Kad
undangan Amni dibiarkan dihujung katilnya. Bukan mahu menjadi kurang beradab
dengan menolak undangan ke majlis itu. Tetapi adalah sesuatu yang ‘disturbing’
kiranya undangan itu adalah untuk hari bahagia wanita yang pernah menjadi cinta
pertamanya. Yang kini dalam pasrah
menerima cinta dari yang lain.
Biarlah
kata kata rakannya bahawa si dia bukan jodoh untuknya. Biarlah rakannya berkata
bahawa akan ada yang lebih baik untuknya. Biarlah rakannya berkata apa sahaja.
Irwan tidak menafikannya malah memahaminya. Tetapi cinta pertamanya itu
ternyata sangat kuat bersemadi dalam diri Irwan. Sukar untuk melupakan apatah lagi sukar untuk
menyembuhkan luka yang terpalit dari kegagalan cinta yang pernah hadir ini.
Cinta kali ini tersangat kuat auranya. Hinggakan tersangat kuat sengsara yang
dirasai disaat ingin melepaskannya. Sangat pedih.
Irwan
terus merenung kosong ke luar jendela.
Pintu
bilik jenis studio yang disewanya diketuk beberapa kali. Irwan tiada daya untuk
mempedulikannya. Apatah lagi mengetahui ianya tidak berkunci . Mungkin rakan
rakannya datang untuk terus berada disisinya di saat saat sukar begini. Hingga akhirnya pintu dibuka sendiri oleh
tetamunya.
Sunyi
sepi. Yang terdengar hanyalah esakkan tangis seseorang.
Diserang
tanda tanya, Irwan menoleh.
“Haaaa!!
Apa pula si pengantin perempuan buat di sini??? Di hari pernikahannya!!
Hak Cipta: delarocha
-Tamat-
1 comment
yes..ini memang klassik...thumbs up bro...ada jugak genre sama hehehe...