Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Thursday, April 5, 2012

Cinta Raudhah #Episod 1

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips
Fatiah Yadz
Cinta Raudhah [  1  |  2  |  Akhir ]


Safiyyah gusar menanti di perhentian awam menunggu kenderaannya untuk pulang yang tidak kunjung tiba. Di waktu waktu begini, selalunya adalah waktu larangan bagi para siswi untuk berkeliaran dan keluar di tempat awam. Teringat kembali pesanan exco dan perwakilan pelajar yang melarang siswi berjalan seorang diri tanpa ada urusan yang mustahak selepas waktu isyak. Safiyyah memendam kegusaran. ingin terus tunggu atau ambil teksi sahaja? ah, berani kah aku mengambil teksi seorang diri pada waktu malam begini?

Safiyyah membatalkan niat apabila memikirkan segala kemungkinan yang bakal terjadi. Dia tidak boleh terlalu berani. Baru sahaja tadi dia diganggu dengan siulan lelaki-lelaki arab saat dia melewati Restoren Abu Yousef. Saffiyah semakin resah. Sesekali dia menjengah andai ada coaster yang muncul. Namun ternyata hampa. Hati Saffiyah dipagut risau. Kesal pula dengan tindakan nya yang bertegas mahu pulang walaupun sudah dicegah adik-adik siswi. Tadinya, dia singgah di Raudhah untuk memberi sedikit taklimat dan penerangan kepada exco wanita. Sudah diajak untuk bermalam disana, namun dia yang tidak mahu. Sekarang hendak menyesal pun tidak berguna.

"Assalamualaikum" sapaan satu suara mengejutkan Saffiyah. Dia mengucap panjang. Yakin benar suara itu milik seseorang yang bukan muhrimnya. Saffiyah segera menundukkan wajah.Ucapan salam disambut perlahan. Lelaki itu kemudiannya berbicara dalam bahasa arab. Namun, Safiyyah yakin, mereka sama-sama anak rantau. Saffiyah menjawab dalam bahasa melayu.

"Tak elok saudari di sini pada waktu begini. Boleh menimbulkan fitnah" suara lelaki itu begitu lembut dan tersusun pada pendengaran. Namun cukup buat Safiyyah tersentap. Mendalam kata-kata itu. Safiyyah hanya diam dan berdoa agar coaster segera sampai . Dia tidak sanggup untuk menahan telinga mendengar 'syarahan percuma' dari ustaz muda itu. Alhamdullillah. Sesaat kemudian sebuah coaster berhenti dihadapan mereka dan menyebut destinasi yang sememangnya ditujui. Safiyyah segera melangkah masuk.

Ketika coaster menghampiri pintu gerbang universiti, Saffiyah menyeluk begnya. Dahinya berkerut. Tiada! dia menyeluk pula kocek jubah dan seluruh kocek beg. Kemudian dia berpusing ke kiri dan kanan, bawah dan tepi. Tiada! mana dompetku? Saffiyah resah. Bagaimana mahu membayar tambang? Bagai ingin menangis rasanya. Ustaza muda yang sama -sama menaiki coaster dengannya sebentar tadi, sudah bangkit dan melangkah menuruni anak tangga. Saffiyah segera bangkit. Tiada cara lain selain meminjam duit dari ustaz itu. Namun, belum sempat dia berbuat demikian, ustaz itu terlebih dahulu menghulur tambang untuk mereka berdua. Saffiyah tertunduk malu.

"Tidak perlu bayar. Saya ikhlas, insyaAllah," ujar ustaz muda itu saat Saffiyah menyatakan ucapan terima kasih dan berjanji akan membayar semula tambang itu. Terkesima dia mendengar kata-kata ustaz itu. Dia diserang rasa bersalah kerana menyangka yang bukan-bukan pada ustaz muda itu di hentian menunggu tadi.

"Saya hantarkan saudari . Takut ada halangan dalam perjalanan pulang nanti. Kita sama anak perantau, niat saya hanya mahu menolong. Tiada niat lain" Saffiyah hanya mengangguk menerima pelawaan lelaki itu. Terharu dengan keprihatinan nya. Saffiyah tidak mampu menolak kerana dia sendiri bimbang untuk berjalan seorang diri dalam waktu lewat begini. Setibanya di hadapan pagar , Saffiyah mengucapkan terima kasih dan bersegera masuk ke dalam. Dia malu untuk berlama-lamaan disitu, dan yang paling ditakuti, akan timbul fitnah dikalangan siswi . 

**************************************************************

Tiga minggu sahaja lagi imtihan akan dijalankan. Saffiyah mempersiapkan diri dengan sebaiknya. Dia tidak mahu sangkut dalam mana-mana pengajian. Kerinduan pada keluarga di tanah air mengibarkan semangat nya untuk segera mengakhiri pengajian di bumi Jordan ini memandangkan dia kini berada di tahun akhir. Empat tahun berhempas pulas menimba sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman di negara orang. Saffiyah memasang azam untuk menabur bakti buat anak desa berkongsi ilmu apabila dia kembali ke tanah air nanti. Ketukan dipintu disahut perlahan Saffiyah. 

"Assalamualaikum, maaf ana mengganggu. Boleh ana berbicara sebentar ?" 
"Waalaikummusalam, Raihanah. Insya Allah, tidak menganggu. Masuklah," ujar Saffiyah sambil tersenyum .

"Ana risaukan imtihan ni. Persediaan awal, ana sudah lakukan. Tapi saat-saat akhir ni, ana berasa tidak yakin kak. Bantu lah ana. Ana buntu" ucap Raihanah dalam sendu. Saffiyah mengusap perlahan bahu siswi itu. Raihanah muda beberapa tahun darinya. Sudah dianggap bagai adiknya sendiri, Anak kelahiran Melaka itu agak manja dan mudah tersentuh. 

"Ada kertas yang tidak yakin?" Saffiyah mengutarakan soalan. Raihanah menggeleng. 

"Kalau begitu, Ana tidak perlu risau. Mungkin hanya disebabkan Ana gemuruh nak menghadapi imtihan ini. Bila mula nya?" 

"Insya Allah, Selasa ini" Saffiyah berfikir sejenak. Dua hari lagi. Masih sempat. detik hatinya. 

"Beginilah, Ana jangan fikirkan sangat. Insya Allah, semua persediaan Ana dah lengkap. Tenangkan hati Ana dengan membaca ayat-ayat suci Al Quran dan doa pada Allah supaya dikuatkan ingatan. Jangan mudah mengalah ya" Saffiyah meyakinkan Raihanah. Perkara seperti ini sudah menjadi kebiasaan bagi pelajar-pelajar di sini, terutama pelajar tahun satu. Bagi diri Saffiyah selaku senior dan mantan ketua exco siswi, sudah menjadi tanggungjawab untuk menasihati dan memberi keyakinan kepada adik adik junior yang bermasalah.

"Ana risau kak. Ana cuba nak ingat semua nota dan hafalan, tapi otak ni terasa kosong. Ana takut" 

"Ana dah berusaha. Sekarang Ana perlukan doa, tawakal dan iltizam. Insya Allah, Ana bukan lupa pada persediaan Ana, cuma perlukan rehat. Jangan terlalu stress. Dah call ibu khabarkan mengenai imtihan?" 

Raihanah hanya menggeleng. Saffiyah tersenyum. Itulah puncanya. 

"Akak nak, Raihanah balik ke bilik, ambil wuduk, dan baca Al Quran sehingga Ana betul betul rasa tenang. Kemudian, Ana call ibu. Minta ampun, minta maaf, dan minta restu dari ibu. Minta juga agar ibu mendoakan Ana. Restu ibu itu amat penting, ingat tu"

"Baiklah kak, Insya Allah"


-Bersambung esok-


Wednesday, April 4, 2012

Mimpi

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips




Dia,telah lama meninggalkan dunia ini.Meninggalkan anak-anaknya yang telah besar. Meninggalkan cucu-cucunya yang telah menjadi teman bergurau senda telah datang berjumpaku… melalui mimpi.

Gurauan apakah ini?? Atau ada petunjuk di sebalik mimpi ini?
Ahh.. air mata mengalir saat cerita ini ditulis.
Di dalam mimpi itu suasananya berbeza.
Di dunia nyata, dia bukan pergi kerana kembali kepada pencipta-Nya sebaliknya melarikan diri kerana perbalahan dalam keluarga. Kehilangan satu cincin telah membawa kepada perbalahan keluarga. Keluarga yang dulunya rapat kini saling bertelagah. Lalu dia membawa diri sehingga satu hari kami berkumpul kembali. 
Mereka sedang leka membeli di sebuah pasaraya. Aku duduk termanggu keseorangan membuat keputusan untuk mencari ahli keluarga yang lain. Tiba-tiba terlihat satu bayangan. Satu wajah. Wajah yang amat aku kenali. Ianya sekali imbas laluku buat keputusan untuk berpaling ke arah wanita tua itu. Ku ekorinya dan mencuri-curi wajahnya. Mataku membesar. Ya Allah, aku kenal wajah ini. Aku senyum kepadanya tapi tidak diendahkan. Mungkin aku kelihatan seperti orang asing baginya atau aku memang orang asing baginya. Aku lari dan terus berlari. Mencari ahli keluargaku yang lain. Ternyata ianya bukan bayanganku sahaja. Mereka juga melihat wajah yang sama.

Kami mengekori wanita tua itu. Bagi mengenali dirinya yang sebenar. Memberitahunya wajahnya persis seseorang di dalam keluarga kami. Wanita itu menafikannya. Tetapi lain yang dirasa oleh hatiku ini. Itu memang dia, hatiku memberitahu. Lantas aku mendesak. Gugur air mata ini kegembiraan apabila akhirnya wanita itu mengakui bahawa dialah ahli keluarga kami yang menghilangkan diri itu. Katanya dia tidak sanggup melihat keluarganya berpecah lantas mengambil keputusan menghilangkan diri.

Terkedu. Kami semua terkedu.Ahli keluargaku yang lain memujuknya agar kembali ke rumah. Tetapi dia enggan. Akhirnya kami mengakui kesalahan kami dan meminta maaf antara satu sama lain. Dari selalu bercerita tentang kekurangan masing-masing kami menutup kekurangan itu. Kami merendahkan hati kami. Wanita tua itu tersenyum tetapi masih enggan mengikut kami balik. Tetapi dia mengalah apabila kami berkata bahawa kami semua berkumpul hari ini. Dari anak-anaknya sehingga kepada cucu-cucunya, semua sekali berada di sana. Gembira bukan kepalang lagi hati kami.

Kami dalam perjalanan untuk pulang ke rumah apabila mataku terbuka dan aku mulai kembali sedar ke alam nyata.

Lantas persoalan yang timbul di benak fikiranku ialah…
Adakah ini mainan tidur?? Atau ada pesanan di sebalik mimpi ini??
Dan cincin itu?? 
Milik siapa??
Akhir sekali…
Kenapa aku??

Tuesday, April 3, 2012

Untunglah Badang

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
Pak Lang




Alkisah, pada suatu pagi yang cerah tatkala burung-burung mula berkicauan keluar mencari rezeki buat penerus hidup, Badang berjalan meredah belukar menuju ke sungai tempat dia menahan bubu. Badang ini kalau tuan-tuan nak tahu, dia adalah seorang lelaki yang baik hati, sopan-santun serta menghormati orang tua. Kerjanya menangkap ikan lalu dijual ke pasar. Akan tetapi si Badang ini tidaklah dia pandai melawan kata walaupun di maki-hamun oleh orang lain.

Maka sesampai dia di tebing sungai itu, teruslah dia mengangkat bubu yang ditahannya semalaman. Akan tetapi malanglah nasibnya kerana bubu itu kosong tanpa ikan. Begitu juga dengan dua lagi bubu yang lain, sama kosong. Badang pun melangkah pergi dengan perasaan kecewa lalu ditahannya bubu itu di kawasan lain pula. Dalam hatinya penuh berharap agar hari esok adalah ikan yang boleh dibawa naik.

Sepeti biasa, pada pagi yang cerah tatkala burung-burung mula berkicauan keluar mencari rezeki buat penerus hidup, Badang berjalan meredah belukar menuju ke sungai tempat dia menahan bubu. Dengan harapan yang menggunung, maka diangkat  bubu yang pertama…kosong. Badang masih belum putus harap lalu diangkatnya pula bubu yang ke-dua…juga kosong. Kemudian dia mengangkat pula bubu yang ke-tiga…KOSONG! Ya, kosong tanpa seekor ikan pun. Tapi nanti dahulu tuan-tuan, kerana sesungguhnya ada sesuatu di dalam bubu Badang yang ke-tiga itu. Setelah dibelek dan diamati betul-betul maka tahulah Badang akan benda itu adalah segulung kertas. Badang ambil kertas itu lalu dibawanya pulang.

Setelah disiasat dan bertanya pada Orang Kaya Deraman yang pandai membaca maka Badang pun dapat tahu apakah sebenarnya kertas tersebut. Dan janganlah ada di antara tuan-tuan sekalian yang menyangka kertas itu adalah ayat keramat, serapah ajaib mahupan mantera penguat badan.  Adapun kertas tersebut tidak lain tidak bukan adalah sijil PW4 iaitu sijil yang membolehkan seseorang itu melakukan kerja-kerja pendawaian elektrik tiga fasa. Gembiralah Badang kerana dia merasakan sijil tersebuat amatlah berguna dan boleh membantunya mencari rezeki.

Berbekalkan modal yang dipinjam dari Orang Kaya Deraman, Badang pun mula melakukan kerja-kerja pendawaian elektrik. Makin hari makin maju dan kini Badang sudah pun memiliki sebuah syarikat pendawaian elektrik yang agak besar yang diberi nama Badang Electrical Sdn.Bhd dan mempunya satu lagi cawangan lain bernama Bubu Elektrik Sdn.Bhd. Sekarang jangan tanyalah, macam-macam sijil Badang ada. Sijil Chargeman A4, Sijil Politeknik, Sijil Kelahiran dan lain-lain. Dengar khabar, Badang sedang buat PJJ untuk mendapatkan diploma dalam bidang elektronik pula. Untunglah Badang, tahan bubu dapat sijil PW4 lantas mengubah hidupnya kini.

Apa? Jin? Muntah jin? Cilaka apanya. Jangan harap lah. Yang dari tadi duk tunggu pasal muntah jin tu kenapa? Sah-sah jin tu bukannya baik sangat maka jangan lah tuan-tuan bersekongkol dengan mereka apatah lagi memakan muntah yang najis itu. Banyak lagi benda lain boleh dimakan. Tuan-tuan ingat Dr.  Rozmy tu makan muntah jin kah sampai boleh Berjaya dan jadi kaya macam sekarang? Tidak. Tapi sejak dia jadi kaya, entah jin apa yang merasuk sampai semua tempat nak tampal gambar muka dia. Please la, orang bukan dengki cuma kadang-kadang tu kesian lah pada orang awam yang tengah makan nasi di kedai-kedai makan tepi jalan tu. Tak pasal-pasal muntah bila van Skynet lalu dan ada juga muka dia di situ. Benda kalau hari-hari mengadap memang bosanlah. Ok, tamat.

 notakaki : kenapa? tak lojik? habis tu makan muntah jin tu  logik sangat lah? pleasssse lah...kahkah

Monday, April 2, 2012

Sambal Giling Tanah Mercurial

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
run aziluz



"Saya gagal. Saya bodoh. Saya mahu mati."
"Tapi kalau Tuhan tak mahu matikan kamu, kamu takkan mati."
"Tapi selalunya jika terjun dari tingkat lima belas, sudah pasti mati."
"Tidak juga kalau Tuhan tidak izinkan."

Maka si yang mahu mati berlari anak ke tingkat lima belas rumah flat nya, yang si penghalang si mahu mati mengekori dengan lari-lari anak juga.

"Saya mahu mati!" jeritnya sambil memajukan sebelah kaki keluar dari balkoni.
"Jangan. Kamu tak boleh mati dengan cara ini."

Si mahu mati berkeras. Terus dia duduk bersila di atas balkoni. Dibebel-bebel tanpa jelas butir bicara. Tidak habis-habis dengan niat mahu mati. Si penghalang yang mahu mati duduk berteleku di tepi pintu. Menguap dua tiga kali. Bosan.

"Saya mahu mati." kesekian kalinya ayat keramat itu dilaung sehingga flat blok sebelah mula terang akibat jiran-jiran mula buka lampu. 
"Jangan."
"Saya tak kira." 
"Pergilah. pergilah mati." bosan si penghalang yang mahu mati.

Si mahu mati terpana dengan jawapan si penghalang. terkedu.

"Saya terjun! Saya terjun!"
"Terjun lah."

Si mahu mati mula membuka langkah. Seperti tadi sebelah kakinya tergantung-gantung.

"Saya terjun betul ni!"

Si penghalang mendengus. kemudian dengan sengaja dia tergeletek bahagian lutut si mahu mati. Lalu tergelak geli si mahu mati lalu terjatuh ke tanah. bunyinya ceplek. Seperti bunyi cerpelai jatuh ketika berlawan dengan naga di atas langit.

Si penghalang segera berlari bapa menuju ke tanah. Terlihat sekujur tubuh yang masih bergerak sikit-sikit di atas tanah. Itu dia si mahu mati yang hampir mati tapi belum mati.

"Kamu dah mati?"
"Belum."
"Bukankah kamu kata kamu mahu mati dan akan mati jika terjun dari tingkat lima belas?"

Si mahu mati senyap hanya darah tersembur-sembur keluar dari mulut. Seperti bebelan-bebelan yang tadi-tadi, yang tak jelas butir bicara. mungkin cuba mengucap.

"Kenapa kamu tak mati ni?"

Buih-buih merah hitam tersembur-sembur lagi dari mulut.

"Matilah! matilah! matilah!" si penghalang naik seh.

Lalu kaki yang sedia bersarung but bola yang dipakai dari petang tadi dihentak-hentak ke kepala si mahu bunuh diri. Sehingga lumat dan berupa sambal giling.

"Ini kepala ni patut pecah! Bodoh. Bodoh. Kamu gagal. Kamu memang patut mati. Kamu gagal. Kamu bodoh." kata si penghalang sambil terus memijak-mijak kepala bangang tadi sehingga berbunyi cepelek cepelek.

Si mahu mati sudah diam. Mungkin kerana sudah tidak ada mulut dan otak untuk bercakap akibat dipijak but bola mercurial warna kuning.

Selepas sambal giling tadi lumat dan sebati dengan tanah, si penghalang tadi pergi dengan memakai but mercurial, ketika balik ini berwarna oren. 

Tangisan Hati Yang Membeku

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips



"Hemmmm...kalau kau pergi juga interview di UEM tu aku menganggap kau sudah tak berminat lagi untuk sambung belajar Iddin..."

"Owhhh...jadi itu alasan ayah ke?"balas Iddin

"Bukan macam tu Iddin...ayah tak serupa ayah kawan kawan kau...segala perbelanjaan study mereka ditanggung seratus peratus oleh papa dan mama mereka...kita bukan orang senang"

"Suka ayah nak anggap saya apa...tapi ini semua jalan hidup saya juga...saya yang akan tempuhinya bukan ayah..."

Iddin terpaksa mengambil keputusan untuk menghadiri temuduga tersebut sebagai technician walaupun dia tahu tanggungjawab dia adalah untuk belajar. Namun untuk menampung pembelajarannya dia harus bekerja juga.Iddin mengambil keputusan untuk berhijrah sahaja sahaja dari kampungnya. Hingga ayahnya memperlakukan Iddin sampai mencabar kewarasan akalnya.

"5 ringgit? Saya minta minta pinjam 50 ringgit....apa ayah bergurau dengan saya ayah?"

"Ayah tak bergurau dengan kau itulah yang ayah boleh beri...selebihnya kau cari sendiri...sekarang ni kau tak ada kerja kan?Hidup kau terumbang ambing...Kalau kau mahu menempuhi jalan susah terpulang..."

"Saya tahu itu ayah dan saya sedang berusaha untuk membayar balik apa yang saya terhutang pada ayah..."

Mahu tidak mahu Iddin terpaksa keluar dari rumah tersebut dengan duit 5 ringgit yang di beri ayahnya. Di kawasan bernama Aerodrome itu memang penuh dengan kilang kilang elektronik. Untungnya Iddin dan ayahnya mendiami kawasan perindustrian itu jika terdesak ada jugalah tempat untuk mencari pekerjaan sementara.Akhirnya dengan tambang 5 ringgit itu Iddin hanya mampu ke destinasi iaitu Carsem. Sebuah kilang elektronik di Medan Gopeng.

"Huhh ayah...rupanya ayah masih tidak mahu aku berganjak dari sini...rupanya ayah sudah merancang sesuatu untuk aku..."

Sementara kalut dengan kehidupan sendiri masih ada ruang rupanya untuk Iddin menaut tali kasih dengan seseorang yang dia jumpa lewat perkenalannya dengan seorang praktikal di kilang tempat dia bekerja.

"Kau tahu dia keturunan apa Iddin? dia keturunan raja...pangkal nama dia pun ada Puteri kau tahu tak..."ayahnya mempersoalkan dan menidakkan hak Iddin seperti selalunya.

"Mengapa ayah ukur persahabatan saya dan Aqilah seperti itu ?Apa bezanya dia dengan kita?"

"Ayah tahu kau menyimpan perasaan pada Aqilah selama ni...adalah tidak mungkin sama sekali jika kau berdua dua dengan dia...ayah harap kau lupakan sahaja Aqilah tu..."

Dan lewat pagi itu Iddin mengorak langkah juga untuk ke Shah Alam menghadiri temuduga. Sedangkan hari itu adalah hari jadinya.

"Di mana Iddin pakcik?Qila dah belikan t'shirt yang dia suka tu kan hari ni hari jadi dia?"

"Qila...sayang dia dah ke Shah Alam..."

"Buat apa dia ke Shah Alam...pakcik"

"Iddin menghadiri interview...dan mungkin juga dia akan menetap di sana untuk melanjutkan pelajarannya sambil bekerja"

"Dia pernah bercakap mengenai penghijrahannya itu pada Qila...tapi tak sangka dia sanggup meninggalkan kita semua..."

Hampir 2 tahun Iddin berada di Shah Alam tanpa sedikit pun dia ingat untuk kembali pulang ke kampungnya. Hatinya sudah lama membeku.Baginya jiwanya di kampung sudah mati. Sehinggalah dia bertemu Aqilah di kota.

"Iddin...tak sangka aku akan bertemu dengan kau lagi ...setelah kau tinggalkan ayah kau di kampung aku tak dapat menjejak kau aku tak tahu di mana kau berada.Entah hidup atau pun mati..."

"Hemmm...aku bertekad Qila...aku tak akan jadi seperti ayah aku yang hidup kais pagi makan pagi itu..."

"Nampaknya kau sudah bekerja sekarang...apa kau tak mahu melihat dan melawat ayah kau di kampung. Iddin aku tahu kau dan ayah kau sama. Namun ego dia dan ego kau itu sudah lama. Aku harap kau pulanglah ke kampung. Aku lihat keadaan ayah kau sudah sering sahaja sakit sakit..."

Iddin hanya diam. Pada 2 tahun lampau waktu yang sama seperti ini iaitu sewaktu di bulan umat Islam mengerjakan ibadah puasa. Waktu yang sama juga dia mengorak langkah meninggalkan kampungnya.

"Iddin...raya ni kau tak balik ke kampung ke?"tanya rakan kerjanya

"Baliklah Iddin...ada yang menunggumu di kampung..."

Bagaikan di sentap sentap ego Iddin selama ini. Rasa yang satu ini hadir bila ia bertemu dengan Aqilah. Segala kenangan dia dengan ayahnya menjelma satu persatu.

"Ahhh...aku sudah jauh mengasingkan diri aku rupanya...Kejayaan aku tak akan bermakna tanpa ayah aku..."gugur juga airmata Iddin dari lubuk hati yang paling dalam.

Setibanya sahaja Iddin di perkarangan rumahnya di kampung.

"Ohh Iddin...ayah kau tak ada...dia di hospital kerana serangan angin ahmar...elok kau pergi melawat ayah kau di hospital..."jelas makcik saudaranya yang menjaga rumahnya.

"Ayah..."airmata Iddin bercucuran tanpa dapat di tahannya lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...