Ketukan di pintu mematikan lamunannya. Suara ibunya yang
memanggil disahut. Pintu dibuka dari dalam. Tersembul wajahnya dibalik daun
pintu.
" Lila buat apa? Ibu panggil dari tadi tak menyahut
pun." Soal Puan Mariam.
" Lila kemas barang sikit bu. Kenapa ya? " Lila
menggaru kepala yang tak gatal.
" Laaaa. Kan dah nak masuk pukul 8 ini. Jom turun makan.
Dah. Tinggal dulu barang-barang tu. Ibu tunggu kat bawah. Cepat. Nanti ayah
bising. "
Puan Mariam terus berlalu. Makanan sudah terhidang tapi Dalila
yang ditunggu tak turun-turun. Terpaksalah dia yang naik memanggil memandangkan
tidak sanggup mendengar Encik Borhan yang sudah membebel kelaparan
menunggu anak gadisnya turun makan bersama. Sementara Dalila mengutip semua
barang-barang peninggalan Azri lalu dimasukkan kembali ke dalam kotak. Lalu
kotak itu tidak dimasukkan semula di bawah katil sebaliknya diletakkan di meja
soleknya. Azri! Detik
hatinya. Lila rindu.
Pagi itu Dalila bangun
seperti biasa. Mengenakan baju kurung biru air laut dan tudung putih berbunga
biru rona serupa, Dalila turun ke dapur untuk bersarapan. Puan Mariam sedang
menggoreng nasi sementara ayahnya sedang membaca surat khabar sambil menunggu
ibunya siap memasak. Dua cawan kopi sudah siap terhidang di atas meja.
" Assalamualaikum ayah, ibu. " bibirnya mengukir
senyuman. Cawan kopi ditarik dekat dengannya. Lalu dia duduk di sebelah Encik
Borhan.
" Lila kerja ke hari ini? Bukan kalau Sabtu Lila cuti ke?
" Tanya Encik Borhan. Tadi, bila nampak Dalila sudah siap berbau kurung,
dia merasa pelik. Selalunya Sabtu begini , anak gadisnya akan ke pasar bersama
dia dan isteri. Membeli barangan basah untuk seminggu.
" Lila nak keluar dengan Fikri la ayah. Ada hal sikit,
" jawab Dalila sambil meneguk cawan kopi di hadapannya.
Fikri. Bayangan wajah anak muda tinggi lampai itu segera
terbayang di mata. Kawan dari zaman Dalila bersekolah. Baik budaknya. Hormat
orang tua. Memang sedang elok nak dibuat menantu.
" Nak pergi beli cincin ke? Tak cakap dengan ayah pun,
" Usik Encik Borhan. Dalila yang sedang enak minum, tersedak. Dijeling
Encik Borhan yang sudah mengekek ketawa. Ibunya cuma mampu tersenyum.
" Ayah! Kami kawan je. Mana ada apa-apa. "
" Bila nak ada apa-apanya? Ayah dah tak sabar nak
bermenantu Lila. Fikri itu, bukan teruk sangat. Bagilah dia peluang. Ayah boleh
nampak dia sukakan kamu. "
" Dah lah ayah. Jangan mengharap. Lila pergi dulu. Dah
janji nak jemput dia ni. "
Dalila bangun menghantar cawan ke sinki. Kemudian dia menyalami
Puan Mariam dan Encik Borhan. Pipi ayah dan ibunya dikucup. Amalannya sejak
dari sekolah rendah lagi. Kata ibu, nak cium orang tua kita, bukan waktu-waktu
istimewa saja. Bila-bila, hari-hari pun boleh.
" Lila tak nak makan dulu?" tanya Puan Mariam.
Tangannya masik sibuk menggoreng nasi atas dapur.
" Tak ibu. Sorry eh. Lila takut lambat."
" Biarlah ibunya. Anak kita nak pergi date tu." Sampuk
Encik Borhan.
Dalila cuma menjeling apabila diusik ayahnya berkali-kali. Dia
terus ke depan lalu dicapai kunci kereta Myvi merah jambunya. Penggera kereta
dipicit. Dicapai sandal putih Vincci lalu berjalan ke kereta. Pintu pemandu
dibuka, enjin dihidupkan. Ketika ingin meletakkan tas tangannya di atas kerusi
penumpang hadapan, baru dia perasan yang ada sekeping nota di situ.
Lila, aku tak paksa kau terima aku. Tapi kalau itu berlaku, aku
lelaki paling bertuah kat dunia ni. -Fikri- Bibir
Dalila mengukir senyum. Entah bila nota ini ditinggalkannya. Semalam, selepas
menghantar Fikri pulang, Dalila terus memandu balik dan waktu itu sudah malam.
Mungkin kerana itu dia tidak perasan nota tersebut. Ah, lantaklah! Gear
ditukarkan, dan kereta terus meluncur laju.
Fikri baru selesai mandi
waktu Dalila sampai di rumahnya. Perjalanan dari Kajang ke Ampang cuma
mengambil masa tidak sampai setengah jam. Memandangkan Fikri tinggal bujang,
Dalila memilih untuk menunggunya di dalam kereta. Hampir 20 minit menunggu
barulah Fikri berada di dalam keretanya.
" Bersiap macam perempuan! Nyampah! " ngomel Dalila.
" Ah kau. Macam baru kenal aku kan, " bela Fikri.
" Nak pergi mana ni? KLCC boleh? Aku nak pergi beli novel.
Boleh eh? "
" Untuk kau, apa saja Lila. "
Dalila menjeling Fikri di sebelah. Fikri pula tersengeh melihat
Dalila. Tiba-tiba dia teringat tentang hal kelmarin. Hatinya dihimpit rasa
bersalah. Seharusnya, dia tahu tentang masa silam Dalila dan persoalan perasaan
itu tak sepatutnya berlaku. Azri, sahabatnya dunia dan akhirat. Dia masih ingat
bagaimana angaunya teman baiknya itu dengan Dalila. Ingatannya segera melayang
merentas masa lalu.
" Weh Fik, kau kenal
awak yang ikat rambut tocang 1 tu tak ? " Tanya Azri pada suatu pagi.
Waktu itu Fikri baru saja meletakkan beg sekolahnya di atas meja. Belum sempat
duduk pun lagi.
" Aku baru sampai Azri. Penat naik tangga pun tak habis lagi,
kau dah terjah aku," bebel Fikri sambil melabuhkan punggung di kerusi.
Azri cuma menyengeh. Tahu dia silap. Fikri mengeluarkan sapu tangan dari dalam
poket seluarnya. Peluh yang meleleh di dahi, dilap. Phew. Apahal lah kelas ni tingkat
atas sekali. Hari-hari camni, bengkok aku. Ngomel Fikri dalam
hati.
" Sorry der. Sebenarnya macam ni, aku selalu nampak 1 awek
cute ni. Bila time rehat, dia selalu duduk kat tepi kantin. Seorang diri je.
Weh, aku nak kenal dengan dia. Kau boleh tolong aku tak?"
" Awek mana dah sambar hati kau ni? Isk. Dasar budak baru.
Memang macam nilah kan. "
" Tolong la weh. Rehat nanti, aku tunjuk awek tu. kau mesti
kenal. Kau kan budak lama. "
Hari itu semasa waktu rehat, Azri dan Fikri turun ke kantin tapi
bukan untuk makan sebaliknya mencari kelibat gadis tocang 1. Akhirnya, kelibat
si gadis di lihat di tempat yang dinyatakan Azri pagi tadi. Si gads dilihat
sedang menikmati roti cokelat dan air sirap sambil melihat pelajar lain lalu
lalang.
" Dalila An-Nisaa'. Dia budak kelas 3A8."
"Cantik."
"Apa?""Itik."
" Malas layan kau!"
Fikri terus berlalu membeli roti buat mengalas perut. Fikri
dibiarkan angau sendiri. Perut yang lapar harus diisi.
"Weh apahal
kau ni? Aku panggil, buat tak tau je." Satu cubitan hinggap di lengannya.
Fikri tersedar. Dia memandang keliling. Rupa-rupanya mereka sudah sampai di
tempat letak kereta KLCC. Dalila sudah mematikan enjin kereta.
" Sorry. Aku berangan tadi. Sorry ya. " Fikri membuka
pintu kereta lalu menutup kembali. Dia membetulkan sedikit rambut biar sedikit
kemas. Dalila yang sudah berjalan meninggalkannya dikejar. Tangannya terus
memaut jemari Dalila lalu pantas ditepis kasar. Dalila membulatkan matanya,
memberi amaran.
" Ala...orang saja je. Itu pun nak marah. "
" Dah. Jangan sentap sangat. Jom. Aku nak cari novel."
Mereka berdua berjalan ke tingkat 4 untuk ke kedai buku yang
menjadi kegemaran Dalila. Sambil berjalan, mereka mencuci mata melihat orang
yang lalu lalang. Ada yang berpasangan. Ada yang kelihatan seperti budak
sekolah. Ah, hujung
minggu. Mana tahan nak duduk di rumah. Fikir Dalila. Akhirnya
mereka tiba di hadapan kedai buku yang dituju. Sebaik sahaja menjejakan kaki ke
dalam buku tersebut, bibirnya mengukir senyuman. Dulu, waktu habis sekolah, dia
pernah bercita-cita mahu kerja di kedai buku, tetapi orang tuanya tak
mengizinkan. Takut dia tidur terus di kedai buku itu.
" Kau kan, kasuk kedai buku senyum macam jumpa pakwe.
"
" Diamlah. Aku pergi cari novel. Kau lepaklah mana-mana.
Jangan jauh sangat. Malas aku nak cari. "
Dalila menghampiri rak-rak yang menempatkan buku novel terkini.
Tangannya membelek-belek novel yang dikatakan Best Seller. Sambil membelek itu,
tanpa sedar dia telah terlanggar seorang lelaki yang sedang mengendong beberapa
buah buku. Habis berterabur buku yang dipegang. Dalila yang terkejut, tunduk
mengutip buku-buku tersebut.
" Sorry awak. Sorry. Saya tak sengaja. Saya tak perasan
awak ada di belakang saya. Sorry. "
Tangannya lincah menyusun buku-buku itu kembali. Diangkat buku
itu dan diserahkan kepada lelaki tadi. Saat matanya memandang wajah lelaki itu,
terasa dunia seakan berhenti berputar. Mata, kening, hidung dan 2 ulas bibir
lelaki itu mirip seseorang yang amat dekat di hatinya. Awak, awak ke ni? Tapi tak mungkin.
Tak mungkin. Kata hati Dalila.
" Cik! Cik! " Tangannya digoyangkan di depan muka
Dalila." Ah! Maaf. Saya pergi dulu. "
Dalila berlari keluar dari kedai buku itu. Kakinya dihayun tanpa
arah tuju. Akhirnya dia berhenti duduk di sebuah kerusi yang disediakan di
kawasan membeli belah terkemuka itu. Ada air jernih mengalir di pipinya.
Hatinya memberat. Jiwanya sarat. Siapa
lelaki tadi. Kenapa dia seperti tak kenal aku? Tapi tak mungkin dia. Tak
mungkin itu Azri. Tangisnya berpanjangan. Terhingguk-hingguk
bahunya.
" Nah, " seseorang menghulurkan sapu tangan. Dia kenal
sapu tangan itu.
" Thanks Fikri. Sorry. Aku keluar tak cakap."
" Tak apa. Tapi kenapa kau lari tadi? Ni, kenapa kau
menangis?"
" Aku...aku jumpa Azri. Aku nampak dia tadi. "
" Azri? Tak mungkin Lila. Tak mungkin."
" Betul Fikri. Aku nampak dia. memang dia tadi. Aku nampak
Fikri. Takkan aku nak tipu! "
Fikri memaut bahu Dalila agar menghadapnya. Air mata Dalila
dikesat dengan tangnnya. Sayu hatinya melihat Dalila menangis begini.
" Lila. Aku tahu kau sayang Azri. Kau tak boleh lupakan
Azri. Tapi, tolong dengar apa aku nak cakap. Azri dah tak ada Lila. Kau dah
lupa apa yang berlaku 3 tahun lepas? Azri dah lama tinggalkan kita. Jangan
macam ni Lila. Tuhan lebih menyayangi dia."
" Tapi aku nampak dia Fikri. Aku nampak dia. Dia depan aku
tadi. Fikri, teman aku. Aku nak jumpa dia. Aku rindu dia. Aku nak tanya dia
kenapa dia tinggalkan aku. Teman aku Fikri."
Dalila sudah bangun berdiri. Air mata yang mengalir diwajahnya diseka.
Tapi Fikri segera menarik pergelangan tangannya.
" Lila, itu bukan Azri. Mungkin pelanduk dua serupa. Dengan
cakap aku Lila. Jangan macam ni, " pujuk Fikri.
" Bukan. Itu Azri. Aku tahu itu Azri. Jomlah. Temankan aku
eh. "
" Dalila! Azri dah mati! Dia meninggal dalam kemalangan
jalan raya waktu dia nak datang meminang kau dulu! Kau dah lupa? Dia dah takde
Lila. Dia dah dah takde. Itu bukan Azri! Kenapa kau degil sangat ni?!"
Dalila terdiam. terkejut ditengking begitu oleh Fikri. Seumur
hidupnya , itu pertama dia ditengking sebegitu. Ayah dan ibunya sendiri tidak
pernah bersikap seperti itu dengannya. Tangisnya mula kedengaran. Fikri
menariknya ke dalam pelukan. Dapat dia rasa hangat tubuh Fikri. Mata-mata yang
menadang sinis ke arah mereka tidak diambil peduli. Ah, orang bukan tahu apa kita
rasa. Detik hati Fikri.
" Maafkan aku Lila. Aku tak bermaksud. Maafkan aku. Jom
kita balik."
" Fikri, aku rindu Azri. Aku rindu sangat.
Kenapa Tuhan ambil dia dari aku?"
" Aku tahu. Aku hantar kau balik ya."
" Awak, saya rindu," bisik Dalila perlahan.
Namun masih dapat ditangkap oleh Fikri. Petang itu dia sendiri
menghantar Dalila pulang. Sepanjang perjalanan Dalila cuma mendiamkan diri.
Sesekali kedengaran esakan kecilnya. Fikri cuma membiarkan Dalila melayan
perasaan. Dalam diam, dia berdoa semoga pintu hati Dalila terbuka untuk
menerimanya. Rasa cinta yang terpendam sejak dari sekolah menengah, terpaksa
ditelan setelah mengetahui yang sahabat baiknya mencintai gadis yang serupa.
Baginya, biarlah dia mengalah kerana dia tahu gadis yang dicintainya dalam
diam, takkan terluka.
Malam itu, ketika ingin melepakan mata, sms dari Dalila
diterima.
- Fik.Maaf tentang siang tadi. Aku tak patut bersikap begitu.
- Aku tahu. Aku mintak maaf juga.
-Fik, aku rindu dia.
Dan sms Dalila dibiarkan tak berjawab. Biarlah. Biarlah keadaan
yang menentukan arah tuju semua ini.
-Bersambung-