Pandangan mata Syahmi tak lekang dari memandang Emilia. Hampir seminggu gadis itu tidak sedarkan diri. Doktor bilang, penyakit barah yang dihidapi oleh Emilia sudah di tahap kritikal. Teringat Syahmi pada peristiwa sepuluh hari yang lepas saat mereka berbalas sms.
******************************
Emilia : Ami… Emi tak sihat… Emi nak Ami… L
Syahmi : Emi makanlah ubat… esok lusa eloklah tu.
Emilia : Emi nak Ami… Emi rindukan Ami…
Syahmi : Emi jgn lah buat perangai mcm budak kecik… Ami tak sukalah! Emi makan ubat… kalau tak baik, esok pergi klinik amik mc. Tak payah pergi kuliah…
Emilia : Emi syg sgt kat Ami tau… Agak2, Ami syg Emi sama mcm Emi sygkan Ami tak…??
Senyap. Tiada balasan.
Syahmi tidak keruan. Kerisauan mula menerjah di kotak hati. Sudah tiga hari Emilia mendiamkan diri. Tiada pesanan, tiada panggilan. Sepanjang setahun setengah perhubungan mereka, hanya sekali Emilia berkelakuan sedemikian, itupun atas kekhilafan dirinya menduakan kasih yang baginya itu merupakan perkara normal bagi seorang lelaki.
Syahmi mencapai iPhone-nya. Mencuba untuk menghantar pesanan sms kepada Emilia, kekasih hati yang setia kepadanya selama ini.
Syahmi : Assalamualaikum…
Lima minit berlalu namun tiada balasan.
Syahmi : Emi tgh buat apa tu syg…?? Ami mesej pun Emi tak balas ye… sibuk study ke…??
Tiga minit… Lima minit… Sepuluh minit… Kini, lima belas minit masanya berlalu dengan begitu saja. Menanti balasan sms dari gadis tersebut yang nyata sia-sia. Telefon bimbitnya sunyi sepi tanpa sebarang deringan… Lantas dia mendail no. Emilia.
Tuutt… tuuttt… tuuttt… tuuuttt…
Sorry, the number you have dialed is no answer. Please try again later.
Hampa. Namun tetap didailnya sekali lagi.
Tuutt… tuuttt… tuuttt… tuuuttt…
Sorry, the number you have dialed is no answer. Please try again later.
“Damn it! “, nyata tahap kesabarannya beransur nipis. Dicubanya sekali lagi kali ini, mengharap panggilan dijawab.
Tuutt… tuuttt… tuuttt… tuuuttt…
“Assalamualaikum…”. Ya, tuah menyebelahi Syahmi. Tiga kali lebih afdhal. Desis hati kecilnya. Senyum kecil terukir di bibir.
“Waalaikumsalam… Emi pergi mana? No text, no call… Emi merajuk dengan Ami lagi ke?? Nak tinggalkan Emi??”. Bertali-arus soalan ditanya tanpa menyedari suara yang menjawab bukan milik Emilia, gadis yang dirinduinya.
“Err…maaf. Ni Syahmi ya? Saya Emilina. Kakak kembar Emilia. Dia dekat hospital sekarang. Dah 3 malam tak sedarkan diri."
Emilina??? Kakak kembar Emilia???
“Err…errr…”, tergagap-gagap Syahmi tika itu. Syahmi benar-benar kelu. Malu untuk terus bertanya, malu untuk terus bersuara. Nyata dia belum cukup mengenali Emilia sehinggakan tidak mengetahui kekasihnya itu punyai kakak kembar.
“Kalau nak datang melawat Emilia, silalah yaa… B3-18, Hospital Sultan Ismail…” pintas Emilina sebelum memberi salam untuk menamatkan perbualan.
******************************
“Syahmi dah makan?”, soal Emilina. Simpati melihat diri Syahmi. Semenjak lelaki itu tahu keadaan Emilia yang terlantar di hospital, pasti setiap petang selepas waktu bekerja dia akan kemari untuk menemani kekasihnya itu meskipun gadis tersebut masih tidak sedarkan diri.
“Masih belum terasa lapar lagi…”, Syahmi menjawab ala kadar, namun turut diselitkan dengan senyuman tawar.
“Syahmi pergilah makan dulu ya. Biar Ina jaga Lia. Kalau Lia sedar, pasti dia tak gembira lihat Syahmi macam ni… Pergilah beli makanan kat kafeteria di bawah. Kesihatan diri sendiri kena jaga juga. Jangankan kerana risaukan Lia, kesihatan Syahmi turut terjejas…”. Panjang lebar omelan Emilina.
Arghhh… Terasa berat punggungnya untuk bangun dari bangku. Terasa begitu payah kakinya untuk melangkah laju. Longlai… dia benar-benar rasa lemah kala ini. Lemah melihat sekujur tubuh yang di sayanginya terdampar kaku. Lemah kerana kekurangan tenaga berikutan makan dan minumnya kian terabai.
Belum sempat Syahmi tiba di pintu lif semasa dalam perjalanan menuju ke kafeteria, dia melihat kelibat doktor dan beberapa orang misi berkejaran masuk ke bilik Emilia. Syahmi berdiri kaku. Detik waktu bagai terhenti. Suasana sekeliling dirasakan sunyi sepi. Yang kedengaran hanyalah detak jantung yang semakin pantas degupannya. Secara tiba-tiba kakinya bagaikan ditarik-tarik untuk kembali masuk ke bilik tersebut.
Waktu itu, dia nampak Emilia bagai mengerang kesakitan.
Waktu itu, dia nampak doktor dan misi mencuba untuk selamatkan Emilia.
Waktu itu, dia nampak Emilia menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Waktu itu, dia nampak misi menutup wajah Emilia dengan selimut.
Waktu itu, dia nampak Emilina sudah menangis.
Dan waktu itu, dia sedar bahawa Emilia telah pergi meninggalkan dirinya.
12 comments
Pg2 cte sedey
uwaaa
tp kn cam cinte bebudak pon part awlnye
hmmm. emi. ami. kesian. takpe. lina. ada.
ami cinta terakhir emi :)
feberet tol la cerita cinta cmni
aduh...sedihnya melihat orang yang disayangi menghembuskan nafas terakhir depan mata...
nice.. :)
agak-agak ami dengan ina tak???@_@
hmm...ending kegemaran saya...sad ending yang tidak terlupakan...:(
:(
i want happy ending
kesiannya emilia...
:'(
still...but life goes on...
x taw nak cakap apa
kdg2 pergi dan takkan kembali
biarlah pergi asal dia bahagia
sedihh
:(
best!
Innalillahiwainnailaihirojiunnn..