Aku merenung
kosong para pelajar yang berada di hadapanku. Ada yang sedang berbual dengan
teman sekelas dan tidak kurang juga yang berada bersama pasangan. Tempat duduk
di sebelahku masih lagi kosong seperti mana hatiku. Ehhh. Tempat duduk itu
belum berisi kerana Yasmin singgah ke tandas sebentar tadi tetapi hatiku ini
memang belum berpenghuni.
Pintu
kelas yang ditolak dari luar menarik perhatianku. Bibirku tersenyum kerana
mengharapkan kehadiran Yasmin namun sebaliknya kelibat yang datang itu memaksa
senyumanku bertambah lebar. Syahmi! Memakai kemeja bercorak kotak-kotak
berwarna hitam merah sudah cukup untuk menjadikan sang jejaka itu tampak
menarik.
Aku
sudah meminatinya sejak dari semester pertama lagi, tetapi sehingga sekarang
aku masih belum pernah bercakap
dengannya. Tak! Sebenarnya ada sekali dia menegurku bertanyakan tentang kelas
yang dibatalkan. Cuma sekali itu sahaja tetapi perkara itu menjadi topic
perbualan aku selama sebulan apabila bercerita dengan Yasmin.
Yasmin
cakap aku bodoh sebab aku tak pernah nak cuba tegur dia walaupun sekarang ni
kami sudah pun berada dalam semester terakhir. 4 tahun aku simpan perasaan.
Kata Yasmin, kalau dia jadi aku dia dah mati. Eh, ada ke orang yang mati sebab
tahan perasaan? Tak pernah dengar pun. Tapi apa-apa pun, Syahmi ni memang
come.........
Alamak!
Dia perasan aku tengok dia la! Malunya aku. Rozana, mana nak sorok muka kau ni!
Tapi..urm dia dah pandang ke arah lain dah. Mungkin dia angkat muka tadi sebab
dia nak tengok jam yang ada kat belakang aku ni. Mungkin nama aku pun dia tak
tahu, apa lagi nak bercinta....
“
Hoi, kau menung apa tu?”satu tepukan di belakang menghentikan lamunanku. Aku
mengurut dada perlahan. Yasmin ni memang ganas semacam kalau dengan aku. Bila
dengan teman lelaki dia,lembut gigi dari lidah. Heee.
“Min,
kau nak tengok aku mati cepat ke? Lama lama macam ni, memang aku boleh kena
sakit jantung tau. Aku ni belum kahwin tau,”
Yasmin
melabukan punggung di kerusi di sebelahku. Dia tersengih menampilkan barisan
gigi yang tersusun rapi. Macam iklan ubat gigi pulak.
“Kahwin?
Dengan siapa Anna? Syahmi?” Spontan aku menarik tangan Yasmin apabila terdengar
nada suaranya yang agak tinggi. Dalam kelas ni bukannya ramai orang. Nak suruh
si Syahmi tu dengar ke.
“Bodohla
kau ni Min. Dengar dek Syahmi tu, nanti dia ingat aku ni psiko tahu. Dahla tadi
aku terkantoi sebab asyik tengok kat dia,”
“Haha.
Anna,aku dah cakap. Perasaan ni bukan boleh simpan. Lama lama nanti terkeluar
jugak. Aku rasa baik kau terus-terang je lah. Mana tau kot-kot dia pun ada hati
kat kau,”
“Tak
payah nak bagi aku harapan la Min. Kalau dia suka aku, dia lah yang kena cakap
kat aku. Hey, aku dengan dia bercakap sekali tu je tau. Tak pernah nak sembang
panjang pun. Ini kan pula nak bercinta. Mustahil Min mustahil,”
“Mana
tahu putera idaman kau tu jenis yang malu macam kau ke. Kau ingat perempuan je
ke yang ada perasaan malu. Lelaki pun sama tau,” Yasmin membega-begakan
mukanya.
“Biarlah
Min. Malas aku nak fikir pasal hal ni,” aku mengalihkan pandangan ke arah
Syahmi. Dia sudah pun duduk dua baris dihadapanku bersama kawan-kawannya.
Syahmi Syahmi. Entah kau perasaan tak kehadiran aku kat sini.
“Malas
fikir! Ok, lepas ni kau jangan sebut nama dia depan aku lagi. Boleh?” Aku
mengangkat bahu sambil tersenyum nakal ke arah Yasmin. Sengaja mahu menyakitkan
hatinya. Sebaik sahaja aku menoleh ke hadapan, pandanganku bertembung dengan
Syahmi namun dia lekas berpaling ke hadapan. Mungkinkah...?
Aku
menguap malas. Buku-buku yang bertimbun di hadapanku membuatkan aku terasa
bertambah penat. Memandangkan esok adalah hari minggu, aku bercadang untuk
berada di perpustakaan sehingga jam 11. Beginilah rutin seharianku bersama
Yasmin. Siang hari ke kelas. Malam pula berada di perpustakaan. Hujung minggu
aku jarang sekali keluar kerana tiada tempat untuk dituju. Hidup seorang yang
bernama Rozana ini memang membosankan.
Tanganku
ligat mencari buku rujukan yang sering digunakan namun tiada di timbunan buku
di atas meja.
“Min,
buku yang kita selalu guna tu kat mana?” Yasmin yang sedang menulis terhenti.
Dia berfikir sejenak sebelum menjawab.
“Aku
tak ambil la. Lupa,” Yasmin menggaru-garu kepalanya yang aku pasti tidak gatal
ketika itu.
“Aku
pergi ambil kejap eh. Kat tingkat tiga kan?” Aku mula berdiri. Bagus juga sebenarnya
sebab aku sudah agak mengantuk ketika ini.
“Ya.
Rak nombor lima,” Aku kemudiannya berjalan meninggalkan Yasmin bersendirian di
meja. Baju yang sedikit renyuk aku betulkan sambil berjalan. Mana lah tahu
kalau terserempak dengan Syahmi kat sini. Eh, sempat!
Perpustakaan
agak lengang malam ini. Maklumlah, malam minggu, malam untuk berlibur. Lainlah
musim peperiksaan. Hujung minggu pun perpustakaan dibanjiri para pelajar.
Terkadang sampai tak cukup tempat. Selesai menuruni anak tangga, aku menuju ke arah
rak yang dimaksudkan Yasmin.
Jari
jemariku ligat mencari buku yang berkulit keras itu, namun tidak ditemui.
Biasanya buku itu ada beberapa salinan tetapi satu pun tiada yang tinggal.
Mataku tertancap pada seseorang yang berada di sebalik rak dihadapanku. Syahmi!
Aku tersenyum sendiri sambil memerhatikannya. Dia sedang membaca sebuah buku
sambil berdiri.
Tanpa diduga, dia mengangkat
muka lalu pandangan kami bertembung. Jantungku berdegup kencang. Lekas aku
mengalihkan pandanganku. Terasa mahu pecah muka menahan rasa malu. Betul la
kata Yasmin. Aku memang bodoh! Syahmi masih lagi memandangku tetapi aku segera
beredar dari situ. Macam mana la aku nak pergi kelas hari Isnin nanti!
Sudah
dua minggu kejadian di perpustakaan itu berlalu. Rasa malu untuk menghadap
Syahmi hilang dengan sendiri memandangkan
dia sendiri tidak menunjukkan sebarang reaksi. Mungkin betul kata Yasmin
yang aku ni banyak fikir. Cakap pasal Yasmin, hari ini dia tak ada. Dia balik
ke Ipoh tiga hari. Ada urusan keluarga katanya. Dan ini bermakna sunyilah
hari-hari aku tanpa kehadiran si putih itu.
Aku
mengetuk-ngetuk pen di atas meja. Sesekali bertegur sapa dengan rakan-rakan
perempuan yang ada. Aku jarang bercakap dengan lelaki. Dengan ketua kelas aku
pun aku susah nak bertegur. Bila ada apa-apa urusan berkaitan dengan kelas,
Yasmin yang akan bercakap bagi pihak aku. Katanya susah dapat kawan bisu macam aku ni. Nasib
baik dia dah ada boyfriend, kalau tak Syahmi tu dah dikebasnya. Dia kata lah.
Bukan aku kata.
Syahmi
duduk bersebelahan dengan Faiz, ketua kelas kami. Macam biasa, dia akan berada
di hadapan aku. Tetapi hari ni tak ada pulak dia menoleh ke belakang. Memang
selama ni aku seorang yang menaruh harapan pada dia. Puan Rosmah pun dah masuk
ni. Keluarkan pen dengan kertas, catat apa yang dia tunjuk. Bosannya Yasmin tak
ada hari ni.
Sedang
aku rancak menulis, tiba-tiba kedengaran bunyi siren kecemasan. Para pelajar
saling berpandangan sesama sendiri. Masing menunjukkan reaksi cemas. Aku rasa
ni macam bunyi penggera kebakaran ni.
“Pelajar
semua! Cepat keluar dari sini. There’s fire on this building,”
Sebaik
sahaja Puan Rosmah mengeluarkan arahan, semua manusia yang berada dalam bilik
ini berebut-rebut untuk keluar. Saling bertolakan tanpa mengira jantina. Aku
cuba bangun tetapi terkaku di tempat dudukku. Aku terlalu takut dengan keadaan
yang begini. Badanku mula menggigil kerana takut tidak dapat keluar dari situ.
Tanpa
diduga, ada tangan yang menarik tanganku. Aku memandang ke depan untuk melihat
siapa yang berusaha menarik aku dari kekalutan sebegitu.
“Anna!
Cepat bangun!” suara Syahmi menerjah gegendang telingaku. Bagaikan mendapat
satu semangat baru, aku terus mencapai beg lalu berdiri. Syahmi menarik
tanganku sambil cuba untuk keluar dari bilik itu. Kami terpaksa berhimpit-himpit
dengan rakan sekelas yang lain. Dalam keadaan begitu, aku dapat merasakan yang
genggaman Syahmi semakin erat.
Akhirnya
kami berjaya keluar dari bangunan itu. Syahmi seterusnya membawa aku ke tanah
lapang. Bagus. Nampaknya dia ada baca tentang langkah keselamatan apabila
ditimpa kebakaran. Apabila tiba di sana, ramai pelajar dan kakitangan yang
sudah berkumpul di situ. Kami melepaskan kelelahan di bawah sebatang pokok.
Tanganku? Masih lagi berada dalam genggamannya.
Aku
mencuri pandang ke arah lelaki itu. Wajahnya tampak kemerah-merahan setelah
bertarung habis-habisan untuk menyelamatkan nyawa. Ehh, epic sangat ke
bunyinya? Okeylah. .Wajahnya tampak kemerah-merahan setelah cuba keluar dari
bangunan yang terbakar.
“Anna?”
Wajahnya Nampak kehairanan. Ye lah sebab dia mana boleh baca fikiran aku.
“Sorry
Anna,” dia kemudiannya melepaskan genggaman tangannya. Mungkin baru tersedar
yang kami sudah selamat sekarang dan tidak perlu berlari lagi. Aku hanya
tersenyum. Sebenarnya aku tidak tahu apa yang perlu dituturkan sekarang ini.
“Awak
ok?”soal Syahmi lagi.
“Ok.
Awak?”
“Ok.
Selamat jiwa raga,” dia tersenyum lebar. Aku membalas senyumannya. Agak kurang
mengerti dengan apa yang dimaksudkan.
“Syahmi...”
aku memulakan bicara setelah cuba mengawal getaran di dada. Namun dia terlebih
dahulu memotong kata-kataku.
“Biasanya
orang panggil saya Ami je,”
“Ami?
Awak anak bongsu eh?”
“Macam
mana awak tau?” Syahmi mengerutkan dahi. Tolonglah jangan buat muka macam tu.
Comel sangat tau!
“Sebab
nama tu bunyi macam manja sikit. Biasanya kalau nak bagi ringkas, orang panggil
Syah ataupun Mi je,”
“Ya
ke? Bukan awak stalk saya ke?” Alamak! Dia tau ke?
“Eh
mana ada. Perasan la awak ni,”
“Hahaha.
Tengok..muka dah merah tu. Betul kan?”
“Taklah!”
Ya Allah. Selamatkanlah rahsia aku ni.
“Saya
gurau je. Seronok jugak menyakat awak ni ya?”
“Awak
ingat awak tengok sarkas ke?” Sekali lagi Syahmi gelak. Aku ni kelakar ke?
Yasmin tak pernah bagi tahu pun selama ni.
“Awak
nak cakap apa tadi?” soalnya dalam tawa yang masih bersisa. Hee lesung pipit
kat pipi kanan tu. Curi kann.
“Tak..Saya
nak cakap terima kasih sebab dah tolong saya tadi. Tapi macam mana awak tau
yang saya belum keluar lagi tadi?”
“Ami!!”
Kami berdua berpaling ke arah suara itu. Faiz berlari-lari anak datang ke arah
kami.
“Ami!
Aku punyalah kalut cari kau tadi. Rupa-rupanya ada kat sini!”
“Kan
aku dah suruh kau keluar dulu tadi,”
“Kalau
ya pun jangan la lesap macam tu je..eh Anna ada sekali,” aku hanya tersenyum ke
arah Faiz. Faiz dan Syahmi saling bertukar pandangan. Jangan cakap diorang main
mata sudah.
“Kau
keluar dengan Anna ke tadi? Patutlah...”
“Patutlah
dah lapar. Dah pukul 2 kan. Jom jom pergi lunch,” Syahmi menepuk bahu Faiz lalu
berjalan dari situ. Selamba je pergi?
“Eh.
Tunggulah dulu. Anna,aku pergi dulu ya. Dia segan la tu,”
“Segan?
Kenapa?” hairan aku dengan mamat ni. Tadi ok je sembang dengan aku. Kecelaruan
identity ke apa?
“Faaaiiiiiiiizz!!”
“Sorry Anna. Bye,” Faiz berlari
mengejar Syahmi. Kesian Faiz. Dari tadi asyik berlari je. Tapi Syahmi tu
kenapa?
Jam
sudah pun beranjak ke waktu 10 malam. Aku menguap kecil. Bersendiri tanpa
Yasmin menambahkan lagi kebosananku. Kalau aku ada teman lelaki, tak adalah aku
bosan macam ni. Boleh pergi kelas sama sama, makan sama sama, datang library
sama sama. Bahagianyaaa. Aku memejamkan
mata cuba membayangkan bagaimana agaknya suasana itu. Tak perlulah ditanya
lagi, sudah tentu bayangan lelaki yang datang tu Syahmi.
“Anna!”
aku membuka mata. Eh Syahmi masih ada lagi di depan aku. Aku mengerdipkan mata
beberapa kali. Mamai agaknya aku ni. Banyak sangat baca bu...
“Anna!
Hei, berangan ya,” Syahmi memetik jari-jemarinya di hadapan aku. Sah! Memang
aku tak bermimpi di malam hari.
“Eh,
Ami..” senyum Rozana senyum. Cover malu.
“Datang
dengan siapa ni?”
“Seorang
la. Min kan tak ada,” Syahmi mengerutkan dahi.
“Habis,
balik nanti sorang jugak?” Aku mengangguk. Ye lah. Datang sorang balik sorang
la. Lain la kalau ada yang nak temankan.
“Bahaya
la. Awak tu perempuan. Dahla, balik nanti Ami hantar,”
“Tapi..”
“Pukul
11. Ami tunggu kat pintu depan,” dia segera bangun tanpa sempat aku memberi
alasan. Amboi. Diktator sungguh. Orang macam ni aku berkenan?
Setelah
selesai menyimpan buku di rak,aku menuju keluar dari perpustakaan. Sengaja aku
keluar lambat 15 minit untuk mengujinya. Ternyata dia memang berada di tempat
yang dijanjikan. Kami berjalan beriringan menuju ke tempat letak kereta.
“Lambat
Anna malam ni. Biasanya balik pukul 11,” Syahmi memulakan bicara.
“Biasanya?
Macam mana...”
“Haa..
tu kereta Ami. Jom naik,” dia segera memuatkan diri ke dalam kereta setelah
membuka kunci. Aku pula teragak-agak untuk masuk ke bahagian hadapan. Sebaik
sahaja aku masuk, berkumandang lagu nyanyian Amy Search yang bertajuk Rozana di
dalam keretanya.
“Rozana..kau gadis idamanku..dua hati jadi
satu..bila kita bertemu..” Syahmi turut sama menyanyikan rangkap itu sambil
memandu. Aku turut dibuai rasa. Alangkah indahnya jika kata-kata itu
benar-benar dimaksudkan oleh sang empunya diri.
“Rozana..”
getus Syahmi tiba-tiba.
“Kenapa
Ami?”
“Klasik
nama tu. Anna ni klasik ke orangnya?” Syahmi sesekali memandangku.
“Mungkinlah.
Yasmin cakap...”
“Ami
pernah tengok Anna pakai hairband corak polka dots. Cantik,”
“Bila
Ami tengok?” setahu aku, aku hanya memakainya ketika berjogging. Tidak pernah
memakainya ketika ke kelas ataupun perpustakaan.
“Entah.
Ami pun tak ingat. Hehe,” Syahmi
tersengih.
“Ehh,
dah lepas lorong rumah Anna,” aku sedikit tersentak apabila Syahmi melajukan
kenderaan.
“Tu
la. Asyik berangan je. Nanti Ami u turn kat depan,”
“Sorry
la banyak susahkan Ami,”
“Benda
kecik je. Eh, kat depan ada mcD kan. Dah lama tak makan burger. Jom pergi sana
nak?” biar betul si Syahmi ni ajak aku teman dia makan. Macam tak percaya je.
“Anna
diet ke? Kalau diet tak perlah,”
“Eh tak tak. Anna pun lapar
jugak ni. Jom,” takkanlah aku nak lepaskan peluang ni! Kalau macam ni, Yasmin
cuti lama lagi pun tak apa. Hehe.
“Anna.
Kau betul tak nak ikut aku ni?” tanya Yasmin yang sedang menyikat rambutnya.
Aku hanya menggeleng malas. Mandi pun belum lagi. Hujung minggu ni rasa macam
nak berehat je lah.
“Ke
kau dah ada janji dengan Syahmi? Eh bukan, Ami,” galak Yasmin mengusik aku.
“Mana
ada lah! Aku dah lama tak jumpa dia,”
“Kan
hari hari jumpa dalam kelas?
“Maksud
aku, dah lama tak bercakap dengan dia. Jumpa pun macam tu je,”
“Lama?
Baru minggu lepas kan kau pergi makan mcD dengan dia. Amboi amboi. Sehari dah
rasa macam setahun ke?” Yasmin menghampiriku sambil mengenakan blusher di
pipinya. Aku menarik selimut menyelubungi badanku. Malas nak melayan minah ni.
“Kau
boleh tak jangan kacau aku? Aku nak tidur ni,” tanpa diduga selimut yang
menutupi mukaku ditarik rakus. Berus blusher yang dipegang Yasmin berlari laju
dipipiku.
“Woi.
Apa ni! Aku tak mandi lagi ni,”pantas aku menepis berus tersebut. Yasmin ketaw
terkekeh-kekeh. Suka benar dia dapat mengenakan aku. Aku bingkas bangun lalu
menghadap cermin. Pipiku merah sebelah. Lebih teruk daripada badut.
“Gelak
la macam tu. Nanti boyfriend kau pun lari,” tingkah ku kegeraman. Bunyi ketukan
di pintu mengalih perhatian kami. Syuhada tiba-tiba muncul di sebalik pintu.
“Anna,
ada orang cari kau kat luar,” Aku menepuk dahi. Teringat kepada permintaan Aida
yang ingin meminjam notaku semalam. Dia meminta nota itu ketika kami berada di
dalam kelas nota itu tidak bersamaku ketika itu. Lantas aku memintanya supaya
datang mengambilnya di rumah sahaja.
“Aida!
Nak datang tak mesej pun,” aku segera berlari keluar dari bilik. Suara Syuhada
yang memanggil namaku tidak aku hiraukan ketika itu. Sebaik sahaja aku pintu
depan dibuka,aku terkedu. Bukan Aida yang berdiri di situ sebaliknya Syahmi sedang
duduk bersandar di keretanya.
“Morning
Anna! Tak mandi lagi ke?” Syahmi tersenyum nakal.
“Ami..Ada
apa datang kat sini?”terasa mukaku tebal setebal tembok konkrit. Jam sudah pun
menganjak ke pukul 11 pagi tetapi aku masih dalam pijama. Sudah la rambut
menggerbang tidak bersikat. Eee. Malunya!
“Hari
ni Anna free tak?”
“Free
kot. Kenapa?”
“Kenapa
ada kot? Nak ikut Ami jalan jalan tak?” Syahmi ajak aku date ke? Sukanya!
“Pergi
mana?” kena tanya ni. Kan tak pasal pasal jadi kes penculikan pulak.
“Surprise
la. Tu pun kalau Anna sudi,”
“Boleh
boleh. Tapi kena tunggu Anna siap dulu la,” aku mempamerkan barisan gigi. Nasib
baik dah gosok masa nak sembahyang tadi.
“Ok.
Ami datang ambil pukul 12.30, boleh?” aku mengangguk. Syahmi tersenyum lalu
membuka pintu keretanya. Dia kemudiannya menoleh kembali ke arahku.
“Anna,
kalau nak pakai blusher nanti, pakai dua dua belah pipi ya” Syahmi tergelak
kecil. Aku menahan nafas. Baru teringat pipiku yang berwarna merah gara gara
Yasmin. Geramnya!
“Anna
tak pakai make up la. Min yang buat tadi,” Syahmi mengangguk kecil. Tidak
sampai lima minit, keretanya beredar meninggalkan perkarangan rumahku. Sebaik
sahaja aku masuk ke dalam rumah, Yasmin dan Syuhada sedang bergilir tawa.
“Sorry
la tak sempat alert kau yang Syahmi datang tadi,” kata Syuhada. Aku hanya
menjeling geram.
“Untunglaa
orang tu ada date nanti,” laung Yasmin pula.
“Habis
kau tu bukan nak pergi date ke? Pergi lawatan sambil belajar?” balasku pula.
“Yela.
Belajar pakai blusher,” berderai tawa mereka sekali lagi apabila mendengar
jawapan Yasmin. Aku meninggalkan mereka untuk ke bilik mandi. Tak kuasa nak
melayan!
Syahmi
melabuhkan punggungnya di sebelahku di atas bangku. Angin yang bertiup
sepoi-sepoi bahasa di tasik itu menjadikan suasana bertambah permai. Terdapat
beberapa keluarga yang berada di situ melayan karenah anak-anak mereka.
“Kalau
boleh Anna nak anak sulung tu lelaki,” Eh. Macam mana aku boleh terlepas cakap
ni. Sepatutnya aku hanya bermonolog sendiri. Argghh.
“Ya
ke. Ami tak kisah. Asalkan sihat dan comel macam mama dia sudah,”
“Kalau
nak anak comel, kena lah cari isteri comel,”
“Comel
macam Anna?” tersirap darah aku mendengarkan kata-kata itu. Berguraukah dia?
Bermimpikah aku?
“Comel
sebab pakai blusher sebelah pipi je,” Syahmi tergelak. Aku menjeling tajam.
“Anna..
“ ah sudah, berdiri pulak mamat ni. Bukan kalau nak melamar perempuan kena
melutut ke?
“Kalau
Anna suka kat seseorang, Anna buat apa?”
“Tak
tahu. Perhatikan dia je lah. Takkan nak mengaku. Malu la. Anna kan perempuan,”
Syahmi tersenyum mendengar jawapanku. Aku salah cakap ke.
“Sebenarnya
Ami ajak Anna datang sini sebab Ami nak mintak tolong Anna. Ami nak temukan
Anna dengan gadis yang Ami suka tu. Boleh tak Anna pujuk dia supaya terima
Ami?” luruh hatiku mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Syahmi.
Terasa
hangat di dada namun aku cuba menahan agar air mata ini tidak tumpah
dihadapannya. Salah aku yang terlalu berharap. Hanya kerana layanannya yang
baik kepadaku tidak bermakna aku mempunyai tempat di hatinya. Pedihnya hati ini...
“Anna,
Anna dah sedia nak jumpa dia?” soal Syahmi dalam senyuman. Aku hanya mengangguk
dengan sebuah senyuman tawar.
“Datang
sini,” Syahmi meminta aku menghampirinya yang sedang berdiri di hadapan tasik.
Duhai hati..tabahlah. Aku berdiri di sebelahnya.
“Cuba
tengok kat permukaan air. Orang sebelah Ami ni lah yang Ami suka,” aku
tersentak. Terasa seperti diperbodohkan.
“Itu
Anna lah!”
“Ya
lah. Anna lah yang Ami suka. Dah lama...tapi Ami tak pernah berani nak bagi
tahu kat Anna. Maaf sebab Ami ni penakut,” Syahmi meraih tanganku. Terasa
dingin sekujur badan.
“Kenapa..kenapa
Ami beritahu Anna hari ni?”
“Sebab
Ami dapat tahu yang Anna cintakan Ami. Sama seperti perasaan Ami kepada Anna,”
“Min
yang cakap ya?”
“Taklah.
Mata Anna yang cakap. Dari pandangan Anna, Ami tau yang Anna pun simpan
perasaan pada Ami,”
“Confidentnya!”
“Salah
ke?
“Betul
la,” aku tersipu malu. Pipiku barangkali lebih merah dari pagi tadi. Dan
sekarang ini hatiku sudah terisi. Tidak lagi kosong dan sepi!
“Anna..Anna
ingat tak kali pertama Ami tegur Anna?”
“Ingat.
Ami tanya pasal kelas kan?"
“Sebenarnya
Ami dah tau yang kelas tu batal tapi Ami tak tau topic apa yang Ami nak tanya
Anna,”
“Gatal!”
“Bukan
gatal Anna. Tapi sayang,” aku tertawa kecil. Begitu juga dengan Syahmi. Indahnya
dunia ketika ini. Semoga kau kekal di sisiku Syahmi!
260812
Hak Cipta: Adinda Arina
1 comment
nice story....