Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Friday, November 11, 2011

Cinta Qaira

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
Cinta yang suci itu milik kita bukan…?
Semoga cinta kita bertaut di syurga meski tidak bersatu di bumi...


“…Qaira, ibu dan ayah dah terima pinangan Affan. Insyaallah hujung tahun ni kamu berdua akan diijabkabulkan…” Kata-kata yang terucap dari mulut ibunya sebentar tadi benar-benar membuat Qaira kaku terkedu.

Hatinya hancur luluh mengenangkan hubungannya dengan Danish Darwish harus ditamatkan. Entah mengapa, perhubungan mereka berdua tidak mendapat restu keluarga. Bagi Qaira, tiada sebarang kekurangan pada diri Darwish. Darwish memiliki segala ciri-ciri lelaki idaman yang diingini oleh setiap perempuan. Tapi dipandangan mata kedua orang tuanya nyata jauh berbeza.

Qaira… didikan agama yang tinggi diberikan oleh kedua orang tuanya sedari kecil menjadikan dia seorang anak yang taat dan menghormati segala keputusan ibu dan ayahnya. Meskipun keputusan yang dibuat oleh mereka terkadang membuat Qaira tersepit dalam situasi semasa, namun gadis itu menerima tanpa sebarang bantahan. Bagi Qaira, ibu dan ayah lebih faham dan mengetahui apa yang terbaik untuk anak-anaknya.

*******************

“…huhhhh….” Darwish mengeluh perlahan. Nyata dia amat terasa dengan keputusan yang dibuat oleh Qaira saat pertemuan mereka sebentar tadi. Sungguh dia tak menduga, begini pengakhiran cinta antara Qaira dan dirinya.

“…Maafkan Qaira. Bukan niat Qaira untuk tamatkan perhubungan cinta kita tapi itu yang terbaik yang Qaira harus lakukan. Qaira terpaksa lukakan hati dan perasaan Darwish demi menjaga hati ibu dan ayah. Tak mudah bagi Qaira untuk lakukan semua ini kerana hati dan perasaan Qaira juga turut terluka…”-QAIRA

Sedetik kemudian, titisan air jernih gugur dari bibir mata gadis berkenan. Saat itu Darwish sedar, Qaira jauh berbeza dengan gadis-gadis lain yang dikenalinya. Qaira Qaleesya. Gadis yang benar-benar gadis. Memiliki sifat kemelayuan dan kaya dengan didikan keagamaan.

*******************

Malam itu, buat pertama kalinya Qaira solat berjemaah diimamkan oleh suaminya sendiri. Sayu, syahdu dan sendu bergabung menjadi satu. Dia kini bergelar isteri kepada Affan Amshar. Seorang pemuda yang sangat pemurah dalam menghulurkan sumbangan dan bantuan berbentuk kewangan kepada keluarganya yang sedia maklum serba kekurangan.

“…kerana budi aku jatuh hati…”

Namun itu semua tidak terjadi pada diri Qaira. Meski dia cuba untuk menerima kehadiran lelaki bergelar suami, ingatannya tetap menerawang memikirkan Darwish si kekasih hati. Tidak semena-mena, pipi mulus Qaira sekali lagi ditemani dengan linangan airmata yang membanjiri.

Bagai tersayat hati lelakinya tika melihat gadis yang dicintai sepenuh hati sedang nangis bersendiri. Affan sedar… Tak mungkin baginya untuk memenangi hati gadis tersebut meski segunung emas diberi. Tanpa disedari, Affan mencemburui Darwish kerana berjaya memenangi cinta dari gadis yang sungguh suci. Saat itu, Affan meniup semangat dalam diri. Dia akan tetap berusaha untuk cuba memenangi hati sang isteri demi kebahagiaan rumahtangga mereka yang kekal abadi. Insyaallah…

*******************

Hari berganti hari. Jika semalam mereka di tahun 2010 pada bulan February, kini menginjak ke tahun berikutnya di bulan January. Qaira semakin terbuka dalam menerima reality. Kesabaran serta kematangan yang dimiliki Affan berjaya memikat hati. Sedikit demi sedikit, tanggungjawab Qaira telah sempurna sebagai seorang isteri.

Pagi itu, di meja makan Qaira melihat suaminya begitu lesu. Affan yang kebiasaannya ramah dalam berbicara hanya duduk diam membisu. Kepergiaan Affan ke pejabat hari itu meninggalkan sejuta persoalan bagi Qaira. Sungguh… Qaira merasakan ciuman di dahi yang diberi Affan sangat berbeza dengan hari-hari yang sebelumnya.

*******************

Qaira membuka lipatan kertas putih itu lantas membacanya dengan penuh debaran.

Buat Qaira isteriku… Duniawi dan Ukhrawi…
Maafkan Affan sekiranya diri ini telah menghancurkan perhubungan cinta antara Qaira bersama si dia… Secara jujurnya, Affan akui diri ini teramat mencemburui si dia kerana berjaya memiliki cinta suci dari Qaira… Namun peluang yang diberikan oleh tuhan untuk menjadi suamimu merupakan sesuatu yang amat bermakna sepanjang hayat ini meskipun ianya sekadar sepintas masa berlalu…

Qaira isteriku…
Affan yakin, Affan tak pernah silap saat memilih Qaira sebagai pasangan hidup walaupun Qaira sukar untuk menerima Affan sebagai suami… Tidak dinafikan, Qaira bijak dalam menjaga hati Affan… Tidak pernah sekalipun Affan melihat Qaira mengeluh dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri… Terima kasih sayang… Itu semua sudah cukup bagi Affan untuk merasai kasih sayang dari Qaira…

Sayang…
Andai Affan tiada lagi untuk mengemudi bahtera keluarga kita, kuatlah dikau dalam meniti hari-hari yang mendatang… Affan tahu… Qaira sudah cukup matang dalam membuat keputusan… Percayalah sayang… Affan sentiasa berada di sampingmu meskipun saat itu, roh serta jasad Affan tidak lagi bersatu… Hanya satu pinta Affan… Andai tercalit sedikit rasa cinta dalam hati Qaira buat Affan, simpanlah ia kekal dihatimu sekiranya termampu… Ketahuilah… Hanya Qaira Qaleesya cinta mati bagi Affan Amshar…


-AFFAN AMSHAR-
Menyayangimu hingga ke akhir nafas hidupku..

*******************

Qaira duduk terjelepok saat menerima berita yang disampaikan oleh rakan sekerja suaminya di corong telefon. Mungkin, ciuman dari suaminya pada pagi itu merupakan satu tanda bahawa mereka akan berpisah buat selama-lamanya. Kehilangan orang yang dikasihinya kali ini benar-benar membuat Qaira seperti orang yang hilang pertimbangan diri.

“…Allahuakhbar… Mengapa ini yang terjadi saat cinta kian berputik di hati…” Rintih Qaira diselubungi sepi.

“…Abang… Nantikan Qaira di pintu Firdausi…”.

-TAMAT-

14 comments

November 11, 2011 at 8:31 PM

sedihnya cita nie. sobsobsbo.






**ringkas dan padat.

November 11, 2011 at 8:59 PM

aduhaiii
T__________________T



kadang2
kita tidak pasti yg ke hadapan itu

tetapi ke hadapan itu pasti selalu untuk kita ...

November 11, 2011 at 9:49 PM

cinte orang baik baik ni....

November 11, 2011 at 10:27 PM

elnya komen... hahahaha... cinta org jahat cengana? ngeh ngeh ngeh :p

November 11, 2011 at 11:14 PM

cinta orang jahat la thrill . membawa kepada pengembaraan dunia yg sebenar !

hehehehehehehehehe .

November 11, 2011 at 11:26 PM

@heroic zero - bad boy quality tu...macam style hollywood je yang ada tu...kakakaka...

November 11, 2011 at 11:42 PM

hu....h. ashik.

November 12, 2011 at 12:39 AM

amboi hero kemain dia...

ps: adik bbb sayang.... cerita nie... hurmmmm.... :(

November 12, 2011 at 1:03 AM

cubaan yang bagus d(^^)

mungkin boleh di suntik lg kesan romantis di dalamnya.

seperti kurang sesuatu di situ.

November 12, 2011 at 1:17 AM

yg atas tu sama dgn cte sy..:( tp tang abg xde da. :) best cte ni!

November 12, 2011 at 11:15 AM

gaya penceritaannya sangat puitis dan melankolik...

cuma saya tak brapa suka 'mak dan ayah' dijadikan sebab Qaira terpaksa kahwin ngan orang lain.

other than that, wow, leh jadi penulis novel romantis ni

tahniah

:D

November 12, 2011 at 8:35 PM

Nice blog posting. I'm just blogwalking and very interesting to stop here and read your post. I like this.

But, dont forget to give us your comment into my blog ya.

Thanks for share.

November 13, 2011 at 1:13 AM

InsyaAllah cinta sampai ke syurga...;-)

November 15, 2011 at 11:23 AM

:(.. pengakhiran cerite yg sedih.. dugaan untuk Qaira.. kehilangan setelah cinta mula berputik :(..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...