Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Wednesday, November 30, 2011

Tulisan Dari Khairul Antasha Malam Ini

1:25:00 PM | Best Blogger Tips
#Malam Jam 9.

Gua usha... Dalam usha... Gua jumpa dia... 'Khairul Antasha'...

ps: Terima kasih kepada yang menyokong kami tanpa henti. Sebarang penulisan dari kalian amat kami alu-alukan(bersatukan di bawah Koleksi Tulisan guest writer). Tak kira. Kita semua amatur. Hebat tak hebat belakang cerita. Tulisan kita seninya beza-bezakan...? 

Monday, November 28, 2011

Amboi Pak Itam Sayang

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips


Kalau tak bermonolog sebelum tulis isinya memang bukan style El Mariachi lah ye... mungkin itu Almari Achi...

Chenta perlukan guide. Mana boleh chenta membabi buta saja macam dunia ni untuk diorang berdua saja. Tanyalah orang yang pernah berchenta dan kecewa berchenta. Tentu ada part yang korang boleh gunakan untuk refer masalah korang dalam chenta.

Bak kata kawan aku Izad - 'Pompuan ni semua tingkah laku dorang dalam tapak tangan aku aje Seth...' walau itu macam bagus punya statement itulah yang kita kena belajar dulu. Takderlah frust menonggeng bila dah burn dengan awek.

Kenalkan hero chenta entry aku kali ni. Namanya Kamrul Fariz. Tapi kawan-kawan serumah memanggilnya Pak Tam. Mungkin sebab kulit dia gelap sikit - tall, dark and hensem. Pak Tam balik dari kerja dan menghentikan motornya dan memaki hamun menyumpah seranah.

"Shitttt!!! Siyalll!!! Wadefakkk!!!"

Rasanya ayat-ayat tu tak lekang dari mulutnya kawan-kawan serumah bujang tu hanya mampu menggelengkan kepala. Entah apa pulak masalah problem Pak Tam bawak dari dunianya di luar sana. Selepas mengambil towel dan mengikatnya ke dada macam style akak-akak Pak Tam masuk ke bilik Seth dan Izad memasang radio dan memutarkan lagu lagu kesukaannya dari kumpulan Pearl Jam (Seattle Sounds) - Black

"Ngapo kau Tam? Kau jahat kat sekulah aku rotan nanti..." Kata Aton@Azam berloghat negeri memerli Pak Tam yang paling muda di antara mereka berlima di rumah itu. Sudah bertahun juga mereka duduk bersama merantau di KL sudah kenal hati budi masing masing.

Hizar pula hanya bersiul-siul kecil dan melayan kepalanya dengan membaca suratkhabar. Mungkin boleh menambahkan pengetahuan dengan membaca. Aton dan Hizar balik awal sebab diorang berdua penjawat kerajaan. Pukul 5 dah balik dan rilek-rileks layan citer bersiri Korea Winter Sonata.

Sekejap lagi mungkin Seth dan Izad balik dari kerja dan mereka selalunya keluar makan bersama-sama kat gerai bawah jambatan kat Pantai Dalam tu(sekarang dah takder lagi)... yang selalu balik lambat memang mereka berdua sebab sebelum balik rumah kena punch card(minum petang dengan awek masing-masing)

"Siyalll... Shitttt!!!" Pak Tam memaki hamun lagi selepas keluar dari bilik air lepas mandi.

"Iishhh!!! Tu gaduh ngan awek lah tu... tak abih abih... susah-susah bagi kat aku yo Tam.. taulah aku ngajar awek kau tu..." Bentak Aton.

"Tapi aku sayang dia..." Kata Pak Tam sambil menyembamkan mukanya ke bantal dalam bilik yang muat dua orang tu.

"Ni apa lagi ni Pak Tam? Habislah bantal aku tu jadi tempat kau nanes..."Seth balik dan terus masuk ke biliknya yang selalu menjadi port kengkawan lepak dalam rumah tu. Mungkin dalam mereka berlima Seth yang paling tua sekali. Maka Seth dijadikan tempat refer kalau ada masalah chenta.

"Woii korang cepat siap... kita makan jap lagi..." Kata Izad pula dan terus masuk ke bilik air.

"Eehhh!!! Siapa pulak main layang-layang ni... celakeeee...!" Marah Izad dalam bilik air.

Mereka berpandangan antara satu sama lain dan Aton pula tersenyum memandang Pak Tam. Mungkin ada koleksi terbaru 3GP di handphone Pak Tam.

"Sabun di bilik mandi... sabunnn..." Dan dialog cerita Laksmana Doremi pun tiba-tiba dinyanyikan Izad.

"Kau kena kurangkan bersabun atau main layang-layang kat bilik mandi Pak Tam... kalau tak jiwa kau jadi lemah camni lah..." Kata Seth pada Pak Tam.

Sunday, November 27, 2011

Duda Suamiku

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips


Prangggg... retak seribu sekeping hati dikala butir bicaranya telah diimpulskan oleh otak. Berfikir panjang aku. Hati yang retak didiamkan terus agar tidak diketahui oleh bakal suamiku ini. Namun aku tahu dia dapat mengesan perubahan pada tutur bicara aku. Bicaraku makin tersekat-tersekat menahan rasa sebak. Ahh..bukankah seringkali dipesan supaya bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan yang datang kerana status dia itu. 

Beberapa bulan saja lagi majlis perkahwinan aku dan dia akan berlangsung. Sedikit sebanyak persiapan telah mula dilakukan. Tiba soal jemputan para tetamu membuatkan aku sedikit kecil hati. Owh..patutkah untuk aku berkecil hati sebenarnya? 

Bakal suamiku yang tidak ramai tahu akan status dirinya yang sebenar menyebabkan dia tidak mahu kad jemputan disediakan bagi pihaknya. Hanya pihak pengantin perempuan iaitu aku sahaja yang perlu ada. 

“Tapi kenapa abang? Nanti abang kena jemput kawan-kawan dan orang kampungkan bila majlis kita?” 

“Abang akan menjemput mereka tapi tidak perlulah kad semua. Lagipun sayangkan tahu abang ni duda.” 

Memang status itu yang menyebabkan dia begitu teliti dalam perancangan majlis kahwin kami. Aku yang akan merasa buat kali pertama ini tidak dapat melaksanakan apa yang dihajati. Tapi itu tidak mengapa. 

Cuma dirinya...seorang yang perahsia. Sudah 2 tahun dia menduda tapi tidak ramai yang tahu. Malah ramai rakan sekerja beranggapan dia masih bersama bekas isterinya yang dulu. 

Sudah 2 tahun dia merahsiakan kisah sebenar. Begitu tegar bakal suamiku ini. Kisah pahit itu yang membuatkan dirinya begini. Aku bernasib baik. Bernasib baik kerana aku tidak tergolong di kalangan rakan sekerjanya. Dia tidak merahsiakan tentang kisahnya yang sebenar malah menceritakan semua. Dari awal hingga akhir. Begitu tegar bekas isterinya berbuat demikian. Meminta diceraikan atas alasan yang membuatkan aku hilang kata. 

“Saya berkahwin dengan awak hanya nak merasa apa itu perkahwinan, dan kini saya mahu bersama dengan bekas teman lelaki saya yang dulu.” 

Si isteri yang meninggalkan ayah sendiri kepada suami. Dijaga oleh suami sendiri di kala isteri bekerja di negeri yang berlainan dengan si suami tegar meminta cerai dengan sang suami yang sanggup menjaga bapa mentua siang dan malam sendirian. Setiap minggu membawa bapa mentua mendapatkan rawatan. Aku hampir mengalirkan air mata dikala mendengar cerita daripada bakal suamiku. Dan dengan rela hati dia melepaskan si isteri yang derhaka itu walau sangat perit. 

Dalam sikap ramah, dia sebenarnya adalah seorang yang perahsia. 

Aku masih lagi terkebil-kebil melihat bilah-bilah kipas berkejaran sesama sendiri yang aku pasti tidak akan dapat dikejar sebenarnya. Hati seolah-olah merintih. Hati dipaksa untuk menerima hakikat. Mungkin dapat menerima hakikat tapi ia tetap meninggalkan satu persoalan. Sampai bila abang akan merahsiakan statusnya yang sebenar? 

Dan majlis resepsiku nanti hanyalah dihadiri oleh ahli keluarganya yang terdekat sahaja. Itu yang membuatkan aku sedikit terkilan. Raja sehari yang patut dirai hanya akan melalui satu majlis yang biasa. Biasa yang aku maksudkan adalah antara ahli keluarga sahaja. Dan aku risau. Apakah pandangan saudara mara aku nanti. Saudara mara tidak aku kisahkan sangat tapi yang aku sangat kisah ialah bagaimana perasaan ibu dan abah melihat majlis anak perempuan tunggalnya ini? 

Dalam diam, cecair jernih mengalir di tubir mata. Otak terus ligat berfikir. Apakah tindakan suamiku ini adalah untuk mejaga maruahnya atau untuk menjaga maruah aku? 

Aku masih ingat lagi di akhir bicaranya sejam yang lalu.. 

“Ini baru sikit dugaan yang sayang perlu lalui. Kelak, bila bersama lagi banyak dugaan yang sayang kena tempuh. Sayang sudah bersedia ke belum? Yakin untuk meneruskan hubungan dengan abang?” 

Bila dikenang kembali dia seolah-olah mahu melindungi aku. Tidak mahu hati aku disakiti oleh orang lain dengan kata-kata sinis yang bakal aku dengar selepas kami berkahwin atau mungkin semasa kami kahwin. Itulah sebab dia telah mengambil tindakan awal untuk menjemput saudara yang terdekat sahaja. 

Hati aku tidak pernah berbelah bahagi terhadap bakal suamiku.. 

Aku hanya ingin diraikan. Hanya ingin dikenali oleh semua bahawa akulah isterinya. Tiada lagi kisah bekas isterinya yang dulu. Biarlah semua tahu bahawa akulah isterinya yang kedua tetapi pada hakikatnya adalah yang pertama dan yang terakhir. 

Buat bakal suamiku.. 

Aku menerimamu seadanya. Hanya dirimu yang melengkapi fitrah diri ini.

Kiranya Kau Mengerti

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips

mimi marcella


“Aku benci dia!!” jerit satu suara.

Beberapa kali kalimat itu diucapkan. Sungguh hatinya terluka. Begitu dalam kekecewaannya. Bagaimana dia harus menerima kenyataan bahawa dirinya telah diperlakukan begitu sebanyak dua kali.

Sebelum ini, dia juga mengalaminya. Cuma peritnya tidak terasa. Tetapi kali ini hatinya sungguh hancur. Perempuan mana yang boleh bertahan sekiranya diperlakukan dengan keadaan yang sama sebanyak dua kali?

Selama ini hatinya dikeraskan untuk lelaki itu. Apa sahaja tohmahan yang dilemparkan, dia tidak peduli. Dia nekad. Lelaki itu wajar diberi peluang kedua. Tapi, keputusannya memakan diri. Dia mengalami keadaan itu atas kedegilannya sendiri.

“Aku benci dia! Sungguh! Aku teramat bencikan dia,” Luluh suara itu dalam tangis.

*****

“Sudikah awak terima saya semula?” Tanya jejaka itu.

“Apa maksudnya,” Balas sang gadis cuba bermain tarik tali.

“Awak tahu apa maksud saya, Isya,” Ujar Irfan.

“Irfan, saya tak tahu nak cakap apa. I’m shocked. Beri saya masa untuk fikirkannya. Saya harap awak faham,” Kata Isya meminta pengertian.

“Baiklah. Tapi saya harap awak tak kecewakan saya,” Irfan cuba memancing.

Malam itu perasaan Isya bercampur baur. Wajarkah dia menerima semula lelaki yang pernah mengecewakannya suatu ketika dahulu. Lelaki itu ialah lelaki yang sama yang mendera perasaannya.

Bolehkah dia lupakan semuanya yang telah terjadi sedangkan pada hakikatnya peristiwa itu sering menghantuinya, sedangkan hatinya takut untuk bercinta lagi kerana takut dilukai.

Insan yang selayaknya bertanggungjawab atas semua ini ialah lelaki itu, Irfan Husaini! Lelaki yang dicintainya sepenuh jiwa raga dua tahun yang lalu. Cintanya putus di tengah jalan atas sikap lelaki itu yang cemburu dan bertindak melulu tanpa berbincang.

Tapi, Isya rela menerima semuanya dengan sabar dan tenang meski hatinya berkocak hebat tika kata perpisahan itu dilafazkan. Air matanya gugur juga mengenangkan pengorbanannya tidak dihargai.

“Patutkah aku menerimamu? Dulu diri ini kau campak sesuka hati. Kau buang seperti barang. Bila suka kau sayang, bila tak mahu kau lemparkan. Tuluskah hatimu Irfan? Wajarkah kita berkasih semula?” Bisik hatinya.

Apakah dia tegar hatinya dilukakan lagi? Adakah ini jalan bahagia setelah kecundang dipermulaan? Hati Isya berbolak balik. Dia resah di pembaringannya. Kata-kata itu bermain-main di kotak fikirannya.

‘Saya masih sayangkan awak. Saya cintakan awak Isya. Saya rasa sunyi sepanjang ketiadaan awak. Saya harap awak sudi terima saya semula,’

‘Benarkah sayangmu itu Irfan?’ Bisik hati kecilnya.

Di sudut sana pula, Irfan juga tidak senang duduk. Serba serbi tidak kena lagaknya. Takut andai niat sucinya menjadikan gadis itu ratu di hatinya tidak kesampaian. Bimbang sekiranya Isya menolaknya mentah-mentah.

*****

“Isya, apa kata putus awak?” Tanya Irfan selamba menutup rasa gugup di jiwa.

“Saya tak tahu nak cakap macam mana. Tapi sebelum saya beri jawapan, bolehkah awak berjanji dengan saya?” Isya

“Apa Isya?” Irfan.

“Janji yang awak tak akan ulangi lagi kesilapan yang dulu. Janji yang awak berubah. Janji yang awak tak akan lukakan hati saya lagi” Isya.

“Insya-Allah, saya akan cuba. Tapi, berilah saya masa. Bolehkah Isya?” Irfan.

“Baik, saya akan pantau perkembangan awak untuk berubah” Isya.

“Jadi, maksudnya sekarang awak terima saya?” Irfan.

“Erm, nampaknya macam itulah” Isya.

“Terima kasih kerana sudi berikan saya peluang kedua” Irfan.

“Apa awak rasa sekarang? Lega selepas dengar jawapan saya?” Isya

“Ya, saya rasa sangat lega. Tak tahu nak cakap macam mana. Saya tak tentu arah seminggu ni. Risau sangat kalau awak tolak saya. Sekarang bolehlah saya menarik nafas lega” Irfan.

“Tapi Irfan, awak kena berusaha sebab sayang saya pada awak tak lebih daripada seorang kawan. Lepas kita berpisah, saya dah tetapkan hati saya untuk sayang awak sebagai kawan. Jadi, saya perlukan masa untuk itu” Isya.

“Okay, saya akan buat sedaya yang saya mampu” Irfan.

*****

Kini janji hanya tinggal janji. Irfan masih dengan perangai lamanya. Egois dan membiarkan. Setiap kata yang diluahkan selalu disalah mengertikan. Sensitif tidak bertempat. Memang sukar mengubah seorang yang benar-benar ego sepertinya.

Isya jadi lemas dilayan sebegitu. Tegurannya dipandang sepi. Malah lebih buruk apabila disalah tafsirkan oleh Irfan. Lelaki yang satu ini benar-benar membawa satu malapetaka dalam hidupnya.

Sudah diberi peluang tapi tidak mahu digunakan. Memang dasar tidak tahu bersyukur sungguh. Isya bukannya mahu dilayan seperti seorang puteri raja. Cukuplah jika Irfan menunjukkan sedikit sifat mengambil berat terhadapnya.

“Awak tahu tak lagu kekasih yang tak dianggap oleh Kertas?” Tanya Isya di corong radio.

“Apa yang awak merepek ni?” Balasnya tidak mengerti.

“Merepek? Saya tanya saja. Saya rasa lirik lagu tu macam kena dengan saya” Isya.

“Maksudnya?” Irfan.

“I don’t think that I belong to someone” Isya.

“So, you want belong to someone?” Irfan.

“Maksud saya, saya tak rasa saya ni kekasih orang. Macam solo saja, tahu?” Isya.

“You know what? Whatever okay?!” Kata Irfan seraya panggilan diputuskan.

Hati Isya benar-benar sakit. Sungguh dia terkejut dengan tindakan Irfan itu. Walaupun salahnya mengganggu tidur Irfan kala itu, Irfan tidak sepatutnya bersikap biadap seperti itu. Sungguh dia geram dengan sikap lelaki itu. Benar-benar merunsingkan. ‘Kenapalah aku bodoh sangat terima kau dulu’ Bisik hati kecilnya.

*****

Setelah menyepikan diri selama empat hari selepas perbualan mereka malam itu, Irfan memberikan mesej kepada Isya melalui Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS). Mesej yang terlahir itu benar-benar membuatkan Isya tersentak dan terkedu.

- Saya dah fikir masak-masak
+ Apa?
- Saya nak putuskan hubungan ni. Saya minta maaf. Saya harap awak gembira dengan keputusan saya ni.

Zaapp!!

Gembira? Apa dia fikir aku boleh gembira dengan keputusan dia yang mengejut ni? Dia ingat aku ni apa? Bentak Isya dalam hati. Kesabarannya benar-benar teruji.

+ Apa awak fikir saya ni apa? Dua kali awak buat macam ni.
- Saya rasa awak tak dapat terima kelemahan saya. Lebih baik saya beralah.
+ Mana awak tahu? Awak ni memang! Masa nak bercinta tanya, masa nak putus buat keputusan seorang diri.
- Whatever. You are perfectionist.
+ How dare you! Jangan tuduh sembarangan. Tahniah sebab berani.
- Terima kasih.
+ Okay. Kita dah the end! Finish!!

Hatinya benar sakit kala itu. Sudahlah diperlakukan begitu buat kedua kalinya, dituduh mementingkan kesempurnaan pula. Bertambah geram jadinya.

‘Jantan tak guna!! Aku benci kau!’ Jeritnya dalam hati lalu menangis teresak-esak. Masakan Isya tidak sedih, dia berusaha mencintai lelaki itu. Walaupun cintanya belum mekar, sayang itu sudah wujud.

Irfan tidak nampak usahanya. Dia sudah mencuba sehabis daya. Lagi pula, tempoh mereka masih terlalu awal untuk melihat perkembangan itu secara drastik. Ya, Irfan yang tidak sabar dan terburu-buru.

Isya tidak pernah mementingkan kesempurnaan. Apa yang dimahukannya hanyalah sedikit perhatian daripada Irfan. Dia mahu Irfan bersifat lebih mengambil berat. Dia bukannya meminta emas, permata, berlian mahupun Mini Cooper sebuah. Hanya lebih mengambil berat. Hanya itu. Hanya itu!

Jika Isya seorang yang perfectionist, sudah daripada mula lagi dia menolak Irfan. Irfan tidak kacak, apatah lagi kaya. Tetapi, dia tidak pandang itu semua. Apa yang Isya tahu, dia mahu memberikan lelaki itu peluang kedua. Malangnya, tidak dihargai.

“I’m not a perfectionist. I’m not like that” Kata Isya sambil tersedu sedan di bahu Mia, teman sebiliknya.

“Ya, awak bukan begitu. Irfan tu memang melampau. Sudahlah, tak ada gunanya awak menangis” Pujuk Mia.

“Saya sedih dia tuduh saya begitu. Saya dah cuba sedaya upaya” Isya.

“Sayangnya Irfan tak nampak. Dahlah, dia yang bodoh sebab tak reti menilai. Dia yang rugi melepaskan awak, Isya. You deserve someone better than him” Mia.

“Betul ke saya ni macam tu? Perfectionist?” Isya.

“Tak. Sudahlah, kata-kata Irfan tu tak benar. Dia dah tak ada alasan, sebab tu dia cakap macam tu. Alasan yang tak kukuh" Mia.

“Aku benci dia!! Benci!! Teramat benci!!” Jerit Isya meluahkan rasa yang terbuku. Geram, sedih, kesal, kecewa, semuanya bercampur menjadi satu.

Bagaimana bisa dia bertahan andai segala beban kesalahan diletakkan di atas bahunya untuk digalas seorang diri. Jika itu salahnya, bukan seratus peratus daripadanya. Kesalahan itu milik bersama.

‘Kau kejam Irfan. Kejam. Aku benci kau. Sungguh aku maksudkannya kali ini’

Dia terus melepaskan rasa di bahu Mia. Bagaikan anak kecil yang dipujuk sang ibu, begitu juga Isya yang dipujuk Mia. Perpisahan kali ini menyentap tangkai hatinya. Jika pada kali pertama dia boleh menerima dengan tenang, tetapi tidak kali ini.

Dia terasa diperbodohkan. Ya, bodohnya dia memberi pengorbanan pada yang tidak memerlukan. Apatah lagi yang tidak tahu menghargai. Tembok ego Irfan memang sukar ditembusi. Betapa menyesalnya dia memberi peluang itu kepada Irfan. Sungguh!!

~Tamat~

Wednesday, November 23, 2011

Cinta Yang Terpinggir

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips

Kalau dulu aku tak kenal erti kehidupan. Aku masih hanyir lagi menilai kehidupan aku bercinta bagai nak rak dengan si dia dengan pujaan hatiku. Cinta seindah yang aku ucapkan. Seindah dan seasyik lagu-lagu cinta.

Kini aku sedar... Angan-angan aku dan mainan perasaan hati aku. Aku terlalu mentah dan dia masih bersekolah. Ketika teman-teman sibuk mengulangkaji mentelaah buku buku dan hidup sebagai seorang bakal cendikiawan. Aku mengeluh merenung nasib setelah kecewa cinta di awal remajaku. Lantas aku bangkit semula menghadapi hari muka. Cinta bukanlah seindah yang selalu di angan-angankan.

"Sekarang abang kerja apa?" 

"Abang kerja buruh kasar je kat Highway ni sebagai penebas rumput..."

"Mengapa abang selalu menghindarkan diri dari saya..."

"Adat manusia... kalau susah tak siapa nak mendekati... abang faham..."

"Tapi bukan saya yang menjauhi abang... sedih saya bang... walau apa pun kerja abang... saya tak pernah berubah hati..."

"Mungkin pada kau tidak ada yang mengubah namun apa kata keluargamu... pergilah kau pulang nanti mungkin adik angkat kakakmu polis polis bujang yang mengunjungi rumah kakakmu itu... tentang diri abang ni tahulah abang membawa diri..."

Dan bagaikan terdengar sebak nafasnya di telingaku. Lantas ku kira saat ini airmatanya bergenang dan jatuh mengalir ke pipinya. Cinta bukanlah gurauan dan tangisan itu sangat bermakna. Aku terus melangkah dan memakaikan penutup muka. Aku juga mengalirkan air mata namun tak siapa tahu. Remuk redam setelah berpisah dengannya. Semuanya ku hadapi dengan tabah. Aku mendoakan supaya dia bertemu dengan lelaki yang lebih baik dan sempurna dari aku yang hina ini.

Hidupku tak seindah masa berdua dengannya memadu cinta. Kini semua tinggal kenangan sahaja. Kenangan yang tak mungkin aku lupakan. Bila aku terasa rindu aku akan memetik gitar menyanyikan lagu cinta aku dan dia. Itu sahajalah yang mampu aku lakukan untuk mengubati keresahan jiwaku yang di amuk rindu padanya untuk kembali padanya tak akan mungkin terjadi dan untuk dia kembali padaku adalah khayalan ku cuma.

"Abang... saya mungkin akan ditunangkan oleh keluarga saya di kampung di utara sana..."

"Syukurlah... jodoh kau sudah di aturkan... aku cuma mampu mendoakan kebahagiaan kau..."

"Apa memang tiada cinta lagi di hati abang untuk saya..."

"Cinta jangan kau ucapkan lagi... bukan tiada malah cinta padamu sudah menjadi kaca yang meremukkan segenap isi hati aku... bukan aku membencimu... tapi ketahuilah kau... cinta yang bersisa ini jugalah yang memberi semangat untuk aku meneruskan kehidupanku... aku harap kau mengerti..."

"Abang... saya masih cinta... saya masih sayang... walaupun abang buat saya macam ni... walau sudah bertahun saya masih menantikan abang..."

"Aku tahu... namun aku harap kau buangkanlah perasaan tu jauh-jauh dan cintailah orang yang akan jadi teman hidupmu itu..."

Sebagai jawapan dari semua permasalahan aku... Akhirnya aku mendapat offer dari sebuah syarikat permotoran kedua. Aku akan meninggalkan daerah ini sama waktu dan masanya dia diijabkabulkan sebagai seorang isteri. Selamat tinggal sayang. Selamat tinggal pujaan. Aku doakan kau bahagia.

Monday, November 21, 2011

Kalau Saja .

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips


Aku punya kawan. Bisa saja untuk kau panggil, Anne.
Aku kenal Anne sejak dari zaman sekolah lagi.

Orang nya baik. mudah bawa bicara.
Lain dari gadis yang biasa.
Boleh bicara tentang  filem, buku, musik.

Ada yang mengusik kami sesuai bersama.
Senyum.
Ketika itu, Anne sudah berteman.
Jadi Aku biarkan.

Selepas zaman sekolah , Anne masih berteman .
Tapi kami masih berhubung .
Aku pula , mula mengikat kasih bersama seseorang .
Kenalan di kolej.

Selang tak lama, Anne hubungi Aku.
Dia sudah putus. Kasih hati tiga tahun, tamat.
Aku cuba jadi kawan yang baik, pujuk setiap tangisan.
Tapi entah kenapa ada rasa senang dalam hati.

Aku masih mengikat kasih bersama seseorang.
Dan juga, masih berhubung dengan Anne.
Anne tahu tentang itu, tapi dia tidak kisah.
Kami kan hanya kawan?

Ada yang mengusik kami sesuai bersama.
Senyum.
Ketika ini, Aku sudah berteman.
Jadi Aku biarkan.

Anne sudah punya pengganti.
Seorang bakal jurutera, khabar nya.
Bagus untuk dia.
Aku ucap tahniah.

Selang tak lama, Aku putus kasih.
Aku hubungi Anne, cerita luah segala.
Sedih putus nya kasih.
Anne masih memujuk.

Anne masih berteman,
Dengan bakal jurutera itu.
Dan Aku,
Biarkan putaran itu terus berulang.

Kalau saja aku tunggu lewat sedikit.
Kalau saja dia tunggu lewat sedikit.

Ada yang mengusik kami sesuai bersama.
Senyum.
Ah biar lah.

Masa tak pernah kena.
Masa tak pernah ada.

.END.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...