Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Tuesday, November 15, 2011

Pembaringan .

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips


Aku masih di katil, di pembaringan.

               Aku pandang siling. Hari sudah lewat pagi. Aku masih belum bangun. Sudah dua jam masih begini ; kaku. Entah apa aku selalu buat pada hari-hari begini. Oh ya, selalunya aku akan terus bangun, mandi, dan bersiap. Aku akan ke gerai mamak belakang jalan, dan pesan sepotong roti keju dan segelas susu panas. Kalau untung nasib baik, tuan gerai akan beli senaskah surat khabar, dan aku boleh baca sambil nikmati juadah pagi aku.

            Sebelah petang, aku akan berjumpa Nona, di taman berdekatan. Kami selalunya akan pusing taman, sambil berbual ringan. Topik yang kami bualkan biasanya, tentang kerja aku, tentang kerja dia, tentang cerita berkaitan. Minggu lepas, topik yang kami bualkan agak berat. Tentang Nona yang mahu aku masuk meminang. Aku jelaskan pada Nona yang aku kini hadapi sedikit masalah kewangan, aku punya masalah di tempat kerja. Tapi entah kenapa Nona seakan tidak faham. Dia kata aku tak pernah serius dalam perhubungan kami. Aku sekadar hanya mahu suka-suka, dan menjadikan dia sebagai tempat aku melepaskan rasa sunyi. Nona oh Nona, kalau kau tahu, aku mahu menghabiskan seumur hidup aku dengan kamu. Tapi bukan sekarang. Bukan dalam waktu terdekat.

              Sebelum pulang, biasanya aku akan singgah ke rumah Nona. Petang minggu selalunya teman-teman serumah Nona tiada. Mereka keluar bersosial atau balik kampung. Aku menghabiskan masa di ruang kamar Nona, sama ada menonton DVD terbaru yang aku beli, atau sekadar bermesra manja di ranjang. Ada kalanya, kami melakukan kedua-duanya sekali. Selepas selesai menonton DVD, aku mengajak Nona ke ranjang. Ada juga ketika nya, kami melakukan kedua-duanya serentak!

          Sebelah malam, kami akan pergi keluar makan malam sebelum aku hantar Nona pulang ke rumah nya semula. Kadang-kadang aku tidak terus balik ke rumah. Aku akan singgah dulu ke kedai mamak, dan menonton bola. Aku tak suka menonton bola sorang-sorang di rumah. Kurang penonton, kurang meriah. Habis cerita bola, aku terus pulang ke rumah, dan bersiap-siap pakaian dan dokumen untuk kerja esok hari.

          Ah, rutin hidup aku sangat bosan. Kalau lah aku boleh mengubah sesuatu, pasti lebih menyeronokkan. Aku berfikir untuk keluar bercuti di mana-mana kawasan peranginan, tetapi kekangan kerja sangat menghalang aku. Aku juga punya masalah kewangan yang serius. Hidup di bandar sangat merimaskan. Dan menyesakkan. Kos sara hidup yang tinggi, dan kewangan yang terhad. Apa boleh buat. Aku harus bangun, dan menjalankan ritual mingguan aku.

Mungkin tidak perlu. Aku boleh terus berehat, hanya nikmati pembaringan aku. Aku kan sudah mati malam tadi? Selamat malam dunia. 


**KUALA LUMPUR, 3 Dis – Seorang pekerja swasta industri pembuatan telah ditemui mati terbaring di atas katil, di dalam sebuah apartment di sini kira-kira pukul 4.30 petang, lewat petang semalam. Menurut pihak polis, mayat yang dikenalpasti identiti sebagai Borhan bin Abdul Halim, berumur lingkungan 29 tahun telah meninggal dunia dua hari akibat serangan strok, sebelum ditemui oleh teman wanitanya, Nona binti Nasrun. 

.END.

22 comments

November 15, 2011 at 10:06 PM

1st............

November 15, 2011 at 10:06 PM

2nd.... wahhhhhhhh....

November 15, 2011 at 10:11 PM

berita masa hadapan.
perbaringan yang berdosa namanya itu

November 15, 2011 at 10:41 PM

*sigh*

tragis gila . humm .

November 15, 2011 at 11:37 PM

hooooooooooooo
terasa seakan seram membace
pehhh!


suke!

November 15, 2011 at 11:56 PM

lanjutkan lagi boi. aku terasa cepat sangat klimaksnya. ending sudah cantik. apa2pun aku masih suka. :)

November 16, 2011 at 12:24 AM

mati jugak kau akhirnya.



ekekkeee^^

November 16, 2011 at 12:24 AM

mati jugak kau akhirnya.



ekekkeee^^

November 16, 2011 at 12:28 AM

hurmmm... sepertinya kau cuba memujuk diri sendirikan? nona ada gf baru tak lepas tu der...? gua teringin nak tahu...

ps: ada episodkan?

November 16, 2011 at 12:28 AM

hurmmm... sepertinya kau cuba memujuk diri sendirikan? nona ada gf baru tak lepas tu der...? gua teringin nak tahu...

ps: ada episodkan?

November 16, 2011 at 12:34 AM

best endingg!! yeahhh! :P

November 16, 2011 at 12:54 AM

Bidadari Syurga, takde episod . haha cukup cerita ni . tema gua cerita seketul jek . keh3x

ika, jangan mengeluh . tak elok ~

aimie amalina, thanks ! =)

hanaahmad, cepat ya ? nanti aku tulis cerita lain , lebih panjang . =)

stalker hebat !, nasib baik mati !

Eyka, thanks !

November 16, 2011 at 2:59 AM

amboi kak bidadari. dia la yang 1st, dia la yg 2nd. hikhikhik.


gua suka penutup cerita ni. berehat la kau selama- lamanya.


selamat malam dunia. zzzzzzzz.

November 16, 2011 at 11:30 AM

ending tak bley blaa..huhu..

bagi no hp si nona keh3

November 16, 2011 at 11:43 AM

aku memang suka baca cite2 dari ko. sgt2 awesomeness dan 'menghairahkan' hahaha...

cuma kalau cerita ini pada sebelum ujungnya dibuang, Aku kan sudah mati malam tadi?... aku rasa lebih 'mendebarkan' sebab bwh sudah ada sisipan berita

ape2 pun I LAP u babeh. hahaha

November 16, 2011 at 12:58 PM

hahahahahhaha....lucu....dah mati ghopenyeeee......

November 16, 2011 at 3:11 PM

agaknya borhan tu sempat taubat x?

November 16, 2011 at 3:27 PM

Bella Bell, jangan kacau , dia nak tidur lama tuuuuuuu~

MR . ORLANDO AHMAD, nanti gua e-mail , okay ? ha ha !

Asrul "iLham" Sany, thanks dude ! oh ya betul juga kata kau . menarik .

bila blog bercerita, ini..ini.. ini cerita sedih , tahu ? hehe !

Lea Isnawi, minta sama2 doakan Arwah . hehehe~

November 16, 2011 at 8:53 PM

uih....
memang agak seram baca entry neh...

pergi selamanya......*_^

November 16, 2011 at 10:31 PM

innalillah.. mcmn kalau berakhirnye begini.. tragis.. kesian die x sempat bertaubat..

November 17, 2011 at 2:50 AM

nak mengharap sesuatu perubahan dalam keadaan malas sangatlah teruk..

aku lebih suka ditukarkan 'mati' itu dalam bentuk simbolika.

November 17, 2011 at 4:50 PM

terbaek bro...sementara pintu taubat masih terbuka...namun niat dia dah ada...dah okey dah tu...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...