Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Saturday, September 29, 2012

Fetus Flambe

10:00:00 AM | | Best Blogger Tips
'...Dusta tanpa bicara... seumpama tiket tuju neraka...'



“Urgh… Urgh… Aaaaaaaaaa!!!”
“Diamlah ! Tahan sikit.Sikit je lagi ni. Mama buat ‘slowly’ je ni”
“Sakit maaa. Aimi dah tak tahan lagi dah ma"

Kedua-dua tangan Aimi mencengkam kuat cadar putih yang mengalas tubuhnya. Kakinya terkangkang besar dan bergetar menahan sakit. Kain batik yang menutupi bahagian bawahnya sudah lencun dibasahi darah pekat. Hamis. Sesekali Puan Nora berpaling ke arah lain kerana mual terhidu bau darah yang mengalir di celahan kangkang anaknya. Biarpun sudah banyak darah yang keluar dari vagina anaknya tetapi objek yang ditunggu untuk direntap belum lagi menunjukkan dirinya.

“Macammana ni Aimi. Takde terkeluar dari tadi. Mama dah penat tekan perut kamu ni. Lubang kamu pun dah terbukak besar ni.”

Puan Nora mengesat peluh yang membasahi dahinya yang berminyak. Buntu memikirkan cara lain untuk mengeluarkan janin anaknya. Aimi tidak berhenti mengerang kesakitan. Badannya sudah semakin lemah.

Encik Majid masuk ke dalam bilik.Muka kelihatan tertekan. Ada sedikit resah dari gerakannya.

“Macammana? Dapat keluar tak?”
“Tak keluar-keluar dari tadi bang. Saya dah buat macam-macam sampai lembik budak ni bang.”
“Kamu dah tekan perut dia? Duduk atas perut dia dah?” 

Puan Nora angguk.

“Kamu dah tumbuk perutdia dah? Tak keluar jugak?”
“Semua dah bang tapi bendanya taknak keluar. Saya dah lompat-lompat, pijak, duduk bagai atas perut Aimi tapi tak berhasil. Lembik dah budak tu bang. Batalkan sajalah.”

“Tak boleh! Ini penting!”

Puan Nora  mengusap kepala anaknya. Mukanya sayu melihat Aimi merana tak berdaya. Encik Majid menggosok mukanya beberapa kali. Mereka diam. Encik Majid semakin tertekan. Kewarasannya hilang. Laju dia berjalan ke arah Aimi lalu memijak dan menghentak perut busung anaknya. Aimi menjerit kesakitan. Darah memancut keluar dari kangkang Aimi hingga terpancut ke muka Puan Nora.

“Cepat tengok Nora. Ada keluar ke tak!”

Puan Nora menyelak kain batik Aimi lalu menjenguk mukanya di antara kangkang anaknya. Encik Majid terus memijak perut anaknya tanpa menghiraukan jeritan Aimi yang semakin nyaring. Seketika kemudian Puan Nora mengeluarkan kepalanya.

“Ada bang! Ada!”
“Bagus! Cepat tarik keluar.”

Puan Nora menarik daging yang terkeluar dari vagina Aimi. Daging itu bercerai kepada beberapa bahagian. Biar pun tidak terbentuk dengan sempurna, masih dapat dilihat bentuk tangan, kaki dan kepala yang bercerai dari tubuh kecil hingga ke semua bahagian habis ditarik keluar. Tinggal tali pusat sahaja yang masih tergantung. Itupun Puan Nora tidak biarkan ia tertinggal.

“Dah abang. Semua dah keluar.”
“Alhamdulillah… Bak sini janin tu. Dato’ Lim dah tunggu lama makanan dia. Degil betul janin ni nak keluar. Nasib baik tak sempat jadi cucu aku.”

Encik Majid terus keluar membawa janin segar yang merupakan bahan utama untuk hidangan istimewanya ke dapur restoran untuk dimasak. Girang hatinya kerana hari itu dia bakal mendapat untung besar dari seorang Dato’ yang datang menjamu di restoran makanan eksotiknya. 

Puan Nora menyelimutkan badan Aimi yang terbaring lemah. “Kamu rehatlah dulu Aimi. Tu lah.Mak dah kata. Kalau nak melacur pun memilih la sikit. Ni ntah sape bapak budak tu sampai degil benar nak keluarnya.”

Aimi mengangguk lemah dan terus tidur.

Thursday, September 27, 2012

"Kau Mahu Satu?"

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips


Dari atas balkoni, kita hanya melihat mereka yang asyik berpesta di ruang legar. Bunyi musik yang kuat dan riuh suara mereka, sama lantang jelas kedengaran walaupun dari atas. 

Yang dimaksudkan dengan kita adalah aku dan, dia yang kadang-kadang ada ketik kamera DSLR milikan-nya untuk merakam momen mereka. Aku hanya melihat, dan tergelak kecil. "Apa?" soal dia membalas pada gelak aku, sambil meletakkan kamera ke tepi. "Kau dengan kamera kau, tak sudah-sudah," jawab aku semula. "ini cuma untuk suka-suka saja. Tiada apa yang serius,"

   "Tak lenguh ke kau gantung kamera sebesar almari tu di leher kau, ke sana ke mari?"
   Dia cuma pandang sinis.

Sekotak sigaret dikeluarkan dari poket baju bagian dadanya, dan dikeluarkan satu, terus diletakkan kemas di hujung bibir. Aku menghampirinya, dan menarik tangan untuk sertai aku duduk di atas bangku kayu di sebalik tirai. Tanpa menyalakan sigaret, dia ikut patuh dan duduk menghadap aku. Aku di atas bangku, dan dia diatas aku.

"Kau mahu satu?" Aku menggeleng perlahan. "Aku pernah nampak kau merokok dulu, seingat aku. Apa kau sudah berhenti?" Dia menyambung soal. "Sudah lama. ketika aku bersama bekas kekasih aku lagi. DIa tidak sukakan asap rokok, jadi aku berhenti. Apabila sudah putus, aku juga sudah terbiasa untuk tidak merokok," Dia senyum, dan menyalakan sigaret. Asap sigaret ditarik, dan terus dihembus nipis ke muka aku. "Kau sengaja mahu buat aku kembali ketagihan, kan?" ujar aku lagi.

"Boleh aku tanya? Dia memaksa kau berhenti merokok, atau kau sendiri yang berhenti?" 
"Aku sendiri berhenti. Bukan dia tidak suka, tetapi dia ada asthma."
"Kalau aku terus merokok, apa kata kau? kau masih mahu menikahi aku kelak?"
"Aku tak pernah punya masalah dengan teman yang merokok. Jadi terserah kau."

Nyalaan sigaret itu segera dimatikan, dan dia memeluk aku erat. Sangat erat sehingga aku dapat merasakan kehangatan dada pejalnya di batang tubuh aku. Mukanya disandarkan tepat ke bahu aku seraya berkata, "Kau..." 

"Ya sayang?" jawab aku kembali, sambil memeluk kemas lekuk pinggangnya. "Jika aku minta, mahukah kau kembali merokok?"

Demi Tuhan, itu adalah ajakan membunuh diri bersama, yang paling romantis.


.END.


Monday, September 24, 2012

Farreal Dubeus

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips


Entah bagaimana aku mahu memulakan cerita aku ini. Segalanya bermula pada hari-hari yang suram dan kelam. Aku sama sekali tidak menyangka mesyuarat pada pagi tersebut mengubah segala galanya dalam hidupku.
 
"Encik Farreal...awak didapati menggelapkan wang syarikat. Segala peruntukan syarikat telah pun awak gunakan atas nama awak sendiri. Pihak syarikat telah kerugian sebanyak satu juta. Kami terpaksa memanggil pihak berkuasa untuk menyiasat kes ini. "

"Kenapa pula perlu awak memusuhi saya?" soalku pada kekasih hatiku.

"Itu tidak lagi penting, sekarang apa yang penting... saya mesti jaga nama baik saya dan status. Sekarang awak di dapati bersalah dan akan dihukum selama 3 tahun... kita putus."

Konspirasi antara para pegawai tersebut telah menjatuhkan aku. Bagai mimpi ngeri aku telah dijatuhkan hukuman penjara. Dan walaupun bukan salah aku, aku telah didapati menggunakan wang syarikat untuk kepentingan peribadi membeli dan menjual saham kepada saingan pihak syarikat.


Tiga Tahun Kemudian...
"Encik Farreal Dubeus... dari Malaysia? Tapi wajah awak tak macam orang Melayu.." soal seorang pegawai di lapangan terbang Heathrow, London yang mahir berbahasa Melayu.

"Mungkin... kebetulan saya perlukan kelebihan itu untuk mengembara ke seluruh pelusuk dunia ini"
"Untuk apa encik..?" 
"Untuk mentauhidkan Allah..."

Ya... Allah telah mengeluarkan aku dari dunia yang penuh kemaksiatan dan kekejian. Allah beri aku masa berfikir. Kini aku mahu kembali ke jalan Allah. Aku tak akan berpaling lagi. Untuk merasa kemanisan iman itu kelak, haruslah merasai kepahitan hidup terlebih dahulu. Segala harta apa aku miliki, telah aku jual ke semuanya untuk dijadikan perbelanjaan serta keperluan dalam perjalanan mencari keredhaan Allah.

"Ini sahajakah barang barang encik...?" soal seorang anggota keselamatan yang memeriksa aku di lapangan terbang tersebut.

"Iya.. itu sahaja... sepersalinan baju dan sebuah gitar kapok usang..."
"El Mariachi?" ujar pegawai tatkala melihat pada gitar yang tertera tulisan dengan nama tersebut. 
"Bisa panggil aku El sahaja..." Aku mungkin akan lama juga di lapangan terbang ini sebelum aku meneruskan perjalanan aku ke UAE. Dan selepas itu aku mungkin akan berlegar-legar di bumi Arab itu untuk kesekian lamanya.


Wednesday, September 19, 2012

Bukan Kisah Bunga-Bunga

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips
Cinta Itu Melepaskan, Klise.

Udara petang ini nyaman sekali. Aku duduk di bangku yang menghadap tasik sambil menunggu kamu. Kamu tinggalkan satu pesanan ringkas di telefon bimbitku dan meminta aku menunggu kamu di sini. "Kamu tunggu aku di tempat biasa. Jam 5 petang". Memang saat ini yang aku tunggu. Aku sudah lama benar tidak ketemu kamu. Sedang aku asyik memikirkan kamu, satu suara menyapaku dari belakang. Kamu. 

"Lama tunggu?" soal kamu. 
"Tak. Baru sampai.." Ya begitulah aku. Kalau dengan kamu, semuanya elok-elok saja.
"Maaf, sebab minta kamu tunggu aku di sini." mendatar suaramu. Aku merenung wajah kamu dalam-dalam, wajah yang aku selalu rindu. 
"Tak apa. Lagipun kita dah lama tak ketemu. Rindu kamu." luah aku tanpa rasa malu.
"Hmmm. Aku minta maaf. Aku tak boleh teruskan hubungan ini dengan kamu. Kita tak ada jodoh." kamu hela nafas panjang selepas mengungkapkan kalimah itu. 

Aku kehilangan kata. Segala kata-kataku telan di telan oleh kalimah terakhir yang kamu lafazkan. 

"Maafkan aku. Aku tetap sayang kamu." luah kamu

Aku atur langkah dan terus meninggalkan kamu dengan kata-kata dustamu. Kalau kamu sayangkan aku, apa perlu kau tinggalkan aku? Ya, cinta itu melepaskan. Klise. 

Monday, September 17, 2012

Daerah Bernama Sepi

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips
"Cinta memang tak selalu berimu kebahagiaan, tapi tanpa cinta hidupmu pasti penuh dengan kesedihan..."


Bau kuat rokok kretek menusuk hidungku yang melekat pada baju di kamar itu menandakan wak Mangil ada di dalam rumah itu. Dan baju security guard kugantung sebelah menyebelah. Menghuni di rumah sewa bangsa India itu setelah berpindah dari rumah kongsi. Bagus juga aku dapat berpindah dekat sini daripada asyik kena bagi darah kat nyamuk setiap malam. Silap haribulan aku boleh kena sakit demam denggi. Mahu berminggu aku menghuni di hospital.

Di kamar berbau rokok kretek itulah aku melepaskan lelah setelah kerja shift malam di kilang sarung tangan berhampiran. Aku tetap bersyukur walau hanya hidup sebatang kara di daerah yang sama sekali tidak pernah aku mimpikan itu. Aku hanya berulang alik menggunakan motor yang juga motor syarikat. Berkongsi dengan sepuluh orang lagi pengawal yang bertugas jauh di kilang yang hanya balik dan tak pernah selalu bertemu. Walau balik jika cuti pun mereka terus ke kampung bercuti menemui anak bini. Sedangkan aku? Akulah penghuni setia di rumah sewaan syarikat itu. Sudah hampir tiga bulan dan aku rasa selesa hidup begitu. Lantaran tak ada yang mahu bekerja shift malam al maklumlah semua sudah berkeluarga sedang hanya aku masih bujang.

"Wak ..kenapa kau tidur sini apa kau gaduh dengan bini lagi ke?" tegurku memulakan bicara dengan wak Mangil. Muka wak Mangil agak serius namun seserius manalah wak Mangil tu. Kerja wak Mangil sebagai pemandu van dan dia akan ke hostel itu bermalam jika ada pengawal yang mahu di hantar ke post yang agak jauh.

"Untung kau wak...ada dua bini aku seorang pun takde..." kataku lagi bila ku lihat wak Mangil masih diam.

"Sama aje satu ke dua masalahnya berganda kau tau..." wak Mangil bersuara.

"Lapar aku wak ...jom ke gerai janda tu..ngeteh dan sarapan?"

---------------------------------------------------------------

"Kau ada kelulusan Jamian..kenapa kau pilih kerja ni.."tanya wak Mangil sejurus menghirup kopi di kedai kak Mas.

"Ahhh..aku dah bosan wak..biarlah..asalkan hati aku senang...lagipun padaku kerja ini jujur tulus ikhlas dan tak pernah menyusahkan orang..."jawapku. Aku memang sudah bosan dengan hidup kepura puraan di kota. Aku sudah bosan asyik berlakon sandiwara sedangkan hatiku meronta ronta. Menjawat kerja di institusi bank di kota menemukan aku dengan Wak Mangil ini. Dan akhirnya aku bebas dari jadi pegawai kerani songlap duit kontrak seorang pelanggan yang berpangkat Dato. Kerja pengawal keselamatan yang ku sandang kini memang menuntut kesabaran. Manakala ramai yang memandang rendah dengan kerja kami...namun kami tetap menjalankan tugas dengan penuh tanggung jawab hari ini dan esok dan mungkin selamanya. Mungkin aku ingin mensucikan jiwa aku di sini. Di pekan kecil daerah sepi ini.

"Kalau kau fikir macam tu baguslah...rezeki ni Allah yang bagi...mana mana pun ada...Insyallah.."

-------------------------------------------------------------

"Asyik makan maggi sahaja tak elok Jamian.." tegur kak Mas yang masih menawan walaupun berstatus janda dalam umur 30' an. Suaminya terkorban semasa bertugas sebagai tentera di Mogadishu tak lama dulu. Aku hanya senyum. Membiarkan segala telahan kak Mas. Aku termenung menatap suratkhabar dan sambil mendengar deruan kereta dan kenderaan yang lalu yang hanya ada sebuah dalam setengah jam. Aku damai dan tenang di daerah itu yang tiada hiruk pikuk seperti di kota.

"Kau berjambang dan berjanggut ni akak teringat kat seorang pelakon tu Aman Graseka namanya..hahaha.." lontar suara kak Mas lantas masuk ke dalam kedai meninggalkan aku terpinga pinga. Ku sapa janggut di dagu. Owwhhh... dah panjang benar..hehehe...berapa lama aku tak tengok cermin lantaran kerja malam dan tidur siang.

Dalam hidup ini tak banyak yang kita boleh ubahkan kerana bagaikan roda..orang yang kita temui itu... itulah juga. Sikap manusia yang tamak haloba tak pernah mengenal tempat dan masa. Sikap manusia yang hanya mementingkan harta yang Allah bagi sedangkan semuanya tak di jalankan ke atas keredhaan Allah. Aku akan hanyut dan terus hanyut jika aku tak menemui jalan pulang...

"Ambik lah abang...mak kasi..." Farhana anak tunggal kak Mas yang comel menghantar tupperware berisi nasi dan lauk tengahari itu.

"Kau ni dah macam kena loteri ni Jamian..hahahaha..." ketawa wak Mangil terbahak bahak memecah sepi dan sunyi rumah sewaan itu.


Thursday, September 13, 2012

Kereta

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips

“Hishhh... takmo lah kacau. Kita nak bawak kerta laa...”
Umairah menepis saat Ubaidillah cuba mencuit bahunya.

“Eiii... Apa nii..?? Kita cakap takmo, takmo lah. Nanti eksiden kang baru tahu...”
Namun Ubaidillah terus menerus mengganggu.

“Ubai...!!!”
Umairah hilang sabar.

“Janganlah bawak lelaju sangat...”
Ubaidillah bersuara.

“Jangan kacau boleh tak...??”
Umairah benar-benar hilang sabar kali ini. Kereta diberhentikan.

“Dah lah tu... Biarlah Ubai bawak pulak...”
Ubaidillah ditenung Umairah geram. Kecil benar lelaki itu pada pandangannya.

Kereta dipacunya kembali. Permintaan Ubaidillah langsung tidak diendahkan.
Lantas, tangan Umairah direntap.

“Bagi Ubai bawak...!!!”
“Tak boleh!!!”

Kedua tangan mereka memegang kejab stereng kereta.
Sedang rancak berebut, tidak semena-mena stereng kereta tercabut.

“Haaa... Kan dah tercabut stereng kereta ni. Ni semua salah Ubai...”

“Apa pulak salah Ubai... Umai yang bawak. Kan Umi cakap, main sama-sama tapi dari semalam asik Umai je yang bawak kereta ni. Tak aci... Ubai tanak geng dengan Umai. Umai kedekut...”

Wednesday, September 12, 2012

Coke & Susu

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips


"Awak lambat dua puluh tiga minit Aisya!" suara Rizal sebaik-baik saja Aisya berada dihadapannya. Aisya membetulkan bahagian depan tudung bawal yang dipakainya dengan meniup-niup berulang kali. Rizal pandang sekilas dan senyum. "Sorry awak. Saya singgah kat kedai buku tadi. Sorry ya." Aisya cepat-cepat minta maaf. "Awak tak bagi saya duduk ke?" soal Aisya memandang Rizal yang sedang asyik dengan telefon bimbit di tangannya. "Tak boleh. Sebagai hukuman awak lambat, awak hidangkan makanan untuk saya hari ni. " tegas suara Rizal. "Eh! awak ingat ini rumah ke? Kedai orang la. Kang orang ingat saya ni buang tebiat pulak.Eiiiii!" Aisya bantah. Rizal menahan tawa. Rizal tahu kelemahan Aisya. Aisya takkan buat semua tu. Sifat malu kekasih hatinya itu masih menebal dalam diri. Rizal mengekeh. "Duduk je sayang. Saya gurau je!" Sebelum Aisya melabuhkan punggungnya ke kerusi di sebelah Rizal, sempat di pukulnya lengan Rizal dengan buku ditangannya. "Oucchhh! ei sakit la. Jahat!" Rizal mengaduh kesakitan. 

"Padan muka! Saya haus la awak. Dah order air untuk saya tak?" Rizal hanya mengangguk sambil matanya asyik merenung skrin telefon bimbit dan sambil tersenyum. Aisya rasa pelik. Cepat-cepat Aisya ambil telefon bimbit di dalam beg. Aisha menaip sesuatu dan terus dihantar kepada penerimanya. Telefon bimbit Rizal berbunyi. Namun, bunyinya agak kurang jelas. Rizal menyeluk poket seluarnya. "Hai awak. saya ada kat sebelah awak ni. Tak nampak ke?". Rizal membaca kandungan SMS yang dihantar. Rizal gelak. Aisya geram. Rizal menghulurkan telefon bimbit kepada Aisya. Aisya pula yang tersenyum. "Awak baca eh kispen yang saya tulis?" soal Aisya lembut. Rizal angguk. "Setiap kali awak cakap ada kispen baru update memang saya akan cepat-cepat check blog tu. Tau tak, pada masa yang sama saya berdebar-debar. Sebab saya tahu apa awak tulis mesti ada kaitan dengan saya dan awak kenakan saya melalui tulisan" jelas Rizal. Aisya senyum. 

Datang seorang pelayan ke meja mereka membawa dua jenis minuman iaitu segelas susu & Coke. Aisya senyum. "Wah! tak cakap pun nak order air apa terus sampai depan mata." riang wajah Aisya. "Ehem, hello cik adik manis..Coke tu saya yang punya. Air susu tu awak yang kena minum" jelas Rizal sambil meletakkan segelas susu di hadapan Aisya. Aisya terpinga-pinga. "Eh, kejap, kejap...Saya tak minum susu la!" Rizal menyedut Coke di dalam gelas tanpa mempedulikan Aisya. "Kalau sayangkan saya, minum susu tu sampai habis. Ohhh masa saya tak ada bukan main lagi awak minum Coke kan. Sekarang ni awak kena neutralkan perut awak tu dengan minum susu. Cepat!" arah Rizal. Aisya senyum kelat. "Awak jahat." suara Aisya antara dengar dan tidak. Rizal senyum. "Awak kejam" suara Aisya lagi. Rizal makin senyum lebar. "Awak tahu kan saya tak minum susu. Kalau saya muntah kat meja ni, awak lapkan muntah saya. biar awak malu. Saya nak muntah merata-rata lepas ni. padan muka awak!" Aisya ugut Rizal. "Takpe, saya sanggup. Minum cepat." tutur Rizal lembut. " Aisya mencium aroma susu di dalam gelas. Rizal curi-curi pandang. "Ermm...tak boleh." Terbit rasa kasihan dalam diri Rizal melihat Aisya yang cuba untuk minum segelas susu. "Sayang, takpe..nanti saya minum susu tu okay." Rizal menghulurkan segelas Coke dihadapan Aisya. "Sayang minum Coke ni. Tapi takpe kan saya dah minum suku. " Rizal senyum sambil mengenyitkan mata ke arah Aisya. "Takpe, boleh order lagi."Aisya menjawab selamba. "Tak boleh!.Order air lain. Fresh orange ke, susu ke..." Aisya mengetap bibir. "Sayang, tak elok minum air bergas ni. Kesihatan kena jaga. Jangan fikir sedap je." Aisya hanya diam. Tidak membantah. Aisya tahu Rizal terlalu ambil berat akan dirinya. 

"Senyap macam tu sure kutuk saya dalam hati la tu" Rizal mengusik Aisya. "Mana ada! Cuma terfikir pasal awak je. Awak selalu tegur apa yang saya makan, apa yang saya minum, apa yang saya buat, apa yang saya tak buat, macam-macam la. Saya ni pulak, dengar tak dengar je. Sebab tu awak cakap saya ni degil kan." luah Aisya. Rizal senyum. "Lelaki kalau sayangkan seseorang, kalau dia banyak menegur, itu tak boleh, ini tak boleh, maknanya lelaki tu terlalu cintakan seseorang tu. Bukan sebab nak control. Kena tahu bezakan tau sayang!" panjang lebar penjelasan Rizal. "Baiklah..." jawab Aisya sepatah sambil menyedut Coke sehingga habis. Rizal hanya geleng kepala lalu mengusap lembut kepala Aisya. Aisya senyum. Aisya tahu Rizal sayangkan dirinya. 

Tuesday, September 11, 2012

Boni.

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips


Boni, anak kepada seorang supir dan hari ini, dia nekad untuk mengubah nasib dirinya.

                Masuk saja di dalam kelas, Boni sudah menetapkan niat yang dia mahu jadi ketua darjah 3 Cergas. Walau apa saja yang jadi, dia tetap mahu jadi ketua darjah, biarpun menerima tentangan hebat daripada Tiara. Tiara, seorang anak perempuan yang bengis tetapi cengeng. Tiara pernah menjadi ketua darjah kelas 1 Bestari dan kelas 2 Cergas. Di tahun ketiga, Boni dan Tiara masih satu kelas. Boni nekad mahu mengalahkan Tiara ketika sesi undian kejap lagi.

                Sebaik saja Cikgu Rahman di dalam kelas, semua anak-anak terus berdiri dan mengucapkan salam. Cikgu Rahman meletakkan buku dan fail di atas meja guru dan terus capai sebatang kapur warna putih. “Hari ini, kita akan lantik ketua darjah. Jadi, siapa ada calon?”

                Marissah Gonjeng terus angkat tangan dan kata, “Saya calonkan Tiara, cikgu!” Celaka. Macam Boni tak tahu, Tiara sudah hasut Marissah Gonjeng untuk calonkan dirinya sendiri. Kemudian, Ravi juga angkat tangan, “Saya calonkan diri saya sendiri, cikgu!” Satu kelas mula riuh dengan gelak tawa. Boni tak rasa terancam. Semua orang tidak suka Ravi. Dia suka kentut dalam kelas.

                Wahab angkat tangan. “Saya calonkan Boni, cikgu!” Boni mula senyum. Dia dah bincang sama Wahab. Kalau Wahab calonkan dia, dia akan belanja Wahab makan nasi lemak dekat kantin, siap dengan air sirap sekali. “Okay, semua dah cukup.” Kata Cikgu Rahman dan terus tulis nama ketiga-tiga mereka atas papan hitam.

                “Siapa sokong kalau Tiara jadi ketua darjah, angkat tangan? Seorang cuma boleh angkat satu kali saja,” Boni biarkan, dia tak mahu angkat tangan. Malah Boni siap masukkan tangan dalam poket lagi. Anak laki-laki dan anak perempuan masing-masing berebut angkat tangan. Cikgu Rahman kira-kira semuanya ada 21 orang. Boni sudah mula risau. Dalam kelas Boni ada 43 orang saja. Hampir separuh sudah angkat tangan.

                “Siapa sokong Ravi pula?” Kelas mula senyap. Cikgu Rahman tahan senyum. Cuma Ravi seorang saja yang angkat tangan. Padan muka Ravi. Cikgu Rahman sambung kata, “Siapa sokong Boni jadi ketua kelas?” kali ini mula meriah. Ramai angkat tangan. Cikgu Rahman kira, ada 21 orang juga. Ah, seri la macam ni?

                “Kalau macam tu, Tiara dengan Boni sama markah. Jadi Cikgu lantik Boni jadi ketua darjah sebab dia anak laki-laki. Tiara akan tolong Boni. Tiara jadi penolong ketua darjah,” kata Cikgu Rahman. Boni mula senyum angkuh. Akhirnya Tiara tumpas. Tiara tidak lagi jadi ketua darjah. Tahun ini, gilirannya si Boni. Boni saja pandang tepi nak tengok muka Tiara yang kalah. Tiara tunduk. Tiara nangis. Marissah Gonjeng usap belakang Tiara, nak pujuk. Boni diam…

                “Cikgu, biar lah Tiara jadi ketua darjah. Dia lagi bagus sebab dia pernah jadi ketua darjah kelas 1 Bestari dan 2 Cergas. Saya boleh jadi penolong dia,” kata Boni. Cikgu Rahman senyum dan balas, “Baiklah. Bagus Boni. Tiara akan jadi ketua darjah, Boni akan jadi penolong ketua darjah,” Tiara pandang Boni. Boni pandang Tiara. Tiara senyum pada Boni dan kata, “terima kasih Boni,”

                Hari itu adalah kali pertama Boni jatuh cinta. 

.END.

Monday, September 10, 2012

Bukan Sia Sia

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips



Piyan pasrah. Demi kerana janjinya pada sahabatnya dia kuatkan semangat untuk terus membuang kehidupannya yang lalu itu. Mungkin perjalanan hidupnya memang dipandang rendah di mata masyarakat namun Piyan yang sudah lama meninggalkan najis dadah itu. Semata mata kerana seorang sahabatnya Sejak dia di halau dari rumah bapa saudaranya dia menumpang di rumah sahabatnya itu. Mereka sudah seperti saudara memandangkan ke dua duanya telah dipinggirkan oleh keluarga masing masing.

"Aku berterima kasih pada kau Amal sebab kau menolong aku dan juga sudi menganggap aku sebagai saudaramu Amal...tak dapat aku balas jasa jasa kau pada aku Amal”

"Piyan...aku memang tak dapat lari lagi dari mengambil dadah sial ni...penyakit yang aku tanggung ni tak dapat di ubati dan aku hanya ada selama 3 tahun sahaja untuk hidup Piyan. Aku telah di buang oleh keluarga aku kerana mereka malu mempunyai anak seperti aku. Aku harap bila aku sudah tiada nanti kau sudi lah menguruskan pengkebumian aku.”

"Jangan cakap begitu Amal...mngkin kuasa Allah tak siapa yang tahu...aku pun sedang berusaha untuk melupakan ketagihan aku...”

"Piyan aku harap kau tinggalkan najis dadah tu...aku rasa kau mampu mengatasinya kerana kau masih di peringkat awal.... Aku ada menjalankan mengambil upah membasuh kereta. Aku harap kau teruskan pekerjaan aku itu kerana pelanggan tetap aku memang sudah ada di tempat letak kereta itu.hanya engkau yang aku percaya Piyan. Dan rumah yang sempit ini pun kau jagalah setelah ketiadaan aku nanti.”

Itu cerita tiga tahun lepas. Kini sahabatnya sudah tiada lagi setelah pergi menyambut seruan ilahi. Sahabatnya itu Amal meninggal dunia kerana mengalami penyakit batuk kering yang tak dapat di ubati lagi.

"Abang Piyan nak lauk apa? Ambiklah Liya belanja abang …” gadis yang menjual nasi campur itu seringkali mencuri hati lelaki Piyan. Aliya seorang gadis pinggiran kota. Hidup Aliya dan keluarganya sama seperti Piyan terpaksa bertungkus lumus demi meneruskan kehidupan. Seringkali Piyan singgah selepas Piyan habis kerja mencuci kereta.

"Liya bungkus macam biasa ye… dengan air suam…”

Gembira hati Piyan…masih ada yang prihatin dan mengambil berat pada dirinya. Gerai nasi campur itu terletak tidak jauh dari tempat Piyan membasuh kereta.

Satu hari Aliya menghantar pula nasi semasa Piyan membasuh kereta.

"Bang Piyan...ini nasi Liya dah siap bungkus...”
"Terima kasih Liya...letak kat tepi tu ye...”

Namun Aliya pada hari itu di lihatnya lemah. Dan Piyan pun bertanya... "Kenapa Liya pucat...apa Liya tak sihat ke?"

"Takdelah bang Piyan mungkin Liya mengantuk berjaga malam hingga ke pagi sebab nak menyiapkan lauk pauk ni...”

"Ye ke...kalau tak sihat Liya rehatlah...tak pun jumpa doktor ye...” Piyan terus membasuh kereta yang menjadi punca rezekinya.

Namun kegembiraan Piyan tidak lama. Setelah seminggu Piyan tidak nampak Aliya berniaga di situ. Piyan bertanya pada mereka yang berniaga di situ. Dan selepas seminggu ada seorang yang berjual nasi campur di situ. Namun bukan Aliya.

"Maaf kak saya tumpang tanya... gadis yang selalu berniaga di sini tu sudah tak berniaga lagi ke?”
"Ohh Liya...kesian dia sekarang terlantar di hospital...dia ada sakit kanser...”
"Ya Allah Liya...kak...kat hospital mana kak?”
"Hospital Universiti...kalau nak tengok dia cari kat wad ICU...”

Setelah Piyan melawati Aliya yang terbaring tak bermaya di atas katil hospital itu di iringi esak tangis ibu dan adik adiknya. Aliya hanya memandang Piyan dengan mata berkaca sambil cuba mengukirkan senyuman. Untuk menjalani pembedahan ia memerlukan duit sebanyak puluhan ribu.

"Liya tak cakap pun kat abang yang Liya ada sakit kanser ni...” Sebak hati Piyan melihat akan gadis pujaannya itu lemah dan tak terdaya hendak bersuara hanya mengangguk anggukkan kepalanya.

"Pembedahan mesti dijalankan secepat mungkin kerana pesakit ini sudah melewati tahap kritikal. Namun perbelanjaan pembedahannya amat mahal. Iaitu sebanyak dua puluh lima ribu.” Jelas doktor yang bertugas.

"Aliya hanya mampu bertahan selama tiga bulan sahaja lagi....hanya itu yang mampu lakukan...” tambah doktor itu lagi.

"Liya...aku berjanji akan dapatkan duit untuk pembedahan itu walaupun terpaksa diganti dengan nyawaku.” getus Piyan dalam hati.

Piyan tak ada jalan lain selain berjumpa dengan seorang kenalannya yang menjalankan perniagaan penyeludupan dadah di utara tanah air.

"Tak sangka kau cari aku Piyan...aku fikir kau dah taubat...”
"Aku perlukan duit Gobind...aku akan buat apa yang kau suruh..”

"Okey kalau macam tu ...nanti bila aku dah dapatkan barang tu kau bawak ke KL dan jumpa orang ni....kau kena pergi ke seberang esok lusa...stok itu bernilai jutaan ringgit...dan upah kau sebanyak 50 ribu dan akan aku masukkan separuh dari duit itu ke dalam akaun kau. Jika barang itu selamat bertukar tangan akan aku masukkan lagi lebihnya.” ujar Gobind menerangkan apa yang perlu Piyan lakukan. Namun jika sudah tersurat maka itulah juga kehendakknya. Piyan tertangkap semasa mengadakan urusan tukar barang tersebut di Kuala Lumpur. Maka hukuman yang menanti Piyan ialah tali gantung. Namun Piyan berasa puas kerana di dalam akaun nya sudah ada dua puluh lima ribu.

Piyan termenung sambil beristigfar.

"Ada apa apa yang mahu kamu wasiatkan untuk sesiapa setelah kamu menjalani hukuman nanti?” tanya seorang ustaz di penjara itu.

"Tak ada...Cuma akaun akaun simpanan saya encik serahkan pada seorang yang bernama Aliya Nurbaini bt. Alias. Dia tinggal di alamat yang sama dalam buku akaun itu dan nama dia juga ada dalam buku akaun tersebut sebagai penama ke dua.” ujar Piyan.

Mungkin pada pagi keesokkannya dia menemui penciptanya. Namun Dia pasrah. Pengorbanan yang dilakukannya bukan sia sia.

Monday, September 3, 2012

Bagai Pelangi Petang

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips


Di sebalik jaring besi tingkap itu ada wajah penuh sayu. Sering juga aku lewati tatkala aku ke sekolah. Laluan dari belakang rumahnya terus menuju jalan besar di hadapan. Tingkap di tepi dapur itu memang selalu terbuka. Namun ada jaring yang menghalangi apa sahaja yang akan cuba masuk ke dalam. Samada sang kucing atau pun apa sahaja tetamu yang tak di undang. Memang tingkap yang rekaannya sebegitu adalah rumah Cina. Namun yang menghuni di dalamnya bukan Cina.Yang menghuni di dalamnya ialah seorang gadis sebaya aku. Julia.

Julia yang sejak dari kecilnya hanya menumpang kasih seorang ayah. Dia tak pernah kenal siapa ibunya. Ayahnya seorang kontraktor simen . Membuat batu bata. Siang malam ayahnya bekerja di kilang batu bata sebelah rumahnya. Ayahnya seorang yang tekun. Ayahnya tak pernah lelah membuat kerja. Dari tingkap itulah Julia memerhati ayahnya bekerja untuk menyara dirinya dan keluarganya yang hanya tinggal berdua.

Hidupnya memang sunyi. Di atas meja ada sebiji mangkuk nasi dan sayur juga tauhu untuk ayahnya sebagai hidangan makan tengahari. Turut tersedia ialah secerek besar air teh cina kesukaannya. Begitu setia Julia melakukannya saban hari selepas balik dari sekolah. Selepas semuanya selesai Julia terus menghadap buku dan memainkan lagu dari transistor kecil. Kipas meja di hidupkan. Berkumandang lagu lagu yang sangat merdu dan mendamaikan suasana. Waktu seakan akan berlalu perlahan menyemilirkan angin lembut walau hari terasa sedikit hangat. Mungkin gerimis tiba sebelum petang. Rintik rintik hujan berjatuhan dan pelangi pun muncul.

"Ahhh hujan lagi..." getus dan kesal papa Julia mengenangkan akan akan batu bata yang tak sempat kering. Nasi dan lauk di mamahnya dengan fikiran yang kosong. Julia pula bernyanyi nyanyi kecil di dalam kamarnya.

Awal pagi itu aku sudah hampir ke rumah Julia. Aku tahu bila waktu Julia berada di luar rumah dan membuat kerja kerja di luar rumah. Memberi ayam belanda peliharaannya makan dan juga kadang kadang menyapu sampah kering di keliling rumahnya.

"Kau tak biasa ke pekan kah Julia...?" tanyaku bila melihat Julia tekun mengkapur kasut sekolah pada hari minggu itu.

"Tak..aku tak biasa keluar melainkan dengan papa ku..."jawapnya ringkas.

Rambutnya terhurai bila ia menunduk dan hampir juga rambut lurusnya itu tersentuh lumut lumut di simen paip. Namun dia biasa sahaja. Kekotoran lumut simen itu bagai tidak mengganggu urusannya. Bau lumut itu pun di hidunya seolah itulah yang paling dia suka untuk hidungnya. Apatah lagi longkang di sebelahnya yang begitu lama diinjak dengan kakinya yang putih mulus dan tumitnya yang kemerahan itu. Julia anak kacukan cina sebelah ibunya asal Terengganu dan ayahnya pula orang Melayu yang menguruskan kilang batu bata peninggalan datuk sebelah ibunya. Ibunya meninggal semasa melahirkan Julia.

Pada awal pagi minggu keesokan harinya. Aku terkejut melihat siapa yang berdiri di depan pintu rumahku. Di balik sinaran matahari pagi itu kelihatan seorang gadis remaja yang cukup manis .Julia.

"Temankan aku ke pekan...papaku tak sihat....aku ingin membelikan ubat untuknya." wajah yang manis itu tersenyum kelat padaku.

"Boleh...sebentar aku salin pakaian."jawapku ringkas.

Jalan ke pekan yang tak sampai pun sebatu itu kami lewati bersama. Menjadi sejarah pula hari itu kerana aku beriringan dengan dia. Julia.

"Apa sakit papa kau Julia?" tanyaku memecah kesunyian.

"Dia sakit batuk kering. Sudah lama. Dia sering batuk batuk malam hari. Aku rasa..." Julia tak meneruskan kata kata. Lantas aku hanya mengangguk ngangguk kan kepalaku.

Aku membiarkan sahaja Julia melayan perasaannya. Biar dia bebas kan pandangannya melihat segalanya yang selalunya bukan pernah dia lakukan. Umur nya yang semuda awal belasan tahun itu terpaksa menanggung akan kepahitan dan kepayahan hidup. Sinar matanya redup memandangku. Aku amat rindu pada senyumannya yang tak pernah ku lihat. Cuma ada dalam setiap angan anganku dan mimpiku.

"Sufian...terimakasih kerana menemani aku ke pekan. Aku pun suka jika dapat berjalan sebegini dengan kau lagi. Tapi aku harap kau tak menunggu detik itu..." lantas kata kata Julia itu kusematkan dalam hatiku. Entah kenapa sangat berbekas di hatiku dan aku tak dapat mentafsirnya.

Sebulan kemudian.

Aku hampir lupa bilakah kali terakhir aku berjumpa dengan Julia. Aku tak menemuinya di mana mana. Aku tak menemuinya di rumahnya atau pun di sekolah. Tingkap jaring besi itu tak pernah terbuka lagi. Tiada wajah sayu yang ku lihat memandang keluar. Dan kilang batu bata itu juga telah bertukar panjaganya.

Julia telah pulang ke kampung kepangkuan keluarga dan sanak saudaranya di Terengganu. Ayahnya telah meninggal dunia kerana serangan batuk kering yang kronik . Dia dimasukkan ke hospital selama dua minggu dan mengakhirkan hayatnya selepas itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...