“Ni apehal la pulak dengan lampu ni...” aku mula mengetuk2 lampu belajarku. Geram benar aku. Baru saja semalam lampu ini dibaiki, hari ini ia buat hal lagi.
“Woi Qis, ape kena dengan kau ni? ketuk-ketuk lampu macam orang gila?” tanya Lin kepada aku.
“Entahla Lin, aku pelik dengan lampu ni, baru je semalam abang technician tu baiki,arini rosak lagi...malu kot aku nak pegi ngadap muka abang tu lagi...” ujarku sambil terus membelek-belek plug mana tahu masalah berpunca dari situ. Letih badanku membongkok dibawah meja.
“Alah, kau suruh jela abang tu tukar semua baru...ini hak kita...” nasihat Lin kepadaku. Sebenarnya silap aku juga semalam kerana abang itu telahpun beri amaran supaya ada eloknya ditukar sahaja lampu itu kepada yang baru,tapi aku tetap dengan egoku. Bagiku, selagi boleh dipakai, kenapa mesti ditukar dengan yang baru? Tidakku sangka secepat ini lampu ini rosak. Kalau aku pergi lagi menghadap muka abang itu pasti aku malu digelakkan.
“Tak payahla...nanti hujung minggu aku beli lampu belajar dekat Mines...” keluhku. Aduhai,duit lagi. Tapi dek kerana aku tak mahu digelakkan, aku sanggup berhabis duit.
“Bang, berapa harga lampu belajar ni? “ tanyaku lembut kepada seorang lelaki. Aku kira dia adalah salah seorang pekerja kedai itu.
Lelaki itu menoleh dan memandangku dengan muka penuh marah. “Apa abang-abang? Saya bukan abang awaklah...!” marah betul dia.
“Ek,eh...nak marah ni apesal? Mana pengurus awak?” aku mula naik berang. Aku paling benci dengan orang yang kurang ajar.
“Qis, sabar...” pujuk Lin disebelah. Lin tahu benar perangaiku,bila aku sudah mengamuk,aku tak akan kisah suasana sekeliling.
“Pengurus apa? saya bukan pekerja sinilah...!” balas lelaki itu.
“Bukan pekerja pun, cakap elok-elok tak bolehke???” aku mula mendekati lelaki itu dan berhadapan muka dengannya. Silap haribulan ada yang bakal terima penampar sulong aku nanti.
“Perempuan gila.” ujar lelaki itu dan terus beredar. Takut mungkin berhadapan denganku.
“Pengecut!!!” jeritku kuat. Ramai pelanggan yang berada di dalam kedai itu memandangku. Muka Lin sudah merah menahan malu. Mukaku pula merah menahan marah.
“Qis,jom kita balik,malu aku ni wei...kita beli lain kali jela...kat Sri Serdang pun ada kedai elektrik...” pujuk Rin perlahan sambil menarik tanganku keluar dari kedai itu.
“Qis, ini kertas kau... dalam tu aku ada tuliskan skop kerja kau untuk karnival kolej kali ni..” ujar Lin sambil menyerahkan sekeping kertas kepadaku.
“Alah... takkan aku jadi AJK keselamatan lagi??? dua tahun lepas pun camni gak...” bosan aku kerana setiap kali pasti aku diberi tugas menjaga keselamatan karnival. Muka aku ini macam polis ke?
“Terima jela.. .dah itu yang sesuai dengan kau... lagipun kerja kau senang, berjalan je sepanjang karnival, usya tengok ada papa masalah tak... kalau ada kau pancung jeee itu penjahat... haha...” balas Lin sambil tergelak-gelak.
“Hek eleh...aku ni pompuan melayu terakhir tau?” perasan benar aku.
“Hai cik kak....ada mesej, ada mesej...” telefon bimbitku berbunyi petanda ada mesej baru masuk.
Mohamad: perjumpaan AJK karnival akan diadakan malam ini pada pukul 9, harap maklum. Kedatangan adalah wajib.
Sebentar kemudian telefon bimbit Lin pula berbunyi. Juga mesej yang sama.
“Alah...lusa aku ada ujian 2 kot...” keluhku. Baru saja aku berhajat mahu mengulang kaji pelajaran malam ini.
“Qis dan Hakimi bertugas menjaga karnival pada jam 2 sehingga 5 petang. itu sahaja buat masa ini...kepada semua AJK dinasihatkan supaya bijak membahagi masa diantara persatuan dan pelajaran...saya tak mahu dengar sebarang masalah dikemudian hari,ok semua boleh bersurai...” bicara Mohammad selaku pengarah untuk karnival kali ini. Aku hanya tertunduk sambil mendengar dengan tekun. Tapi yang peliknya aku macam tidak pernah mendengar nama Hakimi,siapa dia ya?
Selesai saja perjumpaan aku mula berkata-kata.
“Siapa nama Hakimi kat sini?” soalku sambil mata melilau ingin tahu siapa pelajar yang bernama Hakimi ini.
“Saya...” seorang lelaki menoleh sambil tepat memandangku.
“Awak???” aku hampir pengsan kerana rupa-rupanya lelaki itu adalah lelaki yang sama tempohari. Lelaki yang aku hampir bergaduh di dalam kedai elektrik.
“Ya saya...” lembut lelaki itu berkata2-kata. Wajahnya sikitpun tak mencerminkan riak terkejut.
“Awak...Hakimi???” tanyaku sekali lagi tidak percaya.
“Ya saya Hakimi, kenapa? saya ni hensem sangat ke sampai awak tak percaya?” jawab lelaki itu sambil tergelak kecil. Aku ketap bibir tanda geram.
“Pengecut!” itulah kata-kata terakhirku sebelum aku beredar sambil muka menahan geram. Entah takdir apa ini akupun tidak pasti. Aku bergegas untuk pulang kebilik kerana mahu mengulangkaji pelajaran. Tidak aku kira ramai pelajar lain yang memandang kami. Ah, biarlah!
“Lin,jom!” aku lantas menarik Lin untuk pulang. Lin yang masih berbincang dengan Liyana terpinga-pinga ditarik begitu. Hakimi pula hanya tersenyum dan berkemas untuk pulang.
Tiga hari kemudian.
“Ya, saya pengecut, kenapa? awak ada masalah ke? gud luck test harini! :D”
-Hakimi 017-3127100-
sekeping nota ini aku jumpai dicelah nota kuliahku. Aku pandang sekeliling. Tidak pula aku nampak kelibat Hakimi. Aku mula mencapai telefon bimbit lalu menaipkan mesej kenombor yang tercatit dikertas ini.
Qis: gila! –Qis-
Dalam masa tak sampai beberapa saat,ada mesej aku terima dari Hakimi.
Hakimi: apa? cik Qis gila? ;0
Qis: awak yang gila! Itu nama sayalah!
Hakimi: ohh...hehe...camana test tadi? okey?
Qis: buat apa nak tau?sibuk jer!
Hakimi: saya taknak awak asik teringat saya jer...pelajaran lebih penting daripada cinta kita,sayang...
Qis: kurang ajar! Sapa sayang???! Sejak bila saya couple dengan awak ni???
Hakimi: eh,bukan ke? Hehe...;p
Qis: pegi mati!
Aku terus menutup telefon,tak mahu diganggu lagi. Bagiku Hakimi ini lelaki paling gila yang pernah aku temui. Entah sejak bila aku berhubungan dengan dia,sedap sungguh berkata sayang.
Masa tinggal lagi tiga hari sebelum karnival berlangsung sedangkan aku masih belum bersua muka dengan Hakimi,rakan sekerjaku ketika karnival itu nanti.
“Eee...bencinyer aku nak contact mamat ni...” aku mula berkira-kira samada mahu menghubunginya atau tidak. Ujian dua telahpun habis semalam. Alhamdulillah berkat aku menutup telefon bimbit dek kerana terlalu marah dengan mesej Hakimi itu kelmarin, aku telah dapat menjawab soalan ujian dengan baik sekali.
Dalam aku mengelamun,satu mesej telah aku terima.
Hakimi: hai cik kak...bila kita nak dating ni? Lusa nanti dah start karnival...
Qis: stop it.
Hakimi: janganlah marah...
Qis: malam ni pukul 8 kat kafe serumpun sebelah koperasi.lewat,siap!
Hakimi: okey dear...;p
Aku mula menyimpan telefon bimbit kedalam beg. Malas mahu membalas mesej orang gila seperti itu. Kalau tidak kerana urusan kerja,memang aku buang nombor Hakimi dalam tong sampah. Tak guna! Geram betul aku.
7:59 malam.
Bermakna lagi 60 saat sahaja lagi sahaja masa untuk Hakimi datang. Lambat,memang aku akan pulang. Aku ada banyak lagi kerja mahu diuruskan.
10saat,9saat,8saat...
“Hai cik kak...” tegur Hakimi dari belakang aku.
“Lain kali datang ikut depan,baru ada adab sikit.” tegurku. Malas mahu membalas ucapannya itu.
“Okey...” jawab Hakimi sambil mula untuk duduk berhadapan denganku.
“Ini senarai tugas kita. Saya dah list kan,awak jaga sebelah kanan karnival,saya sebelah kiri. Ada papa roger je...” ujarku sambil menghulurkan sekeping kertas A4 siap bertaip semua senarai tugasan di karnival itu nanti.
“Eh,kenapa bahagi tugas macam ni? Bukanke sepatutnya kita jalan sama-sama?lagipun karnival tu bukan besar sangat sampai kita perlu separate...” ngomel Hakimi.
“Saya jalan dengan....awak? selama 3 jam? tanpa henti?? Eh, sori...jangan nak berangan...” jawabku dengan penuh keegoan. Sengaja aku bahagi tugas sebegitu kerana aku malas mahu berborak dengannya selama di karnival itu nanti.
“Wahai cik Qis...ini urusan kerja...faham? jangan campur aduk dgn urusan peribadi...” tegur Hakimi. Malu pula aku ditegur sebegitu.
“Yelah...ikut suka awaklah!” balasku. Aku terus berkemas mahu pulang. Hakimi hanya memandang sambil tersenyum dan menggeleng kepala.
“Hai...perempuan ni susah betul nak difahami...” bisik Hakimi sambil bergerak pulang.
Pada hari karnival.
“Nak aiskrim?” tanya Hakimi padaku. Kami berjalan seiringan sebagai anggota AJK keselamatan.
“Taknak,awak nak pegilah beli.” Jawabku acuh tak acuh sambil pandangan aku fokus kepada mereka ditasik yang sedang sibuk berkayak.
“Taknak takpelah...test aritu okey?saya dengar awak ni salah seorang dean list dalam kursus pertanian,betulke?hebat ek awak ni...” bicara Hakimi sambil mahu cuba berborak denganku. Aku pula buat dengar tak dengar sahaja.
“Jangan campur adukkan urusan kerja dan urusan belajar...kan?” balasku memulangkan paku buah keras sambil mula membuka kipas tangan. Panas betul hari ini.
“Ya betul...saya nak awak sibuk macamana pun dengan urusan kokurikulum,pelajaran mesti yang pertama..” ujar Hakimi lagi.
“Yelah...” itu sahaja ayat yang terluah daripadaku.
“Ini semester terakhir saya...”ujar Hakimi dengan nada sayu.
“Kenapa?” tiba-tiba teruja pula aku. Aku sedih? Ah,tak mungkin!
“Semester depan saya dah praktikal...awak jaga diri elok-elok,ingat,pelajaran nombor satu...” pesan Hakimi padaku.
“Emm..” itu sahaja jawapanku.
Itulah kali terakhir kami berborak.
Tiga tahun kemudian.
“Dik...berapa harga lampu tidur ni?” tiba-tiba seorang lelaki menegurku.
“Apa adik-adik?muka saya macam adik awakke?” aku menoleh kearah suara itu.
“Hakimi???” sekali lagi aku terkejut.
“Ya saya...” jawab Hakimi sambil tersenyum.
“Bos,cik Melly call..” ujar salah seorang pekerja dikedai lampu itu. Hakimi minta diri sambil bergegas menjawab panggilan.
“Bos???” aku terkejut dan mula ketawa. Dalam masa tiga tahun saja dia sudah menjadi pemilik kedai lampu?
“Hai cik kak...ada mesej,ada mesej...” telefon bimbitku berbunyi petanda mesej baru masuk.
Rosa: Bos, pukul 3 nanti ada appoiment dengan Mr. Leong...
Qis: okey.nanti kejap lagi saya balik nurseri.
Rosa: okey bos.
“Cik...ini kertas bos saya bagi...” tiba-tiba seorang pekerja disitu menyerahkan sekeping kertas kepadaku.
“Malam ini pukul 8,dekat restoran sebelah McD Damansara Perdana”
- Hakimi 0173127100-
Aku tersenyum puas sambil bergegas untuk pulang kerana urusan kerja.