Helena menatap
kosong kad yang berada di hadapannya. Segera dialihkan pandanganya ke depan
semula sebelum manic-manik halus itu mulia menitis. Bersendirian di situ
menjadikan dirinya semakin dibungkus sepi.
Walaupun masih lagi ramai manusia yang sedang duduk minum secangkir kopi
sambil berdiskusi tentang pelbagai rencana yang seakan tiada kehabisan, dia
tetap merasa kosong dan sendiri. Hanya jasadnya yang berada di situ sedangkan
rohnya sudah melayang entah ke mana.
“Awak..ok?”
seorang pelayan di Coffee House itu selamba menarik kerusi lalu duduk di
hadapannya.
Tidak
mempedulikan lelaki itu, Helena bermain-main dengan camca yang berada di dalam
cawan coklat panas yang dipesannya kurang 15 minit tadi. Minuman itu masih lagi
berbaki separuh di dalam cawan putih itu.
Perlahan,
diletakkan camca itu di atas piring lalu minuman itu diteguk sedikit. Sudah
hampir 3 bulan dia sering berkunjung ke tempat ini tanpa bercuti walau satu
hari pun. Namun hari ini dirasakan sedikit kelainan dengan minuman tetap yang
diminumnya itu. Atau mungkin kerana sekeping kad itu yang mengganggu gugah
seluruh hidupnya lantas turut menidakkan derianya.
“Saya
dah agak awak ada masalah, Helena,”
Kali
ini barulah dia melihat kepada lelaki yang bersuara. Sedikit kerutan terbentuk
di dahinya lantaran kehairanan. Belum sempat dia meluahkan kata-kata, sang
pemuda terlebih dahulu memintas bicara.
“Minuman
yang awak minum tu, bukan coklat panas tetapi milo. Saya sengaja menukarnya
dengan harapan awak akan memanggil pekerja untuk bertanya. Tapi awak tetap
meneruskan minum tanpa berkata apa-apa. Apa sudah awak lupa bagaimana rasa
coklat panas itu yang baru saja semalam awak menikmatinya?”
“Kenapa?
Kenapa awak buat macam tu pada saya?”
“Sebab
saya cintakan awak,” lelaki itu tersenyum. Manis. Namun hanya mendapat senyuman
sinis, balasan dari si gadis.
“Semudah
itu?”
Bisu.
Lelaki itu mengalih pandangannya ke atas sekeping kad yang berada di atas meja.
Walimatul urus daripada sepasang kekasih yang akan mendirikan mahligai bahagia
lebih kurang 2 minggu akan datang.
“Jadi
inilah puncanya? Kalau awak mahukan teman untuk berbicara, saya sentiasa ada,”
sekeping kertas putih yang tentera di atasnya sepuluh angka diselitkan pada kad
tersebut. Pelahan, lelaki itu bangun dari kerusi yang didudukinya.
“Awak
ni, siapa?” soal Helena tinggi.
“Kalau awak mahukan seseorang
untuk dipunch, saya juga ada. Kerna saya tahu, bagaimana rasanya teluka,”
sekali lagi lelaki itu tersenyum lantas berlalu menuju ke dapur.
Helena
terbaring di atas katil. Berkali-kali matanya cuba dipejam tetapi hanya bayang
kepedihan yang datang. Memori bersama Hazwan datang berputar seolah-olah dia
sedang menyaksikan klip drama.
“Aku
sayangkan kau, selamanya.”
Air
matanya merembes perlahan apabila teringat suara itu. Percintaan mereka selama
5 tahun terputus begitu sahaja lantaran dirinya dijadikan punca. Tidak sampai
setengah tahun hubungan itu berantakan, Hazwan sudah pun mencari pengganti. Kad
undangan perkahwinan itu sebagai bukti. Siapa yang sebenarnya menodai cinta
mereka, Helena tidak pasti.
Jam
di dinding sudah beranjak ke pukul 3 dinihari. Helena menolak selimut yang
membungkus tubuhnya lalu duduk bersila. Disapunya perlahan air mata yang masih
galak menuruni pipi. Seakan hujan pada musim tengkujuh yang tiada tanda-tanda
mahu berhenti.
“Wannnn….”
Lemah suaranya menuturkan perkataan tersebut. Tangannya mencapai telefon lantas
mendail nombor milik bekas kekasih hatinya. Bekas. Perkataan itu sendiri sudah
cukup menghantui, seakan-akan mencakar dinding hatinya. Seperti yang dijangka,
talian bisu tidak bersambut.
Helena
bangun menuju kea rah beg sandangnya yang berada di atas meja. Dicarinya
sekeping kad yang baru diterimanya petang tadi. Matanya berkaca-kaca memandang
ke arah nama lelaki itu yang bergandingan dengan nama perempuan lain. Perasaan
kecewa bertukar menjadi marah dan benci.
Kad
bersegi empat itu dibalingkan sekuat hati ke arah dinding. Berterbanganlah kad
itu diiringi dengan jatuhnya sekeping kertas berwarna putih.
“Haikal…?”
Haikal
merenung gadis yang berada di hadapannya ketika ini. Walaupun waktu sudah
menunjukkan pukul 3.30 pagi sekarang ini, namun dia rela menemani gadis itu di
tempat pertemuan mereka petang tadi. Jika petang tadi, kehadirannya hanya
mengundang kebencian gadis itu, namun sekarang ini gadis itu yang
mendambakannya. Tempat dan orang yang sama. Hanya masa yang membezakan
segalanya.
“Maaf
sebab minta awak dating waktu macam ni,” kedengaran suara serak Helena menyapa
gegendang telinganya. Mata temannya itu membengkak, hidungnya merah dan
wajahnya tampak terlalu berserabut ketika itu. Lebih kusut berbanding 3 bulan
yang lalu, ketika kali pertama dia melihat si gadis.
“Kan
saya dah cakap, saya sentiasa ada untuk awak,”
“Terima
kasih,” tersedu-sedu gadis itu membalas.
“Jadi,
apa yang berlaku?” Haikal menatap mata yang sudah kehilangan seri itu.
“Saya
cintakan awak Helena,” Hazwan melafazkan kata-kata keramat itu kepada gadis yang
berada di hadapannya. Helena terpaku. Dia menatap wajah sang lelaki yang
memakai uniform berwarna coklat di hadapannya.
“Awak,
jangan bergurau,” Helena tertawa kecil. Cuba mengendurkan suasana. Pagi tadi
Hazwan meminta untuk bertemunya setelah habis waktu persekolahan atas urusan
yang berkaitan dengan pengawas. Dia akur dengan permintaan lelaki itu yang
memegang jawatan sebagai ketua pengawas.
“Saya
tak pernah bergurau tentang hal perasaan. Saya cintakan awak, Helena,” perlahan
Hazwan meraih tangan Helena. Saat itu, Helena merasakan dunia seakan berhenti
berputar. Terasa seolah-olah pari-pari telah turun ke dunia, menebarkan
serbuk-serbuk kebahagiaan ke atas mereka berdua. Terasa seisi alam sedang
meraikan cinta mereka berdua. Alangkah indahnya dunia ketika itu. Ketika itu.
“Dia
berada di tingkatan 5 dan saya baru tingkatan 3. Namun, umur bukan penghalang
kepada cinta. Selain bertemu di sekolah, kami juga kerap mengulangkaji
pelajaran bersama-sama,” ada senyum di bibir si gadis.
“Teruskan…”
balas Haikal.
“Helena,
hari ni hari terakhir saya dapat bersama awak. Esok, saya akan ke Pulau Pinang
untuk melanjutkan pelajaran. Awak pun belajar rajin-rajin tau, biara dapat
masuk university sama dengan saya,” Hazwan tersenyum. Tangannya menggenggam
erat jari-jemari Helena.
“Wan,
awak kat sana nanti, jangan cari orang lain tau,” balas si gadis risau.
“Sayang,
awak tak percayakan saya? Percayalah, saya tak akan pernah bahagia tanpa awak.
Awak tu, jangan nakal tau,” Hazwan mencuit hidung Helena.
“Sakitlah
wan!” baals Helena manja.
Helena
memandang mata Haikal yang sedang merenungnya. Dia tidak mampu untuk meneruskan
lagi penceritaannya. Perlahan ditundukkan wajahnya menatap meja. Setitik air
mula jatuh di atas meja kaca itu.
“Selepas
dia memasuki university. Hubungan kami mula menjadi renggang. Bila berjumpa,
dia sudah tidak seperti dulu lagi. Ada saja yang tidak kena di
matanya,”sambungnya sendu.
“Wan,
siapa perempuan kat sebelah Wan dalam gambar ni?” soal Helena setelah melihat
telefon Hazwan.
“Kawan,”
balas Hazwan sepatah.
“Takkan
sampai buat wallpaper phone?”
“Ok.
Nanti Wan tukar gambar lain.”
“Sampai
berpegang tangan?”
“Helena!
Awak buat saya rimas tahu. Benda remeh pun nak dibesarkan. Benda kecil je kot.
Kalau awak tak puas hati sangat, letak la gambar awak kat wallpaper telefon
saya tu. Buat sekarang,”
“Wan,
saya Tanya je. Kenapa dalam gambar ni Wan dengan perempuan ni sampai berpegang
tangan?”
“Sudahlah.
Dari dulu sampai sekarang, awak masih tak matang macam ni. Perangai macam
budak-budak. Kita putus!” Hazwan berdiri lalu berjalan perlahan meninggalkan
gadis itu. Helena mengejarnya tetapi lelaki itu terlebih dahulu menaiki
keretanya lalu berlalu pergi.
“Saya
masih sayangkan dia,” kata Helena mengakhiri cerita.
“Setiap
malam saya berdoa, mengharap supaya dia dapat merubah fikirannya dan kembali
kepada saya. Tetap hampa. Sebaliknya, kad undangan perkahwinan dia pula yang
saya terima setelah 5 bulan kami berpisah. Terlalu cepat dia mencari pengganti.
Terlalu cepat,”
“Helena…”
“Awak
mungkin akan kata yang saya ni bodoh atau terlalu mengikut perasaan. Tapi awak
tak berada di tempat saya. Awak tak faham apa yang saya rasa,” luahnya sebal.
“Helena…”
Haikal menyeka tangisan gadis itu. Helena memandang lelaki di hadapannya itu.
Dia tidak menyangka sama sekali lelaki itu akan melakukan sedemikian.
“Dengar
saya. Saya tak bantah awak menangis, saya tak halang awak daripada bersedih.
Kerna saya tahu bagaimana rasanya terluka,”
Perlahan
Haikal mengeluarkan sekeping kertas yang bertulis tangan. Tulisan tangan tersebut
Nampak seperti tulisan kanak-kanak yang sekolah rendah.
“Saya
sukakan awak Haikal. Jangan lupakan saya,” tulisan tersebut ditulis dengan
menggunakan krayon berwarna merah.
Helena
mengambil kad tersebut. Semerta fikirannya terputar ke masa lalu. Kenangan
sebelum dia berpindah rumah dahulu dating menjelma kembali. Pada waktu itu, dia
menangis tidak mahu pergi tetapi seorang budak lelaki memujuknya.
“Helena,
janganlah menangis. Kalau awak sedih, saya pun sedih jugak,”
“Tapi,
saya tak nak tinggalkan awak Haikal,”
“Tapi
awak kena pergi Helena. Awak jangan risau. Saya tak akan pernah lupakan awak,”
“Janji?”
budak perempuan itu mulai tersenyum kembali. Budak lelaki itu mengangguk.
“Nah,
hadiah untuk awak. Ingat janji awak tau,” Helena menghulurkan sehelai kertas
putih kepada Haikal.
“Saya
akan simpannya untuk selama-lamanya,” Haikal tersenyum. Manis.
“Haikal…..?”
desis Helena perlahan.
“Semasa
tingkatan empat, saya berpindah ke sekolah awak. Tapi pada masa tu, saya dapat
tahu yang Helena yang saya sayangi sudah pun menjadi milik Hazwan. Selama ini
saya mengusung kad itu ke mana- mana. Meyakini bahawa Helena saya akan tetap
menunggu saya,”
“Haikal….”
“Sebab
itu saya tak bantah awak menangis, saya tak halang awak daripada bersedih.
Kerna saya tahu bagaimana rasanya terluka,” sambung Haikal lagi.
Hak Cipta: Adinda Arina
3 comments
suwittt..
cerita ni boleh buat novel, dah byk begini dah boleh jadi 2 bab. cubalah... dengan sedikit edit ia sempurna jadi cerpen dengan kerja keras, ia mampu menjadi manuskrip novel...
ps: adoi... "aku sayangkan kau selamanya..." ungkapan yg sgt tidak betul sebab hazwan nak bagi helena diam dan terus diam... aaarghhh... best
suwit? hehe. agaklah. thanks. btw, tentang buat novel, mungkin saya akan pertimbangkan. sebenarnya sekarang ini ada kekangan masa. jadi hanya boleh menulis idea sahaja tanpa menghuraikan dengan lebih teliti.