Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Sunday, November 20, 2011

Antara Permata dan Kaca

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips

Aimie Amalina


Antara permata, berlian dan kaca, yang mana selalu menjadi idaman puncak hati? Susah sekali mahu melihat kaca menjadi pilihan kan?

Permata bernakhodakan mahkota disisipi tiara, bersalutkan emas perak itulah menjadi kegilaan sekalian manusia. Sungguh ketaksuban dunia menutupi ruang kornea mata yang sudah kejadiannya kecil itu azalinya.

“Kaca, kenapa mereka tidak memandang engkau, sedangkan engkau banyak kegunaanya?” Bisikan penuh dengan perlian daripada si permata.

“Jangan ditanya kenapa pada diriku, kelahiran aku bukan terus kembang dari perut bumi. Semua pilihan daripada manusia itu, yang enak menciptakan diriku. Tanyalah kepada mereka!" Bentak si kaca dengan nada kecewa.

“Persis kau memang kecewa bukan?” sindir permata lagi.

“Sekali lagi ku katakan. Jangan tanya kepada diriku. Aku hanya sepertimu. Cuma aku bukan permata, aku hanya kaca!" Tegas si kaca, berlalu meninggalkan permata.

"Sakitnya bahu ini. Daripada pagi sehingga sore, mahu sahaja patah relah urat bagai yang melekat di tubuhku ini. Aduhai, kenapa nasib ku begini. Kenapa tidak seperti mereka yang lain" Berkata Tanggang sendirian.

Keluhan si Tanggang yang bersuara dari sehari ke sehari. Makin tak tertanggung dengan kesusahan yang menimpanya. Hanya mengharapkan ikan di lautan. Jika Tuhan mengarahkan ikan keluar dari gua lautan, maka terisilah perutnya hari itu. Jika tidak, pucuk ubi menjadi santapan di kala siang dan malam.

Perut sudah alah bisa tegal biasa. Walau berhari tidak makan, berbekalkan air yang menyusuri tekak, masih lagi mampu berdiri teguh kalah badang yang hanya makan muntah untuk kekal segar. Begitulah. Kalau sudah susah apa-apa pun jadi perkasa.

Sementara sedang sibuk mengemas jala yang terkoyak yang belum dirawat itu. Sesekali, pandangan terus menjunam ke dasat lautan itu.

“Hoitttt! Menung jauh! Jatuh dalam laut sat gi, tak mau aku selamatkan hang aih...” Sergah Wira yang menyentuh bahunya dari belakang.

“Uishhh! Hang ni, kalau ya pun nak aku mati awai, tok sah lagu ni, senak jantung aih, betoi-betoi junam dalam laut sat gi baru hang taw... nangis tak lagu la hang,” balas Tanggang menutup segala renungan hampa tadi.

“Hehe, awat hang ni, aku tengok sejak akhir-akhir ni jauh sangat menungnya, awat..? Melur tolak cinta hang ka” Wira terus menduga Tanggang dalam diam.

“Tak dak lain ka hang nak pikiaq? Dok aih, aku dengan Melur pun kawan ja aih, bukan nya apa-apa pun, baik aku pikiaq, kenapa aku hidup tak penah nak senang, asyik lagu ni ja. Awat ha?” jawab Tanggang sambil tangan ligat mengemas perkakas di sampan sebelum sampai di darat.

“Itulah hang, dulu aku suruh hang ikot Pak Jako, hang tak mau, sekarang siapa susah. Dah la weh" Berlalu Wira meninggalkan Tanggang dalam keadaan termangu-mangu itu.

Pak Jako. Kenapa aku lupa tentang itu? Bermain-main nama itu di benak Tanggang.

Kenapa aku masih merasa aku kurang sesuatu? Aihhhh... susah sangat susah, tapi kalau senang, lagi susah, kenapa niiii? Bentak hati si Tanggang seperti seakan sedang memijak bara api yang sedang hangit membakar tubuhnya.

Kini Tanggang bukan lagi nelayan. Tetapi Tanggang orang kanan Pak Jako, yang memungut hasil duit dengan cara paling hebat. Mudah lagi hebat. Minta saja sama orang, terketar-ketar tangan menghulur kepingan merah, kepingan biru,  dan kepingan warna lain lagi.

Sungguh duit itu seperti menggunung. Mahu makan apa, cakap sahaja. Dihidangkan puluhan hidangan di depan mata. Sehingga tidak tahu yang mana mahu dijamah dahulu. Begitu terasingnya kehidupan dulu jauh meninggalkan kehidupan sekarang.

Kehebatannya dalam seni bersilat, menjadikan dirinya orang kuat Pak Jako. Disegani, ditakuti, malah digeruni sekalian binatang yang meliar sekalipun.  Sebut sahaja Tanggang, pasti melutut tiada mendongak lagi keawan biru. Bagai Tuhan seperti dianak tirikan, diganti dengan si Tanggang yang gagah perkasa ini.

Tetapi hakikatnya..Tanggang menderita. Tidur malam nya sering kepanasan. Sering dicerobohi dengan usikan maya tiada jelas di pandangan mata kasar. Sungguh terseksa, kenapa di ganggu sedemikian rupa. Bagai ada yang sedang cuba menghalang daripada dirinya terus menjadi “Tuhan” kepada manusia kerdil yang lain.

“Awat tuan Tanggang, kami rasa Tuan Tanggang macam gelisah semacam” dari sehari ke sehari, Tanggang diasak dengan persoalan sedemikian. Tetapi dia sendiri tidak mampu menjawabnya kerana diri dia sendiri tidak tahu apa jawapannya. Mulai dia merasa dia mahu termenung kembali, seperti waktu itu. Seperti waktu dia bersenda gurau dengan Wira, sahabat baiknya dulu. Wira? Ke mana kau?

Aku kira aku hilang sesuatu. Aku hilang sesuatu yang pernah aku punyai dulu. Waktu aku susah dahulu.

Tidak semena, mata Tanggang mula berkaca. Mula melahirkan butiran mutiara asli daripada balik corong air mata kepunyaan sepasang mata asli itu.

Aku.. aku.... aku sangat bodoh!

Aku selalu bongkak untuk menjadi permata yang berkilau di sana, tetapi aku lupa aku dahulu kaca. Kaca walau tidak begitu berharga seperti permata, tetapi masih gembira menjadi hamba Dia. Selalu merendahkan hatinya berkhidmat untuk manusia. Bukan seperti permata yang hanya memilih untuk berada di mahkota , tidak pernah langsung mahu menjadi  hamba yang lemah disisi-Nya.

Sesungguhnya, Dia mencintai orang yang menyedari dirinya itu lemah selemah-lemahnya..

Aku ingin menjadi kaca! Aku nazak menjadi permata!

-TAMAT-



10 comments

November 20, 2011 at 9:30 AM

pun tak gembira bila dh berjaya.... hurm...

November 20, 2011 at 9:42 AM

aku juga ingin menjadi kaca boleh? hehehe :P

nice one ^^

November 20, 2011 at 10:53 AM

menawan tak semestinya membahagiakan bukan. :)

November 20, 2011 at 11:05 AM

ahhh...sudut pandangan yang berbeza...namun kaca tetap kaca sering melukakan sifatnya...

November 20, 2011 at 9:23 PM

masing-masing ada sifatnya.


**ye dak?

November 20, 2011 at 10:55 PM

sungguh mendalam wahai aimie

tapi ade sesuatu y ade

sy nk jadi diri sendiri

itu sudah ckop

November 21, 2011 at 2:18 AM

kaca atau permata, masing2 punyai kelebihannya.....bersyukur dengan apa yang ada pada diri kita..

November 21, 2011 at 3:53 PM

suka penggunaan nama2 klasik itu

:D

November 23, 2011 at 2:06 PM

menjadi kaca lebih indah drp menjadi permata..

kaca tetap ada gunanya andai ditempatkan pada tempatnya..

malah lebih diperlukan oleh manusia dalam kehidupan..

January 16, 2012 at 1:17 PM

dari sudut pandangan yang berbeza..
unik dan luas maksudnya...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...