Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Monday, February 27, 2012

Alcatraz Serenade In D Minor

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips

Dengan cuti yang masih berbaki dalam semester terakhir pengajianku di kota Seattle ini aku membuat keputusan mahu melawati negara Land Of The Free Home Of The Brave sebelum aku pulang ke tanah air. Ukuran waktu yang hampir hampir tiga tahun amat terlalu lama untuk aku di sini. Aku rindukan keluarga dan masakan ibu di kampung halamanku.Ahhh...bila terbayang gulai timun masak tempoyak dan pucuk betik masak taucu masakan ibu tercinta cukup melelehkan air liurku. Apa lagi sambal petai ...Owhhh...

Aku membuat keputusan untuk ke kota epik San Francisco dan melawat pulau yang juga di mana menjadi lokasi penjara kuno salah satu tempat lawatan bersejarah di Amerika. Alcatraz.

Alcatraz . Suatu masa dulu hanyalah tempat terletaknya rumah api untuk kapal kapal mencari laluan ke dermaga San Francisco juga dia hubungkan dengan dua sungai iaitu Sungai San Joaquin dan sungai Sacramento yang mengalir dari tanah tinggi pergunungan Sierra Nevada. Juga tempat ini telah dimajukan oleh pihak berkuasa tentera Amerika membangunkan untuk meletakkan banduan dan juga kemudahan tentera. Sehingga itu pulau ini telah diberi taraf Kawasan Rekreasi Negara Golden Gate. Dan mula membuka kawasan untuk pelawat seperti aku seperti mana perkhimatan feri yang banyak pada tahun 2008.

Dan kota San Francisco? Tentunya ia adalah sebuah kota unik dan antik di tengah pembangunan pesat benua Amerika. Orang seperti aku yang mengkagumi seni bentuk arkitekture tak mungkin melepaskan peluang untuk melihat sendiri keindahan bangunan bangunan lama dan juga kemasyhoran jambatan jambatan gantung yang mencabar minda manusia di sekitar kota San Francisco.

Setibanya aku di pulau itu aku terus melangkah keluar dari feri aku di sapa oleh seseorang bila aku berhenti menyalakan rokok murah peneman setia aku.

"Hello...Whats your name senor? What song would you like me to play?A broken hearted maybe?

Soal seorang penyanyi jalanan berbangsa Sepanyol aku rasa. Dan di gitar kapoknya tertulis EL MARIACHI.

"Why do you say like that? Do I looked that obvious...Hahaha..." aku ketawa kerana keramahan penyanyi jalanan tersebut.

"You know that in this city hold a lot of it. Every heart kept in prison here.They waiting too long and they dont even want to go out no more...So, what is the song?"

Aku tak menjawap pertanyaannya cuma tersenyum. Aku tahu dia hanya inginkan beberapa keping note kertas atau syiling dari aku.

"Play any songs you like..." tiba tiba aku bersuara. Aku memang perlukan hiburan sebelum meninggalkan negeri Amerika ini.Mujur segala makan minum aku di tanggung oleh syarikat aku bekerja. Jikalau tidak aku hanya mampu mengangan angankan untuk menjejakkkan kaki mahupun berjalan di serata ceruk negeri Amerika ini.

"Okay... I play and you sing it..."
"Are you serious?I cant think of any songs right now..."

"Well sing it from your heart...I just pluck the melody for you...You can sing it in your own language..." Dia terus memetik gitar dengan alunan lagu klassik .

"Hey...is that Franz Schubert Serenade?"tanyaku
"Whoaa..you really got taste and knowledge in music senor..." balasnya hampir terkejut.
"Okey...here goes nothing..."

Di iringi petikan gitarnya aku melagukan puisi yang ku cipta spontan itu dan ramai pelawat di situ berhenti memalingkan muka mereka ke arah kami dan menghampiri kami berdua.


Dan seterusnya aku kira inilah monolog yang paling panjang aku pernah tuliskan menjadi lirik lagu....


Cintaku bangunlah...

sudah lama kau dalam keadaan begini
kenapa kau tidak menjawap panggilanku
cinta...

Nestapa
lama kau tunggu aku sedar dari lenaku
lama kau nanti jawapanku
ku tinggalkan kau dulu
setelah kau isikan segenap ruang hatimu dengan kehadiranku

Cinta
aku mendengar setiap rintihan jiwamu
aku dalam dirimu
mana bisa aku tidak mengambil pusing apa di dalam fikiranku

Ahhh Nestapa
kenapa kau penjarakan aku dalam hatimu?
bebaskan aku...

Cintaku
ya demi kebahagiaan orang yang aku sayang
aku rela ...
aku rela kau terpenjara dalam kegelapan
aku rela kau ketandusan di sana
aku tak mampu lagi menjulang mu cinta
seluruh kudratku hampir musnah keranamu cinta

Nestapa
aku di sini hampir mati
aku di sini kau biarkan
aku kau lupakan cinta...

Cinta
kau tahu sebahagian dari cintamu ada dalam hatinya
namun ia sudah hampir terpadam
yang ada hanyalah aku
yang tidak lagi bermakna
aku lah yang kau rasa kini...

Nestapa
Aku tidak mahu tersedar dari lena
kerana hakikatnya
cinta...
kau sudah lama mati
cuma kau hanya hidup dalam hatiku
dan dalam hatinya

Cinta
aku rela mati
kuburkanlah aku
aku tak mahu lagi menyiksa dua jiwa dan perasaan manusia

Nestapa
jika kau mahu mati
aku pun tidak mahu hidup lagi

Selamat tinggal Nestapa
Aku cinta padamu
ke akhir hayatku...

Selamat tinggal Cinta
Aku juga cinta padamu
ke akhir hayatku..."


"Nice...Really nice words combined with songs as it touched the heart...What it is called again my friend?"

"Ahhh...You name it...Its your songs though..?"

"The song name?I havent got any .It is so just in my mind when you ask me to sing. Heemmm...Anyway I guess I name it Alcatraz Serenade..."

"Very nice..Alcatraz it is..."

17 comments

Anonymous
February 27, 2012 at 9:36 AM

Alcatraz serenade...meletops lah abg bro...nanti I nak buat Soneta of Windsor pulak..hikhikhik..!

LadyWindsor

February 27, 2012 at 12:56 PM

perghhh... finnaly... cetusan imaginasi kamu sudha bermula abg bro... oooh dari situ sudahnya nama el mariachi ya? heeeeeeeeee

alcatraz ya....

quote penyanyi jalanan tu bgs gila... "waiting to long-----"

ps: sama mcm cinta yg kebiasaanya tidak mahu aku lepaskan, walaupun kadangkala terpaksa... hahahahaha

Anonymous
February 27, 2012 at 5:46 PM

abang bro , cerita ni cantik . cerita 'jalanan' . =)


-HEROICzero

February 27, 2012 at 9:50 PM

LW - yeszaaa...next stop Casablanca..haha...

February 27, 2012 at 9:52 PM

bos BS - ye idea citer ini timbul bila saya terfikir akan simboliknya penjara Alcatraz itu...

February 27, 2012 at 9:53 PM

Heroic zero - tq..atas komen itu..abang bro mengaku inilah kispen yang agak memenatkan fikiran abang bro haha...

February 27, 2012 at 10:44 PM

puisi itu indah sekali abg bro..
ditambah dengan petikan gitar menjadikan ia sebuah serenade yang khayal.. =)

February 27, 2012 at 11:30 PM

APi - TQ for the comment...abang bro cuba mempuisikan diri dari dalam penjara Alcatraz haha..cool...

p/s - sila google lagu tu kat Youtube dan bacakan puisi itu ..tentu lebih terasa kesannya ...

February 28, 2012 at 12:25 PM

saya baca puisi ni dengan mendengar lagu franz schubert serenade ni..
indah...:)

nice abang bro..:)
alcatraz serenade, ey? :)

February 28, 2012 at 9:32 PM

TQ adik TH...nanti abang bro akan try buat citer historical romantics story..wait ya...

February 28, 2012 at 10:31 PM

puisi itu sungguh indah :)

*jeles.. aku lansung xde ilmu ttg tempat2 itu. jadi x bleh buat memandai buat story kat luar negara

February 28, 2012 at 10:49 PM

NA thanks for comment...susah gak nak buat genre cam ni...

February 29, 2012 at 8:54 AM

Abg Bro, kim salam kat El Mariachi, Nik nak jumpa dia...hikhikhik! Jumpa kat casablanca ya..

February 29, 2012 at 9:31 AM

hemmm...flight pegi Casablanca delay...kita layan historical dulu lah ye...haha...

February 29, 2012 at 10:36 PM

best...







kagum :)

February 29, 2012 at 10:43 PM

TQ Marcella...

March 2, 2012 at 10:32 AM

ala. napa semua orang kata citer ni cantik. mot tak nampak pon tang mana yg cantik.

"ko tu buta seni. tu sbb tak nampak tang mana cantik nya" hati mot cakap

"bukan buta la. mot tak kenal pon sapa fren shubet tu. tak leh nak imagine camne lagu dia" otak mot takpuas ati

"ko penah dengar tak perkataan google tak pon youtube" hati mot balas

"maknenya?" otak mot garu kepala

"lantak ko la" hati mot malas nak layan otak mot yg lembab

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...