Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Sunday, January 8, 2012

Hati Di Potong Dadu

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips




Sejak belakangan ini saya dilanda kemurungan yang teruk. Ini semua gara-gara saya menanti sesuatu yang tak mungkin terjadi. seperti menunggu kucing bertanduk dan musang berjanggut. Walaupun saya tahu bahawa semua itu tidak mungkin terjadi, saya masih menunggu macam orang bodoh dan akhirnya memakan diri saya sendiri terutamanya di bahagian hati dan otak.


Hari itu saya tertelan sepapan ubat selesema dengan papan-papannya sekali dan sebotol ubat batuk dengan botol nya sekali. Keesokan harinya saya telah bertukar menjadi Edward Cullen yang pucat lesi seperti puntianak kekurangan darah dan bersinar apabila terkena matahari pagi. Pada sebelah petangnya pula secara tiba-tiba apa yang saya tunggu-tunggu selama ini muncul dan mengajak saya keluar makan. Maka saya pergi keluar makan. Saya terus bertukar dari Edward Cullen menjadi Jacob Black. Jacob Black itu walaupun sudah tahu bahawa Bella sudah ada Edward Cullen tetapi dia hendak juga mengurat Bella.


Bila malam saya lebih cenderung menjadi Keluangman. Kadang-kadang menjadi toyol. Setiap malam saya kepanasan sehingga tak boleh tidur. Tapi kadang-kala bila saya tak boleh tidur, saya pergi menuju Tuhan sebentar untuk minta ketenangan. itu pun, selepas puas kuku saya mencakar-cakar tanpa sengaja di bahagian muka dan tangan sendiri. selepas berjumpa Tuhan, saya biarkan dulu lebihan-lebihan butir masin kering dari atas muka. Kemudian saya merenung masa lampau sehingga akhirnya saya tertidur.

Setiap pagi saya akan bangun bersama satu luka baru. Bila ditanya oleh rakan-rakan, saya katakan saya ada penyakit pelik iaitu saya akan bertukar menjadi Wolverine apabila saya tidur malam. Jadi, saya kekurangan tidur. Oleh sebab itu mata saya juga akan lebam dan bengkak setiap hari kerana tak cukup tidur.

Sebenarnya saya mengalami benda-benda pelik ini sejak saya menyedari bahawa hati saya telah diambil oleh seseorang. Dia paksa saya beri kebenaran pada dia untuk menyimpan hati saya, jadi saya benarkan. Tiba-tiba, saya rasa hati saya telah dipotong dadu menggunakan pisau tumpul sehingga tidak dapat dilihat bentuk dadu, tetapi hancur.

Dan orang yang dulu mahu simpan hati saya, saya lihat dia sedang simpan hati lain yang dia belum sempat potong-potong dadu lagi. 

18 comments

January 8, 2012 at 9:18 PM

sedihnya :')

January 8, 2012 at 9:21 PM

Aku suka style penulisan yang macam ni.. kepedihan yang di luahkan dalam bentuk yang boleh buat aku tersengih. kesakitan yang si penulis 'ketawakan' (make a joke)tetapi sebenarnya menikam-nikam perasaan. menyampaikan rasa patah hati dalam bentuk yang segar.. :)
~ hanya pendapat peribadi.

Best!! serius!!

*ah kecian jacob black!

January 8, 2012 at 9:50 PM

luahan hati tanpa ketelusan yang tersembunyi...

January 8, 2012 at 11:26 PM

masih muda kan? jangan risau.. hati organ yang boleh diimplant.. cuba cari mana2 hati lain yang available.. banyak donor sekarang ni.. kan masih muda? tunggu si perusak hati sampai bila pun tak habis.. dia bukan reti nak jahit balik potongan dadu hati tu.. haha

January 8, 2012 at 11:51 PM

wahhh..teruskan run aziluz..kita punya medan yang sama...hahaha...abang bro support kamu....

Anonymous
January 9, 2012 at 12:51 AM

"Dan orang yang dulu mahu simpan hati saya, saya lihat dia sedang simpan hati lain yang dia belum sempat potong-potong dadu lagi."


ini sangat nice . thanks =)

HEROICzero

January 9, 2012 at 2:08 AM

punya tersayat samapi msuk si emily rose tu...



best!!

January 9, 2012 at 2:20 AM

maka anda jadi seperti Davy Jones..
suatu hari nanti ada orang lain pulak yang akan simpan sisa sisa hati anda tu..
mungkin masa tu hati anda bercantum kembali menjadi bentuk berlian yang lebih cantik kalau nak dibandingkan dengan dadu..

January 9, 2012 at 4:08 AM

hohoho.. nice story..=0

Jom baca sekejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/iman-kita.html

January 9, 2012 at 5:32 AM

sila curi semula hati kamu daripada dia.sblm lumat.

January 9, 2012 at 7:53 AM

ngeee.. nice ah... bagi 100bintang.. hehe.

January 9, 2012 at 10:24 AM

nice one...

sgt style kispen ni...

January 9, 2012 at 11:29 AM

wow! aku juga sama seperti HEROICzero. suka yang itu. ;)

January 9, 2012 at 1:55 PM

Same jugak dgn komen2 di ats

*gya kita xsama

January 9, 2012 at 2:21 PM

rujukan pop culture ye :D

January 10, 2012 at 10:39 AM

wahh dah publish. thanks bagi peluang. hikhik (:

January 11, 2012 at 6:30 PM

Run Aziluz, awak buat kita berasa seperti seorang vampire yg kehausan darah kerana hati kita sudah di tetak dua...

January 16, 2012 at 12:51 PM

wah, bagus.
ini adalah sebuah kisah hati yang diluahkan dengan cara yang amat unik...:)
suka! best!

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...