FAUZ tergesa-gesa keluar dari
perut kereta mewahnya yang dipandu oleh pemandu peribadinya. Fauz pantas
menggalas beg laptopnya lalu berlari sambil menarik bagasinya menuju ke
kaunter. Mata Fauz melirik pada jam tangannya. Sudah hampir menjangkau pukul
4.30 petang. Pesawat yang bakal dinaiki olehnya akan dijangka tiba pada pukul
5.15 petang. Sudah terlewat untuk menghantar bagasinya ke dalam kargo. Tetapi,
tidak lama lagi akan terlewat untuk mendaftar diri di balai perlepasan.
Seharusnya, aku membaca undang-undangnya dahulu. Penumpang yang akan menaiki
pesawat seharusnya tiba di lapangan terbang 2 jam sebelum masa berlepas. Tetapi
aku, boleh pula terlewat dengan masa yang ditetapkan. Aduh!
Fauz
tidak perasan pula dirinya melanggar seorang gadis bertudung dan memakai
T-Shirt lalu dipadankan dengan skirt labuh yang sama warna. Sampai jatuh
terduduk gadis yang tidak kenali itu.
“Husna!”
panggil seorang lagi gadis yang berlari anak mendapatkan Husna, gadis
dihadapannnya.
“Miss! I’m so sorry, U ok? Ujar Fauz
sambil membuka kaca matanya untuk melihat keadaan gadis yang namanya baru saja
Fauz kenali.
Kelihatan
gadis itu sedang memicit-micit kakinya. Kasut bertumit tingginya ditanggalkan.
Lebam merah kelihatan jelas daripada pandangan Fauz. Kuat sangat ke aku langgar
dia tadi? Tapi apasal perempuan ni diam je. Tak jawab soalan aku. Getus hati
Fauz.
Gadis
itu cuba untuk bangun daripada duduk. Tetapi hampir terjatuh sebelum Fauz
pantas menyambut tubuh gadis itu. Apabila gadis itu menyedari kelakuan jejaka
itu, serta-merta gadis itu menolak tubuh sasa Fauz jauh daripadanya.
“Don’t touch me !!” ujar Husna tenang sambil
memandang tepat wajah tampan Fauz.
Fauz
terpana memandang gadis dihadapannya. Fauz melirik setiap inci wjah mulus gadis
itu. Baru aku dapat melihat wajah gadis ini. Sejak dari tadi, mukanya asyik
tunduk ke bawah. Fauz menelan air liur. Gila cute muka dia. Matanya yang tampak
cantik walaupun sepet macam orang cina. Hidung mancungnya tapi cute. Bibir
merahnya yang dicalitkan lipstick sungguh tertarik hatinya. Wajahnya yang muram
itu nampak cantik dimata Fauz. Kulit mukanya yang seperti putih kemerahan itu
lagi memarakkan lagi jiwa lelaki tersebut. Ah!! Fauz, apa yang kau buat ni? !
“Husna!
Are you okay?” soal rakannya yang
nampak seperti kacukan India setelah menghampiri gadis dihadapannya.
Terus
saja gadis kacukan India itu memimpin tangan rakannya. Cuba menolong rakannya
yang dalam keadaan kesakitan.
“I’m so sorry for what happened, sir”
“No, no! It’s okay. I’m just worried about
your friend. Please forgive me. Are you okay, Miss?” ujar Fauz kesal.
Gadis
itu tidak mahu juga menjawab pertanyaan Fauz. Malah berpealing daripada
memandang wajah tampan Fauz.
“However, we have to go first. We’re sorry,
sir” ujar rakan gadis itu sambil berlalu memimpin rakannya ke sudut lain.
Fauz
pula rasa bersalah apabila melihat gadis yang dilanggarnya begitu marah
padanya. Riak wajah gadis itu sememangnya menunjukkan gadis itu begitu marah
dengan kelakuan tidak sengaja Fauz. Hah!! Alamak!
Pantas
Fauz berlari ke kaunter pendaftaran. Macam mana aku boleh terlupa pula ni. Siap
boleh leka lagi tengok gadis tadi. Tak pasal-pasal aku boleh jadi lebih
terlewat untuk perkara ini. Adoi! Adoi!
SINAR
matahari memancar itu pantas menusuk mata Husna. Terkebil-kebil Husna mencapai
bantal untuk menutup mukanya. Sakit matanya melihat pancaran matahari menusuk
matanya. Athena pun satu. Awal betul dia bangun. Kalau ya pun janganlah buka
langsir tu begitu luas.
“Athena!!
Please! Janganlah kacau I boleh tak. I nak tidur ni” rengek Husna.
“Husna!
You should be proud of yourself. Look, we
were in Paris now. Ouh! I’m so
excited” teruja Athena.
“You baru tahu ke?” soal Husna
malas-malas. Matanya masih terkatup rapat. Mengantuk lagi ini.
“Takdalah.
I sebenarnya memang teringin sangat
nak pergi laur negara. Paris pun ok
apa” jelas Athena.
“I pun excited macam you jugak. But in this situation, I nak tidur. Baru pukul 8 pagi’ ujar
Husna. Pantas Husna menarik selimutnya hingga paras dada. Bersedia untuk
melelapkan matanya kembali.
“No, no,
no. Husna! Wake up! Bangunlah, Husna!” jerit Athena perlahan. Pantas Athena
menarik balik selimut yang ditutupi seluruh tubuh Husna. “Bersiap cepat. 3
hours from now, kita kena pergi jumpa Miss Haida” jelas Athena.
“For
what?” soal Husna lagi. Dah la semalam sampai ke Paris CDG Airport tepat pukul
3.00 pagi bagi di kawasan itu. Sekarang ni pulak, kena bangun awal. Alahai.
“We would like to trip!! Hehe” teruja
Athena. “And, lepas kita round-round dekat Bandar yang cantik ni,
kita kena prepare untuk majlis nanti.
Jangan buat tak tahu pulak, ya? Klien kita nanti ada mesyuarat penting petang
nanti.” ujar Athena panjang lebar.
“Owh!
Yelah. Baru I teringat. Penat punya
pasal, sampai lupa” ujar Husna sambil bergegas untuk turun dari katilnya.
Tanpa
disangka, apabila melangkah untuk turun dari katil, Husna jatuh terjelepok ke
bawah sambil menjerit kesakitan.
“Ouch!!!”
jerit Husna kesakitan.
“Eh!!
Husna! Are you okay?” risau Athena
lalu cuba memimpin Husna untuk bangun semula. “You ni kenapa? Tergesa-gesa sangat. Sabar la sikit. Kan dah jatuh!”
rungut Athena.
“Bukanlah!
Kaki I ni sakit. Berdenyut-denyut
rasa. Lebam pula tu. Aduh!!” Husna mengaduh kesakitan. Gila sakit. Boleh jadi
biru lebam ni.
“Amboi.
Kaki sendiri sakit pun tak tahu?” gurau Athena.
Husna
mula mengerutkan dahinya. Husna berasa pelik.
“Kaki
you tu memang dah sakit la. Takkan you tak tahu?”
“Bila
masa kaki I sakit” Husna masih
keliru.
“Oh God! You memang betul-betul tak tahu” Athena menepuk dahinya.
“You ni kenapa? Macam tengok I ni bangang sangat ke? Eh! I betul-betul tak tahu, ok!” getus
Husna. Husna mula memuncungkan mulutnya.
“Huh!!
Husna, you kena langgar semalam!” jerit Athena perlahan. Geram betul aku macam
ni. Dia ni sekejap ingat sekejap tak ingat.
“WHAT!!”
jerit Husna. Rakan-rakannya yang lain terkejut dengan jeritan Husna yang hampir
kuat itu.
Husna
menekan-nekan punat pada remote
televisyen di ruang tamu yang mewah itu. Takda siaran yang menyeronokkan
baginya. Ahh! Bosalah duduk seorang saja dalam hotel mewah ini. Tiada ada apa
yang dapat menarik perhatiannya. Miss Haida telah mengarahkannya untuk berehat
saja di hotel ni. Maklumlah. Kaki Husna
sakit sebab kena ‘langgar’. Athena pun satu, ingatkan langgar kereta ke, lori
ke. Langgar orang je pun. Selalu buat dirinya terkejut.
Hmm.
Nak jalan sana sini tak boleh buat apa. Lebam ni masih baru. Sakit lagi. Mungkin
dalam beberapa jam lagi, sakitnya mula redha. Tapi, takkan nak tunggu
berjam-jam. Boleh jadi mati beku aku dangan bilik ni. Dah l;a sejuk.
Kalau
bukan lelaki semalam yang berjalan menonong tak tentu hala itu, pasti aku
sekarang sedang seronok melihat keindahan bandar ini bersama-sama rakan-rakan
aku. Arggh! Kini, aku keseorangan di bilik ini bersama kebosanan aku.
Dua
jam kemudian. Perut mula berkeroncong. Husna berasa lapar. Tiada apa-apa pun
yang terhidang di meja makan. Husna pada mulanya tidak mahu keluar disebabkan
kakinya yang sakit. Tetapi kerana lapar, terpaksa digagahkan diri untuk keluar
di bandar Paris tersebut.
Sebaik
saja turun dari tingkat dua puluh lapan bangunan hotel itu, Husna menoleh kanan
dan kiri. Lalu melambaikan tangan sebaik saja terlihat teksi untuk menaikinya.
Terus saja teksi itu meluncur laju ke jalan raya. Beberapa minit kemudian,
Husna sampai ke sebuah restoran yang cantik. Makanan yang dijual semuanya
halal. Dengan kakinya yang sakit, Husna terpaksa jalan perlahan-lahan memasuki
restoran tersebut. Hampir saja Husna ingin mencapai tombol pintu tersebut,
Husna dilanggar sekali lagi oleh seorang lelaki. Memang aku ni setiap hari kena
langgar ke? Apa lagi yang patah lepas ni?
“Owh!
Sorry, Miss. I do not see you. Sorry!”
Husna
mula naik angin. Dia baru saja ingin buka mulut. Tiba-tiba saja Husna terkejut
dengan wajah lelaki tersebut.
“Awak!!!’
jerit Husna.
“Eh,
awak. Nasib baik saya jumpa awak lagi. Saya nak minta…..”
“Awak
ni kenapa? Ni dah masuk dua kali tau awak langgar saya. Sampaikan kaki saya ni
lebam disebabkan awak tau. Awak ingat saya nak maafkan awak?” marah Husna
sambil mencekak pinggang. Merah mukanya menahan marah.
“Sebab
tu saya nak minta maaf kat awak. Pasal semalam, pasal ni dan.. pasal kaki awak
tu. Kaki awak ok ke tak? Kalau tak boleh, saya tolong hantarkan awak balik”
ujar Fauz simpati.
“Arrgh!!
Tak payah. Lepas ni saya tak nak jumpa awak lagi. Hurgh!!”ujar Husna geram lalu
berpaling daripada melihat lelaki itu. Terpaksa jalan terjengket-jengket berlalu
daripada kawasan itu. Terpaksa juga cari restoran yang lain berdekatan dengan
kawasan tersebut. Malas mahu berjumpa dengan lelaki itu lagi.
Fauz
mengeluh dengan perangai pelik gadis itu. Baru dapat peluang jumpa dengannya.
Niatnya ingin meminta maaf pada gadis itu. Harap-harap hati gadis itu terbuka
menerimanya.
“Ehem!!”
Fauz
pelik dengan suara garau di belakangnya. Fauz terkejut melihat ramai orang
sedang beratur di belakangnya. Alamak!
“Excuse
me!!” tegas suara orang asing itu. Rupanya dah lama orang ramai tunggu dirinya
beralih daripada berdiri di hadapan pintu restoran itu.
“Sorry,
sorry!” ujar Fauz lalu beredar dari kawasan itu sambil tersenyum menampakkan
barisan giginya yang putih.
Pada
petang itu, semuanya sudah siap sedia untuk mengatur setiap meja makan di ruang
bilik yang besar itu. Di sudut lain pula telah siap terhidang makanan yang
banyak termasuk manisan dan pencuci mulut. Di sudut lain pula, sudah tersedia
pelayan-pelayan tetamu memakai pakaian vase khas untuk pelayan-pelayan tetamu
di hotel. Husna dan Athena sama-sama menyiapkan diri sebelum bermulanya majlis
tersebut.
Tiba-tiba,
ramai wartawan berkerumun masuk ke pintu utama. Tetamu pertama telah pun hadir
di majlis tersebut. Mr. Hudsons bersama isterinya hadir memakai pakaian yang
sedondon mengikut tema majlis pada mala mini. Beliau baru saja bernikah dan
baru pulangberbulan madu di Hawaii. Kini pasangan ini hadir untuk memeriahkan
lagi Hari Keluarga di Syarikatnya.
Setengah
jam berlalu. Semua tetamu telah hadir di dalam dewan itu. Hanya tinggal untuk
menghidangkan makanan untuk tetamu sahaja. Husna dan Athena telah ditugaskan
untuk melayan tetamu di meja paling hadapan, iaitu meja VVIP. Husna bersama
rakannnya, Bob akan mendampinginya membawa dulang makan yang banyak khas untuk
meja VVIP dimana meja itu khas untuk Mr. Hudsons dan isterinya bersama
rakannya. Jadi, Husna agak gementar untuk bertemu dengan mereka.
Setelah
makanan telah disediakan di atas meja tersebut, Husna membawa air untuk
dihidangkan pada tetamu itu. Husna mula mesra dengan keluarga Mr, Hudsons dan
mereka juga suka dengan layanan Husna. Husna ingin menuangkan air pada lelaki
di sebelah Mr. Hudsons. Sebaik saja Husna bersemuka dengan rakan Tuannya,
dirinya tersentap. Jejaka yang dia jumpa pagi tadi ada di sini.
Fauz
diam tidak berkata apa. Fauz berasa geli hati melihat gadis itu cemas saja. Agaknya
dia tahu aku ni kawan pada Tuannya, Mr. Hudsons. Tapi, dirinya terpana melihat
gadis itu. Memang cantik walaupun dengan pakaian gadis itu yang khas untuk
pelayan.
Sebaik
saja Husna telah pun menyediakan air, pantas Husna berlalu daripada tempat tu.
Ingin melarikan diri daripada lelaki yang pernah dimarahinya. Husna mula risau
jika lelaki itu akan pecat dia daripada pekerjaannya.
Jam
sudah menganjak ke angka sebelas malam. Tetamu yang lain sudah pun bersurai dan
majlis tersebut telah tamat. Husna masih lagi membersihkan meja makan.
Tiba-tiba dirinya terkejut apabila ada sesuatu menyentuh bahunya. Husna
berpaling lalu dirinya jadi lebih terkejut apabila lelaki yang dimarahinya ada
di depan mata.
“I’m
sorry, dear” ujar Fauz dengan simpati. Kini dirinya rasa benar-benar sudah
jatuh cinta dengan gadis comel ini.
Husna
mula cuak. Pantas Husna mengambil pinggan di atas meja lalu berlalu daripada
tempatnya. Fauz cuba memanggil gadis comel itu. Tapi, Husna langsung tidak
mengendahkannya. Baik aku lari sebelum aku dipecat.
Keesokan
harinya, Husna keluar dari hotel. Hanya niat ingin berjalan-jalan saja. Husna
masih dalam keadaan bimbang dengan dirinya. Apa akan terjadi pada dirinya?
Adakah kariernya selama ini akan menjadi sia-sia hanya kerana sikap dirinya
sendiri? Habislah! Segala pengorbanan aku selama akan jadi sia-sia.
Tiba-tiba
tangan Husna seperti ditarik ke belakang. Husna terkejut. Ah! Habislah. Lelaki
ni lagi. Apa dia buat kat sini?
“Awak
pergi mana? Saya belum habis cakap lagi” ujar Fauz dengan keadaan dirinya yang
lelah. Seperti baru saja lepas kena kejar hantu. Agaknya. Tapi ada ke pagi-pagi
buta ni ada hantu? Bisik hati Husna.
Husna
diam tak terkata. Malah wajahnya menunduk ke bawah. Husna langsung tak perasan
tangannya masih lgi dipegang erat oleh Fauz.
Fauz
tidak puas hati. Soalannya masih belum dijawab. Fauz memanggilnya lagi. Kali ni
dengan lembut. Husna masih diam.
“Kalau
encik nak pecat saya, pecat lah. Saya dah tak kisah dah. Tolong lah biarkan
saya sendirian. Saya tahu saya bersalah. Tolong la encik, saya….”
“Saya
cintakan awak!” ujar Fauz pantas. Husna terkejut. Husna seperti mahu pengsan
akan kata-kata lelaki itu.
HUSNA
berjalan perlahan-lahan memasuki bilik hotelnya. Selepas pintu hotel tersebut
ditutup dengan sempurna. Arggggghhhhhhh!!. Husna menjerit kegembiraan. Hatinya
berdegup pantas apabila mengetahui lelaki itu mencintainya. Husna langsung
tidak mahu melepaskan senyumannya. Kini hanya menunggu untuk pulang ke Malaysia
untuk berjumpa dengannya. Ah! Seronoknya. Ini ke perasaannya bila bercinta?
“Oi!”
jerit Athena. “Buang tabiat ke?” gurau Athena. Husna terkejut dengan laungan
rakannya.
“Ish!
You ni. Sibuk hal orang je” ujar Husna gurau. Husna masih tersenyum
kegembiraan.
Setelah
beberapa hari, akhirnya Husna kembali ke Malaysia. Fauz juga kembali bersama.
Akhirnya mereka berdua dapat mengekalkan hubungan cinta ini selama 5 bulan.
Fauz akhirnya berkesempatan ingin berkahwin dengan Husna. Husna dengan rasa
gembira menerima lamaran tersebut. Tapi..
“Umi
langsung tak suka dengan budak yang Husna kawan selama ni” ujar ibu Husna tegas
melarang perhubungannya dengan Fauz.
“Tapi,
kenapa? Ayah! Tolong cakap dengan umi, terima lamaran Fauz. Husna sayang sangat
dengannya” rayu Husna pada ayahnya.
“Husna!
Dengar cakap ayah. Ayah dengan umi dah buat kata putus. Husna tak boleh kawin
dengan budak tu” ujar ayah Husna tegas.
“Tapi,
kenapa? Umi, umi cakap la sesuatu” rayu Husna sambil melutut depan ibunya yang
sedang duduk di sofa sambil memeluk tubuh. Ibunya masih diam tidak mahu
bersuara.
“Ayah
dengan umi putuskan yang Husna akan berkahwin dengan pilihan kami. Husna tak
boleh bantah!” ujar ibu Husna tegas.
“Husna
cuma sayangkan Fauz saja. Husna tak mahu siapa pun ada dalam hati Husna selain
Fauz” ujar Husna lembut cuba menenangkan hati kedua ibu bapanya agar dapat
berbincang dengan baik.
“Umi
tetap tak setuju. Sayang ke, tak sayang ke, Husna mesti lupakan budak tu. Umi
tak kira”
Husna
mula menitiskan air mata. Pantas Husna memasuki biliknya. Husna ingin menangis
semahu-mahunya. Patah hatinya mendengar kata-kata ibunya.
Keesokan
harinya, Fauz menelefon Husna.
“Hello!
Awak! Awak ok ke? Kenapa nangis ni?” ujar Fauz hairan.
“Awak!
Umi saya tak izinkan kita berkahwin. Tapi, umi saya dah tetapkan saya berkahwin
dengan orang lain. Macam mana ni, awak?” ujar Husna sambil tersedu-sedan dengan
tangisannya.
“Tak
mengapalah, awak. Kita fikir cara lain. Sabar ya, awak. Awak…..”
Husna
masih lagi bertutur, tapi tiba-tiba saja telefonnya dirampas. Husna terkejut
apabila ibunya merampas telefon bimbit dari genggamannya. Ibunya terus keluar
daripada bilik itu dengan wajah yang mencuka.
Husna
terkejut dengan keadaan ibunya. Mengapa mesti begini? Apa yang aku nak buat?
Husna kebingungan.
Sudah
beberapa hari Husna tidak dapat apa-apa berita tentang Fauz. Fauz pun dilarang
untuk bertemu dengan Husna. Kini, sudah ada berita buruk yang dapat menghalang
hubungannya dengan Fauz. Husna diberitahu bahawa keluarganya bakal berpindah ke
Afrika selama 5 tahun atas pekerjaan. Husna terpaksa mengikut keluarganya pergi
bersama. Tetapi, yang membuatkan dirinya makin sebak, Fauz langsung tidak tahu
menahu tentang ini. Rakannya Athena juga tidak mengetahui. Hanya diberitahu
Husna akan berpindah. Tidak diberitahu dimana dan bila.
Fauz
bagaikan gila mencari Husna dimana dia berada. Fauz cuba berkali-kali menelefon
Husna, malangnya tidak terjawab. Fauz hampir putus-asa. Hatinya rebah jatuh
dengan keadaannya. Hubungan yang ingin baru terbina, runtuh dengan sia-sia.
Kecewa bukan kepalang. Bagaimana dirinya ingin mengharungi dunia ini tanpa
Husna? Berapa lama hati ini patah begitu saja?
Lima
tahun kemudian.
Husna
membuka pintu keretanya setelah memakirkan keretanya di tempar pakir.
Didepannya ada sebuah kedai kek kegemarannya dahulu. Dirinya berhasrat ingin
membeli kek kegemarannya. Husna berjalan menuju ke pintu itu. Husna tak sedar
dirinya terlanggar seorang wanita. Husna terkejut apabila mengetahui orang yang
dilanggarnya adalah seorang wanita yang sedang sarat mengandung. Husna
cepat-cepat membantu wanita mengandung tersebut. Di sisi pintu itu terdapat
bangku. Tanpa berfikir panjang, Husna pantas membawa wanita mengandung itu
duduk sebentar.
“Akak!
Akak tak ada apa-apa ke? Saya hantar akak ke klinik terus, ye? Saya minta maaf
pasal tadi. Saya betul-betul tak perasan akak. Saya minta maaf, ye kak?” Husna
mula panik kalau-kalau kandungan wanita itu terjejas sebabkan kemalangan kecil
tadi.
“Eh!
Takpa. Akak ok je. Anak akak pun tak ada apa-apa. Tak payah susah-susah la”
ujar wanita itu. Lembut saja cara percakapannya.
“Eh!
Tak boleh camtu kak. Akak kan mengandung. Saya takut kalau ada apa-apa jadi
dengan kandungan akak ni” ujar Husna panik.
Husna
terlihat ada sebuah klinik kecil di sebelah kedai kek ini. “Akak, kat sebelah
tu ada klinik tu. Saya bawa akak ke klinik, ye?” ujar Husna bimbang.
“Tak
pa lah, dik. Akak ni pun baru je lepas pergi check kandungan ni. Kat klinik tu
jugak. Tadi terlanggar pun bukannya sampai jatuh terduduk. Akak sempat berpaut
juga dengan tombol pintu kedai ni” jelas wanita itu.
“Saya
risau la, kak. Betul akak tak ada apa-apa ni?” tanya Husna minta kepastian.
“Betul.
Akak tak da apa-apa” jawabnya lembut sambil tersenyum.
“Akak
pergi seorang je ke? Suami akak mana?” tanya Husna cuba beramah mesra.
“Owh!
Suami akak ada kat dalam klinik tu. Doktor tengah cakap dengan dia. Nanti dia
keluar la tu” ujar wanita itu.
Pintu
dibuka perlahan-lahan daripada dalam. Seorang lelaki yang berkemeja baru saja
keluar daripada klinik. Lelaki itu sibuk membelek beg yang dijinjingnya.
“Sayang!
Jom kita….” Lelaki itu tersentak melihat gadis yang bersama dengan isterinya.
“Haa!
Itulah suami akak” ujar wanita mengandung itu. Husna juga terkejut melihat
lelaki yang dikatakan itu. Fauz!
“Awak
ok ke ni?” tanya Fauz cuba mengelakkan diri dari memandang gadis di sebelah
isterinya.
“Saya
ok, bang. Tadi terjatuh sikit je. Dia ni lah yang tolong tadi” ujar wanita itu
sambil memandang Husna.
“Err.
Terima kasih banyak, ye sebab tolong..err..isteri saya ni” ucap Fauz.
Husna
tersenyum. “Tak mengapalah. Kebetulan je” ujar Husna sambil tersenyum. Entah
kenapa dirinya suka melihat pasangan ini. Walaupun suaminya adalah Fauz.
Kekasih lamanya.
“Tak
mengapalah. Kami pergi dulu. Terima kasih banyak sekali lagi. Assalamualaikum”
ucap Fauz lalu membawa isterinya berlalu pergi menaiki keretanya.
“Waalaikumussalam”
jawab Husna. Sebaik saja kereta yang dipandu Fauz berlalu. Husna menarik nafas
panjang. Sayu wajahnya melihat mereka. Entah hatinya dapat menerima takdir ini
ataupun tidak.
Keesokan
harinya, Husna pergi ke pasaraya yang berdekatan. Husna sudah melupakan
peristiwa kelmarin. Niat dirinya kesini untuk membeli barang-barangan dapur.
Dirinya baru saja dapat menyewa rumah yang baru didudukinya.
Husna
masih tercari-cari barang yang mahu dibelinya. Masih lagi tidak jumpa. Husna
berjalan di setiap tempat. Tiba-tiba dirinya melanggar barang ditepinya. Segera
dia mengambil barang itu kembali. Tidak sempat untuk mengambilnya, seseorang
telah menolongnya. Lelaki itu menghulurkan barang yang diambil itu kepada
Husna. Bulat mata Husna melihat wajah lelaki itu. Fauz!
“Saya
nak cakap dengan awak sekejap. Please” ujar Fauz. Mulut Husna terkunci.
Beberapa
minit kemudian.
“Macam
mana awak tahu saya ada kat sini?” tanya Husna ringkas.
“Hmm.
Athena bagitau saya” jawab Fauz. Athena masih setia menanti mereka berdua
berbicara. Athena sendiri dipaksa oleh Husna untuk menemaninya.
“Awak
nak cakap apa?”
“Bila
awak dah balik?” ujar Fauz.
“Dah
seminggu” Husna masih tetap dengan senyuman manisnya.
“Awak
pergi mana selama ni? Saya cari awak dah hampir setahun tau” ujar Fauz dengan
wajahnya yang sayu.
“Saya
pergi ke Afrika. Selama lima tahun” ringkas saja jawapan Husna.
“Kenapa
awak tinggalkan saya” suara Fauz cuba meninggi sedikit.
“Bukan
semua ini yang saya nak, ok. Saya dipaksa ikut parents saya pergi” Husna tetap dengan suaranya yang lembut. Tidak
mahu menimbulkan kemarahan antara satu sama lain.
“Maafkan
saya kalau saya tak dapat pertahankan awak. Sepatutnya saya tak boleh putus asa
cari awak selama ni”
“Awak
tak boleh cakap macam tu. Sepatutnya awak fikir dulu isteri awak sebelum cakap
macam tu. Sepatutnya awak dah boleh lupakan saya lepas awak kawin dengan isteri
awak. Jangan sesekali abaikan isteri awak” Husna mula bersuara keras tapi tetap
tenang.
Fauz
senyum. “Saya tau awak akan cakap macam tu. Jangan risau. Saya dah dapat
kebahagiaan saya sendiri”
“Baguslah
macam tu. Saya gembira kalau awak dah dapat cari kebahagiaan awak sendiri.
Lagipun, awak kan tak lama lagi jadi bapa” Husna senyum gembira. Cuba bergurau
senda.
“Terima
kasih la sebab bagi nasihat. Saya sendiri pun tak sangka. Isteri saya
mengandung.” Fauz tersenyum.
“Dah
berapa lama dah awak berkahwin?” tanya Husna. Cuba bermesra. Athena yang sedang
duduk di antara mereka berdua pun turut tersenyum. Athena sendiri pun takut
juga kalau mereka bertengkar sesama sendiri. Rupanya tidak. Bijak mereka
mengawal diri sendiri. Agaknya mereka dah boleh terima kenyataan. Mereka boleh
jadi rakan.
“Sudah
hampir empat tahun” ujar Fauz.
Husna
terkejut. “Empat tahun? Yang dalam kandungan tu anak ke berapa?”
“Baru
saja anak yang sulung” ringkas jawapan Fauz. Dirinya tahu pasti Husna terkejut.
“Wow.
Tak sangkanya saya” Husna mula berasa gembira amat. Itulah rezeki mereka.
“Tulah.
Saya sendiri pun tak sangka” Fauz tersenyum gembira.
“Tahniah
untuk awak”
“Terima
kasih. Oh! Ya. Awak pula bila? Dah ada calon?” tanya Fauz pula
Husna
tersenyum. “Saya dah pun bertunang”
“Owh!
Baguslah. Saya gembira untuk awak juga” Senyuman Fauz tidak mahu lepas. “Saya
rasa dah tibanya saya balik sekarang”
“Ya!”
Husna bangun daripada tempat duduknya bersebelahan dengan Athena. Athena juga
turut bangun.
“Anggaplah
kita ni kawan sahaja. Tapi tak pernah jumpa” ujar Husna.
“Kita
lupa saja apa yang dah lepas. Mungkin bukan takdir kita. Tapi Allah beri kita
lagi terbaik untuk kita. In syaa Allah” ucap Fauz lembut.
“Ya.
Betul tu” Husna angguk dengan kata-kata Fauz.
Fauz
menaiki keretanya. Dia membuka tingkap keretanya. “Selamat tinggal Husna. Jumpa
lagi” ucap Fauz sambil melambai pada Husna. Husna masih setia berdiri di
tempatnya. Husna tersenyum sambil menyambut lambaian Fauz.
“Selamat
tinggal Fauz” ucap Husna selepas kereta yang dinaiki Fauz berlalu pergi. Husna
mula mengalirkan air mata. Akhirnya beban yang selama ini dirinya tanggung,
terlepas dari genggamannya.
Dirinya
harus sedar, Fauz bukan miliknya. Mungkin Fauz bukan yang terbaik untuk
dirinya. Cinta yang terhalang ini pasti ada hikmahnya. Husna gembira hubungan
ini bukan berakhir dengan pertengkaran atau perbalahan. Tapi berakhir dengan
gembira. Husna tidak mahu mengganggu kebahagiaan Fauz yang dikecapinya.
Cukuplah hanya sekadar rakan semata-mata. Husna berharap hubungan ini dapat
berkekalan. Walaupun hakikatnya pertemuan ini adalah pertemuan akhir mereka.
Husna berhasrat tidak mahu berjumpa dengan Fauz lagi. Yang sudah lepas, perlu
lupakan. Inilah hari yang baru buat dirinya. Jangan sesekali menoleh kebelakang
lagi. Dirinya harus memandang ke depan. Husna gembira kerana Fauz juga gembira.
Hak Cipta: Ani Mustapa
1 comment
singgah sini..