Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Sunday, November 6, 2011

Pelangi Di Musim Salji

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips

Senja itu segalanya terungkai. Hubungan Mia dan Adam yang dulunya tiada titik nokhtah kini temui penghujungnya. Cinta yang Mia hamparkan sepenuh hati buat Adam hanyalah perkara yang sia-sia. Sungguh Mia tak terduga… lelaki yang mempunyai imej bersih seperti Adam rupa-rupanya sama sahaja. Tiada bezanya dengan lelaki lain yang hanya gemar mempermainkan perasaan kaum hawa.

*******************************************

Dua bulan adam menyepi tanpa berita. Pesanan ringkas yang di hantar oleh Mia, langsung tiada balasan. Bila telefon, hanya sepatah dua kata sahaja yang keluar dari mulut lelaki tersebut. Namun, Mia tetap bersabar. Kasihnya buat Adam masih utuh tanpa perasaan sangsi. Tiada erti curiga dalam diri Mia terhadap sang kekasih pujaan hati. Meski tiada ucapan penghargaan sempena hari jadi, Mia tetap setia menanti. Menanti sesuatu yang dia sendiri tidak pasti.

“Saya tak nak perempuan lain lagi dah... Nak awak seorang jep tau… awak jangan tinggal saya yee…”-ADAM

“Saya tak kan tinggalkan awak selagi awak tak tinggalkan saya… sekali awak setia dengan saya, berkali-kali saya akan setia dengan awak…”-MIA

Masih terngiang-ngiang lagi perbualan romantis antara dia dan Adam. Lumrah percintaan, segala-segalanya indah di peringkat permulaan. Mia seharusnya sedar risiko perhubungan mereka. Mana tidaknya, Adam terkenal dengan suaranya yang merdu di kala mengalunkan zikir di masjid saat menanti panggilan azan maghrib. Perwatakannya yang kurang bergaul dengan kaum hawa juga menjadi faktor utama mengapa Adam menjadi pujaan dan gilaan pelajar wanita.

Di satu sudut lain, Irfan memerhati Mia dari jauh dengan pandangan yang redup…sungguh, dia kecewa setelah mengetahui si gadis yang berjaya mencuri hatinya sejak pandangan pertama kini telah dimiliki…entah mengapa, sukar baginya untuk menghulurkan salam perkenalan terhadap gadis comel itu…mungkin bagi Irfan…dirinya tidak setanding dan sehebat Adam untuk berdampingan dengan Mia…Irfan percaya…andai ketentuan takdir mereka bersama, pasti Allah akan membuka jalan bagi dirinya mendekati Mia...masa penentu segala-galanya...

 *******************************************

“Lia tahu Mia sayangkan Adam… Lia takde niat langsung nak rampas Adam dari Mia… niat Lia cuma nak berkawan je dengan Adam… tak sangka pula macam ni jadinya… Lia tahu perasaan Mia sebab Lia pun pernah alami perkara yang sama macam yang Mia alami sekarang…”-LIA

“Jangan cakap Lia tahu sedangkan Lia sebenarnya langsung tak tahu apa-apa… kalau Lia tahu, Lia tak kan sangup buat macam ni dekat perempuan lain… sakit…”-MIA

Senyap...

“Lia sayangkan Adam…??? Adam pun dah sayangkan Lia bukan…???”-MIA

“Percayalah Mia… Lia memang takde niat nak rampas Adam dari siapa-siapa… tu semua takdir… Lia ngaku, Adam ada luahkan perasaan sayang dekat Lia… Lia tak dapat nak tolak… Lia tak dapat nak tipu perasaan Lia sendiri… kami banyak persamaan…”-LIA

 *******************************************

Penjelasan dari mulut Lia sudah cukup membuktikan bahawa Adam telah mendustai percintaan antara meraka. Meski airmata membanjiri pipi, Mia tetap tabah memujuk hati memaafkan Adam. Andai Adam memilih untuk tetap bersamanya, Mia sudi menerima lelaki itu lagi walaupun hatinya telah disakiti bagai dirobek dengan belati gergaji. Namun, apa yang difikirkan oleh Mia nyata tak serupa. Adam lebih memilih untuk bersama cinta barunya. Hari-hari yang Mia lalui tanpa kehadiran Adam dalam hidupnya nyata kelam tanpa sebarang cahaya.

Empat bulan berlalu... namun keadaan Mia masih begitu. Setiap malam dihembus bayu, pasti dia ditemani dengan tangisan yang pilu. Mia tidak pernah berhenti untuk terus merindu walaupun kesannya meninggalkan seribu luka dikalbu. Luarannya tampak indah ceria seperti tiada apa yang berlaku namun dalamannya dingin membeku tak ubah bagai patung yang kaku.

 *******************************************

Petang itu, segalanya berubah bagai direstu. Huluran salam perkenalan dari Irfan disambut Mia dengan 1001 perasaan yang menjadi satu. Kehadiran Irfan dalam hidupnya benar-benar memberi semangat baru. Sungguh, keperibadian Irfan telah berjaya mencuri hati Mia tanpa dia sendiri sedari. Irfan sedikitpun tidak pernah jemu membantu dikala Mia menemui jalan buntu. Disaat itu, Mia akui Irfan sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya menemani hari-hari yang dilalui dengan menukar warna putih sedingin salji menjadi warna-warni bak pelangi.

 *******************************************

Irfan sangat mensyukuri dengan kurniaan illahi. Akhirnya dia berjaya menambat hati sang gadis yang selama ini dia ingin dampingi. Bagi Irfan... segala yang terjadi adalah berkat dari kesabaran yang dimilikinya selama ini.

Dan Adam… meskipun masih setia bersama Lia, namun hatinya tetap merindui kehadiran Mia Hidupnya bagai dihantui bayangan bekas kekasihnya lantaran perasaan bersalah menebal di dada.

Bagi Mia… Irfan kini segala-galanya. Irfan lebih bijak untuk menghormati maruah dirinya sebagai kaum hawa. Hati yang suatu tika dulu telah hancur luluh kerana seorang lelaki telah terubat oleh seorang insan yang juga merupakan seorang lelaki. Kerana Irfan, hidupnya kini bersinar ibarat pelangi di musim salji.

- TAMAT -

15 comments

November 6, 2011 at 9:07 PM

cinta sampai mati sekalipun,
jika bukan milik kita,
ia pasti tidak ..

kerana ada yang lebih indah menanti =]

suke!

November 6, 2011 at 9:38 PM

pelangi musim salju...winter sonata le?anyhowvery nice ...memang ada kelas tersendiri...

November 6, 2011 at 10:56 PM

aimie amalina : yeee...betul tu awkk...segalanya yg terbaek buat hamba-Nya....

November 6, 2011 at 10:57 PM

el mariachi : winter sonata...??hee..
thanx anyway...

November 7, 2011 at 12:15 AM

bestnya kalau ada lelaki yg setia mcm tu... haish....

November 7, 2011 at 12:28 AM

aku selalu sangat jumpa kes bercinta bagai nak rak dengan orang ni tapi akhirnya berkahwin dengan orang lain.

November 7, 2011 at 1:46 AM

jodoh di tgn tuhan. kan?





**ada jodoh pasti bersama. tak sia2 irfan tunggu sekian lame.

November 7, 2011 at 9:38 AM

Kadang dalam hidup , kita sangka dia jodoh kita . Dan bila berpisah , kita jadi benci dengan dia .

Mungkin sahaja kau tiada jodoh dengan dia . Mungkin sahaja orang ketiga yang hadir adalah jodoh terbaik untuk kau . Bukan salah kau , bukan salah dia , bukan salah orang ketiga .

Anggap saja orang ketiga itu penyelamat kau .

Semua tu takdir Dia . Semua itu , hidup . Kan ?



=)

November 7, 2011 at 11:34 AM

pehhh.. power cerita ni.. saya suka :)


insyaAllah... andai dia jodoh kita.. jodoh pertemuan di tangan Tuhan ^^

November 7, 2011 at 9:40 PM

bidadari syurga : bahagia kannn...??

hanaahmad : yeap...terlalu klise...

November 7, 2011 at 9:48 PM

stalker hebat : betul tuuu...

andai tiada jodoh utk bersama, menunggu seabad lame pon tak bergune..

heroiczero : andai org ketiga itu hadir sebagai penyelamat hidup, pastinya sangat bersyukur....

yang terbaik sentiasa tersedia buat hamba-hambanya...

bella bell : thanx awk...jodoh yang ditetapkan oleh-Nya insyaalah yang terbaikk...yakin pada-Nya..

November 9, 2011 at 10:25 PM

seronok baca cita neh...

irfam macam cita dalam stanza cinta lak..heheh...

tajook pun best..;)

November 10, 2011 at 10:09 AM

lelaki semua sama jer!!!! (baca dengan nada menjerit seperti diserang hsiteris)


p/s : suke citernye.. mcm pernah rasa..

November 10, 2011 at 7:37 PM

ila honeybunny : stanza cinta..??alamak awk...tak tengok lah crite tu..maklum lah kann...duk dalam hostel tak ubah mcm duk lam penjara...

nway, thanx...

November 10, 2011 at 7:40 PM

ladybird : errr...tak semua lelaki cam yg awk fikirkan...heee...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...