Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Monday, September 10, 2012

Bukan Sia Sia

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips



Piyan pasrah. Demi kerana janjinya pada sahabatnya dia kuatkan semangat untuk terus membuang kehidupannya yang lalu itu. Mungkin perjalanan hidupnya memang dipandang rendah di mata masyarakat namun Piyan yang sudah lama meninggalkan najis dadah itu. Semata mata kerana seorang sahabatnya Sejak dia di halau dari rumah bapa saudaranya dia menumpang di rumah sahabatnya itu. Mereka sudah seperti saudara memandangkan ke dua duanya telah dipinggirkan oleh keluarga masing masing.

"Aku berterima kasih pada kau Amal sebab kau menolong aku dan juga sudi menganggap aku sebagai saudaramu Amal...tak dapat aku balas jasa jasa kau pada aku Amal”

"Piyan...aku memang tak dapat lari lagi dari mengambil dadah sial ni...penyakit yang aku tanggung ni tak dapat di ubati dan aku hanya ada selama 3 tahun sahaja untuk hidup Piyan. Aku telah di buang oleh keluarga aku kerana mereka malu mempunyai anak seperti aku. Aku harap bila aku sudah tiada nanti kau sudi lah menguruskan pengkebumian aku.”

"Jangan cakap begitu Amal...mngkin kuasa Allah tak siapa yang tahu...aku pun sedang berusaha untuk melupakan ketagihan aku...”

"Piyan aku harap kau tinggalkan najis dadah tu...aku rasa kau mampu mengatasinya kerana kau masih di peringkat awal.... Aku ada menjalankan mengambil upah membasuh kereta. Aku harap kau teruskan pekerjaan aku itu kerana pelanggan tetap aku memang sudah ada di tempat letak kereta itu.hanya engkau yang aku percaya Piyan. Dan rumah yang sempit ini pun kau jagalah setelah ketiadaan aku nanti.”

Itu cerita tiga tahun lepas. Kini sahabatnya sudah tiada lagi setelah pergi menyambut seruan ilahi. Sahabatnya itu Amal meninggal dunia kerana mengalami penyakit batuk kering yang tak dapat di ubati lagi.

"Abang Piyan nak lauk apa? Ambiklah Liya belanja abang …” gadis yang menjual nasi campur itu seringkali mencuri hati lelaki Piyan. Aliya seorang gadis pinggiran kota. Hidup Aliya dan keluarganya sama seperti Piyan terpaksa bertungkus lumus demi meneruskan kehidupan. Seringkali Piyan singgah selepas Piyan habis kerja mencuci kereta.

"Liya bungkus macam biasa ye… dengan air suam…”

Gembira hati Piyan…masih ada yang prihatin dan mengambil berat pada dirinya. Gerai nasi campur itu terletak tidak jauh dari tempat Piyan membasuh kereta.

Satu hari Aliya menghantar pula nasi semasa Piyan membasuh kereta.

"Bang Piyan...ini nasi Liya dah siap bungkus...”
"Terima kasih Liya...letak kat tepi tu ye...”

Namun Aliya pada hari itu di lihatnya lemah. Dan Piyan pun bertanya... "Kenapa Liya pucat...apa Liya tak sihat ke?"

"Takdelah bang Piyan mungkin Liya mengantuk berjaga malam hingga ke pagi sebab nak menyiapkan lauk pauk ni...”

"Ye ke...kalau tak sihat Liya rehatlah...tak pun jumpa doktor ye...” Piyan terus membasuh kereta yang menjadi punca rezekinya.

Namun kegembiraan Piyan tidak lama. Setelah seminggu Piyan tidak nampak Aliya berniaga di situ. Piyan bertanya pada mereka yang berniaga di situ. Dan selepas seminggu ada seorang yang berjual nasi campur di situ. Namun bukan Aliya.

"Maaf kak saya tumpang tanya... gadis yang selalu berniaga di sini tu sudah tak berniaga lagi ke?”
"Ohh Liya...kesian dia sekarang terlantar di hospital...dia ada sakit kanser...”
"Ya Allah Liya...kak...kat hospital mana kak?”
"Hospital Universiti...kalau nak tengok dia cari kat wad ICU...”

Setelah Piyan melawati Aliya yang terbaring tak bermaya di atas katil hospital itu di iringi esak tangis ibu dan adik adiknya. Aliya hanya memandang Piyan dengan mata berkaca sambil cuba mengukirkan senyuman. Untuk menjalani pembedahan ia memerlukan duit sebanyak puluhan ribu.

"Liya tak cakap pun kat abang yang Liya ada sakit kanser ni...” Sebak hati Piyan melihat akan gadis pujaannya itu lemah dan tak terdaya hendak bersuara hanya mengangguk anggukkan kepalanya.

"Pembedahan mesti dijalankan secepat mungkin kerana pesakit ini sudah melewati tahap kritikal. Namun perbelanjaan pembedahannya amat mahal. Iaitu sebanyak dua puluh lima ribu.” Jelas doktor yang bertugas.

"Aliya hanya mampu bertahan selama tiga bulan sahaja lagi....hanya itu yang mampu lakukan...” tambah doktor itu lagi.

"Liya...aku berjanji akan dapatkan duit untuk pembedahan itu walaupun terpaksa diganti dengan nyawaku.” getus Piyan dalam hati.

Piyan tak ada jalan lain selain berjumpa dengan seorang kenalannya yang menjalankan perniagaan penyeludupan dadah di utara tanah air.

"Tak sangka kau cari aku Piyan...aku fikir kau dah taubat...”
"Aku perlukan duit Gobind...aku akan buat apa yang kau suruh..”

"Okey kalau macam tu ...nanti bila aku dah dapatkan barang tu kau bawak ke KL dan jumpa orang ni....kau kena pergi ke seberang esok lusa...stok itu bernilai jutaan ringgit...dan upah kau sebanyak 50 ribu dan akan aku masukkan separuh dari duit itu ke dalam akaun kau. Jika barang itu selamat bertukar tangan akan aku masukkan lagi lebihnya.” ujar Gobind menerangkan apa yang perlu Piyan lakukan. Namun jika sudah tersurat maka itulah juga kehendakknya. Piyan tertangkap semasa mengadakan urusan tukar barang tersebut di Kuala Lumpur. Maka hukuman yang menanti Piyan ialah tali gantung. Namun Piyan berasa puas kerana di dalam akaun nya sudah ada dua puluh lima ribu.

Piyan termenung sambil beristigfar.

"Ada apa apa yang mahu kamu wasiatkan untuk sesiapa setelah kamu menjalani hukuman nanti?” tanya seorang ustaz di penjara itu.

"Tak ada...Cuma akaun akaun simpanan saya encik serahkan pada seorang yang bernama Aliya Nurbaini bt. Alias. Dia tinggal di alamat yang sama dalam buku akaun itu dan nama dia juga ada dalam buku akaun tersebut sebagai penama ke dua.” ujar Piyan.

Mungkin pada pagi keesokkannya dia menemui penciptanya. Namun Dia pasrah. Pengorbanan yang dilakukannya bukan sia sia.

8 comments

Anonymous
September 10, 2012 at 12:47 PM

Ah kalau aku.... *senyum*

Mungkin aku belum sampai batasan itu lagi.

-HZ

September 10, 2012 at 1:14 PM

hurmmm... aku rasa sia-sia... sebab liya tu memang dah tak boleh diselamatkanpun.... baik bagi duit nak mak ayah....

September 10, 2012 at 9:17 PM

HZ - nama pun kispen huhuhu...tq bro

September 10, 2012 at 9:17 PM

ye boss...tapi orang tua saya kata yang saat saat terakhir tu lah yang paling bermakna...

September 10, 2012 at 10:03 PM

tidak sia-sia aku baca kispen ni hehe...

September 11, 2012 at 12:58 AM

sis NA - tahuuuu...jangan lupa koloborasi kita nanti hehehe...

September 11, 2012 at 11:02 AM

lelaki kalau terlalu cintakan seorang wanita memang akan sanggup melakukan apa saja? soalan utk abg El.heheh

September 11, 2012 at 12:13 PM

khairul antasha - lelaki akan berkorban jika dia rasa berbaloi...macam cerita ni...dia rasa hidup dia tak pernah membahagiakan orang dan orang tak pernah membahagiakan dia...tapi ini cuma KISPEN sahaja..tq baca...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...