Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Thursday, September 27, 2012

"Kau Mahu Satu?"

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips


Dari atas balkoni, kita hanya melihat mereka yang asyik berpesta di ruang legar. Bunyi musik yang kuat dan riuh suara mereka, sama lantang jelas kedengaran walaupun dari atas. 

Yang dimaksudkan dengan kita adalah aku dan, dia yang kadang-kadang ada ketik kamera DSLR milikan-nya untuk merakam momen mereka. Aku hanya melihat, dan tergelak kecil. "Apa?" soal dia membalas pada gelak aku, sambil meletakkan kamera ke tepi. "Kau dengan kamera kau, tak sudah-sudah," jawab aku semula. "ini cuma untuk suka-suka saja. Tiada apa yang serius,"

   "Tak lenguh ke kau gantung kamera sebesar almari tu di leher kau, ke sana ke mari?"
   Dia cuma pandang sinis.

Sekotak sigaret dikeluarkan dari poket baju bagian dadanya, dan dikeluarkan satu, terus diletakkan kemas di hujung bibir. Aku menghampirinya, dan menarik tangan untuk sertai aku duduk di atas bangku kayu di sebalik tirai. Tanpa menyalakan sigaret, dia ikut patuh dan duduk menghadap aku. Aku di atas bangku, dan dia diatas aku.

"Kau mahu satu?" Aku menggeleng perlahan. "Aku pernah nampak kau merokok dulu, seingat aku. Apa kau sudah berhenti?" Dia menyambung soal. "Sudah lama. ketika aku bersama bekas kekasih aku lagi. DIa tidak sukakan asap rokok, jadi aku berhenti. Apabila sudah putus, aku juga sudah terbiasa untuk tidak merokok," Dia senyum, dan menyalakan sigaret. Asap sigaret ditarik, dan terus dihembus nipis ke muka aku. "Kau sengaja mahu buat aku kembali ketagihan, kan?" ujar aku lagi.

"Boleh aku tanya? Dia memaksa kau berhenti merokok, atau kau sendiri yang berhenti?" 
"Aku sendiri berhenti. Bukan dia tidak suka, tetapi dia ada asthma."
"Kalau aku terus merokok, apa kata kau? kau masih mahu menikahi aku kelak?"
"Aku tak pernah punya masalah dengan teman yang merokok. Jadi terserah kau."

Nyalaan sigaret itu segera dimatikan, dan dia memeluk aku erat. Sangat erat sehingga aku dapat merasakan kehangatan dada pejalnya di batang tubuh aku. Mukanya disandarkan tepat ke bahu aku seraya berkata, "Kau..." 

"Ya sayang?" jawab aku kembali, sambil memeluk kemas lekuk pinggangnya. "Jika aku minta, mahukah kau kembali merokok?"

Demi Tuhan, itu adalah ajakan membunuh diri bersama, yang paling romantis.


.END.


6 comments

September 27, 2012 at 10:05 AM

romantik ke? geram betul kalau sme2 cr maut

hafiz makul
September 27, 2012 at 12:07 PM

ah ! masih lagi dgn gaya penulisan seperti ini . sepertinya mahu menduga minda pembaca jalan mana harus di ikut bila berada disimpang . sialan ...

September 27, 2012 at 5:19 PM

apa ada hal...aruah opah abang bro isap rokok sampai habis...nice one bro...

Anonymous
September 28, 2012 at 10:20 PM

Tuwiy tangat lah kalau ajak mati dengan cara yang sangat romantis giteww. itew ukey.

abang heroiczero ni memang berbakat sungguh dalam berimaginasi. iteww ukey. :)

ikhlas,
izara.

September 29, 2012 at 5:45 PM

"Demi Tuhan, itu adalah ajakan membunuh diri bersama, yang paling romantis"

Sekurang-kurangnya taklah dia mati sorang nanti. Nak sehidup semati kan? #TillJannah. Eh? Ke #TillJahannam? Wkwkwkwkwk

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...