Fuad terkesima, bagaikan tertusuk
mata pedang di tangkai hati, dicabut laju-laju, kemudian ditujah berulangkali
bertubi-tubi, seumpama pekatnya merah darah berlangsung hitam. ‘Hurmm...’ Berulang-ulang
kali, sehinggakan capang telinga kian panas. Bagainya melihat runtuhan KLCC
sekelip mata. Lenyap.
“Maafkan saya... awak. Kita tak
boleh jumpa lagi…” Aryana hembus nafasnya, kelihatan kepul asap keluar menerusi
tingkap. Pandangan matanya dilemparkan ke arah lain, yang kelihatannya, ada
sayu di hujungnya.
Angin seolah-olah berhenti menyerpa
tubuhnya. Bintang bagaikan tidak mahu berkerdip lagi. Bulan pula, seolah-olah
tidak memancar seperti selalu. Kepekatan malam ini bertambah sunyi, seperti
berada di titik waktu dinihari paling sepi. Kasih Aryana yang sentiasa
membasahi hatinya, mulai kering, bagai
terisap pantas, hanya dengan hanya satu sedutan kebisuan.
“Tolong katakan sesuatu…” Puas
sudah Fuad merayu penuh pengharapan. Berkaca air mata kelakiannya, mulai
menyerlah.
Lantas tangan kiri Aryana membuka
pintu motokar kelas tinggi, lalu menghempas pintu perlahan, bercampur amarah.
Dia berlari tanpa toleh ke belakang lagi. ‘Maafkan saya awak...’ Hatinya
kecewa, terlalu kecewa. Hampa, terlalu hampa.
“Aryana!!” Panggilan Fuad langsung
tidak diendahkan oleh Aryana. Dia akur. Bukan sedikit kasih yang telah
diberikan, hampir segalanya.
Hak Cipta: Suffyanrazzaq
twitter: @suffyan_razzaq
Di sunting oleh: Bidadari Syurga