Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Showing posts with label Adinda Arina. Show all posts
Showing posts with label Adinda Arina. Show all posts

Saturday, January 12, 2013

Kerna Saya Tahu Bagaimana Rasanya Terluka

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips


Helena menatap kosong kad yang berada di hadapannya. Segera dialihkan pandanganya ke depan semula sebelum manic-manik halus itu mulia menitis. Bersendirian di situ menjadikan dirinya semakin dibungkus sepi.  Walaupun masih lagi ramai manusia yang sedang duduk minum secangkir kopi sambil berdiskusi tentang pelbagai rencana yang seakan tiada kehabisan, dia tetap merasa kosong dan sendiri. Hanya jasadnya yang berada di situ sedangkan rohnya sudah melayang entah ke mana.
                “Awak..ok?” seorang pelayan di Coffee House itu selamba menarik kerusi lalu duduk di hadapannya.
                Tidak mempedulikan lelaki itu, Helena bermain-main dengan camca yang berada di dalam cawan coklat panas yang dipesannya kurang 15 minit tadi. Minuman itu masih lagi berbaki separuh di dalam cawan putih itu.
                Perlahan, diletakkan camca itu di atas piring lalu minuman itu diteguk sedikit. Sudah hampir 3 bulan dia sering berkunjung ke tempat ini tanpa bercuti walau satu hari pun. Namun hari ini dirasakan sedikit kelainan dengan minuman tetap yang diminumnya itu. Atau mungkin kerana sekeping kad itu yang mengganggu gugah seluruh hidupnya lantas turut menidakkan derianya.
                “Saya dah agak awak ada masalah, Helena,”
                Kali ini barulah dia melihat kepada lelaki yang bersuara. Sedikit kerutan terbentuk di dahinya lantaran kehairanan. Belum sempat dia meluahkan kata-kata, sang pemuda terlebih dahulu memintas bicara.
                “Minuman yang awak minum tu, bukan coklat panas tetapi milo. Saya sengaja menukarnya dengan harapan awak akan memanggil pekerja untuk bertanya. Tapi awak tetap meneruskan minum tanpa berkata apa-apa. Apa sudah awak lupa bagaimana rasa coklat panas itu yang baru saja semalam awak menikmatinya?”
                “Kenapa? Kenapa awak buat macam tu pada saya?”
                “Sebab saya cintakan awak,” lelaki itu tersenyum. Manis. Namun hanya mendapat senyuman sinis, balasan dari si gadis.
                “Semudah itu?”
                Bisu. Lelaki itu mengalih pandangannya ke atas sekeping kad yang berada di atas meja. Walimatul urus daripada sepasang kekasih yang akan mendirikan mahligai bahagia lebih kurang 2 minggu akan datang.
                “Jadi inilah puncanya? Kalau awak mahukan teman untuk berbicara, saya sentiasa ada,” sekeping kertas putih yang tentera di atasnya sepuluh angka diselitkan pada kad tersebut. Pelahan, lelaki itu bangun dari kerusi yang didudukinya.
                “Awak ni, siapa?” soal Helena tinggi.
                “Kalau awak mahukan seseorang untuk dipunch, saya juga ada. Kerna saya tahu, bagaimana rasanya teluka,” sekali lagi lelaki itu tersenyum lantas berlalu menuju ke dapur.

                Helena terbaring di atas katil. Berkali-kali matanya cuba dipejam tetapi hanya bayang kepedihan yang datang. Memori bersama Hazwan datang berputar seolah-olah dia sedang menyaksikan klip drama.
                “Aku sayangkan kau, selamanya.”
                Air matanya merembes perlahan apabila teringat suara itu. Percintaan mereka selama 5 tahun terputus begitu sahaja lantaran dirinya dijadikan punca. Tidak sampai setengah tahun hubungan itu berantakan, Hazwan sudah pun mencari pengganti. Kad undangan perkahwinan itu sebagai bukti. Siapa yang sebenarnya menodai cinta mereka, Helena tidak pasti.
                Jam di dinding sudah beranjak ke pukul 3 dinihari. Helena menolak selimut yang membungkus tubuhnya lalu duduk bersila. Disapunya perlahan air mata yang masih galak menuruni pipi. Seakan hujan pada musim tengkujuh yang tiada tanda-tanda mahu berhenti.
                “Wannnn….” Lemah suaranya menuturkan perkataan tersebut. Tangannya mencapai telefon lantas mendail nombor milik bekas kekasih hatinya. Bekas. Perkataan itu sendiri sudah cukup menghantui, seakan-akan mencakar dinding hatinya. Seperti yang dijangka, talian bisu tidak bersambut.
                Helena bangun menuju kea rah beg sandangnya yang berada di atas meja. Dicarinya sekeping kad yang baru diterimanya petang tadi. Matanya berkaca-kaca memandang ke arah nama lelaki itu yang bergandingan dengan nama perempuan lain. Perasaan kecewa bertukar menjadi marah dan benci.
                Kad bersegi empat itu dibalingkan sekuat hati ke arah dinding. Berterbanganlah kad itu diiringi dengan jatuhnya sekeping kertas berwarna putih.
                “Haikal…?”
                Haikal merenung gadis yang berada di hadapannya ketika ini. Walaupun waktu sudah menunjukkan pukul 3.30 pagi sekarang ini, namun dia rela menemani gadis itu di tempat pertemuan mereka petang tadi. Jika petang tadi, kehadirannya hanya mengundang kebencian gadis itu, namun sekarang ini gadis itu yang mendambakannya. Tempat dan orang yang sama. Hanya masa yang membezakan segalanya.
                “Maaf sebab minta awak dating waktu macam ni,” kedengaran suara serak Helena menyapa gegendang telinganya. Mata temannya itu membengkak, hidungnya merah dan wajahnya tampak terlalu berserabut ketika itu. Lebih kusut berbanding 3 bulan yang lalu, ketika kali pertama dia melihat si gadis.
                “Kan saya dah cakap, saya sentiasa ada untuk awak,”
                “Terima kasih,” tersedu-sedu gadis itu membalas.
                “Jadi, apa yang berlaku?” Haikal menatap mata yang sudah kehilangan seri itu.
                “Saya cintakan awak Helena,” Hazwan melafazkan kata-kata keramat itu kepada gadis yang berada di hadapannya. Helena terpaku. Dia menatap wajah sang lelaki yang memakai uniform berwarna coklat di hadapannya.
                “Awak, jangan bergurau,” Helena tertawa kecil. Cuba mengendurkan suasana. Pagi tadi Hazwan meminta untuk bertemunya setelah habis waktu persekolahan atas urusan yang berkaitan dengan pengawas. Dia akur dengan permintaan lelaki itu yang memegang jawatan sebagai ketua pengawas.
                “Saya tak pernah bergurau tentang hal perasaan. Saya cintakan awak, Helena,” perlahan Hazwan meraih tangan Helena. Saat itu, Helena merasakan dunia seakan berhenti berputar. Terasa seolah-olah pari-pari telah turun ke dunia, menebarkan serbuk-serbuk kebahagiaan ke atas mereka berdua. Terasa seisi alam sedang meraikan cinta mereka berdua. Alangkah indahnya dunia ketika itu. Ketika itu.
                “Dia berada di tingkatan 5 dan saya baru tingkatan 3. Namun, umur bukan penghalang kepada cinta. Selain bertemu di sekolah, kami juga kerap mengulangkaji pelajaran bersama-sama,” ada senyum di bibir si gadis.
                “Teruskan…” balas Haikal.
                “Helena, hari ni hari terakhir saya dapat bersama awak. Esok, saya akan ke Pulau Pinang untuk melanjutkan pelajaran. Awak pun belajar rajin-rajin tau, biara dapat masuk university sama dengan saya,” Hazwan tersenyum. Tangannya menggenggam erat jari-jemari Helena.
                “Wan, awak kat sana nanti, jangan cari orang lain tau,” balas si gadis risau.
                “Sayang, awak tak percayakan saya? Percayalah, saya tak akan pernah bahagia tanpa awak. Awak tu, jangan nakal tau,” Hazwan mencuit hidung Helena.
                “Sakitlah wan!” baals Helena manja.
                Helena memandang mata Haikal yang sedang merenungnya. Dia tidak mampu untuk meneruskan lagi penceritaannya. Perlahan ditundukkan wajahnya menatap meja. Setitik air mula jatuh di atas meja kaca itu.
                “Selepas dia memasuki university. Hubungan kami mula menjadi renggang. Bila berjumpa, dia sudah tidak seperti dulu lagi. Ada saja yang tidak kena di matanya,”sambungnya sendu.
                “Wan, siapa perempuan kat sebelah Wan dalam gambar ni?” soal Helena setelah melihat telefon Hazwan.
                “Kawan,” balas Hazwan sepatah.
                “Takkan sampai buat wallpaper phone?”
                “Ok. Nanti Wan tukar gambar lain.”
                “Sampai berpegang tangan?”
                “Helena! Awak buat saya rimas tahu. Benda remeh pun nak dibesarkan. Benda kecil je kot. Kalau awak tak puas hati sangat, letak la gambar awak kat wallpaper telefon saya tu. Buat sekarang,”
                “Wan, saya Tanya je. Kenapa dalam gambar ni Wan dengan perempuan ni sampai berpegang tangan?”
                “Sudahlah. Dari dulu sampai sekarang, awak masih tak matang macam ni. Perangai macam budak-budak. Kita putus!” Hazwan berdiri lalu berjalan perlahan meninggalkan gadis itu. Helena mengejarnya tetapi lelaki itu terlebih dahulu menaiki keretanya lalu berlalu pergi.
                “Saya masih sayangkan dia,” kata Helena mengakhiri cerita.
                “Setiap malam saya berdoa, mengharap supaya dia dapat merubah fikirannya dan kembali kepada saya. Tetap hampa. Sebaliknya, kad undangan perkahwinan dia pula yang saya terima setelah 5 bulan kami berpisah. Terlalu cepat dia mencari pengganti. Terlalu cepat,”
                “Helena…”
                “Awak mungkin akan kata yang saya ni bodoh atau terlalu mengikut perasaan. Tapi awak tak berada di tempat saya. Awak tak faham apa yang saya rasa,” luahnya sebal.
                “Helena…” Haikal menyeka tangisan gadis itu. Helena memandang lelaki di hadapannya itu. Dia tidak menyangka sama sekali lelaki itu akan melakukan sedemikian.
                “Dengar saya. Saya tak bantah awak menangis, saya tak halang awak daripada bersedih. Kerna saya tahu bagaimana rasanya terluka,”
                Perlahan Haikal mengeluarkan sekeping kertas yang bertulis tangan. Tulisan tangan tersebut Nampak seperti tulisan kanak-kanak yang sekolah rendah.
                “Saya sukakan awak Haikal. Jangan lupakan saya,” tulisan tersebut ditulis dengan menggunakan krayon berwarna merah.
                Helena mengambil kad tersebut. Semerta fikirannya terputar ke masa lalu. Kenangan sebelum dia berpindah rumah dahulu dating menjelma kembali. Pada waktu itu, dia menangis tidak mahu pergi tetapi seorang budak lelaki memujuknya.
                “Helena, janganlah menangis. Kalau awak sedih, saya pun sedih jugak,”
                “Tapi, saya tak nak tinggalkan awak Haikal,”
                “Tapi awak kena pergi Helena. Awak jangan risau. Saya tak akan pernah lupakan awak,”
                “Janji?” budak perempuan itu mulai tersenyum kembali. Budak lelaki itu mengangguk.
                “Nah, hadiah untuk awak. Ingat janji awak tau,” Helena menghulurkan sehelai kertas putih kepada Haikal.
                “Saya akan simpannya untuk selama-lamanya,” Haikal tersenyum. Manis.
                “Haikal…..?” desis Helena perlahan.
                “Semasa tingkatan empat, saya berpindah ke sekolah awak. Tapi pada masa tu, saya dapat tahu yang Helena yang saya sayangi sudah pun menjadi milik Hazwan. Selama ini saya mengusung kad itu ke mana- mana. Meyakini bahawa Helena saya akan tetap menunggu saya,”
                “Haikal….”
                “Sebab itu saya tak bantah awak menangis, saya tak halang awak daripada bersedih. Kerna saya tahu bagaimana rasanya terluka,” sambung Haikal lagi.
               




Hak Cipta: Adinda Arina

Saturday, December 15, 2012

Rozana

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips
 


Aku merenung kosong para pelajar yang berada di hadapanku. Ada yang sedang berbual dengan teman sekelas dan tidak kurang juga yang berada bersama pasangan. Tempat duduk di sebelahku masih lagi kosong seperti mana hatiku. Ehhh. Tempat duduk itu belum berisi kerana Yasmin singgah ke tandas sebentar tadi tetapi hatiku ini memang belum berpenghuni.
                Pintu kelas yang ditolak dari luar menarik perhatianku. Bibirku tersenyum kerana mengharapkan kehadiran Yasmin namun sebaliknya kelibat yang datang itu memaksa senyumanku bertambah lebar. Syahmi! Memakai kemeja bercorak kotak-kotak berwarna hitam merah sudah cukup untuk menjadikan sang jejaka itu tampak menarik.
                Aku sudah meminatinya sejak dari semester pertama lagi, tetapi sehingga sekarang aku masih belum pernah  bercakap dengannya. Tak! Sebenarnya ada sekali dia menegurku bertanyakan tentang kelas yang dibatalkan. Cuma sekali itu sahaja tetapi perkara itu menjadi topic perbualan aku selama sebulan apabila bercerita dengan Yasmin.
                Yasmin cakap aku bodoh sebab aku tak pernah nak cuba tegur dia walaupun sekarang ni kami sudah pun berada dalam semester terakhir. 4 tahun aku simpan perasaan. Kata Yasmin, kalau dia jadi aku dia dah mati. Eh, ada ke orang yang mati sebab tahan perasaan? Tak pernah dengar pun. Tapi apa-apa pun, Syahmi ni memang come.........
                Alamak! Dia perasan aku tengok dia la! Malunya aku. Rozana, mana nak sorok muka kau ni! Tapi..urm dia dah pandang ke arah lain dah. Mungkin dia angkat muka tadi sebab dia nak tengok jam yang ada kat belakang aku ni. Mungkin nama aku pun dia tak tahu, apa lagi nak bercinta....
                “ Hoi, kau menung apa tu?”satu tepukan di belakang menghentikan lamunanku. Aku mengurut dada perlahan. Yasmin ni memang ganas semacam kalau dengan aku. Bila dengan teman lelaki dia,lembut gigi dari lidah. Heee.
                “Min, kau nak tengok aku mati cepat ke? Lama lama macam ni, memang aku boleh kena sakit jantung tau. Aku ni belum kahwin tau,”
                Yasmin melabukan punggung di kerusi di sebelahku. Dia tersengih menampilkan barisan gigi yang tersusun rapi. Macam iklan ubat gigi pulak.
                “Kahwin? Dengan siapa Anna? Syahmi?” Spontan aku menarik tangan Yasmin apabila terdengar nada suaranya yang agak tinggi. Dalam kelas ni bukannya ramai orang. Nak suruh si Syahmi tu dengar ke.
                “Bodohla kau ni Min. Dengar dek Syahmi tu, nanti dia ingat aku ni psiko tahu. Dahla tadi aku terkantoi sebab asyik tengok kat dia,”
                “Haha. Anna,aku dah cakap. Perasaan ni bukan boleh simpan. Lama lama nanti terkeluar jugak. Aku rasa baik kau terus-terang je lah. Mana tau kot-kot dia pun ada hati kat kau,”
                “Tak payah nak bagi aku harapan la Min. Kalau dia suka aku, dia lah yang kena cakap kat aku. Hey, aku dengan dia bercakap sekali tu je tau. Tak pernah nak sembang panjang pun. Ini kan pula nak bercinta. Mustahil Min mustahil,”
                “Mana tahu putera idaman kau tu jenis yang malu macam kau ke. Kau ingat perempuan je ke yang ada perasaan malu. Lelaki pun sama tau,” Yasmin membega-begakan mukanya.
                “Biarlah Min. Malas aku nak fikir pasal hal ni,” aku mengalihkan pandangan ke arah Syahmi. Dia sudah pun duduk dua baris dihadapanku bersama kawan-kawannya. Syahmi Syahmi. Entah kau perasaan tak kehadiran aku kat sini.
                “Malas fikir! Ok, lepas ni kau jangan sebut nama dia depan aku lagi. Boleh?” Aku mengangkat bahu sambil tersenyum nakal ke arah Yasmin. Sengaja mahu menyakitkan hatinya. Sebaik sahaja aku menoleh ke hadapan, pandanganku bertembung dengan Syahmi namun dia lekas berpaling ke hadapan. Mungkinkah...?


                Aku menguap malas. Buku-buku yang bertimbun di hadapanku membuatkan aku terasa bertambah penat. Memandangkan esok adalah hari minggu, aku bercadang untuk berada di perpustakaan sehingga jam 11. Beginilah rutin seharianku bersama Yasmin. Siang hari ke kelas. Malam pula berada di perpustakaan. Hujung minggu aku jarang sekali keluar kerana tiada tempat untuk dituju. Hidup seorang yang bernama Rozana ini memang membosankan.
                Tanganku ligat mencari buku rujukan yang sering digunakan namun tiada di timbunan buku di atas meja.
                “Min, buku yang kita selalu guna tu kat mana?” Yasmin yang sedang menulis terhenti. Dia berfikir sejenak sebelum menjawab.
                “Aku tak ambil la. Lupa,” Yasmin menggaru-garu kepalanya yang aku pasti tidak gatal ketika itu.
                “Aku pergi ambil kejap eh. Kat tingkat tiga kan?” Aku mula berdiri. Bagus juga sebenarnya sebab aku sudah agak mengantuk ketika ini.
                “Ya. Rak nombor lima,” Aku kemudiannya berjalan meninggalkan Yasmin bersendirian di meja. Baju yang sedikit renyuk aku betulkan sambil berjalan. Mana lah tahu kalau terserempak dengan Syahmi kat sini. Eh, sempat!
                Perpustakaan agak lengang malam ini. Maklumlah, malam minggu, malam untuk berlibur. Lainlah musim peperiksaan. Hujung minggu pun perpustakaan dibanjiri para pelajar. Terkadang sampai tak cukup tempat. Selesai menuruni anak tangga, aku menuju ke arah rak yang dimaksudkan Yasmin.
                Jari jemariku ligat mencari buku yang berkulit keras itu, namun tidak ditemui. Biasanya buku itu ada beberapa salinan tetapi satu pun tiada yang tinggal. Mataku tertancap pada seseorang yang berada di sebalik rak dihadapanku. Syahmi! Aku tersenyum sendiri sambil memerhatikannya. Dia sedang membaca sebuah buku sambil berdiri.
                Tanpa diduga, dia mengangkat muka lalu pandangan kami bertembung. Jantungku berdegup kencang. Lekas aku mengalihkan pandanganku. Terasa mahu pecah muka menahan rasa malu. Betul la kata Yasmin. Aku memang bodoh! Syahmi masih lagi memandangku tetapi aku segera beredar dari situ. Macam mana la aku nak pergi kelas hari Isnin nanti!


                Sudah dua minggu kejadian di perpustakaan itu berlalu. Rasa malu untuk menghadap Syahmi hilang dengan sendiri memandangkan  dia sendiri tidak menunjukkan sebarang reaksi. Mungkin betul kata Yasmin yang aku ni banyak fikir. Cakap pasal Yasmin, hari ini dia tak ada. Dia balik ke Ipoh tiga hari. Ada urusan keluarga katanya. Dan ini bermakna sunyilah hari-hari aku tanpa kehadiran si putih itu.
                Aku mengetuk-ngetuk pen di atas meja. Sesekali bertegur sapa dengan rakan-rakan perempuan yang ada. Aku jarang bercakap dengan lelaki. Dengan ketua kelas aku pun aku susah nak bertegur. Bila ada apa-apa urusan berkaitan dengan kelas, Yasmin yang akan bercakap bagi pihak aku. Katanya  susah dapat kawan bisu macam aku ni. Nasib baik dia dah ada boyfriend, kalau tak Syahmi tu dah dikebasnya. Dia kata lah. Bukan aku kata.
                Syahmi duduk bersebelahan dengan Faiz, ketua kelas kami. Macam biasa, dia akan berada di hadapan aku. Tetapi hari ni tak ada pulak dia menoleh ke belakang. Memang selama ni aku seorang yang menaruh harapan pada dia. Puan Rosmah pun dah masuk ni. Keluarkan pen dengan kertas, catat apa yang dia tunjuk. Bosannya Yasmin tak ada hari ni.
                Sedang aku rancak menulis, tiba-tiba kedengaran bunyi siren kecemasan. Para pelajar saling berpandangan sesama sendiri. Masing menunjukkan reaksi cemas. Aku rasa ni macam bunyi penggera kebakaran ni.
                “Pelajar semua! Cepat keluar dari sini. There’s fire on this building,”
                Sebaik sahaja Puan Rosmah mengeluarkan arahan, semua manusia yang berada dalam bilik ini berebut-rebut untuk keluar. Saling bertolakan tanpa mengira jantina. Aku cuba bangun tetapi terkaku di tempat dudukku. Aku terlalu takut dengan keadaan yang begini. Badanku mula menggigil kerana takut tidak dapat keluar dari situ.
                Tanpa diduga, ada tangan yang menarik tanganku. Aku memandang ke depan untuk melihat siapa yang berusaha menarik aku dari kekalutan sebegitu.
                “Anna! Cepat bangun!” suara Syahmi menerjah gegendang telingaku. Bagaikan mendapat satu semangat baru, aku terus mencapai beg lalu berdiri. Syahmi menarik tanganku sambil cuba untuk keluar dari bilik itu. Kami terpaksa berhimpit-himpit dengan rakan sekelas yang lain. Dalam keadaan begitu, aku dapat merasakan yang genggaman Syahmi semakin erat.
                Akhirnya kami berjaya keluar dari bangunan itu. Syahmi seterusnya membawa aku ke tanah lapang. Bagus. Nampaknya dia ada baca tentang langkah keselamatan apabila ditimpa kebakaran. Apabila tiba di sana, ramai pelajar dan kakitangan yang sudah berkumpul di situ. Kami melepaskan kelelahan di bawah sebatang pokok. Tanganku? Masih lagi berada dalam genggamannya.
                Aku mencuri pandang ke arah lelaki itu. Wajahnya tampak kemerah-merahan setelah bertarung habis-habisan untuk menyelamatkan nyawa. Ehh, epic sangat ke bunyinya? Okeylah. .Wajahnya tampak kemerah-merahan setelah cuba keluar dari bangunan yang terbakar.
                “Anna?” Wajahnya Nampak kehairanan. Ye lah sebab dia mana boleh baca fikiran aku.
                “Sorry Anna,” dia kemudiannya melepaskan genggaman tangannya. Mungkin baru tersedar yang kami sudah selamat sekarang dan tidak perlu berlari lagi. Aku hanya tersenyum. Sebenarnya aku tidak tahu apa yang perlu dituturkan sekarang ini.
                “Awak ok?”soal Syahmi lagi.
                “Ok. Awak?”
                “Ok. Selamat jiwa raga,” dia tersenyum lebar. Aku membalas senyumannya. Agak kurang mengerti dengan apa yang dimaksudkan.
                “Syahmi...” aku memulakan bicara setelah cuba mengawal getaran di dada. Namun dia terlebih dahulu memotong kata-kataku.
                “Biasanya orang panggil saya Ami je,”
                “Ami? Awak anak bongsu eh?”
                “Macam mana awak tau?” Syahmi mengerutkan dahi. Tolonglah jangan buat muka macam tu. Comel sangat tau!
                “Sebab nama tu bunyi macam manja sikit. Biasanya kalau nak bagi ringkas, orang panggil Syah ataupun Mi je,”
                “Ya ke? Bukan awak stalk saya ke?” Alamak! Dia tau ke?
                “Eh mana ada. Perasan la awak ni,”
                “Hahaha. Tengok..muka dah merah tu. Betul kan?”
                “Taklah!” Ya Allah. Selamatkanlah rahsia aku ni.
                “Saya gurau je. Seronok jugak menyakat awak ni ya?”
                “Awak ingat awak tengok sarkas ke?” Sekali lagi Syahmi gelak. Aku ni kelakar ke? Yasmin tak pernah bagi tahu pun selama ni.
                “Awak nak cakap apa tadi?” soalnya dalam tawa yang masih bersisa. Hee lesung pipit kat pipi kanan tu. Curi kann.
                “Tak..Saya nak cakap terima kasih sebab dah tolong saya tadi. Tapi macam mana awak tau yang saya belum keluar lagi tadi?”
                “Ami!!” Kami berdua berpaling ke arah suara itu. Faiz berlari-lari anak datang ke arah kami.
                “Ami! Aku punyalah kalut cari kau tadi. Rupa-rupanya ada kat sini!”
                “Kan aku dah suruh kau keluar dulu tadi,”
                “Kalau ya pun jangan la lesap macam tu je..eh Anna ada sekali,” aku hanya tersenyum ke arah Faiz. Faiz dan Syahmi saling bertukar pandangan. Jangan cakap diorang main mata sudah.
                “Kau keluar dengan Anna ke tadi? Patutlah...”
                “Patutlah dah lapar. Dah pukul 2 kan. Jom jom pergi lunch,” Syahmi menepuk bahu Faiz lalu berjalan dari situ. Selamba je pergi?
                “Eh. Tunggulah dulu. Anna,aku pergi dulu ya. Dia segan la tu,”
                “Segan? Kenapa?” hairan aku dengan mamat ni. Tadi ok je sembang dengan aku. Kecelaruan identity ke apa?
                “Faaaiiiiiiiizz!!”
                “Sorry Anna. Bye,” Faiz berlari mengejar Syahmi. Kesian Faiz. Dari tadi asyik berlari je. Tapi Syahmi tu kenapa?

                Jam sudah pun beranjak ke waktu 10 malam. Aku menguap kecil. Bersendiri tanpa Yasmin menambahkan lagi kebosananku. Kalau aku ada teman lelaki, tak adalah aku bosan macam ni. Boleh pergi kelas sama sama, makan sama sama, datang library sama sama. Bahagianyaaa.  Aku memejamkan mata cuba membayangkan bagaimana agaknya suasana itu. Tak perlulah ditanya lagi, sudah tentu bayangan lelaki yang datang tu Syahmi.
                “Anna!” aku membuka mata. Eh Syahmi masih ada lagi di depan aku. Aku mengerdipkan mata beberapa kali. Mamai agaknya aku ni. Banyak sangat baca bu...
                “Anna! Hei, berangan ya,” Syahmi memetik jari-jemarinya di hadapan aku. Sah! Memang aku tak bermimpi di malam hari.
                “Eh, Ami..” senyum Rozana senyum. Cover malu.
                “Datang dengan siapa ni?”
                “Seorang la. Min kan tak ada,” Syahmi mengerutkan dahi.
                “Habis, balik nanti sorang jugak?” Aku mengangguk. Ye lah. Datang sorang balik sorang la. Lain la kalau ada yang nak temankan.
                “Bahaya la. Awak tu perempuan. Dahla, balik nanti Ami hantar,”
                “Tapi..”
                “Pukul 11. Ami tunggu kat pintu depan,” dia segera bangun tanpa sempat aku memberi alasan. Amboi. Diktator sungguh. Orang macam ni aku berkenan?
                Setelah selesai menyimpan buku di rak,aku menuju keluar dari perpustakaan. Sengaja aku keluar lambat 15 minit untuk mengujinya. Ternyata dia memang berada di tempat yang dijanjikan. Kami berjalan beriringan menuju ke tempat letak kereta.
                “Lambat Anna malam ni. Biasanya balik pukul 11,” Syahmi memulakan bicara.
                “Biasanya? Macam mana...”
                “Haa.. tu kereta Ami. Jom naik,” dia segera memuatkan diri ke dalam kereta setelah membuka kunci. Aku pula teragak-agak untuk masuk ke bahagian hadapan. Sebaik sahaja aku masuk, berkumandang lagu nyanyian Amy Search yang bertajuk Rozana di dalam keretanya.
                “Rozana..kau gadis idamanku..dua hati jadi satu..bila kita bertemu..” Syahmi turut sama menyanyikan rangkap itu sambil memandu. Aku turut dibuai rasa. Alangkah indahnya jika kata-kata itu benar-benar dimaksudkan oleh sang empunya diri.
                “Rozana..” getus Syahmi tiba-tiba.
                “Kenapa Ami?”
                “Klasik nama tu. Anna ni klasik ke orangnya?” Syahmi sesekali memandangku.
                “Mungkinlah. Yasmin cakap...”
                “Ami pernah tengok Anna pakai hairband corak polka dots. Cantik,”
                “Bila Ami tengok?” setahu aku, aku hanya memakainya ketika berjogging. Tidak pernah memakainya ketika ke kelas ataupun perpustakaan.
                “Entah. Ami pun tak ingat. Hehe,”  Syahmi tersengih.
                “Ehh, dah lepas lorong rumah Anna,” aku sedikit tersentak apabila Syahmi melajukan kenderaan.
                “Tu la. Asyik berangan je. Nanti Ami u turn kat depan,”
                “Sorry la banyak susahkan Ami,”
                “Benda kecik je. Eh, kat depan ada mcD kan. Dah lama tak makan burger. Jom pergi sana nak?” biar betul si Syahmi ni ajak aku teman dia makan. Macam tak percaya je.
                “Anna diet ke? Kalau diet tak perlah,”
                “Eh tak tak. Anna pun lapar jugak ni. Jom,” takkanlah aku nak lepaskan peluang ni! Kalau macam ni, Yasmin cuti lama lagi pun tak apa. Hehe.


                “Anna. Kau betul tak nak ikut aku ni?” tanya Yasmin yang sedang menyikat rambutnya. Aku hanya menggeleng malas. Mandi pun belum lagi. Hujung minggu ni rasa macam nak berehat je lah.
                “Ke kau dah ada janji dengan Syahmi? Eh bukan, Ami,” galak Yasmin mengusik aku.
                “Mana ada lah! Aku dah lama tak jumpa dia,”
                “Kan hari hari jumpa dalam kelas?
                “Maksud aku, dah lama tak bercakap dengan dia. Jumpa pun macam tu je,”
                “Lama? Baru minggu lepas kan kau pergi makan mcD dengan dia. Amboi amboi. Sehari dah rasa macam setahun ke?” Yasmin menghampiriku sambil mengenakan blusher di pipinya. Aku menarik selimut menyelubungi badanku. Malas nak melayan minah ni.
                “Kau boleh tak jangan kacau aku? Aku nak tidur ni,” tanpa diduga selimut yang menutupi mukaku ditarik rakus. Berus blusher yang dipegang Yasmin berlari laju dipipiku.
                “Woi. Apa ni! Aku tak mandi lagi ni,”pantas aku menepis berus tersebut. Yasmin ketaw terkekeh-kekeh. Suka benar dia dapat mengenakan aku. Aku bingkas bangun lalu menghadap cermin. Pipiku merah sebelah. Lebih teruk daripada badut.
                “Gelak la macam tu. Nanti boyfriend kau pun lari,” tingkah ku kegeraman. Bunyi ketukan di pintu mengalih perhatian kami. Syuhada tiba-tiba muncul di sebalik pintu.
                “Anna, ada orang cari kau kat luar,” Aku menepuk dahi. Teringat kepada permintaan Aida yang ingin meminjam notaku semalam. Dia meminta nota itu ketika kami berada di dalam kelas nota itu tidak bersamaku ketika itu. Lantas aku memintanya supaya datang mengambilnya di rumah sahaja.
                “Aida! Nak datang tak mesej pun,” aku segera berlari keluar dari bilik. Suara Syuhada yang memanggil namaku tidak aku hiraukan ketika itu. Sebaik sahaja aku pintu depan dibuka,aku terkedu. Bukan Aida yang berdiri di situ sebaliknya Syahmi sedang duduk bersandar di keretanya.
                “Morning Anna! Tak mandi lagi ke?” Syahmi tersenyum nakal.
                “Ami..Ada apa datang kat sini?”terasa mukaku tebal setebal tembok konkrit. Jam sudah pun menganjak ke pukul 11 pagi tetapi aku masih dalam pijama. Sudah la rambut menggerbang tidak bersikat. Eee. Malunya!
                “Hari ni Anna free tak?”
                “Free kot. Kenapa?”
                “Kenapa ada kot? Nak ikut Ami jalan jalan tak?” Syahmi ajak aku date ke? Sukanya!
                “Pergi mana?” kena tanya ni. Kan tak pasal pasal jadi kes penculikan pulak.
                “Surprise la. Tu pun kalau Anna sudi,”
                “Boleh boleh. Tapi kena tunggu Anna siap dulu la,” aku mempamerkan barisan gigi. Nasib baik dah gosok masa nak sembahyang tadi.
                “Ok. Ami datang ambil pukul 12.30, boleh?” aku mengangguk. Syahmi tersenyum lalu membuka pintu keretanya. Dia kemudiannya menoleh kembali ke arahku.
                “Anna, kalau nak pakai blusher nanti, pakai dua dua belah pipi ya” Syahmi tergelak kecil. Aku menahan nafas. Baru teringat pipiku yang berwarna merah gara gara Yasmin. Geramnya!
                “Anna tak pakai make up la. Min yang buat tadi,” Syahmi mengangguk kecil. Tidak sampai lima minit, keretanya beredar meninggalkan perkarangan rumahku. Sebaik sahaja aku masuk ke dalam rumah, Yasmin dan Syuhada sedang bergilir tawa.
                “Sorry la tak sempat alert kau yang Syahmi datang tadi,” kata Syuhada. Aku hanya menjeling geram.
                “Untunglaa orang tu ada date nanti,” laung Yasmin pula.
                “Habis kau tu bukan nak pergi date ke? Pergi lawatan sambil belajar?” balasku pula.
                “Yela. Belajar pakai blusher,” berderai tawa mereka sekali lagi apabila mendengar jawapan Yasmin. Aku meninggalkan mereka untuk ke bilik mandi. Tak kuasa nak melayan!
               

                Syahmi melabuhkan punggungnya di sebelahku di atas bangku. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa di tasik itu menjadikan suasana bertambah permai. Terdapat beberapa keluarga yang berada di situ melayan karenah anak-anak mereka.
                “Kalau boleh Anna nak anak sulung tu lelaki,” Eh. Macam mana aku boleh terlepas cakap ni. Sepatutnya aku hanya bermonolog sendiri. Argghh.
                “Ya ke. Ami tak kisah. Asalkan sihat dan comel macam mama dia sudah,”
                “Kalau nak anak comel, kena lah cari isteri comel,”
                “Comel macam Anna?” tersirap darah aku mendengarkan kata-kata itu. Berguraukah dia? Bermimpikah aku?
                “Comel sebab pakai blusher sebelah pipi je,” Syahmi tergelak. Aku menjeling tajam.
                “Anna.. “ ah sudah, berdiri pulak mamat ni. Bukan kalau nak melamar perempuan kena melutut ke?
                “Kalau Anna suka kat seseorang, Anna buat apa?”
                “Tak tahu. Perhatikan dia je lah. Takkan nak mengaku. Malu la. Anna kan perempuan,” Syahmi tersenyum mendengar jawapanku. Aku salah cakap ke.
                “Sebenarnya Ami ajak Anna datang sini sebab Ami nak mintak tolong Anna. Ami nak temukan Anna dengan gadis yang Ami suka tu. Boleh tak Anna pujuk dia supaya terima Ami?” luruh hatiku mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Syahmi.
                Terasa hangat di dada namun aku cuba menahan agar air mata ini tidak tumpah dihadapannya. Salah aku yang terlalu berharap. Hanya kerana layanannya yang baik kepadaku tidak bermakna aku mempunyai tempat di hatinya. Pedihnya hati ini...
                “Anna, Anna dah sedia nak jumpa dia?” soal Syahmi dalam senyuman. Aku hanya mengangguk dengan sebuah senyuman tawar.
                “Datang sini,” Syahmi meminta aku menghampirinya yang sedang berdiri di hadapan tasik. Duhai hati..tabahlah. Aku berdiri di sebelahnya.
                “Cuba tengok kat permukaan air. Orang sebelah Ami ni lah yang Ami suka,” aku tersentak. Terasa seperti diperbodohkan.
                “Itu Anna lah!”
                “Ya lah. Anna lah yang Ami suka. Dah lama...tapi Ami tak pernah berani nak bagi tahu kat Anna. Maaf sebab Ami ni penakut,” Syahmi meraih tanganku. Terasa dingin sekujur badan.
                “Kenapa..kenapa Ami beritahu Anna hari ni?”
                “Sebab Ami dapat tahu yang Anna cintakan Ami. Sama seperti perasaan Ami kepada Anna,”
                “Min yang cakap ya?”
                “Taklah. Mata Anna yang cakap. Dari pandangan Anna, Ami tau yang Anna pun simpan perasaan pada Ami,”
                “Confidentnya!”
                “Salah ke?
                “Betul la,” aku tersipu malu. Pipiku barangkali lebih merah dari pagi tadi. Dan sekarang ini hatiku sudah terisi. Tidak lagi kosong dan sepi!
                “Anna..Anna ingat tak kali pertama Ami tegur Anna?”
                “Ingat. Ami tanya pasal kelas kan?"
               “Sebenarnya Ami dah tau yang kelas tu batal tapi Ami tak tau topic apa yang Ami nak tanya Anna,”
                “Gatal!”
                “Bukan gatal Anna. Tapi sayang,” aku tertawa kecil. Begitu juga dengan Syahmi. Indahnya dunia ketika ini. Semoga kau kekal di sisiku Syahmi!
260812


Hak Cipta: Adinda Arina
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...