Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Monday, December 24, 2012

Gila!

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips



Mesyuarat hari ini lambat. Lambat mula, habisnya juga makin lewat. Izan dah makin penat. Perkara paling direbutkan sekarang adalah rehat. Kalau boleh dijual ‘rehat’ itu, bisa jadi kapitalis kaya.

Tangan masih tak habis menulis dari apa yang telinga dengar. Orang besar ni kalau bermesyuarat bukan ikut agenda sangat. Main sebut. Bersimpang-simpang hala tuju, mana sampai dulu, mana penting dulu; semua dah tak kira. Sebagai urus setia, Izan dah tak kisah. Salin saja. Karang baru tapis.

Dan orang sebelah hanya tahu makan. Oh. Dia juga tahu senyum sumbang, dan ber’chap’-‘chap’ dengan makanan yang masih di mulut. Sungguh tidak sopan. Sudahlah datang mesyuarat berlenggang dan sepatah haram pun tak bercakap, siap sempat membunuh ‘khinzir-khinzir’ moden dengan TNT di hujung jemari lagi.

Dan yang lain hanya mengangguk dengar. Membelek jam untuk tunggu mesyuarat sudah.

Ok, terima kasih” sudah!

Lega.

Semua lekas angkat pungggung dari kerusi empuk yang dah berjam dipanaskan. Kertas-kertas kerja yang dibekal berselerak dengan hanya seorang dua yang bawa pulang. Yang lain? Semua hadir cukupkan kuorum tanpa ada niat menyumbang dan ambil kisah.

Orang-orang besar semua dah beredar.
Yang tinggal hanya Izan dan seorang dua. Mengemas dan mengutip apa yang perlu, karang bilik ini adalah lagi yang mahu.

Dan terduduk.
Penat.
5 minit, untuk rehat; sebelum bangun dan jadi gila semula.

Dan ada satu terkepit dalam banyak.
Sekeping nota, untuk urus setia.
Izan la tuh


Hey si manis,

Harus kamu bertongkat dagu.
Jangan bertongkat dengan hidungmu.
Kan aku geram dengan keagungan dari Tuhan diwajahmu
Sedang, pandang ini sendiri haram.

*senyum*

Mahu dihalalkan pandang ini wahai si manis?’


Aha! Gila!
Izan pula yang senyum. Telinga di balik tudung pelangi tiga lapis yang warna bagai-bagai itu barangkali juga semerah jambu pipinya yang gebu.
Sekurangnya ada yang mencuit hati.
Rasa mahu mati tadi di tarik semula.
Mana tahu, ada bahagia untuk dia yang tak pernah ada masa ini?

Tangan lekas meraba kocek di kurungnya.
Nokia versi lama dikeluarkan.

OPEN Menu
Message
Compose

‘Wei, tak payah nak prank aku la.
Tau la hang sayang aku!
Nota untuk urus setia konon! Bluek!

SENT

Trut.. Trut..

OPEN

Bukan aku la wei.

Aik?

Belum sempat reply, sms baru masuk lagi.

OPEN

Aji Kay!


Ha? Menyirap badan. Muka terasa bahang malu.

Izan?” lembut suara itu mengejutkan Izan. Dato Keirulamin datang. Menyentuh lembut bahu Izan yang masih terpelusuk dek duduknya di kerusi.

Penat ya, jom saya belanja makan? Tanda terima kasih uruskan semua ini ya” dan senyum lagi. Kali ini giginya yang jauh-jauh dan boleh dikira jumlahnya juga dari jauh itu jelas nampak. Putih. Tapi belum tentu hatinya putih.

Saya siapkan berkemas dulu ya Dato” bergegas bangun dan mengemas. Gila, bos dia ni memang lain macam. Dialah Aji Kay. Berbini empat, itu pun kalau dikira sekali dengan pembantu peribadi yang dikawin lari dan pembantu rumah yang dikawin sunyi-sunyi.

Orang tua tu masih senyum manja-manja. Oh, ok, ini baru gila. Mana Izan nak lari kalau dah datang pun sekereta dari pejabat?

Izan ok?” bahunya disentuh.

DANG!

Oh maaf Dato’. Maaf! terkejut Izan.

Semuanya spontan. Dia tak sengaja. Kelangkang bosnya dah diterajangkan dengan lututnya. Aduh. Memang tak sengaja! Kalau ditanya bagaimanapun Izan tak tahu mahu ulang tayangkan. Semuanya spontan!

Bodoh!

Keluar! Keluar la bodoh!” dan Izan masih terkejut. Sebelum kemudiannya beredar. Masih pusing-pusing.

Erk, paling tidak, aku tak jadi makanan dia” bisik Izan, dalam gaul terkejut, takut dan lega.

Lekas. Lekas keluar.
Trut. Trut.

OPEN

Yalah, aku hantar. Saja nak chill hang. Jangan marah sayang! Malam kang aku belanja hang makan. Nak pi report bos aku jap!

“Ah, cilaka!”

1 comment

anony
September 21, 2014 at 7:39 PM

Dia dah belasah boss. Hahaha..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...