Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Wednesday, January 18, 2012

Hatiku Kau Bawa Pergi

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips


“Emi… Ami datang ni… Ami datang jenguk Emi… Ami datang temankan Emi... Emi dengarkan sayang?". Wajah pucat Emilia ditatap syahdu. Jari-jemari bertaut menjadi satu. Apa yang Syahmi mahukan saat itu hanyalah Emilia. Perutnya yang sudah berkeroncong kelaparan juga tidak diendahkan. Ingin sekali dia mendengar suara manja Emilia meminta itu dan ini. Ingin sekali dia mendengar bebelan Emilia mengenai itu dan ini. Dan ingin sekali dia melihat mimik comel wajah Emilia tika gadis itu melakukan itu dan ini. Dari perkara sekecil zarah hinggalah sebesar tahi gajah, segalanya akan dipersoalkan oleh Emilia. Kerana itu jugalah gadis tersebut berjaya menambat hatinya. Emilia bagaikan seorang anak kecil dalam setiap perbuatan tetapi matang dalam pemikiran. Dia bijak menyesuaikan diri dengan persekitaran. Dia bijak menyembunyikan masalah yang membebankan. Dia bijak menambat hati hanya sekadar melalui percakapan. Dan dia… dan dia jugalah yang kini terlantar koma di pembaringan.

Pandangan mata Syahmi tak lekang dari memandang Emilia. Hampir seminggu gadis itu tidak sedarkan diri. Doktor bilang, penyakit barah yang dihidapi oleh Emilia sudah di tahap kritikal. Teringat Syahmi pada peristiwa sepuluh hari yang lepas saat mereka berbalas sms.

******************************

Emilia : Ami… Emi tak sihat… Emi nak Ami… L
Syahmi : Emi makanlah ubat… esok lusa eloklah tu.
Emilia : Emi nak Ami… Emi rindukan Ami…
Syahmi : Emi jgn lah buat perangai mcm budak kecik… Ami tak sukalah! Emi makan ubat… kalau tak baik, esok pergi klinik amik mc. Tak payah pergi kuliah…
Emilia : Emi syg sgt kat Ami tau… Agak2, Ami syg Emi sama mcm Emi sygkan Ami tak…??
Senyap. Tiada balasan.

Syahmi tidak keruan. Kerisauan mula menerjah di kotak hati. Sudah tiga hari Emilia mendiamkan diri. Tiada pesanan, tiada panggilan. Sepanjang setahun setengah perhubungan mereka, hanya sekali Emilia berkelakuan sedemikian, itupun atas kekhilafan dirinya menduakan kasih yang baginya itu merupakan perkara normal bagi seorang lelaki.

Syahmi mencapai iPhone-nya. Mencuba untuk menghantar pesanan sms kepada Emilia, kekasih hati yang setia kepadanya selama ini.

Syahmi : Assalamualaikum…

Lima minit berlalu namun tiada balasan.

Syahmi : Emi tgh buat apa tu syg…?? Ami mesej pun Emi tak balas ye… sibuk study ke…??

Tiga minit… Lima minit… Sepuluh minit… Kini, lima belas minit masanya berlalu dengan begitu saja. Menanti balasan sms dari gadis tersebut yang nyata sia-sia. Telefon bimbitnya sunyi sepi tanpa sebarang deringan… Lantas dia mendail no. Emilia.

Tuutt… tuuttt… tuuttt… tuuuttt…
Sorry, the number you have dialed is no answer. Please try again later.

Hampa. Namun tetap didailnya sekali lagi.

Tuutt… tuuttt… tuuttt… tuuuttt…
Sorry, the number you have dialed is no answer. Please try again later.

“Damn it! “, nyata tahap kesabarannya beransur nipis. Dicubanya sekali lagi kali ini, mengharap panggilan dijawab.

Tuutt… tuuttt… tuuttt… tuuuttt…
“Assalamualaikum…”. Ya, tuah menyebelahi Syahmi. Tiga kali lebih afdhal. Desis hati kecilnya. Senyum kecil terukir di bibir.

“Waalaikumsalam… Emi pergi mana? No text, no call… Emi merajuk dengan Ami lagi ke?? Nak tinggalkan Emi??”. Bertali-arus soalan ditanya tanpa menyedari suara yang menjawab bukan milik Emilia, gadis yang dirinduinya.

“Err…maaf. Ni Syahmi ya? Saya Emilina. Kakak kembar Emilia. Dia dekat hospital sekarang. Dah 3 malam tak sedarkan diri."

Emilina??? Kakak kembar Emilia???

“Err…errr…”, tergagap-gagap Syahmi tika itu. Syahmi benar-benar kelu. Malu untuk terus bertanya, malu untuk terus bersuara. Nyata dia belum cukup mengenali Emilia sehinggakan tidak mengetahui kekasihnya itu punyai kakak kembar.

“Kalau nak datang melawat Emilia, silalah yaa… B3-18, Hospital Sultan Ismail…” pintas Emilina sebelum memberi salam untuk menamatkan perbualan.

******************************

“Syahmi dah makan?”, soal Emilina. Simpati melihat diri Syahmi. Semenjak lelaki itu tahu keadaan Emilia yang terlantar di hospital, pasti setiap petang selepas waktu bekerja dia akan kemari untuk menemani kekasihnya itu meskipun gadis tersebut masih tidak sedarkan diri.

“Masih belum terasa lapar lagi…”, Syahmi menjawab ala kadar, namun turut diselitkan dengan senyuman tawar.

“Syahmi pergilah makan dulu ya. Biar Ina jaga Lia. Kalau Lia sedar, pasti dia tak gembira lihat Syahmi macam ni… Pergilah beli makanan kat kafeteria di bawah. Kesihatan diri sendiri kena jaga juga. Jangankan kerana risaukan Lia, kesihatan Syahmi turut terjejas…”. Panjang lebar omelan Emilina.

Arghhh… Terasa berat punggungnya untuk bangun dari bangku. Terasa begitu payah kakinya untuk melangkah laju. Longlai… dia benar-benar rasa lemah kala ini. Lemah melihat sekujur tubuh yang di sayanginya terdampar kaku. Lemah kerana kekurangan tenaga berikutan makan dan minumnya kian terabai.

Belum sempat Syahmi tiba di pintu lif semasa dalam perjalanan menuju ke kafeteria, dia melihat kelibat doktor dan beberapa orang misi berkejaran masuk ke bilik Emilia. Syahmi berdiri kaku. Detik waktu bagai terhenti. Suasana sekeliling dirasakan sunyi sepi. Yang kedengaran hanyalah detak jantung yang semakin pantas degupannya. Secara tiba-tiba kakinya bagaikan ditarik-tarik untuk kembali masuk ke bilik tersebut.

Waktu itu, dia nampak Emilia bagai mengerang kesakitan.
Waktu itu, dia nampak doktor dan misi mencuba untuk selamatkan Emilia.
Waktu itu, dia nampak Emilia menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Waktu itu, dia nampak misi menutup wajah Emilia dengan selimut.
Waktu itu, dia nampak Emilina sudah menangis.
Dan waktu itu, dia sedar bahawa Emilia telah pergi meninggalkan dirinya.

12 comments

January 18, 2012 at 9:39 AM

Pg2 cte sedey
uwaaa

tp kn cam cinte bebudak pon part awlnye

January 18, 2012 at 9:46 AM

hmmm. emi. ami. kesian. takpe. lina. ada.

January 18, 2012 at 10:30 AM

ami cinta terakhir emi :)

January 18, 2012 at 10:49 AM

feberet tol la cerita cinta cmni

January 18, 2012 at 11:46 AM

aduh...sedihnya melihat orang yang disayangi menghembuskan nafas terakhir depan mata...





nice.. :)

January 18, 2012 at 2:31 PM

agak-agak ami dengan ina tak???@_@

January 18, 2012 at 7:44 PM

hmm...ending kegemaran saya...sad ending yang tidak terlupakan...:(

January 18, 2012 at 8:13 PM

:(

i want happy ending

January 18, 2012 at 8:30 PM

kesiannya emilia...
:'(

January 18, 2012 at 9:20 PM

still...but life goes on...

January 19, 2012 at 12:30 AM

x taw nak cakap apa
kdg2 pergi dan takkan kembali
biarlah pergi asal dia bahagia
sedihh
:(


best!

January 19, 2012 at 9:29 PM

Innalillahiwainnailaihirojiunnn..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...