Aku hidangkan bihun goreng dan roti kawen di atas meja makan. Aku masuk semula ke bilik kerana aku ingin bersiap untuk ke tempat kerja. Hari ini aku mengenakan baju kurung putih berbunga pink. Aku tidak mengambil masa yang lama untuk bersiap. Terus ambil kemeja dan seluar suami. Aku berikan pada suami.
Suami memandang muka aku seolah-olah kali pertama memandang aku. Sedangkan sudah hampir 2 bulan kami berkahwin. Aku hanya tersenyum. Suamiku siap memakai kemeja dan seluarnya. Aku hanya jadi pemerhati. Dia menyikat rambutnya dan tak lupa juga menyembur perfume itu. Wangi semerbak!.. Selesai! Aku suruh suamiku duduk kat katil kerana aku ingin pakaikan stoking untuknya. Dia menolak. Kerana dia ingin melakukan sendiri. Tapi, aku berkeras.
Akhirnya, suamiku mengalah. Aku pun pakaikan stoking untuk suami. Lepas itu aku dan suami bersarapan bersama-sama. "Sayang, ni bihun apa?". Aku senyum. "Itulah Bihun Goreng Pagi Yang Dingin kalau abang nak tahu." Sengaja aku berikan nama itu. Aku sendiri tidak punya idea. "Wah, bukan main lagi nama bihun goreng ni." Suamiku mencubit manja ke pipi ku."Sedap tak?". Sengaja aku tanya soalan itu. Aku tahu aku bukan seorang tukang masak yang hebat. Dan aku tahu suami seorang yang cerewet. Lama aku menunggu dia menjawab soalan tersebut. "Masaklah apa pun sayang, sedap ke tak sedap ke, itu belakang kira. Yang penting sayang masak. Lama-lama, tekak dan lidah abang ni biasa dengan masakan sayang tak adalah timbul istilah masak tak sedap." Sekali lagi dia mencubit manja pipiku. Aku suka diperlakukan begitu. Aku suka cara suami memberi pendapat.
"Cepat makan sayang, tak payah fikir sangat pasal masak sedap ke tak ok?". Aku cepat-cepat menghabiskan Bihun Goreng Pagi Yang Dingin di dalam pingganku. "Saya bukan apa,orang cakap, kalau nak ikat hati suami, kena ikat perut dia dulu. Macam tu kan bang?" Aku sengih. Dia pandang aku. "Hati abang ni dah di ikat lama oleh sayang. Tak perlu ikat perut ok. Sakit tau ikat-ikat perut ni". Aku cubit perut dia. Dia mengaduh. "Jom la pergi kerja. Dah lewat ni. Abang ni banyak cakap betul la.". Sengaja aku mengusik dia. "Amboi-amboi, sapa entah dok risau masak sedap ke tak, ikat perut la. Eleh. Gigit kang!". Aku hanya ketawa kecil.
Perjalanan ke tempat kerja bersama suami memang menceriakan. Ada saja cerita yang keluar dari mulut dia. Aku hanya mendengar. Sesekali mencelah. Akhirnya sampai jua ke tempat kerja, sebelum keluar dari kereta aku cium tangan suami dan dahi aku pula di kucup manja oleh suami. Suami pula bergerak ke tempat kerjanya. Sampai saja di office aku melakukan kerja seperti biasa. Sambil-sambil tu aku terfikir pula nak masak apa untuk suami malam ni?. Risau betul aku.. Nak masak Ayam halia? Ayam masak kicap kegeraman suami? Ayam masak Merah?
"Tok!tok!tok!". Pintu bilikku di ketuk. Cepat-cepat aku seka air jernih yang mengalir di kelopak mataku. Sudah 10 bulan arwah suami tinggalkan aku. Aku rindukan rutin itu. Aku rindukan segala-galanya tentang arwah. Semasa arwah masih hidup aku selalu risaukan bab masak-masak. Aku sedar kekurangan aku di situ. Sebab itu kerisauan aku melampau-lampau. Hampir setiap hari aku cuba untuk menyediakan makanan yang aku masak sendiri untuk arwah. Hanya untuk arwah. Sejak dia pergi tinggalkan aku rutin aku masih sama iaitu memasak segala makanan kegemaran arwah dan aku sedekahkan dengan jiran dan kadang-kadang di surau yang berdekatan dengan rumah aku dan arwah. Ah, sungguh aku rindukan dia. Semoga arwah suami tenang di sana.
29 comments
KA, kispen ini kisben (kisah benar) ke? Kenapa suaminya meninggal?
Lady - bukan..kispen ni kira mcm luahan hati seorang isteri. rindukan suami..sengaja tak bagitahu kenapa suami meninggal..
mot dah agak dah. mesti menyedihkan dia hujung cerita sbb awalnya sangat gembira
-Amamot-
Hmm..kalau kisah betul, macam sedih je kan...setianya wife dia...
Amamot - kehidupan mcm tu lah.. :)
Lady - ada je kot kisah betul mcm ni.
aduh, penasaran gini.
waduh..sedih bangat..
best kispen ni walaupun sedih.. :)
yup kispen ini sedih.. siapa yang mngetuk pintu? orang baru kah?
romantis.. aku senyum baca permulaanya..
and then bila di perenggan terakhir.. aku diam..=)
aduh . kejam cerita ni . mula2 tersenyum2 je baca . apa pun nice . dia punya 'pusing' mood , peh .
nice KA . terima kasih utk cerita ni . =)
-HEROICzero
dia punya ending terus matikan senyuman..
haha..tulah hati pompuan ..kalau lelaki? wootttt wooottt!!!cool semua...
bihun goreng sejuk...yang tentunya menghangat kan hati...haha...
sedih ye.. semoga bertemu di syurga ..hermmm ):
10 tahun eh.. dasatnya cinta sejati!
Erk ade shortform dlm kispen ni
*sgt tak suka ending sedih :'(
huuuuuu
mule2 dh epi
tetibe cenggini
:(
huk2
sedihh....
pedih tapi kenangan indah masa dia hidup membuahkan senyuman di bibir..
kerana aku, sudah masuk 3 tahun dia pergi. aku masih rindu dia :)
hanaahmad - penasaran ya.. hehe
marcella - thanks.. tapi x ramai yg suka sedih
asip - kwn sekerja mengetuk pintu. bkn org baru
reenapple - thanks. kehidupan mcm tu lah
Hero - konon2 nak main pusing2 mcm abg El n hero la..haha..
Abg El - haha..dingin sbb d masak di waktu subuh yg dingin..chewahhhh
cik gee - InsyaAllah :)
Nong - 10 bulan. bkn 10 tahun
Api - ending mmg disengajakan begitu
Iffah - shortform mana eh? tak perasan..
aimie - jgn sedih2. hanya sekadar penceritaan.
Zuemiey - semoga kamu tabah. :)
pasti. roh arwah di atas sana pun dapat hidu masakan si isteri.
sebetulnya bila create kispen dengan ending yang sedih tak sama dengan baca kispen yg berending sedih. hurmmmm melampau jugalah rasa sakit sikit.
ps: thumbs up KA
Dale - InsyaAllah :)
Bos - setuju! thanks kak.. :)
sedihnye.. kenapa asyik kisah sedih.. :( tak mampu untuk menahan gelodak perasaan yg sudah sedih..
tp bgslah isteri die.. sediakan makanan.. cube sedaya upaya untuk memasak walaupun x pandai..
smg roh suaminye ditempatkan di kalangan org2 soleh.. ameenn..
dia cuba jd isteri yg baik utk suaminya walopon dia punya kekurangan ;)
mula2 baca kemain senyum. last2, menangis :(
LadyBird - ermmm..sbb kesedihan lebih byk dirasai oleh penulis..
Eera Shera - itulah..menjadi isteri yg sedar diri
Bella - permainan perasaan. Hehe
mula2 sangat sweet..
tapi, last die... :(
Cerita sedih Khairul Antasha ni memang menjadi...cam real jer..bile baca cam sndiri alami n rasa..
Terasa sama dgn prasaan bile kehilangan sesuatu yg dulu mekar mewangi tp kini sudah pudar...bile pnh rasai kemanisan tp kini sudah hilang..rindukn detik2 yg indah itu
o_0