Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Monday, February 13, 2012

Kisah Klassik Untuk Masa Depan

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
Mega Senja


Kisah klasik ini untuk pedoman masa depan aku, yang belum tahu akan jalan rentangnya, yang belum pasti akan halang rintangnya, yang belum nyata akan aral melintangnya. Aku menyimpan kisah klasik ini, kisah dua perasaan yang sangat telus, sehabis tulus, serta lurus. Berbahagialah kamu di padang ilalang yang berbeda namun berkongsi cahaya bulan yang sama: Dewi Kartini dan Amir Hamzah.

Halaman 1:
Ya, Mega...ku tinggalkan cinta, harus. 
Kerana aku perlu kembali kepada asal dan aku kira dia juga, kerana malam semakin larut dan jiwa semakin gelora. Apabila dia mulai hendak mengungkapkan rasa sakit dalam hatinya sekian lama (walau aku pun sebenarnya tidak tahu apakah yang telah terjadi) aku cuma tulis – Simple: A sincere friend do not hide. Better think about it.

Dan dia tak reply until aku tengok jam pukul satu pagi. Sebelum itu kami ber’sms’ tak henti-henti umpama usia 17 tahun dulu - seolah masa menarik kami ke akar waktu yang sudah berlumut ditinggalkan. Tetapi aku tidak boleh berlama di perdu itu - aku boleh dan dapat jika berusaha sedikit lagi, tetapi aku mahu berdiri kejap dan nyata- aku ini isterinya orang. Buaian perasaan tidak boleh aku teruskan lagi ayunannya meski rasa riang sekali.

Dan dia mungkin tersentuh hati. Mungkin. Aku kenal dia, pernah dia menangis gara-gara aku suatu ketika dulu dan aku mendapat khabar daripada sahabatnya, sehingga apabila tidur dia menangis menghadap dinding - waktu itu aku tidak sedar betapa pentingnya aku kepadanya: rupanya.

Mungkin dua baris kata-kata berbahasa Inggeris itu mengguris hatinya. Aku cuma hendakkan hak aku - cerita 13 tahun itu. Aku berkali-kali (untuk pengetahuan kau) mengaitkan Ahmad Tarwis dalam sms bersangkutan tetapi betullah kata kau - sedikit pun tidak ditanggapinya.

Mega, pagi tadi aku sms kan dia seperti mana yang aku forwardkan pada kau, dia tidak membalas, masih.

Pada pandangan kau Mega sang peramal cinta:

Kuat benarkah perasaan dia padaku?
Jika betul, kenapa harus dia tinggalkan aku? 

Halaman 2:
Salam sahabatku Dewi Kartini...
Dewi, kiranya kau tahu, mantera engkau menjadi seru yang menyalirkan angin rindu lewat perutusan ringkas melalui medan skrin kecil itu. Aku tahu kalau boleh disimpan pesanan itu, mahu saja kau abadikannya sampai bila-bila di dalam mesin kecil itu tapi harus diingat kita tidak bisa melakukannya begitu kerana setiap detik adalah perangkap bagi kita. 

Jadi aku nasihatkan kau apa yang perlu kau lakukan ialah please delete or erase the message or else send to another party or quote saja di dalam benak ingatan peribadi yang tidak diketahui oleh sesiapa saja di mayapada ini, biar hanya engkau saja mengetahuinya.

Dewi Kartini, kiranya sms itu sudah meletakkan perasaan kau dalam situasi yang sedikit selesa walaupun kau masih tidak berpeluang menerokai keseluruhan benaknya yang ditutup rapat kepada orang asing hatta engkau sendiri. 

Cuba lagi, kau jangan lekas putus asa kerana misi ini adalah misi klasik yang kau harus lakukannya dengan cukup lemah lembut. Kau mahu lakukannya dengan nada sopan atau nada amarah? Atau terbit rasa dendam di sebalik peristiwa 13 tahun itu?

Dewi, apa kau rasa kini?
Dewi, apa yang kau nak buat selepas ini?
Dewi , apa refleksi kau selepas mengetahui perasaan dia tidak berubah walau sezarah pun terhadap kau?

Dewi, please reply email aku.. 

Angin malam bertiup, tiada henti, sampai akhir marcapada, tapi engkau hilang, dari rusuk kanan aku. Gemuruh maya pada diri, daun-daun pun menyisih, langit jadi saksi, kau serahkan, hati nan satu!

Halaman 3:
Mega, He still not reply my simple message just now. Do we cannot be friends anymore? Dalam FB nya aku melihat ramai rakan-rakannya tetapi aku merumuskan, sekiranya dibandingkan antara aku dan rakan-rakan FB nya, aku terperosok di daerah yang begitu asing kerana di dalam rumahnya, Ivi Marlinda, Erni Yuhanis, Tunku itu dan Tunku ini sedang berparti bersua menyapa.

Dia sudah jadi orang yang begitu asing.
Seharusnya aku pun begitu. Menjadi asing, berdiam di rumah sendiri walau sesekali ingin menyapa tetapi tidak dibalas sempurna. Dan aku pun menjadi seperti engkau. Aku harus menulis kembali kala amarah membanjiri diri, kala pilu bergaung dalam diri, menjadi Dewi Kartini semula. Meski ianya begitu payah aku laksanakan, tetapi aku harus. Kembali ke rumah lama yang telah aku tinggalkan, mencari kertas-kertas kumal, membaca ayat-ayat yang lama kubarisi dan akan kuperbaharui semula.

Aku harus bangun walau kantukku belum hilang sepenuhnya. Dia masih tidak melihat hadirnya aku. Bila rasa indah mula menyapa, menyalami, aku jadi yakin, bahawa aku ada sejuta tahun, namun rencana ini terbatal, kekasih, aku akur, aku tunduk pada takdirNya!

Halaman 4:
Dewi Kartini, kembalilah kita ke jasad diri. Bersamalah kita melihat ke dalam diri- mencari kekurangan dan kelebihan yang sudahpun terukir indah. Dan kita gemerlapkan kelebihan diri itu walau keperitan dan rasa sengsara mengecur di urat nadi. 

Halaman 5:
Mega, bagi aku, aku tidak mungkin menjejak mahligai di puncak nyiur gading. Aku hanya mampu memiliki istana hinggap dan pada masa ini ingin juga aku menjenguk ke rumah di lembah jiwa, sebab rumah itu lebih dulu wujud sebelum aku bina istana hinggap...rumah itu lebih dulu wujud sebelum aku melihat mahligai di puncak nyiur gading.

Mega, kasih aku pada Amir Hamzah sudah aku makamkan kemas-kemas dalam khutub khanah jiwa, hanya kau yang tahu rahsia abadi ini.

Titik..luka!

19 comments

February 13, 2012 at 9:08 PM

Aku kira kisah ini berbaur sadis namun kalis luka dan pedihnya masih bersisa ya...

February 13, 2012 at 9:49 PM

Aku kira otak ku mula bengap lagi bila berjumpa kispen sebegini hehehe...

February 13, 2012 at 10:13 PM

Nong Andy aku pun sulit mahu menghadamnya tapi apabila diulang baca, aku buat kesimpulan mereka berutus surat agaknya...hehe..hazab nak faham!

February 13, 2012 at 10:44 PM

Lady Windsor,
memang tak terhadam olehku hehehe..
aku pernah cuba buat ayat macam ni tapi akhirnya aku pening sendiri ekekeke.. memang hazab aku nak telan :)

February 13, 2012 at 11:39 PM

Dewi... duduk bernaung di bawah istana walaupun katamu ia hanya singgahan... sila pastikan HUKUM DIA kamu urusi sehalusnya... paling ramai yang mendiami bahagian KIRI DIA... Rasa cinta; rasa sayang; rasa ikhlas; rasa sunyi dan rasa simpati diakhir sekali akan bertemu dengan Nafsu... Akal manusia yang secetek tidak ketahuan bisa meloloskan jasad kamu terus ke lencongan kiri. Dan istana singgahan kamu? sunyi, tak ketahuan utusannya. dalam satu segi aku nampak Dewi simpan satu soalan untuk 13 tahun lalu... dan kaitannya bermula untuk 17 tahun awalnya. sebetulnya kamu tidak menceritakan sebetulnya 13 tahun itu puncanya bermula saat dewi mendiami istana hinggap itu barangkali?

aaarghhh... wahai dewi... saat kamu yakin 2 baris quote itu kamu hiasi di dada skrin kecil itu, ketahuilah olehmu akan URUSAN DIA yang harus kamu pelajari. Takdir dan urusan pemgembaraan tidak akan pernah hilang lelahnya. dan cuba-cubalah cari penawar agar pengembaraan itu dipenuhi dengan rasa cinta yg baru. menidakkan takdir dan mempersoalkan itu itu-ini aku tahu kamu sudah lelah. maka itu biarkan sahaja. duduk dendiam. pandang istana hinggap sementara kamu itu baik-baik. pandang keliling. mungkin tidak sama dengan mahligai nyiur gading impian kamu. tapi hayatilah keindahan itu bukan terletak pada mulut yang sedang bicara. tetapi hati yg melaluinya. sakit bukan? pandang hak kamu. sakitkah dia? kamu tak tahukan

ps: mega. simpan baik2 naskah ini. memang ya untuk manusia belajar daripada kesilapan manusia lainnya. andai sama laluannya kelak. carilah uraian yang tak mampu dewi cari. pengalaman melaluinya dari teori bisa jadi hebat bila praktikalnya kita lalui kelak. hahahahaha. ok. aku sudah bebel byk.

February 13, 2012 at 11:40 PM

otak saya blur baca ini...

adakah ini sebuah diari yang ditulis oleh Dewi kartini? isteri kepada Amir Hamzah??

*maaf kalau andaian salah..=)

February 13, 2012 at 11:52 PM

Cik Bidadari..

bebelan mu menambah kusut jiwa ragaku mengunyah bait demi bait..

kali kedua membaca kispen ni rasanya mula terbuka sedikit kebengapan.. tak byk dan mungkin terlalu sedikit, bebelan kamu menjawab kebingunganku :)

* Haish.. memang berat sungguh buat aku hadamkannya :)

February 14, 2012 at 12:06 AM

@Nong Andy
hahahaha...

February 14, 2012 at 12:11 AM

@Bidadari Syurga yang ni pun aku sudah kena ulang baca, apatah lagi kispen diatas :)

February 14, 2012 at 1:39 AM

@Zuemiey Khairuddin
alah bro zue... akakpun baca kispen Mega; Klassik ni 3 kali tau nak faham... kah kah kah... pecah rahsia. kitanya komen senang sikit tak? weeeeeeeee ;p

February 14, 2012 at 2:16 AM

kisah yang lama itu biarkan terus dipendam..

ku kira Amir Hamzah sengaja membuat begitu agar rasa yang lama itu dapat dibuang sejauh mungkin..

sedikit titik perhubungan dengan Dewi Kartini bisa mencambahkan nostalgia lama yang semustahil mungkin untuk dikembalikan..


*firasat aku*

February 14, 2012 at 3:49 AM

@Lady Windsor
Kisah ini lebih dari sadis, malah aku anggap tragis bersifat kejiwaan...

@Nong Andy
Kau tidak salah kalau tidak faham kisah klasik ini...kerana aku yang menjadi pemerhati pun rusuh memikirkan...

@Reenapple
Kispen ini adalah email...email Dewi Kartini kepada aku..kami berhubung melalui email kerana Dewi di Pantai Timur dan aku di sini..Amir Hamzah adalah bekas bakal tunangan Dewi namun beberapa hari sebelum majlis berlangsung, Amir Hamzah hilang..dan Dewi sudah pun berkahwin dengan Ahmad Tarwis setahun selepas Amir Hamzah hilang...ada aku sebut nama Ahmad Tarwis itu...

February 14, 2012 at 3:54 AM

@Zuemiey
Aku x salahkan kau andai susah kau memahami..kisah mereka ini di alam nyata pun rumit amat..dan aku menjadi orang tengah..sampai kini walaupun kedua-duanya sudah berumahtangga...

@APi
Telahanmu hampir tepat. Amir Hamzah tidak mahu meninggalkan masa lalu kerana mengenang khilafnya manakala Dewi Kartini ingin sangat mengetahui mengapa Amir Hamzah hilang ketika saat mereka akan dipaterikan sebagai tunangan...namun kedua-duanya tidak pernah bersua muka selepas kejadian itu..mereka hanya bertegur sapa di FB dan aku yang sering jadi rujukan kedua-duanya...miring otakku kala kedua-duanya bertelingkah..

February 14, 2012 at 3:59 AM

@Bidadari Syurga
Bagaimana mahu aku menjelaskan...Dewi Kartini dan Amir Hamzah kini hanya mengikuti perkembangan masing-masing di FB dan mereka sering merujuk kepada aku...Dewi hanya memerhati Amir Hamzah berFB dengan rakan lain dan begitu juga AMir Hamzah..sesekali ada senggolan di FB antara sesama mereka dan aku yg jadi mangsa menjadi org tengah, menjadi tempat rujukan dan menjadi tempat mereka meluahkan rasa. Dewi sudah ada empat cahaya mata dan Amir Hamzah jua begitu. Kedua-duanya sentiasa mengenang masa lalu dan kisah mereka klasik dalam dunia mereka sendiri...aku sebagai perakam...aturan hidup manusia, tak siapa tahu. Bunyinya seperti sebuah skrip tulisan penukil yg mahir tapi kisah ini adalah kenyataan...dua perasaan yang tidak ada kesinambungan langsung terpecah mengikut arus sendiri namun bertemu pada satu titik hidup..

February 14, 2012 at 4:01 AM

Terima kasih semua kerana membahaskan Kisah Klasik ini...empunya diri wataknya ada masuk membaca...aku sudah khabarkan kepada mereka..dan mereka adalah pembaca senyap blog ini...

February 14, 2012 at 6:36 AM

lastnyer abang bro pun mengkomen cerita ni..haha...
citer EX- memang banyak dan rasanya still kekal kat hujung hati ni 5 persen hahaha..TQ for this story explain a lot who is who...

Anonymous
February 14, 2012 at 10:50 AM

Aku ingin tahu ...

Apakah keputusan Amir Hamzah untuk menghilangkan diri itu satu kesilapan yang sudah terlewat untuk dikesalinya atau satu pengorbanan demi kebahagian Dewi Kartini ?

Tetapi biarpun soalan ku terjawab, aku masih rasakan pengakhirannya tetap sadis

February 14, 2012 at 1:36 PM

cerita lama yang terpendam, jiwa luka itu tetap ada...:)

moga saja mereka kan bahagia dengan pasangan masing2...:)

February 14, 2012 at 9:44 PM

membaca penjelasan buat aku terasa perit, kerana membayangkan kalau aku di tempat mereka itu.. alangkah peritnya... dan selagi mereka tidak memaafkan satu sama lainnya.. ia akan selalu menyakitkan utk dikenang.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...