Cinta Itu Melepaskan, Klise. |
Udara petang ini nyaman sekali. Aku duduk di bangku yang menghadap tasik sambil menunggu kamu. Kamu tinggalkan satu pesanan ringkas di telefon bimbitku dan meminta aku menunggu kamu di sini. "Kamu tunggu aku di tempat biasa. Jam 5 petang". Memang saat ini yang aku tunggu. Aku sudah lama benar tidak ketemu kamu. Sedang aku asyik memikirkan kamu, satu suara menyapaku dari belakang. Kamu.
"Lama tunggu?" soal kamu.
"Tak. Baru sampai.." Ya begitulah aku. Kalau dengan kamu, semuanya elok-elok saja.
"Maaf, sebab minta kamu tunggu aku di sini." mendatar suaramu. Aku merenung wajah kamu dalam-dalam, wajah yang aku selalu rindu.
"Tak apa. Lagipun kita dah lama tak ketemu. Rindu kamu." luah aku tanpa rasa malu.
"Hmmm. Aku minta maaf. Aku tak boleh teruskan hubungan ini dengan kamu. Kita tak ada jodoh." kamu hela nafas panjang selepas mengungkapkan kalimah itu.
Aku kehilangan kata. Segala kata-kataku telan di telan oleh kalimah terakhir yang kamu lafazkan.
"Maafkan aku. Aku tetap sayang kamu." luah kamu
Aku atur langkah dan terus meninggalkan kamu dengan kata-kata dustamu. Kalau kamu sayangkan aku, apa perlu kau tinggalkan aku? Ya, cinta itu melepaskan. Klise.
6 comments
ah ini sangat sedih
KA udah ubah mood sweet kah?
nak tunggu sambungan criter ni pulak..
cinta itu melepaskan. klise.
ah~
ayat ini nampak simple, tapi menyakitkan bagi yang pernah merasakannya, kan?
Iffah - saja nak ubah mood. Hehe. yg sweet2 tu peram dulu.hahaha
suria - thanks singgah ke blog kami. Tiada sambungan. :)
Teenager Housemaid - betul! :)
haish... awak pun dah tersampuk buat kispen anti-ending? haish....
ayat klise memang sedap didengar... dan memang sakit sikit jugalah.. bila kita lalui apa yg org lain telah lalu...(tak sangkakan?)
Aku suka!!! sangat suka..
aku boleh rasa dada aku sesak bila bacanya.. aku rasa hati aku ngilu bila bayangkannya..
gud job KA!!