Di sebalik jaring besi tingkap itu ada wajah penuh sayu. Sering juga aku lewati tatkala aku ke sekolah. Laluan dari belakang rumahnya terus menuju jalan besar di hadapan. Tingkap di tepi dapur itu memang selalu terbuka. Namun ada jaring yang menghalangi apa sahaja yang akan cuba masuk ke dalam. Samada sang kucing atau pun apa sahaja tetamu yang tak di undang. Memang tingkap yang rekaannya sebegitu adalah rumah Cina. Namun yang menghuni di dalamnya bukan Cina.Yang menghuni di dalamnya ialah seorang gadis sebaya aku. Julia.
Julia yang sejak dari kecilnya hanya menumpang kasih seorang ayah. Dia tak pernah kenal siapa ibunya. Ayahnya seorang kontraktor simen . Membuat batu bata. Siang malam ayahnya bekerja di kilang batu bata sebelah rumahnya. Ayahnya seorang yang tekun. Ayahnya tak pernah lelah membuat kerja. Dari tingkap itulah Julia memerhati ayahnya bekerja untuk menyara dirinya dan keluarganya yang hanya tinggal berdua.
Hidupnya memang sunyi. Di atas meja ada sebiji mangkuk nasi dan sayur juga tauhu untuk ayahnya sebagai hidangan makan tengahari. Turut tersedia ialah secerek besar air teh cina kesukaannya. Begitu setia Julia melakukannya saban hari selepas balik dari sekolah. Selepas semuanya selesai Julia terus menghadap buku dan memainkan lagu dari transistor kecil. Kipas meja di hidupkan. Berkumandang lagu lagu yang sangat merdu dan mendamaikan suasana. Waktu seakan akan berlalu perlahan menyemilirkan angin lembut walau hari terasa sedikit hangat. Mungkin gerimis tiba sebelum petang. Rintik rintik hujan berjatuhan dan pelangi pun muncul.
"Ahhh hujan lagi..." getus dan kesal papa Julia mengenangkan akan akan batu bata yang tak sempat kering. Nasi dan lauk di mamahnya dengan fikiran yang kosong. Julia pula bernyanyi nyanyi kecil di dalam kamarnya.
Awal pagi itu aku sudah hampir ke rumah Julia. Aku tahu bila waktu Julia berada di luar rumah dan membuat kerja kerja di luar rumah. Memberi ayam belanda peliharaannya makan dan juga kadang kadang menyapu sampah kering di keliling rumahnya.
"Kau tak biasa ke pekan kah Julia...?" tanyaku bila melihat Julia tekun mengkapur kasut sekolah pada hari minggu itu.
"Tak..aku tak biasa keluar melainkan dengan papa ku..."jawapnya ringkas.
Rambutnya terhurai bila ia menunduk dan hampir juga rambut lurusnya itu tersentuh lumut lumut di simen paip. Namun dia biasa sahaja. Kekotoran lumut simen itu bagai tidak mengganggu urusannya. Bau lumut itu pun di hidunya seolah itulah yang paling dia suka untuk hidungnya. Apatah lagi longkang di sebelahnya yang begitu lama diinjak dengan kakinya yang putih mulus dan tumitnya yang kemerahan itu. Julia anak kacukan cina sebelah ibunya asal Terengganu dan ayahnya pula orang Melayu yang menguruskan kilang batu bata peninggalan datuk sebelah ibunya. Ibunya meninggal semasa melahirkan Julia.
Pada awal pagi minggu keesokan harinya. Aku terkejut melihat siapa yang berdiri di depan pintu rumahku. Di balik sinaran matahari pagi itu kelihatan seorang gadis remaja yang cukup manis .Julia.
"Temankan aku ke pekan...papaku tak sihat....aku ingin membelikan ubat untuknya." wajah yang manis itu tersenyum kelat padaku.
"Boleh...sebentar aku salin pakaian."jawapku ringkas.
Jalan ke pekan yang tak sampai pun sebatu itu kami lewati bersama. Menjadi sejarah pula hari itu kerana aku beriringan dengan dia. Julia.
"Apa sakit papa kau Julia?" tanyaku memecah kesunyian.
"Dia sakit batuk kering. Sudah lama. Dia sering batuk batuk malam hari. Aku rasa..." Julia tak meneruskan kata kata. Lantas aku hanya mengangguk ngangguk kan kepalaku.
Aku membiarkan sahaja Julia melayan perasaannya. Biar dia bebas kan pandangannya melihat segalanya yang selalunya bukan pernah dia lakukan. Umur nya yang semuda awal belasan tahun itu terpaksa menanggung akan kepahitan dan kepayahan hidup. Sinar matanya redup memandangku. Aku amat rindu pada senyumannya yang tak pernah ku lihat. Cuma ada dalam setiap angan anganku dan mimpiku.
"Sufian...terimakasih kerana menemani aku ke pekan. Aku pun suka jika dapat berjalan sebegini dengan kau lagi. Tapi aku harap kau tak menunggu detik itu..." lantas kata kata Julia itu kusematkan dalam hatiku. Entah kenapa sangat berbekas di hatiku dan aku tak dapat mentafsirnya.
Sebulan kemudian.
Aku hampir lupa bilakah kali terakhir aku berjumpa dengan Julia. Aku tak menemuinya di mana mana. Aku tak menemuinya di rumahnya atau pun di sekolah. Tingkap jaring besi itu tak pernah terbuka lagi. Tiada wajah sayu yang ku lihat memandang keluar. Dan kilang batu bata itu juga telah bertukar panjaganya.
Julia telah pulang ke kampung kepangkuan keluarga dan sanak saudaranya di Terengganu. Ayahnya telah meninggal dunia kerana serangan batuk kering yang kronik . Dia dimasukkan ke hospital selama dua minggu dan mengakhirkan hayatnya selepas itu.
12 comments
rasa sebegitu lagi... ~sampai tak sampai jer perasaan sufian pada julia...kalau ada jodoh..huu :')
julia oh julia..kenapa penyudahnya begitu...
Iman - Julia memang dia dah rasa getar cinta dari Suffian...
LW - penyudahnya macam tu sebab dia memang nak duduk Terengganu...
Ya Allah, worth it sesgt saya drop by....follower kini
Mak Wardah - terimakasih kerana sudi datang dan follower kami...
sedihye....
cinta julia pada ayahnya lagi tebal kan...
cik zaitul - sedih ye...memula nak buat kispen ni abang bro memang terasa sedih lepas tu tak sangat...anyway tq baca ye...
Dlm realiti memang penyudahnya begitu..wuwuwuuuu
khairul antasha - ikut logikler kan..dia nak duduk ngan sapa kan?
da lame betul rase x ziarah sini :) Allah...salam eidul fitr maaf da lambat..nak duit raye kak hee
bulan syurga firdaus - tq sudi singgah dan baca.