Kamilla hanya tersenyum, senyuman yang lebih manis dari hari-hari yang sebelumnya. Seminit dua, mereka membalas tenungan tanpa mengucapkan sebutir patah kata. Hati wanita mana yang tidak gembira setelah selamat diijabkabulkan dengan lelaki yang dicintainya. Kini, yang haram sudah menjadi halal. Jika dulu hanya bisa berpegangan tangan, tetapi kini sudah boleh diusap belai. Arghhh… semakin manis senyuman yang terukir, menampakkan barisan giginya yang putih dan sepasang lesung pipit yang kecil.
Dalam pada itu, sempat Kamilla berangan memikirkan bayangan kehidupan dia dan Kamarul kelak setelah punyai anak pengikat cinta. Pasti gembira. Pasti bahagia.
“Awak gembira? Bahagia dengan saya?”, Tanya Kamarul setelah sekian lama dihimpit kebisuan.
Hanya anggukan yang diterimanya dari Kamilla sebagai ganti jawapan. Ya, sudah semestinya Kamilla benar-benar bahagia kini. Lihat sahaja pada senyuman yang tidak pernah lekang itu. Seolah-olah menggambarkan kebahagiaan yang tiada taranya.
Hanya anggukan yang diterimanya dari Kamilla sebagai ganti jawapan. Ya, sudah semestinya Kamilla benar-benar bahagia kini. Lihat sahaja pada senyuman yang tidak pernah lekang itu. Seolah-olah menggambarkan kebahagiaan yang tiada taranya.
Hampir sepuluh minit berlalu, namun Kamilla masih diam membisu. Senyuman yang tadinya mampu menenangkan pandangan mata kini membuat Kamarul keliru. Makanan yang sudah terhidang juga kian menyejuk.
“Uittt makcik… berangan yee..??”, sergah Kamarul seraya menarik hidung kecil Kamilla, tunangannya. Masak benar lelaki itu dengan tabiat Kamilla, si Ratu Berangan.
“Eiii… sakitlah awak… mana ada kita berangan”. Kamilla muncung. Sengaja dia memberi reaksi sebegitu, menyembunyikan rasa malu. Aduhhh… warung tepi jalan pun bisa jadi port untuk dirinya berangan.
Potong stim betullah mamat ni… Kita tengah syok berangan tadi… Iskkk… Gumam Kamilla dalam hati, sambil tangan mencarik-carik roti canai di hadapannya.
11 comments
sebok je laki tu
br nk berangan sama
kata orang kalau nak berangan biar tinggi sehingga ke angkasa sbb kalau tiba tiba terjatuh at least dapat menggenggam awan.
saat ini juga tiba tiba mot teringat mat jenin. hahah
LOL.. berangan rupanya.. mula-mula baru nak cakap "ah.. so sweet" huhu..=)
amboi hahahaha jauh bebeno terbang melayang ~ =)
-HEROICzero
port dia kenmain strategik lagi..
keh keh keh
roti canai carik carik tu...kuah banjir best woo...
Berangan ketika makan ?
Hebat tu . hahaha
jgn tunggu lama-lama, tunggu lama-lam.. karang jadi maksiat(sila nyanyi hehehe)
* rasa nak makan roti canai gak hehe..
roti banjir kuah atas...teh ais kaw...my daily bekfast...
tiba2 nak start berangan juga haha..
ah..berangan itu hobiku..tidak lengkap hidup tanpa anganan..
jauh sangat kamilla berangan.tapi sweet..