M. Faiz Syahmi
Cerrie bermain rambutnya. Menggulung-gulung dengan jari.
Di hadapan cermin, dia tersenyum sendiri. Dia telah jatuh cinta. Dan dia sangat
gembira dengan perasaan bahagia. Wangian Ceri memenuhi rongga hidung. Cerrie
melompat terjun ke atas katil. Dia menepuk tangan dua kali. Lampu tidur
terpasang, lampu bilik terpadam. Malam ini dia akan bermimpikan
bintang-bintang. Kerana cinta makin hari makin datang, tiap hari timbul rasa
sayang. Esok akan jumpa lagi dengan tersayang.
“Awak, awak masih tak percaya saya?” Cerrie berwajah
gusar. Seminggu. Seminggu dia ambil masa untuk memberanikan diri meluahkan rasa
hatinya. Dia masih tak dapat menerima hakikat bahawa si dia masih tidak dapat
percayakannya. Cerrie peluk belakang si dia. “Winnie.. please.. I want you.
Really. And I am serious about it,” Cerrie membisikkan ke telinga Winnie.
Winnie mengeluh perlahan. Tangan Cerrie yang melingkar perut Winnie makin lama
makin naik ke atas. Tak lama, menyentuh dadanya. Tangan Cerrie menjalar lebih
jauh, naik ke atas bahu Winnie. Kemudian tangan itu terus jatuh, mencari tangan
Winnie. Dua tangan berpegangan erat. “Darling.. I love you,” Cerrie bisik
perlahan lagi.
“Hmmm..” Winnie pejam mata. Air matanya mengalir setitik.
“Saya bukan tak percayakan awak, tapi semuanya berlaku terlalu pantas. Sayang,
saya sayangkan awak. Tetapi hanya sekadar teman semata-mata. Bukannya sebagai
seorang pencinta..” Winnie usap-usap pipinya pada kepala Cerrie. Bau ceri
menjengah hidungnya. Bau kesukaannya. Tangan Cerrie dicumbu. Dari belakang
telapak tangan, bergerak ke pergelangan tangan. “Cerrie, aku suka bau ceri,”
Winnie berbisik.
“Kalau awak dah sukakan saya, kenapa tidak boleh kita
bercinta?” Winnie tarik tangannya. Dia mengundur bontotnya sedikit jauh ke
belakang. Rajuk.
“Sayang, susah saya mahu katakan perkara yang sebenarnya.
Ini, apa awak pinta ini adalah tabu. Bagaimana hendak kita berdua-duaan kalau
mata-mata yang memandang, penuh dengan caci-maki? Lagipun.. saya tidak tahu apa
yang istimewanya pada saya ini yang buatkan awak jatuh cinta pada saya.” Winnie
paling ke belakang, berhadapan dengan Cerrie. Kemudian, dia pegang bahu Cerrie.
“Look at me, dear,” Cerrie pandang Winnie. “Look. I love you. Really. You are
my bestfriend forever. The best, even. I
wouldn’t want to hurt you if we have problems while we’re dating. Sayang, tak
bolehkah kalau kita hanya sekadar sahabat baik selamanya?”
Cerrie tunduk. Bibir
menjuih. Mata berair.
“Darling..” Winnie angkat
dagu Cerrie. Dahi bertemu dahi. Mata bertentang mata. “Saya bukannya tak
menyayangi awak seperti awak menyayangi saya. Saya memang sangat menyayangi
awak. Cuma rasional dan logik fikiran saya menentang segalanya.” Winnie sambung
cerita.
“Awak masih sempat
berfikir secara rasional dalam cinta? Awak tipu saya,” Cerrie pandang ke kiri.
Dahi masih bertemu dahi.
“Percayalah, saya tidak
menipu awak...” Bibir Winnie makin mendekati bibir Cerrie. Nafas hangat saling
bertembung. Jantung berdegup kencang. Bibir kemudiannya bertaut rapat. Tangan
masing-masing memegang erat satu sama lain. Cumbu demi cumbu bertalu-talu.
Nafas ditarik dalam-dalam. Puas. Cumbu Perancis yang paling puas dirasakannya.
Tidak sangka, Winnie memakai lipsbum perasa ceri.
“I love you, Winnie.”
“I love you, Cerrie.”
“Salam Valentine.” Mereka
berdua ucapkata bersama.
Cumbu demi cumbu bersambung
lagi. Sehelai demi sehelai baju ditanggalkan. Tangan berkeliaran ke sana sini.
Tidak satu pun bahagian tubuh ditinggalkan tidak disentuhkan. Rasa cinta
diluahkan melalui gerak fizikal. Biar sama-sama rasa, biar rasa sayang makin
menjelma.

Vagentine