satu cara untuk melepaskan rasa, atau kurang-kurang, lelah yang ada,”

“Lain orang, lain cara kan?”

“Tak!”

Cara aku melepaskan rasa, atau lelah yang ada, cuma sama ada di gelanggang, atau bersama kamu.


Suhaila

Hari ini, Suhaila terserempak dengan Hakimi, di cafe. Juga Aizam. Suhaila tidak pernah bercakap apa-apa dengan Hakimi. Tetapi hari ini, dia mahu mencuba. Hakimi, seperti biasa, rancak berbual dengan kawan-kawannya, disertai Aizam, yang cuma duduk diam dan tidak bercampur.

“Err, Hakimi, boleh saya cakap dengan awak sekejap?”

Kawan-kawan semeja mula riuh, dan mengusik. Biasalah, lelaki. Hakimi tersenyum, dan mengangguk. Aizam, hanya memandang. Dalam rasa sedikit cemburu, dia masih kagum dengan keberanian Suhaila.

Hakimi bangun, dan pergi beredar jauh sedikit daripada mereka.

“Ya, ada apa?”
“Awak dah baca surat saya?”
"Sudah,"
“Jadi, awak setuju?”

Hakimi diam. Suhaila ada mengajaknya untuk berjumpa. Sekadar keluar makan dan menonton wayang. Hakimi juga punya masa terluang hujung minggu ini, tapi dia tidak tahu. Ya, Suhaila cantik, dan juga lincah. Tapi, ada sesuatu yang menghalang Hakimi, sebenar nya.

“Baiklah,”

Suhaila tersenyum, dan hampir melompat!

“Jumpa nanti ya!”


Aizam

Hakimi memang celaka! Celaka!

“Dah lama tunggu?”

Suhaila mengangguk, perlahan. Aizam mengetap gigi, geram. Lagi-lagi Hakimi, lagi-lagi Hakimi! Celaka punya jantan. Apa lagi yang kau mahu! Aizam sekadar bentak di dalam hati. Mahu lepas, tidak terluah. Kadang ada fikir, tak sangka hanya kerana seorang perempuan, Aizam telah mencelakakan kawan baiknya sendiri.

Ah, ini semua diminta! Kalau saja Hakimi mengikut rentak, pasti Aizam tidak sebegini.

Aizam perhati wajah Suhaila. Mata nya sedikit bengkak. Baru selesai menangis, mungkin.

“Berapa lama kau tunggu dia?”

“Seharian,” Balas Suhaila, teresak-esak. Aizam tak sangka, bagaimana tegar untuk seorang lelaki, membiarkan sahaja seorang gadis biar menunggu seharian lama begitu?

“Dia lupa, mungkin,”
“Kenapa awak mahu bela dia? Awak sepatutnya pujuk saya!” Suhaila menjerit, dan kembali menangis.

Aizam memeluk lembut bahu Suhaila, dan menepuk perlahan. “Sudahlah,” Suhaila menyandarkan muka ke bahu Aizam, dan mula meraung, semahunya.

“Sudahlah,” ulang Aizam.

Selang tak lama, tangisan Suhaila mulai reda. Aizam tidak pasti sama ada Suhaila sudah lega menangis, atau sudah penat. Tapi, akhirnya dia berhenti. Aizam meleraikan pelukan dan berkata,

“Pulanglah Suhaila. Dan rehat. Semoga esok semuanya akan baik-baik sahaja,”

Suhaila tersenyum sinis, dan mengesat air mata nya.

“Awak pun tahu itu semua tak akan berlaku,” Suhaila bangun, dan terus beredar.

Aizam cuma sekadar melihat, dan memandang gadis pujaannya berlalu pergi, hanyut terus dalam perasaannya.

Biarkan, ada perkara yang dia harus selesaikan bersama Hakimi!


Hakimi dan Aizam

Hakimi, yang baru selesai mandi itu, tersentak dengan jeritan Aizam. Apa hal gila dia ni?

“Kimi! Mana kau?”
“Ada ni, apa hal?”

“Kau jangan nak buat kelakar! Aku tanya, mana kau tadi sial!” Bentak Aizam, seraya mencekak leher baju Hakimi. Hakimi yang hampir terjatuh, hanya diam memandang muka Aizam yang kemerahan, menahan marah.

“Aku sibuk,”

BANG!!

Satu hayunan padu singgah ke pipi Hakimi. Hakimi jatuh terduduk, terus ke almari baju. Aizam memandang geram, dan mengangkat Hakimi bangun. Dia masih belum puas! Leher baju Hakimi dicekak lagi,

“Kau tahu tak berapa lama dia tunggu kau?” jerit Hakimi sambil menggenggam penumbuk. Satu lagi bakal dilepaskan.

“Woi! apa jadi ni?” Dini, budak bilik hadapan tiba-tiba sahaja masuk ke dalam bilik mereka.

Hakimi mengangkat tangan, menyatakan isyarat kepada Dini untuk tidak masuk campur.

“Cool, Aizam, cool,” kata Dini, dan terus menutup pintu bilik, dan beredar.

Keadaan kembali tegang. “Takkan kau nak belasah aku sebab seorang perempuan?”

Aizam diam, dan melepaskan Hakimi. Dia menolak Hakimi, kuat. “Habis, kenapa kau buat dia macam tu?”

Hakimi diam sebentar, beri masa untuk Aizam reda. Dia juga mahu menghilangkan kesan penumbuk yang pedih, dan kebas itu.

“Kau suka dia kan?” Kata Hakimi.
“Kepala hotak kau! Dia suka kau!”

“Ya, mungkin dia suka aku, tapi kau suka dia kan? Come on, Aizam. Kau, aku kenal kau. Dengan kami, dengan kawan-kawan lelaki pun, kau tak pernah berbual. Tak pernah bersembang, tapi kau boleh layan kerenah dia, sepanjang petang di gelanggang. Kau tak pernah peduli benda lain. Hanya gelanggang kau, dan dia. Jujur saja, Aizam. Kau suka dia kan? Aku minta maaf. Kau pergi lah jumpa dia, dan berterus-terang.”

Aizam diam. Mahu saja dia nafikan, tapi entah.

“Sudah lah kawan. Kalau betul kau sukakan dia, kau pergi jumpa dia. Luahkan semua rasa. Atau mungkin, kau pelan-pelan. Berkawan dulu dengan dia. Teman dia lagi, setiap petang di gelanggang. Ambil masa. Paling tidak pun, kau ajak dia keluar makan, tonton wayang, atau apa sahaja. Luang masa dengan dia. Lama-lama dia akan sedar yang kau suka dia, untung-untung dia pun akan sukakan kau,”

“Kau diam lah, tak payah nak ajar aku,” Jawab Aizam, dan terus duduk.

Hakimi duduk sebelah Aizam.

“Sakit?” Tanya Aizam.
“Kau nak rasa juga?” Jawab Hakimi, berseloroh.

Aizam senyum, dan mereka terus duduk, sama-sama menikmati lagu Last One To Die, sampai habis.


.END.


Tuesday, January 10, 2012

Hanyut : Satu

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips

 Salam,

Secret7Writer (S7W) kini sudah mempunyai FB Page sendiri. Kami menjemput anda semua untuk like page kami untuk apa-apa update terbaru dari kami dan sama-sama meriahkan S7W  dalam medium baru pula. 

S7W juga sudah mempunyai page twitter. Untuk kaki twitter, boleh follow kami di sana.

Untuk pautan, sila klik,


-Admin.


 ++++++++++++++++++++++++++++++++

Aizam

Perkenalan Aizam dengan Suhaila, seperti sudah ditakdirkan. Aizam, seorang pelajar tahun dua, juga merupakan kapten pasukan bola keranjang. Suatu petang, ketika satu sesi latihan, Aizam terasa seperti ada yang tidak kena. Aizam terasa seperti sedang diperhatikan seseorang. Aizam toleh sekeliling. 

Suhaila. Aizam kenal pelajar junior itu . Atas sebab tidak selesa diperhatikan sebegitu tajam, Aizam terus keluar ke tepi gelanggang, dan menghampiri Suhaila.

"Kau nak apa?" kata Aizam, berang.
"Kenapa awak ni?" balas Suhaila, buat tak faham.
"Aku tahu kau perhati aku. Kau mahu apa?"
"Awak sebilik dengan Hakimi kan? Boleh beri surat ini pada dia?"


Suhaila

Suhaila mula mengenali Hakimi, sejak dua minggu lepas. Pertemuan sebentar di cafe tadi, sudah cukup bermakna buat gadis itu. Dari jauh, Suhaila sudah mula jatuh hati dengan memandang Hakimi yang bergelak ketawa bersama rakan-rakannya. Pada pandangan Suhaila, Hakimi tidak jauh seperti pelakon Korea! Orangnya manis, tinggi dan kacak. 

Seperti kebiasaannya, Aizam ada bersama Hakimi. Cumanya, Aizam tidak menyertai gelak tawa mereka. Aizam cuma duduk diam, dan tidak bercampur.

Suhaila kenal Aizam. Dia kapten pasukan bola keranjang peringkat kolej.

Untuk kenal Hakimi, aku perlu menghampiri Aizam!


Aizam dan Suhaila

"Jadi, kau nak kenal dengan Hakimi? Apa kena mengena dengan aku?"
"Awak kan sebilik dengan dia, Aizam?"
"Habis tu? Kau ingat aku ni apa? Posto? Tukang hantar surat? Kau nak, kau berilah sendiri pada dia!"
"Aizam, awak ni kenapa garang sangat? Boleh lah.. Nanti saya belanja awak, okay?"

Rasuah . Ingat aku lapar sangat dengan belanja kau ?

"Nanti aku beri," Balas Aizam, ringkas. Suhaila senyum.


Hakimi

"Nah kimi, ada surat untuk kau," Kata Aizam, sambil hulur surat bersampul biru itu.

"Haha, surat apa ni? Letak saja atas meja," Balas Hakimi, yang terbaring malas di atas katil, dengan fon telinga memutarkan lagu Fall Back Down - Rancid.

"Entah, Suhaila yang kasi,"

"Suhaila?" Hakimi menanggalkan fon kepala, dan terus duduk. "Suhaila, budak junior yang kau selalu usha tu?"

"Celaka, bila masa aku usha dia!" bentak Aizam, duduk menghadap meja studi.
"Hahaha. Aizam, macam aku tak tahu. Kau selalu usha dia kat cafe kan?"
"Pergi mampus la dengan kau punya usha. Kau baca je surat tu, dia kasi pada kau,"

Hakimi sambung gelak. Aizam, Aizam. Kadangkala Hakimi cemburu akan Aizam. Orangnya mudah. Tidak ambil peduli dengan apa pun. Yang Aizam tahu, cuma bola keranjang. Kadang Hakimi juga mahu ikut main bersama, tapi dia tiada bakat dalam sukan tersebut.


Suhaila

"Awak dah beri surat saya pada Hakimi?"
"Sudah," Balas Aizam, yang kepenatan di tepi gelanggang.
"Dia kata apa? Dia tak balas balik ke?" Soal Suhaila, teruja.
"Kau boleh sabar tak, perempuan? Aku penat ni!" bentak Aizam tiba-tiba, mencari nafas.

Suhaila diam. Riak wajahnya seraya berubah. Aizam sedar akan itu. Ah, sentap pula dia ni! Aizam capai botol air, dan teguk sedikit melepas dahaga.

"Dia dah baca. Tapi dia tak kata apa-apa pun. Nanti malam ni, aku tanya dia, okay?" Balas Aizam, lembut. Cuba mengambil hati, mungkin.

Suhaila senyum, tak berani kata apa. Bimbang Aizam kembali marah.
Suhaila hulur satu lagi surat,
"Untuk Hakimi, lagi."

Aizam dan Hakimi

"Tadi aku jumpa Suhaila, dekat gelanggang,"
"Jadi?" jawab Hakimi, ralit menyiapkan soalan tutorial.
"Dia tanya sama ada kau tak nak balas ke surat yang dia beri tu?"
"Nantilah aku balas, kalau rajin," sengih Hakimi.
"Kau jangan macam tu. Dia tu mengharap,"

Hakimi senyum mendengar jawab balas Aizam. Bukan aku tak mahu balas. Selagi dia mengharap, selagi itu lah dia akan jumpa kau Aizam. Itu yang kau mahu kan? Itu paling kurang aku boleh buat untuk kau, kawan.

"Ada apa-apa lagi yang dia kata?"
"Nah, dia beri satu lagi surat," hulur Aizam.

Hakimi ambil, dan letak kemas di atas meja, beralas dengan surat Suhaila yang satu lagi.
"Nanti aku baca," balas Hakimi.
"Ikut suka kau lah," Aizam membelek-belek CD lagu kepunyaan Hakimi. Ada Rancid, dua keping. Ada Third Eye Blind, sekeping.

"Aku tak tahu apa-apa pasal musik," kata Aizam, perlahan.
"Dan aku tak tahu apa-apa pasal sukan," kata Hakimi, separuh tergelak.

Tamat episod Satu.


.END.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...