“Awak cinta saya tak?” soalan Hani petang
itu benar-benar buat Hisyam kehairanan. Belum pernah Hani mengutarakan soalan
sebegitu pada dirinya.
“Kenapa awak tanya?”
“Jawablah dulu,” Hani memujuk.
“Awak ni dah macam budak-budak tahu. Even
awak dah boleh jadi mak budak.” Hisyam mencubit pipi isterinya. Hani hanya tersengih.
“Alaaa…”
“Tak nak jawab soalan ini.”
Hani mencebik. Merajuk dengan Hisyam.
“Please….” Hani cuba memujuk lagi.
“Nope. I won’t answer it.” Hisyam masih
dengan keputusannya. Hani menunjukkan muka seposen. Merajuk.
“Tak nak kawan dengan awak.” Hani bangun, Hisyam
lantas merentap lengan isterinya.
“Duduk.” Hisyam memberi arahan. Hani
mengikuti sahaja arahan suaminya. Hani masih merajuk. Langsung tidak memandang
wajah si suami yang dicintainya.
“Awak kenapa? Kalau saya cakap saya cinta
awak sekali pun, awak akan kata saya tipu awak lah, itulah,inilah.” Hisyam
membebel. Hani memuncungkan bibirnya. Berkecil hati dengan ayat Hisyam.
“Saya dah lama tak dengar awak ucap ayat
itu pada saya.” Benar, sudah lama Hani tidak mendengar Hisyam menyebut 3
perkataan itu pada dirinya. Semenjak mereka berkahwin sebulan yang lepas. Tiada
lagi dia mendengar 3 perkataan itu. Saat, dia menjadi hak milik Hisyam yang
sah.
Hisyam tersenyum mendengar jawapan
isterinya. Benar, kalau difikirkan, sudah lama dia tidak menyebut perkataan itu
pada si isteri. Tidak seperti zaman mereka bercinta dahulu. Setiap malam
sebelum tidur, 3 perkataan itu akan diucapnya kepada Hani sebagai penamat
kepada hari mereka. Dia tersenyum lagi mengingatkan ketika mereka bercinta.
Rasa aneh pun ada, mengimbau kisah 2 insan yang berbeza minat dan peribadi.
Hani memandang Hisyam, menanti jawapan yang
terkeluar dari mulut Hisyam. Lama dia menanti, Hisyam hanya tersenyum sahaja.
Hani mengeluh. Akhirnya dia bangun sekali lagi, namun Hisyam menyuruhnya dia
duduk kembali.
“Saya tak ucap tak bermaksud saya tak cinta
kan?” Hisyam memandang Hani. Hani kembali memandang suaminya. Meminta
penjelasan lanjut.
“Saya tahu awak hope saya akan still ucap
ayat tu macam zaman kita bercinta, but keadaan sekarang dah berbeza, awak tahu
kan?” Hisyam memandang Hani. Masih merajuk.
“Tapi, Diana dan suaminya still buat macam
tu, even mereka dah berkahwin.” Hani teringat sahabat baiknya yang kahwin
dahulu darinya.
Hisyam tersenyum. “Sejak bila awak suka
saya jadi romantic ni? Dulu, masa bercinta, bukan kemain awak kata, tak suka
saya jadi romantic, nanti akan ada perempuan lain yang ‘culik’ saya dari awak.
Dan bila saya ucap kata-kata tu, awak sikit pun tak de bagi respon.” Hani
memuncung bibirnya. Kecil hati dengan jawapan Hisyam.
Benar, dia langsung tak pernah beri respon
setiap kali Hisyam mengucapkan 3 perkataan itu padanya. Baginya, masa bercinta,
apa-apa boleh diucapkan, sebab itu dia simpan sahaja 3 perkataan itu untuk sang
suami yang bakal menjadi raja yang sah di hatinya. Namun, dia sendiri tidak
tahu, hubungan dia dan Hisyam akan berakhir ke alam perkahwinan. Hisyam raja
yang sah di hatinya sekarang.
Tapi, setiap kali dia menyebut 3 perkataan
itu kepada Hisyam selepas Hisyam menjadi suaminya, Hisyam hanya tersenyum
sahaja. Tiada balasan. Itu yang dia berkecil hati. Seakan-akan dia sahaja yang
membodohkan dirinya untuk ucapkan kata-kata itu pada sang suami.
“Tapi tu dulu… sekarang dah lain.” Hani
membalas dengan lemah. Masih merajuk. Hisyam tersenyum.
“Apa yang lainnya?” Hisyam tahu apa yang
Hani akan jawab selepas itu.
“Sekarang, awak dah jadi suami saya yang
sah… jadi, saya boleh…”
“Ucapkan perkataan itu pada saya?” Hani
mengangguk sambil mengukirkan senyuman.
“Awak ucap pada saya dah memandai. So, tak
perlu lah saya nak membazirkan air liur saya nak ucap pada awak. Kita bertukar.
Dulu saya yang selalu sebut pada awak, dan sekarang biar awak yang sebut pada
saya, boleh?” Hisyam mengukirkan senyuman.
Satu tamparan hinggap di lengan si suami.
Hisyam ketawa.
“Awak!” Marah Hani. Hisyam ketawa lagi.
“Meh sini,” Hisyam menyuruh Hani
mendekatkan diri kepadanya.
“Kenapa?”soal Hani hairan.
“Ikut je.” Hani mendekatkan dirinya ke
Hisyam.
CHUPP. Satu
ciuman diberikan di bibir Hani. Hani tergaman. Lantas ditolak Hisyaml jauh
darinya.
“Apa ni!” Hani
melenting. Hisyam ketawa melihat reaksi isterinya.
“Saya tak ucap
tak bermakna saya tak cinta tahu. Sometimes, actions speak louder than words.
Dan itu tadi, bukti saya masih cintakan awak tahu.” Hisyam memegang erat tangan
Hani. Hani tersenyum mendengar ayat Hisyam. Ah… Hisyam masih cintakannya.
“Dan, bibir
awak, rasa macam coklat. Awak minum coklat tadi?” Hani mengangguk tersenyum.
“Ermmm… boleh
buatkan saya kopi?” Hisyam memandang Hani. Hani mengangguk sebelum bangun.
“Saya cinta awak
tahu.” Hani berbisik di telinga suaminya sebelum melangkah ke dapur. Hisyam
tersenyum mendengarnya.
“I love you
always.” Balas Hisyam setelah melihat kelibat Hani menghilang ke dapur. Hisyam
tersenyum lagi.
4 comments
reen apple punya kispen rupanya...nice..
agak dah agak cerppen ko reen..
sebab suwit je..
haih..
aku jatuh cintaaaaa...
sweeet ....
syabas betei..
hehe. manis.
macam dah pernah baca hehehehehe
-Nong Andy-