'...Dusta tanpa bicara... seumpama tiket tuju neraka...'
“Urgh…
Urgh… Aaaaaaaaaa!!!”
“Diamlah ! Tahan
sikit.Sikit je lagi ni. Mama buat ‘slowly’ je ni”
“Sakit
maaa. Aimi dah tak tahan lagi dah ma"
Kedua-dua
tangan Aimi mencengkam kuat cadar putih yang mengalas tubuhnya. Kakinya terkangkang
besar dan bergetar menahan sakit. Kain batik yang menutupi bahagian bawahnya sudah
lencun dibasahi darah pekat. Hamis. Sesekali Puan Nora berpaling ke arah lain kerana
mual terhidu bau darah yang mengalir di celahan kangkang anaknya. Biarpun sudah
banyak darah yang keluar dari vagina anaknya tetapi objek yang ditunggu untuk direntap
belum lagi menunjukkan dirinya.
“Macammana
ni Aimi. Takde terkeluar dari tadi. Mama dah penat tekan perut kamu ni. Lubang kamu
pun dah terbukak besar ni.”
Puan
Nora mengesat peluh yang membasahi dahinya yang berminyak. Buntu memikirkan cara
lain untuk mengeluarkan janin anaknya. Aimi tidak berhenti mengerang kesakitan. Badannya
sudah semakin lemah.
Encik
Majid masuk ke dalam bilik.Muka kelihatan tertekan. Ada sedikit resah dari gerakannya.
“Macammana?
Dapat keluar tak?”
“Tak
keluar-keluar dari tadi bang. Saya dah buat macam-macam sampai lembik budak ni
bang.”
“Kamu
dah tekan perut dia? Duduk atas perut dia dah?”
“Kamu
dah tumbuk perutdia dah? Tak keluar jugak?”
“Semua
dah bang tapi bendanya taknak keluar. Saya dah lompat-lompat, pijak, duduk bagai atas
perut Aimi tapi tak berhasil. Lembik dah budak tu bang. Batalkan sajalah.”
“Tak
boleh! Ini penting!”
Puan
Nora mengusap kepala anaknya. Mukanya sayu
melihat Aimi merana tak berdaya. Encik Majid menggosok mukanya beberapa kali. Mereka
diam. Encik Majid semakin tertekan. Kewarasannya hilang. Laju dia berjalan ke arah
Aimi lalu memijak dan menghentak perut busung anaknya. Aimi menjerit kesakitan.
Darah memancut keluar dari kangkang Aimi hingga terpancut ke muka Puan Nora.
“Cepat
tengok Nora. Ada keluar ke tak!”
Puan
Nora menyelak kain batik Aimi lalu menjenguk mukanya di antara kangkang anaknya.
Encik Majid terus memijak perut anaknya tanpa menghiraukan jeritan Aimi yang
semakin nyaring. Seketika kemudian Puan Nora mengeluarkan kepalanya.
“Ada
bang! Ada!”
“Bagus! Cepat
tarik keluar.”
Puan
Nora menarik daging yang terkeluar dari vagina Aimi. Daging itu bercerai kepada beberapa
bahagian. Biar pun tidak terbentuk dengan sempurna, masih dapat dilihat bentuk tangan,
kaki dan kepala yang bercerai dari tubuh kecil hingga ke semua bahagian habis ditarik
keluar. Tinggal tali pusat sahaja yang masih tergantung. Itupun Puan Nora tidak
biarkan ia tertinggal.
“Dah
abang. Semua dah keluar.”
“Alhamdulillah…
Bak sini janin tu. Dato’ Lim dah tunggu lama makanan dia. Degil betul janin ni nak
keluar. Nasib baik tak sempat jadi cucu aku.”
Encik
Majid terus keluar membawa janin segar yang merupakan bahan utama untuk hidangan
istimewanya ke dapur restoran untuk dimasak. Girang hatinya kerana hari itu dia bakal mendapat untung
besar dari seorang Dato’ yang datang menjamu di restoran makanan eksotiknya.
Puan
Nora menyelimutkan badan Aimi yang terbaring lemah. “Kamu
rehatlah dulu Aimi. Tu lah.Mak dah kata. Kalau nak melacur pun memilih la
sikit. Ni ntah sape bapak budak tu sampai degil benar nak keluarnya.”
Aimi
mengangguk lemah dan terus tidur.