Elina membaca berulang kali pesanan ringkas yang diterima pagi tadi daripada Azwan. Kalau ikutkan hatinya mahu saja dia berteriak. Dibacanya berulang kali rangkap terakhir pesanan ringkas tersebut.
"Maafkan saya. Saya kena buat keputusan ini. Saya sayangkan awak, tapi kita tak ada jodoh"
"Tak ada jodoh?" getus Elina sendiri. Elina mendail nombor teman baiknya Maria. Hanya Maria tempat dia mengadu apa yang dia alami sekarang.
"Hello.. sibuk tak?"
"Kenapa? Aku kat office sekarang."
"Oh. takpela. Sorry ganggu kau."
"Eh jap..kau okay ke tak ni?"
"Erm..aku okay."
Elina cuba menyembunyikan perasaan sedihnya. Tapi nampak gaya seperti Maria boleh membaca apa yang berlaku pada Elina.
"Suara kau lain. Kau kat mana ni?"
"Kat rumah. MC."
"Sakit? Kau okay ke tak ni?"
"Aku okay. Betul."
"Jangan tipu aku. Aku kenal kau."
"Betul. Aku okay. Takpe la. Kau buat kerja dulu. Bye."
"Lepas kerja nanti aku jumpa kau kat rumah."
"Saya akan bahgiakan awak. Saya takkan menyakiti awak. Yakinlah pada saya." Itu ungkapan Azwan setahun yang lepas. Ungkapan itu yang menyakinkan Elina. Ungkapan itu masih terngiang-ngiang di telinga Elina. "Tapi sekarang dia tinggalkan aku atas alasan tak ada jodoh". Elina mengomel sendiri.
"Hari-hari saya akan rindukan awak tau. Kalau awak hilang tak hantar khabar berita saya jadi tak keruan. Saya risaukan awak kat sana." Azwan memang seorang yang cukup prihatin dengan diri Elina. Mana mungkin Elina dapat melupakan semua itu. Mana mungkin Elina dapat menghadam segalanya bila mana Azwan memutuskan hubungan mereka atas alasan tak ada jodoh. Sebetulnya Elina mengharapkan satu alasan yang jujur. Hanya itu.
..........................................
Kedengaran suara perempuan memberi salam di luar rumah. Elina bingkas bangun dan menjawab salam. Maria teman baiknya berada di muka pintu.
"Masuklah.." Pelawa Elina. Maria melabuhkan punggungnya di atas sofa. Memandang tepat ke wajah Elina.
"Kenapa pandang aku macam tu?"
"Elina, kita ni kawan dah lama. Dari sekolah lagi. Aku kenal kau."
Elina terdiam. Sejujurnya dia tak mahu menceritakan apa yang berlaku kepada Maria. Biarlah dia tanggung sendiri. "Sebetulnya apa berlaku? cerita kat aku sekarang. Ada masalah dengan Azwan?"
Elina masih mendiamkan diri. Mengira-ngira mahu di beritahu atau tidak. Elina mencapai telefon bimbitnya di atas meja dan menghulurkan kepada Maria. Maria seolah mengerti tindakan Elina itu. Skrin telefon bimbit itu direnungnya. Satu pesanan ringkas yang panjang lebar dari Azwan.
"Apa masalahnya sebenarnya ni?". Maria inginkan kepastian dari Elina.
"Aku sendiri tak tahu. Aku tak tahu apa silapnya aku. Apa salahnya aku. Dia tiba-tiba tinggalkan aku atas alasan tak ada jodoh"
"Korang ada gaduh tak sebelum ni?"
"Tak.. tapi sejak akhir-akhir ni dia sibuk. Katanya banyak kerja. tekanan tempat kerja. Macam-macam lagi lah"
"Berapa lama dah jadi macam ni?"
"Sebulan... tapi aku bertahan. Sebab aku tahu dia takkan tinggalkan aku. Aku pegang janji dia pada aku"
"Kau ada minta penjelasan dia?"
"Ada. tapi senyap. Entah. Aku buntu. SMS yang aku hantar langsung tak berbalas. Aku call dia tak angkat pun"
"Kau sedih? aku tengok kau tenang je."
"Sedih. Tapi dalam masa sebulan tu lagi sakit apa yang aku rasa. Dia dah tinggalkan aku sebulan yang lalu. Aku dah rasa semua tu dulu sebelum dia sendiri beritahu aku pagi tadi nak tinggalkan aku. Cuma aku terkejut. Sebab aku yakin pada dia. Yakin pada ketulusan dia. Sekurang-kurangnya dia beritahu apa silap aku sampai dia buat aku macam ni. Semudah itu ke kita nak memutuskan hubungan? Tak terfikir ke apa perasaan orang yang kena tinggal?"
"Erm.. dia ada perempuan lain?"
"Entah. Kalau ada pun, apa hak aku nak menghalangnya. Dia punya kebebasan untuk memilih sesiapa pun. Mungkin aku hanya tempat untuk singgah melepas sunyi. Entah."
"Kau ada contact dia lepas dapat SMS tadi tu?"
"Ada. Tapi dia senyap je. Dr HM Tuah cakap, kalau kali ketiga tanya lepas tu dia masih senyap simpulkan saja yang dia memang betul-betul nekad dengan keputusannya."
"Tu Dr HM Tuah cakap. Pengaruh kuat dari buku ni."
"Aku cakap apa yang aku baca je"
"Kau sayangkan dia lagi? Kau ni keras hati sangat!"
"Apa punya soalan la. memang la sayang. Habis apa daya aku?"
"Kalau aku jadi kau, sekarang juga aku ke sana jumpa dia."
"Aku bukan kau. Kalaupun aku jumpa dia kat sana. Aku akan dapat dia balik ke? Kalau dapat tak pe. Tapi mungkin rasanya dah lain dari asal. Kalau tak dapat, sakitnya dua kali ganda tahu?!"
"At least cuba la. tak salah kan."
"Tak salah. Sebulan yang lepas dia dah 'hilang' dalam hidup aku. Dalam sebulan tu aku cuba bertahan. Dan aku cuba untuk menilai dia. Aku pegang semua kata-kata dia. Dan sekarang dia tinggalkan aku. Dan kau cakap tak salah aku cuba nak dapatkan dia balik? Aku sebenarnya muak bila seorang perempuan merendahkan maruahnya untuk mendapatkan seorang lelaki yang jelas-jelas meninggalkan dia. Macam sekarang ni!"
"Kau sakit hati kan."
Elina senyap.
"Kau kuat. Menangislah..Jangan tahan sangat airmata tu. Tak salah menangis."
Maria memaut lembut bahu Elina. "Semua kan baik-baik saja kawan.."
5 comments
"maafkan saya. saya kena buat keputusan ni. Saya sayangkan awak tapi kita tak ada jodoh"
Azwan menaip mesej itu dengan hati berkecai. Menghancurkan hati Elina samalah seperti menikam mati dirinya sendiri. Tapi.. Ya.. manakan dia berjodoh dengan Elina. Tak tega jua hatinya memberitahu hal yang sebenar. Masanya sudah tiba. sebentar saja lagi dia akan masuk ke bilik itu. Bilik yang menentukan hidup matinya... Dia terdengar doktor memberitahu ibunya.
"95% kemungkinan kesan selepas pembedahan, anak puan akan hilang ingatan.. malah mungkin akan cacat dalam erti kata lain terencat.. puan sanggup tanggung kemungkinan itu?"
Dan Azwan hanya mendengar suara esakan sebagai jawapan ibunya!
* KA--> Jgn marah! aku mengada-ngada aja :D
*BS--> Mana gedung buku kat header tu?
betul ke lelaki akan cakap macam tu?kalau perempuan dia mesti cakap...
" saya doakan awak bahagia...harap awak jumpa orang yang lebih baik dari saya"
hehehe...alamak airmata menitis...
"arghh...good reason! bad reason! you dump me, i'll move on" :)
@Nong Andy
hehehehe... header dah masuk khazanah, repeat nanti balik...
teruskan hidup aja.... aaarrrgh... ending ni menyakitkan...
ps: bahasa yang bagus, jalan cerita yang lancar... sweet cerita kamu, dalam versi lelaki tu memang nak kena hempuk dengan aku!