Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Sunday, December 18, 2011

Cinta Tersimpul Rapi

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips


Deruman kereta kedengaran dari luar rumah. Suamiku telah pulang dan aku masih kaku di tepi tangga. Sungguh peristiwa malam itutakkan dapat aku lupakan. Aku takut. Tapi aku berdiri tanpa berbuat apa-apa. Aku pasti suamiku akan membelasahku lagi. Seperti semalam. Ya, semalam yang perit. Hanya Allah S.W.T yang tahu betapa deritanya.

Gedegang!!!!

Bunyi pintu dihempas. Aku melihat suamiku dengan mata yang kabur dek air mata yang telah bertakung. Hanya menanti masa untuk meletus. Aku memandangnya dengan sayu. Hatiku berbisik. Tidakkah suamiku lupa tentang peristiwa mengaibkan semalam? Kenapa pandangannya begitu.

Suamiku pandang semula. Matanya redup. Mata itulah menarik hatiku mendekati dan menerima dia pada malam pernikahan. Mata redup bak Zul Huzaimy membuatkan aku jatuh cinta pandang pertama kepada bakal suamiku. Sudah tuga bulan kami melayari bahtera perkahwinan. Hidup kami sederhana. Kami bahagia. Mungkin aku sahaja yang bahagia kalau bahagia pasti peristiwa semalam tak berlaku lagi. Sungguh aku malu dan takut.

“Aaa.. bang…” tegurku kerana terlalu lama sang pemilik mata redup memerhatikan aku. Aku takut.

Seakan suamiku tersedar dari lamunan. Sungguh aku hairan. Dia terus berlari mendapatkan tubuhku yang kecil molek ini. Lantas didakapnya dengan penuh rasa sayang. Aku sukakan pelukan sebegini. Aku menangis teresak di dadanya. Suamiku yang aku cintai walaupun bukan pilihanku sejak awal lagi.

“Maafkan Jiha, bang,” suaraku kelam dek esakanku yang kuat. Aku menangis lagi. terasa tubuhku ditolak kedepan dengan perlahan. Saat itu mata kami bertentangan. Debar di dada makin terasa. Aku hairan dengan perubahan ini. Sebelum ini belum pernah dia memelukku bersendirian. Selalu hanya lakonan semata. untuk mengaburkan mata-mata yang memandang. keluarga yang prihatin dan jiran tetangga yang sentiasa menjadi SPY.

“Abang yang patut minta maaf pada Jiha, Jiha isteri yang baik. Abang yang…” aku mendiamkan suamiku. Jari ini kuletak di bibirnya. Aku hanya menggeleng. Jika ini takdirnya, aku terima dan redha Tuhanku. Pelukan itu kembali bertaut sehingga fajar terbit esok hari. Bahagia milik kami.

Aku terjaga. Aku tidur berbantalkan lengan suamiku. Aku sangat gembira. Inilah saat-saat yang ku tunggu-tunggu. Bukan wang dan emas yang menjadi utama tapi kasih suci dari suami tercinta. Benarlah kata orang cinta boleh dipupuk. Aku tersenyum bahagia.

Aku menyiapkan sarapan istimewa kerana kami akhirnya bergelar suami isteri dalam istilah sebenar. Sebagai isteri aku mula sedar tanggungjawab yang perlu aku laksanakan. Aku teringat ceramah Ustaz Kazim Elias tentang kelebihan bagi isteri yang taat suami. "Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan ramadhan, dan menjaga kemaluannya drpd melakukan perkara yg haram dan toat pula ia pada suaminya, maka akan dipersilakan ia masuk ke syurga dari mana mana pintu yang ia kehendaki"- HR Ahmad dan Thabrani. Aku bukanlah hamba yang jahil namun bukan pula yang warak. Jadi segala ilmu yang aku dapat, aku jadikan pedoman hidup.

Suamiku tiba. Tubuhku ditarik dan dipeluk dari belakang. Aku suka. Aku bahagia. Tipulah kalau aku kata tidak. Tapi ada sesuatu yang membuatkan aku hairan. Kenapa tiba-tiba suamiku berubah laku? Sungguh aku tak mengerti. 

Aku berpaling kepadanya. Riak wajahnya berubah. Aku tarik tangan suamiku ke ruang tamu. Kami perlu berbincang. Itulah yang perlu kami buat ketika ini. Wajahnya masam mencuka. Aku tak faham reaksi suamiku itu. Namun, aku kuatkan semangat. Cerita kelmarin aku rungkaikan satu persatu. Dia mula tak senang duduk. Aku nampak segalanya. Aku sebagai isteri ada hak. Aku bukan hamba abdi yang tak ada hak langsung. Sebagai wanita islam aku perlu bangkitkan diri dari tersu dibelenggu dengan beribu persoalan. 

“Jiha nak abang berterus terang dengan Jiha. Kenapa malam itu abang mencabul hak Jiha. Kenapa abang tak minta dengan elok? Kenapa abang???” Aku mula menangis. Terasa begitu rendah martabatku sebagai isteri.

“Jiha, maafkanlah abang…” kata-kata suamiku terhenti. Aku mendongak. Linangan air mata tak mampu aku hentikan. Hilang segala ego yang ada pada diri. Kali ini aku lemah di hadapannya. 

Pagi damai itu menjadi saksi. Segala telah terungkai. Aku kini dapat senyum dengan tenang. Hatiku jauh lebih bahagia. Rahimku telah terisi. Hampir enam bulan sahaja lagi akan ku bergelar seorang ummi kepada anakku. Aku sungguh bersyukur.

Diariku yang disayangi,
Aku terkejut sebentar tadi. Rasa mahu melompat. Aku dilamar oleh suamiku sendiri. cintanya yang ku damba telahpun menjadi milikku. Aku bersyukur sangat. Rupanya sebelum malam itu suamiku terlihat aku berbual dengan rakan sekerjaku dengan mesra. Kemudian timbullah gossip yang tak enak didengar. Rakan sekerjaku pula pernah meminati aku sebelum ini. Hati siapa yang mampu menahan gelora amarah jika isteri sendiri curang. Malam itu aku telah menjadi mangsa amarahnya. Dalam terang aku dinodai seorang lelaki yang amat ku cintai. Seorang lelaki yang bergelar suami. Namun, aku redha. Aku tak pula menyimpan dendam bahkan aku menganggap segala yang terjadi ini hikmah dan rahmat ALLAH S.W.T. kepada keluarga kami. Insyaallah, benih halal ini akan menjadi anak yang soleh kelak. Aku gembira tak terkata. Buat suami, sambutlah kasihku ini kerana kasihku padamu takkan pernah luput dan cintaku kepada tetap utuh bersandarkan agamaku. Salam sayang diari. Aku mahu melelapkan mata. Suamiku telah lama berdengkur menantiku berada disisinya. Good night!

Kenangan Di Puncak #Episod 2

12:00:00 AM | | | Best Blogger Tips
Kenangan Di Puncak [ #1 - #To Date ]




Lecturer terus duduk di kerusi lecturer, nama lecturer ni ialah Yusron Sajo Sajo. Ya memang aneh namanya tapi itulah info yang aku dapat dari FB beliau. Subject pagi ni adalah Managing Customer Knowledge. Eh betul ke? Aku pun tak pasti. Haram jadah. Nama subject pun aku tak berapa ingat camana aku nak lulus paper ni.

Encik lecturer pun memulakan syarahannya. Serius aku hanya mampu fokus untuk 10 minit yg pertama. Masuk minit ke-11, mata aku sudah mula pejam. Awek berjilbab di sebelah aku perasan akan keadaan aku, lantas dia menghulurkan satu gula-gula kopiko. Aku mengambilnya sambil menahan mata yang hendak tertutup.

"Haram jadah, dia bagi kopiko lak, aku mana makan coklat kopiko ni" Dengus aku di dalam hati.

Demi menjaga hati, aku telan juga la coklat kopiko tu. Walaupun aku tau, benda itu akan merumitkan lagi masalah aku. Tak lama selepas menelan coklat kopiko, kepala aku mula berdenyut-denyut. Memang inilah yang akan terjadi bila aku makan coklat kopiko. Aku cukup alah dengan coklat kopiko sama macam cicak cukup alah dengan gelang getah. Tanpa membuang masa, aku terus sembamkan muka aku di atas meja dan perjalanan ke alam lainpun bermula.

Hampir setengah jam aku terlelap, aku dikejutkan oleh Kudi.

"Pul, jom kuar, lecturer bagi rehat 10 minit" Kudi mengejutkan aku.

"Ok bro, ko gi dulu" Jawab aku ringkas.

Aku memegang bibir aku, fuhh nasib baik takda air liur yang terkeluar. Aku terus bergegas ke tandas untuk mencuci muka. Kudi mengajak aku pergi bawah fakulti untuk beli gula-gula. Walaupun aku tau gula-gula tak elok untuk gigi, namun aku turutkan juga.

Pintu lif terbuka. Aku dah pun berada di groundfloor. Aku melangkah keluar dan ketika sedang menyusun langkah, aku terpandang satu susuk tubuh yang membuatkan mata aku segar bugar. Beliau perasan aku sedang memerhatikannya dan beliau sempat melemparkan senyuman yang mampu membuatkan lelaki setampan Ashraff Muslim pun cair.

"Fuyoo,cantiknya. Tapi sape ek, rasa cam pernah tengok" Aku tertanya-tanya dalam hati.

"Oowh, demm!! Tu Fatin Suhana. Macamana aku boleh lupa yang dia dah pindah puncak"

Selesai membeli roti(eh tadi aku tulis beli gula-gula ek), akupun naik semula ke atas dan masuk ke kls.ak lihat awek berjilbab tu masih di tempat duduknya. Aku pun duduk di tempat duduk aku, takan duduk atas meja plak.

"Awak nak gula-gula...?" Sapa aku kepada dia.

"Takpela awak, saya dah ada gula-gula, thanks emoticon gambar senyum" Jawab dia ringkas.

Lecturer pun menyambung semula syarahan. Haram jadah, bila la nak habis benda boring ni. Lecturer bersungguh-sungguh menerangkan slide di depan. Kelihatan beberapa student yang tak pernah miss dapat DL menganggukkan kepala tanda setuju walaupun aku berani kerat jari yang diorang tu tak paham apa pun, saje je angguk-angguk geleng-geleng untuk ambil hati lecturer tu. Sementara aku pula cuba menggunakan kedua-dua jari telunjuk aku untuk menongkat mata aku dari tertutup.

Sedang konsentrasi aku terhadap apa benda yang diajar kat depan tinggal 20% je. Aku dikejutkan dengan panggilan oleh Encik Lecturer.

"Saiful Zamir, datang ke depan" Yusron Sajo Sajo memanggil aku.

"Ciss, macamana dia tau nama aku, nama dalam ic lak tu" Bentak aku dalam hati.

"Ada apa encik panggil saya ke depan ni encik, saya tak tido pun tadi" Soal aku kepada Encik Lecturer.

"Cuba kamu terangkan jenis-jenis customer" Soalan maut dari Encik Lecturer.

"Hah, ada ke dia terangkan tadi?? Aku takda dengar pun" Aku dah mula panik.

"Err...err...err, customer ni terbahagi kepada beberapa jenis, yang pertama ialah...................."

Mata aku mula terpejam dan kepala mula berpusing-pusing dan...........

Pek-pek!!! Tangan aku diketuk.

"Along, bangun mak suruh angkat baju, hari dah nak hujan" Adik aku mengejutkan aku dari tidur.

"Haaaaa ok-ok, jap lagi" Jawab aku ringkas.

Aku bingkas bangun dan menoleh ke arah jam dinding Tiny Toon di dalam bilik aku. Jam menunjukkan tepat pukul 6 petang.

"Demm!! Selama ni aku bermimpi je rupanya" Keluh aku di dalam hati.

- Bersambung -
Akan datang #Episod 3

Wednesday, December 14, 2011

Dia Yang Ku Punya

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips

Aku punya kawan. Cantik budaknya. Lemah lembut berbudi bahasa. Bertudung labuh menutup dada. Walau di mana jua dia berada, tiang agama tetap dipelihara. Dia juga bijak dalam menyusun kata-kata. Arghhh… segala-galanya tampak hampir sempurna di pandangan mata. Sungguh… saat aku bersamanya, aku bisa terlupa pada masalah yang merantai jiwa.

Aku punya teman. Tapi temanku tidak secantik si kawan. Masih bertudung meskipun memakai baju menampakkan lengan. Solat rongak-rongak, itu perkara biasa dalam kehidupan seharian. Mudah mesra dan ramah dalam pergaulan. Sungguh… saat aku bersamanya, aku bisa terlupa pada insan di belakang, depan, kiri dan kanan.

Aku punya sahabat. Tapi sahabatku tidak semanis si teman. Tetap bertudung tanpa menghiraukan dadanya yang montok tersembul keluar menjadi tatapan lelaki nakal. Solatnya juga rongak-rongak. Arghhh… itu tidak menjadi hal. Manja tika berbual. Sungguh… saat aku bersamanya, aku gembira tanpa langsung berasa janggal.

TAPI…

Kawanku tidak seperti si teman. Kawan tetap kawan. Hanya berkongsi rasa pada ketika itu saja. Pabila dia ada bersama, aku gembira. Namun tika dia tiada, ternyata ketiadaannya tidak aku terasa. Aku masih punya kawan lain untuk bersuka ria. Jauh di lubuk hati, aku ingin menjadi seperti dirinya. Berusaha hidup di dunia sebaiknya untuk memperoleh kenikmatan hidup di ‘sana’. Untukmu kawan… terima kasih atas segala kegembiraan.

Temanku tidak seperti si sahabat. Dia lebih gemar mendengar daripada bercerita. Hati wanitanya utuh tanpa kehadiran lelaki peneman jiwa. Sampai satu ketika, dia telah jatuh cinta. Namun, dia tetap tabah walau cinta yang bertandang hanya singgah sementara. Jauh di lubuk hati, aku ingin menjadi seperti dirinya. Redha dalam menerima qada’ dan qadar. Untukmu teman… terima kasih atas suka duka yang pernah dikongsikan.

Sahabatku tidak seperti si kawan. Kami jarang berhubung kerana jarak yang memisahkan. Dia begitu sibuk dalam menyempurnakan komitmen yang digalas. Tetapi, kami tetap berusaha mencari masa untuk berjumpa. Meluangkan waktu bersama. Dengan dia, aku jadi pendengar yang setia. Jauh di lubuk hati, aku ingin menjadi seperti dirinya. Meski punya masalah yang mencengkam jiwa, dia masih mampu untuk mengukir senyum, bergelak ketawa. Untukmu sahabat… terima kasih atas segala kenangan yang pernah kita ciptakan.

Pada dasarnya, bukan itu yang aku ingin persoalkan. Bukan itu yang aku cuba untuk bangkitkan. Kawan. Sahabat. Dan teman. Mereka tetap punyai peranan meski terdapat perbezaan. Aku pula. Walau dimana aku berada. Dengan siapa aku bersama. Aku gembira dengan cara ku. Kerana aku, tetap aku.

Monday, December 12, 2011

Aku Seorang Penipu

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips

Monolog - apa lagi aku nak tulis ni. Rasa macam nak tulis entry di awang-awangan khayalan tingkat tinggi macam Lady Boss dan macam Ghost. Tapi aku tak cukup berani nak bermain di awangan. Gayat aku der. Aku lebih suka lepak kat bawah je dan entry aku macam ni lah. Benda-benda yang kat bawah saja. Kakakaaka. Tengoklah picture tu ada jambatan, ada orang menyeberang tapi apa yang tak de? Yang takda air sungai... so... jambatan ni tipuuuu saja.

"Diorang ingat kita ada affair Johan..."

Aku hanya diam. Dalam hati aku asyik berperang. Perang nafsu. Antara kawan dan sayang. Mana aku nak letak hati dan perasaan ni. Umpama tenggelam dalam laut aku makin tak boleh bernafas. Aku makin tenggelam dan tenggelam dengan perasaan aku sendiri. Aku makin hanyut. Hanyut ke tengah lautan. Tak siapa boleh tolong aku. Aku harapkan ombak ini akan reda. Lantas membawa aku ke tepian.

"Jom aku temankan kau ke rumah kenduri kahwin Lyana tu... kau kata kau segan nak pegi sorang..."

"Dengan kau lagi aku segan..."

"Jom kita buktikan kat diorang kita takde apa apa..." Kalau kau dengar isi hati kau dan bisikan jiwa kau yang kesepian tu sebenarnya memang ada Ira. Memang ada. Tapi sebab kau awek kawan aku terpaksa aku buang jauh- jauh perasaan aku tu. Lagipun kawan aku tu berada di seberang laut. Menimba ilmu nak settle down dengan kau bila dia dah genggam kejayaan nanti.

"Camne pendapat kau Johan?"

"Tentang apa?"

"Long distance affair ni antara aku dan Haniff..."

"Okey je... jangan terpengaruh dengan hasutan sudah..."

"Tapi..." Aisehhh. Ada tapi-tapi yang aku takut sangat ni karang mesti keluar soalan membuka semua yang aku pendamkan nanti.

"Kau camner? Sejak putus dengan kau takder pengganti..."

"Ohhh... ada... banyak... lelaki macam aku kan... mana leh single lama lama..."

"Ye ke... aku dah agak dah... hahahaha..." Owh... Aku terpaksa reka-reka jawapan pulak demi satu hubungan yang suci. Demi matlamat mereka. Aku akan pastikan takda penghalang hubungan mereka walaupun ianya diri aku sendiri pun.

"Aku... kalau Haniff tu main kayu tiga kat UK sana aku couple dengan kau sajalah..."

"Iishhh.. sorry ye... kau bukan taste aku lah Ira... hahaha.." Tengok tu aku menipu lagi. Kau memang gadis idaman aku Ira dari dulu lagi dan mungkin sebab cemburu sebab aku rapat dengan kau ex-gf aku minta putus.

"Kalau aku suka kat kau macam mana?"

"Aku tak suka ngan perempuan mulut macam murai cam kau le... aku suka pendiam dan selamba..."

"Apa kau kata aku mulut murai...???? Kau bodohlah... aku offer kat kau kau tak nak..."

"Ohhh... aku sedang mengenali seorang awek ni lagi cun dari kau Ira..." Menipu, menipu dan menipu. Hari hari aku menipu diri sendiri. Sampailah ke hari Haniff balik dari oversea bercuti.

"Johan... betulkah pilihan aku ni? Aku rasa macam Ira berubah hati... aku rasa Ira bukan yang dulu?"

"Bukan yang dulu? Apa maksud kau... aku dah faham sangat dengan kau Haniff... kau tu yang dah ada girlfriend baru kan?"

"Huhhh!!! Kau memang faham hati aku Johan... aku memang tak silap berkawankan engkau..."

"Aku rasa Ira tu tak dapat perhatian kau je Haniff... orang perempuan biasalah..."

"Ye lah... tapi kalau kau yang boleh beri banyak perhatian kau sahajalah ambik dia... aku rela lepaskan Ira kalau kau yang jadi pengganti aku... sebab dengan kau aku tahu dia bahagia..."

"Kau dah gila ke apa? Aku tak minat kat pompuan macam Ira tu... kasar... cakap main ikut sedap mulut je..."

"Kalau kau dah cakap macam tu...takpelah..." Apa yang engkau buat ni Johan. Dah ada offer pun kau masih nak menafikan? Apa semua ni aduhhh!!!. Ohhh mungkin ini namanya pengorbanan. Walau orang tak suka berkorban. Aku rela berkorban perasaan demi dua orang sahabat aku ni. Tentang diri aku ni... huhhhh!!! Aku berserah je. Berbaloi ke tak ini ujian bagi aku. Kalau bukan masa ni aku kena uji dengan dugaan macam ni lambat laun Allah uji juga. Masa ni iman aku kuat okeylah buatnya masa tu iman aku tak kuat camne.

"Takkan terbukti kekuatan keimanan seseorang jika belum teruji..." Bisik hati Johan bernafas dalam kelegaan.

Macam biasa dan hari hari biasa di kampus kuliah Johan melepak sorang sorang kat kedai kopi favorite dia. Nampak Ira sedang menuju ke arahnya. Matanya merah macam baru lepas menangis tapi wajahnya tersenyum memandang Johan.

"Kau nanes ke Ira? Apasal?" Melihat muka Ira yang ada iras-iras Lisdawati menangis dalam televideo Aku Cinta PadaMu.

"Aku dengan Haniff dah putus..."

"Dah putus... habis tu ngapa kau senyum pulak... macam happy je? Buang tebiat ke meroyan kau ni Ira? Ke kau dah hilang ingatan?"

"Habis tu kau tak faham ke buat-buat tak faham ni...? Aku cinta kat kau lah bodoh...siyulll!" Sambil menampar muka Johan yang masih tercengang-cengang. 

Akhirnya kebahagiaan tu milik Johan dan akhirnya cerita jiwang aku ada yang Happy Ending. Akhirnya berbaloi jugak bersabar.


Sunday, December 11, 2011

Kenangan Di Puncak #Episod 1

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips
Kenangan Di Puncak [ #1 - #To Date ]



"Pabila bercinta dan dicintai, cari cinta, cinta mega, biar cinta jadi fenomena" Teett.. aku tutup alarm handset aku, jam menunjukkan pukul 6.45 pagi. Demm, nak abes subuh dah, dengan sepantas kilat aku sembahyang Subuh, solat aku terganggu oleh bunyi yang dikeluarkan oleh Kudi(roomate).
"Takpa, lepas ni kena la ko" Bisik aku dalam hati.

Selesai saja solat, aku pun terus membuat tendangan ala-ala Torres dekat peha gebu Kudi sambil memekik.

"Bangunlahh sial!! Nak pergi kelas ke tanak??"

"Kejap lagi la, awal lagi ni" Jawab Kudi ringkas.

"Lantak ko la"

Aku pun turun ke bawah memanaskan air. Sambil menunggu air mendidih, aku naik ke atas untuk mandi. Selesai mandi, aku mencapai baju kemeja yang dibeli dari bundle. Sudah menjadi kewajipan pada hari isnin untuk memakai baju kemeja lengkap bertali leher juga dari bundle.

"Demm, aku lupa iron baju, emm lantak ar, bukan ada orang perasan pun"

Baju kemeja kedut seribu tu aku sarung dgn selambanya. selepas selesai sikat rambut ala-ala Shah Jaszle, aku pun turut ke bawah untuk buat air. Aku capai sepaket milo 3 in 1, memang sudah jadi kebiasaan aku cume minum je pagi-pagi camni, cukup la untuk alas perut sebelum aku melantak kaw-kaw punya tengahari nanti. Habis minum segelas milo, aku pun naik semula ke atas untuk menyusun buku.

"Arghh!!, Buku tak beli lagi"

Aku tak beli buku lagi rupanya, nak tak nak, aku terpaksa duduk di sebelah awek comel yang berjilbab tu, bukan untuk mengorat, tapi ingin berkongsi buku. Aku turun semula ke bawah, kebanyakan housemate aku dah pun siap. Aku capai helmet dan terus menyarung kasut kulit kesayangan aku. Tiba-tiba, terdengar bunyi seperti gorila sedang berlari-lari.

"Ciss, Kudi rupanya, haram jadah betul, cepatnya dia bersiap, mandi ke tak ni??" Aku tertanya-tanya.

"Pul, kelas hari ni kat mana?" Soalan bodoh dari Kudi.

"Kelas kat fac kita la!" Sound aku.

"Aku tau la bangang, tapi tingkat berapa??" Kudi membalas.

"Pergi je dulu, nanti ada la tu terserempak dengan budak kelas kita"

Aku pun terus start enjin motor Kriss 135 aku dan tak sampai 5 minit, aku dah pun berada dekat simpang 4 untuk ke UiTM Puncak Alam. Aku berhenti kerana lampu sedang merah dan dengan penuh machonya aku buka bizer helmet aku dan menjeling ke arah awek yang berada di dalam kereta di sebelah motor aku. Aku sempat melemparkan senyuman manisku dan dia membalas, kemudian dia mula melambai-lambai.

"Eh, awek ni kenal aku ke??"

Aku melihat mulut awek itu terkumat kamit seolah-olah sedang berbicara sesuatu. Aku memalingkan muka aku ke belakang.

"Ciss, rupanya awek tu panggil member dia kat belakang aku, bukannya panggil aku"

Lampu pun bertukar hijau, aku terus memecut laju meninggalkan Kudi dengan motor cabuknya di belakang. sampai saja di tempat parking motor, aku tengok Chee Bong, classmate lelaki yang paling pandai dalam kelas aku dah pun sampai.

"Kelas tingkat berapa Chee Bong?"

"Kat tingkat 6" Jawab Chee Bong ringkas.

Aku pun terus menuju ke tangga. Sambil tu, sempat juga aku menjeling ke arah lif. Terlihat kelibat beberapa orang classmate aku yang setia menunggu lif dengan penuh harapan.

"Aahh, dieorang pompuan, ok lar naik lif, aku lelaki, naik tangga baru style"

Aku pun mendaki anak tangga sehingga ke tingkat 6. Perghh boleh tahan jugak semputnya. Aku pun terus masuk ke kelas. Di dalam kelas, aku melihat awek comel berjilbab itu masih tiada orang duduk di sebelahnya. Aku pun terus meluru laju dan duduk di sebelahnya. Baru je aku nak membuka mulut, lecturer pun masuk.


-Bersambung-
Akan datang #Episod 2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...