Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Tuesday, September 11, 2012

Boni.

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips


Boni, anak kepada seorang supir dan hari ini, dia nekad untuk mengubah nasib dirinya.

                Masuk saja di dalam kelas, Boni sudah menetapkan niat yang dia mahu jadi ketua darjah 3 Cergas. Walau apa saja yang jadi, dia tetap mahu jadi ketua darjah, biarpun menerima tentangan hebat daripada Tiara. Tiara, seorang anak perempuan yang bengis tetapi cengeng. Tiara pernah menjadi ketua darjah kelas 1 Bestari dan kelas 2 Cergas. Di tahun ketiga, Boni dan Tiara masih satu kelas. Boni nekad mahu mengalahkan Tiara ketika sesi undian kejap lagi.

                Sebaik saja Cikgu Rahman di dalam kelas, semua anak-anak terus berdiri dan mengucapkan salam. Cikgu Rahman meletakkan buku dan fail di atas meja guru dan terus capai sebatang kapur warna putih. “Hari ini, kita akan lantik ketua darjah. Jadi, siapa ada calon?”

                Marissah Gonjeng terus angkat tangan dan kata, “Saya calonkan Tiara, cikgu!” Celaka. Macam Boni tak tahu, Tiara sudah hasut Marissah Gonjeng untuk calonkan dirinya sendiri. Kemudian, Ravi juga angkat tangan, “Saya calonkan diri saya sendiri, cikgu!” Satu kelas mula riuh dengan gelak tawa. Boni tak rasa terancam. Semua orang tidak suka Ravi. Dia suka kentut dalam kelas.

                Wahab angkat tangan. “Saya calonkan Boni, cikgu!” Boni mula senyum. Dia dah bincang sama Wahab. Kalau Wahab calonkan dia, dia akan belanja Wahab makan nasi lemak dekat kantin, siap dengan air sirap sekali. “Okay, semua dah cukup.” Kata Cikgu Rahman dan terus tulis nama ketiga-tiga mereka atas papan hitam.

                “Siapa sokong kalau Tiara jadi ketua darjah, angkat tangan? Seorang cuma boleh angkat satu kali saja,” Boni biarkan, dia tak mahu angkat tangan. Malah Boni siap masukkan tangan dalam poket lagi. Anak laki-laki dan anak perempuan masing-masing berebut angkat tangan. Cikgu Rahman kira-kira semuanya ada 21 orang. Boni sudah mula risau. Dalam kelas Boni ada 43 orang saja. Hampir separuh sudah angkat tangan.

                “Siapa sokong Ravi pula?” Kelas mula senyap. Cikgu Rahman tahan senyum. Cuma Ravi seorang saja yang angkat tangan. Padan muka Ravi. Cikgu Rahman sambung kata, “Siapa sokong Boni jadi ketua kelas?” kali ini mula meriah. Ramai angkat tangan. Cikgu Rahman kira, ada 21 orang juga. Ah, seri la macam ni?

                “Kalau macam tu, Tiara dengan Boni sama markah. Jadi Cikgu lantik Boni jadi ketua darjah sebab dia anak laki-laki. Tiara akan tolong Boni. Tiara jadi penolong ketua darjah,” kata Cikgu Rahman. Boni mula senyum angkuh. Akhirnya Tiara tumpas. Tiara tidak lagi jadi ketua darjah. Tahun ini, gilirannya si Boni. Boni saja pandang tepi nak tengok muka Tiara yang kalah. Tiara tunduk. Tiara nangis. Marissah Gonjeng usap belakang Tiara, nak pujuk. Boni diam…

                “Cikgu, biar lah Tiara jadi ketua darjah. Dia lagi bagus sebab dia pernah jadi ketua darjah kelas 1 Bestari dan 2 Cergas. Saya boleh jadi penolong dia,” kata Boni. Cikgu Rahman senyum dan balas, “Baiklah. Bagus Boni. Tiara akan jadi ketua darjah, Boni akan jadi penolong ketua darjah,” Tiara pandang Boni. Boni pandang Tiara. Tiara senyum pada Boni dan kata, “terima kasih Boni,”

                Hari itu adalah kali pertama Boni jatuh cinta. 

.END.

8 comments

September 11, 2012 at 10:49 AM

comel.boni lemah bila tengok budak perempuan menangis... hehehe

Lavender Harum Wangi
September 11, 2012 at 11:23 AM

Kemain lagi si Boni punya taktik :3

September 11, 2012 at 1:28 PM

ceh.. aku rasa mcm nak tumbuk2 aja tangan yg menulis tu...! tapi bila aku fikir balik... *akupun pernah buat citer kucing betina ngorat ikan kucing jantan...*

ps: tak sangka... bila org lain tulis rasa sakit hati tu seriuslah buat aku bengang... gelakpun ada.... alahhhhhh...

September 11, 2012 at 1:31 PM

tu typo ke? cikgu wahab ke cikgu rahman tu?

Anonymous
September 11, 2012 at 3:09 PM

Khairul Antasha, Boni tu baik budak-nya. hehe!

Lavender Harum Wangi, nampak gaya taktikalnya berjaya.

Bidadari Syurga, boss, lu mesti tak biasa gaya cerita gini. haha . oh ya taipo, sudah dibetulkan.

-HZ

September 11, 2012 at 4:03 PM

boni ni mengade la

pang jugak kang

konon2 jd hero lak ye

September 11, 2012 at 4:26 PM

Boni oh Boni...biasa cam tu lah....kalau ketua darjah lelaki penolongnye pompuan dan di sebaliknyer...

September 22, 2012 at 1:17 AM

aku sangat suka gaya penulisan macam ni HZ...

pasal Tiara cantik.. comel.. biarlah! layankan aja.. :D

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...